Friday, 29 June 2012

ZIARAH TEMAN

Awal June, sekembalinya saya dari Kuala Lumpur, yang kununnya untuk hadiri acara perkahwinan salah saorang sepupu saya di bandar Tun Razak itu, saya terus memecut laju pulang.




Anak anak saudara yang sesekali saya ketemu.


Melepasi Kuala Kangsar, saya teragak agak samaada mahu singgah Taiping untuk bermanja dengan emak, atau terus sahaja ke kebun yang saya tinggalkan tak sampai pun 4 hari itu.erus 


Rupanya, saya lebih teruja untuk melihat kebun. 


Sebaik sampai rumah, terus saya berpatah balik ke kebun, dan ralit melayan anak anak pisang dan serai itu. 


Tak sedar pun ada SMS yang masuk dari rakan sekolah saya ini. Memang tak sedar, hanya menyedari bila mahu pulang sekitar pukul 715 petang .


Laaaaa, kesalnya...Mengapa saya tidak singgah ke Taiping dan pulang lewat senja atau malam sahaja.








 
Memang kepala ligat mencongak tarikh dan harinya untuk segera pulang ke Taiping menziarahi rakan baik saya ini. Ditokok tambah sms/FB yang masuk mengatakan rakan saya ini berada di ICU dan kritikal. Lagilah kalut hati ini.

Akhirnya, petang Khamis itu saya bergegas pulang ke Taping.


Dan untung, dapat memasuki wad pada waktu lawatan.



Abdul Manan Mohamed yang masih lemah....tapi, saya merasa bersalah, sebab terus melayan dan menanti, sebaiknya tidak berada lama, kerana Manan terlalu lemah , tapi dia mahu bercerita panjang senja itu.


Kami bergerak ke lokasi kedua iaitu Taman Tasik Taiping, untuk bersolat Maghrib , sebelum pulang ke Sungai Petani.




Maghrib kami di sini.

Sebelum pulang, kami berkueteow di Doli dahulu.

Ha ah, kami tak singgah ke rumah emak, sebab emak dah merayap ke Kuala Lumpur.


Kepada sahabat saya Manan , serta rakan rakan seangkatan yang kuat merokok, sudah tiba masanya untuk beralih ke fasa awal 50an, kita tidak sekuat dahulu. Rokok tidak mendatangkan kebaikan langsung. Bukan sahaja untuk diri anda, tetapi orang sekeliling anda.


Saya tidaklah anti pada yang merokok, tapi, bila korang 'bersama' orang rumah korang, ada tak mereka 'komplen' tentang bau rokok anda itu, hehehe.


Saya sendiri adakalanya merasa mual bila terhidu bau rokok .......


Maaf ekk, demi kesihatan semua......

Latiff Hariri
2038 27062012
Sungai Petani

Wednesday, 27 June 2012

Keluarga Besar Kita I

Eh, saya tak cerita ek?


Saya anak ketiga dari tiga belas adik beradik itu. Mempunyai soarang kakak sulong dan saorang abang, sementara adik adik saya 5 lelaki dan 5 perempuan.


Hari Jumaat sebaik selesai bekerja. Ini penyebabnya mengapa saya kurang beri perhatian kepada penulisan didalam blog ini. Saya merasa minda saya lebih tenang bila melihat kehijauan anak anak pokok pisang, serai , tebu dan buah buah durian yang melayut ditas pokok itu!!

Bila kita ini menjadi anak ketiga dan keempat, emak dan bapak sering menjadikan abang dan kakak sebagai contoh untuk diteladani. Untung kalau yang pangkat atas ini, menjadi contoh cemerlang, dan 'parah' jika kita yang berpangkat sulong ini gagal menjadi contoh kepada adik adik. (Itu yang saya alami diwaktu persekolahan)


Sepertimana kisahnya UmiFathimah itu, kerana sering gagal menyaingi kakak dan abang, saya biarkan aje , tak perlu fikir serius tentang pencapaian pelajaran ini. Memang arwah bapak cukup 'angin' dengan pencapaian akademik saya itu.Dan walaupun kita mempunyai keistimewaan tersendiri, ibu bapa tetap menjadikan yang sulong menjadi contoh terbaik untuk adik adik.


Dan setiap tahun bermula sekitar 1976 hingga 1981, saya kerap jugak naik kepentas majlis anjuran Koperasi Kakitangan Kerajaan itu, untuk menerima hadiah dermasiswa kakak dan abang yang cemerlang dalam Penilaian/SRP/SPM mereka itu!! Saya sendiri tak pernah dapat pun, hahaha.


Setiap Hari Lebaran, saya yang kaki ukur kampung dan pekan untuk mencari 'duit raya', pastinya kecewa bila pulang lewat senja, kakak dan abang mendapat pulangan duit raya lebih dari saya, kerana mereka dapat bersalaman dengan pakcik dan makcik yang bertandang tanpa memberitahu  kehadiran mereka kepadasaya yang kaki merayau ini!!


Bayangkan setiap rumah minima 'collection; sekitar 20sen, setakat tengahari baru dapat RM2.00 lebih sedikit, sedangkan abang kakak yang memerap dirumah, mendapat RM5.00 hingga RM10.00 saorang dari setiap pakcik makcik yang bertandang! 


Macam mana kita tak bebai!!?


Hmmm, pelik jugak, bila anak perempuan tak boleh 'ngam' dengan bapak mereka. Satahu saya, dan dari pengalaman, saorang bapak itu pasti 'meleleh' dengan anak anak perempuan mereka. Saya sendiri lebih 'manja' dengan emak, sedangkan saya sering menyakitkan hati bapak. Adalah jugak kenangan pahit dengan bapak ni, tapi, saya dah padamkan semua, walaupun ada satu dua yang berbekas dihati....tetapi, semuanya betujuan untuk merubah pemikiran saya , dan semuanya berbaloi dengan apa yang saya kecapi sekarang ini. Semuanya atas teguran bapak yang agak 'tajam' untuk diri saya fikirkan.


Berkisah tentang kahwin ni, dua hari sebelum bapak pergi buat selamanya, secara perbualan 'lelaki dengan lelaki' bersama bapak di stesen keretapi Taiping itu, antaranya kata kata akhirnya,


 " Bapak tak ada apa apa untuk korang adik beradik. Engkau kerja elok elok, tolong emak engkau tu, dia banyak bersusah untuk bapak, kau tengok tengok adik adik kau......., bapak tahu kau pun akan kawin tak lama lagi....."


Getus hati saya, " tak main lah kawin kawin muda ni! "


 Ya, benar, saya mendirikan rumahtangga pada 1986 sebaik bapak pergi pada tahun 1984 itu, pada usia belum mencecah 22tahun itu!


Tak main kunun!!


Latiff Hariri
1838 22062012
Sungai Petani

Bapak memang garang..., cenge orang Kedah kata.


Sayalah yang selalu menjadi sasaran kemarahan bapak... Memang padan pun sebab saya nakal.


Saya masih ingat macam mana bapak pernah marah saya sehingga dia pernah baling parang ke arah saya. Saya tahu bapak bukan niat nak bunuh anak bertuah ni... Cuma nak gempaq ja.


Apa lagi saya lari pecut la. Tahu apa kesnya?


Saya tak basuh kasut sekolah. Pada ketika tu, cuti sekolah, saya rendam kasut entah berapa hari saya pun dah lupa. Kakak pulak mcm biasa, hari jumaat sehari selepas cuti dah siap basuh semua pakaian sekolahnya. Mau org tak sayang. Selalunya bila saya rendam kasut tu... Bapak akan tolong basuh. Agaknya dia tak mau bg muka sangat kat saya.


Kes kedua yg masih saya ingat ialah saya pernah curi pahat bapak untuk pahat kayu nak buat pistol. Dari kecil, saya memang suka berangan nak jadi lelaki. Jadi saya pun 'try' la nak buat pistol. Malangnya pahat tu jadi sumbing kerana saya tersalah teknik ketika memahat, pahat batu, hehe... Apa lagi, mengamok sakanlah bapak.


Saya lari kuncikan diri dalam bilik, dari tengahari sampai maghrib. Akhirnya bapak mengalah, pujuk saya keluar sebab dari pg saya tak makan apa2. Sebelum saya berani keluaq bilik, saya suruh bapak ambil air sembahyang...


Fahaman saya masa tu org yg berwuduk dan nak sembahyang tak kan marah atau pukul org, hehe. Bapak, kalau marah akan lupa diri, dia akan tonyoh kepala, baling apa apa yang ada padanya dan saya memang pandai mengelak. Tetapi kadang kadang terkena jugak.


Pernah saya pi sekolah dengan pipi yang lebam, sebab bapak baling diarinya ke arah saya dan terena pipi.


Apa kesnya? Saya dok berlengah lengah waktu maghrib tak pi mandi.


UmiFathimah
0108 17062012
Kedah Darul Aman

Tuesday, 26 June 2012

Dua Ceramah Rafizi Dalam Satu Malam 23062012

Saya memang tertanya, Rifizi ni rajin sungguh turun ke Kedah ni? Negeri lain dia tak minat ke?


Jadi, malam minggu ini, 23hb kalau ikut kalendar Jerman itu, beliau menjawab persoalan saya. 


Memang kampung halaman beliau ialah Selangor dan Terengganu, tetapi Negeri Kedah adalah negeri ketiga yang beliau suka datang bertandang. 


Bukan bermakna Negeri Pulau Pinang dan Perak, yang bersebalahan Kedah ini beliau tidak kunjungi, tetapi aktiviti ceramah ini lebih bayak jemputan yang beliau terima dari Negeri Kedah.




Kira kami warga Sungai Layar ini bertuah, sebaik 48jam pengumuman perletakan jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik Negeri Selangor itu, beliau sudah turun
berjumpa kami untuk memberi jawapan mengapa.


Semuanya kerana Umnu dan Utusex sudah menjadikan isu yang beliau tidak 'sebulu' dengan MB Selangor. Kata Rafizi, kemana sahaja beliau pergi , ada yang tersenyum 'sinis' kepada beliau seoalah olah, apa yang dilapurkan oleh Utusex itu adalah benar. Seoalah olah, beliau akan melompat parti, mamaasuki Be End. Tetapi, percayalah, beliau masih menanti 'rasuah'nya , sekiranya umnu berani membayar Rm30juta untuk beliau keluar Keadilan.


Hehehe. 



Dan beliau sudah bersedia untuk di'sunat'kan sekali lagi sekirannya beliau melakukan amalan melompat parti, lainlah Ibrahim Ali yang sudah tiada apa apa lagi, untuk disunatkan. Kuang kuang kuang.

Ingatan beliau kepada kami, Pengarah Strategi Keadilan yang pertama dan kedua, Dato' Saifuddin Nasution dan saudara Tian Chua, sepanjang memegang jawatan itu, mereka tidak pernah menyandang apa apa jawatan didalam kerajaan Negeri. Tetapi berbeda dengan beliau , yang terus dilantik.


Mana ada masanya untuk berperang habis habisan dengan umnu untuk PRU13 ini, jika beliau masih lena menduduki kerusi empuk itu. Yang penting sekarang ialah tumbangkan kerajaan yang zalim itu!!


Umnu memang menanti apa apa jua perkara yang terjadi, untuk dijadikan isu, kerana untuk membuat isu terhadap Negeri Pakatan Rakyat , memang tiada yang boleh dipercayai rakyat.

\
Pada awalnya sekitar 100 hadirin, tetapi sebaik Rafizi mulakan ucapan, saya jangkakan melebihi 500 kehadiran untuk sebuah perkampungan pinggir kota ini.


Najib tidak berani membubarkan parlimen hingga kini. Semuanya kerana lapuran dari akar umbi serta SB SB macai pemakan rasuah itu melapurkan, yang Be End akan berkubur bila setiap kali lapuran diterima. Bayangkan , sudah elok percaturan Bijan, timbul isu Lembu Shahrizat, elok aja BR1M diagihkan, dan mood rakyat katanya memihak Bijan, timbul pulak Bersih 3.0 . 


Sudah 3 kali tertunda , dan Bijan sememangnya takut untuk umumkan tarikh pilihanraya, kerana lapurannya, walaupun SPR dan Pejabat pendaftaran bersekongkol menjayakan kemenangan umnu dengan melahirkan banyak kad pengenalan untuk pengudi hantu dan Bangladesh itu, lapuran bawahan masih menyatakan JANGAN!!


Anak muda berhati waja!!!

Walaupun beliau akan hadirkan diri ke Mahkamah dalam masa terdekat ini , untuk berhadapan Mami Shahrizat, beliau masih sempat berjenaka, meminta makcik makcik Sungai layar yang berminat untuk berlakun filem arahan beliau itu nanti. Hanya perlu berjumpa beliau sebaik selesai ceramah malam ini.


Tapi ada syaratnya, bukan sahaja pandai bersenteng lengan seperti Mami Ijat itu, tetapi wajib pandai menyelak kain!!! Kah Kah Kah.


Sememang tidak rugi mendengar celotehan beliau. Semua isu terkini termasuk kes rasuah di Perancis itu dikongsi bersama kami. 


Bekas Presiden Perancis yang lalu, yang disabitkan dengan rasuah itu tetap kalah dalam pilihanraya, walaupun diapit dan ditonjolkan isteri beliau yang cun , saorang model, pelakun, dan penyanyi pujaan rakyat Perancis, disetiap rapat umum kempen beliau.




Nicolas Sarkozy pun kalah, walaupun menonjolkan isterinya yang cun disetiap perhimpunan politik beliau. Semuanya sebab amalkan rasuah.




Inikan Bijan yang , sebaik terjaga dari tidurnya itu setiap pagi, terlihat isterinya yang dot dot dot itu!! Bukan sahaja cun, tapi.......(cun ke? macam nenek Imelda aje)


Boleh ke aku menang ni!!


Belum lagi mengenangkan kes Scorpene itu!




Sebenarnya memang menarik celotehnya Rafizi ini, pertuturan beliau lancar tidak seperti mamak Madey itu yang asyik duk kata apakanama apakanama, bila beliau gagal membaca skrip untuk menipu itu


Cermah beliau tamat sekitar 1050 malam, kira sejamlah. 


Lalu penganjur melarikan beliau untuk acara makan malam didewan bersebelahan, serta jamuan durian ditengah malam buta ini...


Kami yang sememangnya wartawan tak bergaji ini, sudah tahu kemana rancana Rafizi seterusnya, terus kami melarikan kereta ke arah selatan Sungai Petani, meninggalkan Rafizi yang sedang menjamu selera.




Dalam gelap orang orang kampung Datuk K sudah menanti kehadiran beliau.


Sebaik kami keluar dari kenderaan kami, Rafizi sudah meberi salam dan memulakn ceramah kedua beliau di Permatang Pasir, berhampiran Masjid Siti Nurhaliza itu.


Dia pakai ilmu apa ni, dia sampai dulu dari kami!



Tengok kehadiran melebihi 500, termasuk yang berdiri disamping jalan raya menuju ke Kota Kuala Muda



Kisah ceramah Rafizi disini pun, macam yang kami pernah dengar di Sungai Layar sebentar tadi, tapi semangat warga di Permatang Pasir lebih tinggi dari warga Sungai Layar.


Kali ini kami beranggapan, Rafizi datang bersama pemandu sukarela beliau, tidak seperti kehadiran yang lalu, dengan menaiki bas.




Pukul 110 pagi, semua masih nak berinteraksi melalui FB walaupun duduk bersebelahan.


Hmmm, hah lama saya tidak aktif begini sejak mejak rajin berkebun . Memang letih setiap petang bila berkebun, tetapi kepuasannya amat berbeza bila selesai kerja di pejabat. Kehijauan menjadikan saya lebih tenang.....


Tidur pukul 2 pagi, tapi Euro2012 tak pernah saya layan, gasaklah siapa nak menang pun.

Latiff Hariri
2058 25062012
Sungai Petani

Monday, 25 June 2012

Guru.....Oh Guru

Sesi persekolahan penggal kedua baru 4 hari berlalu, yang pastinya guru guru pakat sibuk.


Sibuk.....?


Ada yang akan kata kerja cikgu ni sibuk sangat ka? Cuti dua minggu duk buat apa?
Makan gaji buta sahaja?


Tidak dinafikan, ramai warga di luar sana sudah memahami tugas guru, dan ada yang sedang dan cuba memahaminya. Walau apa pun situasinya, terima kasih diucapkan. Bukan guru meminta simpati, cuma sediakan sedikit perasaan untuk rasa belas kasihan kepada guru.


Tetapi ada sesuatu yang berlaku, yang terkadang membuatkan guru guru rasa terkilan.


Cuba bayangkan , ada Pengetua yang mengadakan mesyuarat pada 9hb Jun, yakni sehari sebelum permulaan sekolah bagi Negeri Kedah ini.


Kata kata aluan Tuan Pengetua ini pula lebih kurang begini bunyinya,


" Cikgu cikgu kena hadir bila bila pun , bila dipanggil bertugas, bukan selalu saya panggil untuk mesyuarat. Jika cikgu tak hadir, sila kemukana surat tunjuk sebab, itu semua untuk markah prestasi cikgu jugak."


 Ini ucapan aluan atau ugutan Tuan Pengetua!!


Bukan cikgu tak mahu hadir, atau saja saja nak ingkar arahan, tapi faham faham ajelah. Walaupun cuti 2 minggu, kena jugak hadir ke sekolah untuk kelas tusyen paksarela......


Itu tak kira guru guru kanan yang kena mesyuarat pengurusan lagi. Ingat cuti sekolah tu boleh relax sangat ka? Kertas soalan yang perlu disemak dan kerja kerja lain yang perlu dibereskan.


Hari Sabtu sebelum buka sekolah tu!! Tolonglah faham situasi sikit, hari yang sibuk, ada yang nak hantar anak anak pulang ke asrama, ada yang nak buat persiapan untuk anak anak bersekolah keesokkan harinya.


Soal kemasyarakatan seperti kenduri memang dari awal awal dah tolak ketepi, sebab tak dapat dipenuhi. Tapi, cikgu berusaha paksadiri hadir jugak bermeeting atas jemputan aluan Pengetua.


Adakalanya, kena kata , tembok kesabaran kami terbolos jugak!!


Jadi forum sesama guru ini terpaksa dibuka, bagi sesi mengumpat Pengetua itu.


Sana sini dikempen , dicanang supaya Guru Guru menyayangi murid, tapi adakalanya guru guru boleh lupa , atau hilang kemahiran untuk menyayangi murid , sebabnya, guru guru sering dibelasah kiri kanan, dengan beban tugas yang tak masuk akal.


Umifathimah
2025 14062012
Kedah Darul Aman


Sunday, 24 June 2012

Selamat Pulang Dari Bandung

Pukul 5 dipagi minggu ini kami dah bangun.


Bandaranya terlalu dekat, tapi, memang saya ni jenis yang suka awal, tak mahu beratur panjang untuk lapur masuk ke lobi menunggu itu.


Sekitar 645pagi kami sudah turun ke lobi hotel, tak sempat dah nak bersarapan, hanya sempat berfoto sahaja.

 

Hotel Serena  ratingnya, sekitar 3 star.

 
Taksinya sudah menunggu .


Tak sampai 15 minit pun kami dah berada di Lapangan Terbang Internasionala Husein Sastranegara bandung. Kami yang kedua mengikut urutan beratur. Untungnya , sebaik kami turun taksi itu, tiba satu bas yang 27 seater itu, bersama pelancung dari Malaysia. kalau tidak, sah lama antrinya.





Kami kedua beratur(antri). Memula tu saya risau jugak, sebab bagasi kami melebihi had yang telah kami tempah. Saya dah 'standby' lebig Rp700,000 serta kad kredit sekiranya tambahan caj dikenakan sekiranya berat bagasi kami melebihi had .


Rupanya , kami hanya dikenakan Rp180,000 sahaja, sekitar RM65.00 . Ok lah.


Lega.... Terus berlegar dilobi, kerana kaunter Imigresen belum dibuka. belum pukul 8 pun.


Tapi....petugas VVIP Lounge ini pandai menggoda kami. Kami dijemput masuk untuk bersarapan pada harga Rp75,000 saorang, dan paspot kami akan dilayan oleh mereka tanpa kami perlu beratur di kaunter. 


Fikir fikir, kami pun belum bersarapan, dan harganya oklah, janji selesai sisa duit rupiah kami yang masih berbaki ini, hahaha.

   
Mihun, kuih muih, nescafe, biskut, fanta merah kegemaran kami, serta teh botol!!

 
Dan siap ada wifi gratis lagi.


Dan kami hanya memasuki ke lobi menuggu bila kaunter dibuka, dan ternyata paspot kami sudah siap dicop, hanya perlu cek badan sahaja.


Tak ramai rupanya , saya anggar sekitar 100 penumpang.


Pesawat berlepas seperti yang dijanjikan


Baju tu dah macam flight attendant dah......


Banyak yang kosong.

Bila pesawat bergerak dan berlepas, hati masih teruja. Sekitar 15 minit, mata kami mula lalok. 


Korang tahu tak, lalok tu perkataan minang untuk tidur/mengantuk.



Kalau saya, saya naikkan lapik tangan disisi, dan saya akan lalok lunjur kaki.

Perjalanan satu setengah jam ini terasa lama,  bila mata mengantuk dan hati dah tak sabar nak balik ke kampung halaman.


Mendarat sekitar 1030 pagi, dan adik saya si Zali tidak dapat menanti kami. Kami menaiki teksi ke rumah beliau untuk mengambil Proton Saga saya itu.


  
Taksinya mana?

Kami teruskan perjalanan pulang. Tiada halangan langsung, kecuali ditahan di Kuala Kangsar.


 
Tengok, siapa yang tahan kami di KK itu.

Dan kami teruskan perjalanan untuk pulang ke Sungai Petani.


Eh, tak lah, kami singgah ke Taiping lagi, untuk ole olekan buah tangan Bandung kepada emak saya.


Dan sebaik kami tiba di rumah, perkara pertama yang kami lakukan adalah memunggah kotak yang dimasukkan kedalam bagasi itu, untuk dibedak bedak harta masing masing.  


Puas hati, sebab tiada yang rosak atau hilang.



Ini hak aku.



 
.........dan si Budin pun hadir

........untuk claim sepatu mulut buayanya.


Ingatkan dia nak simpan naik pelamin, rupanya tidak.......

Letih , tapi esoknya Isnin, saya masih ada sehari lagi untuk berehat...lega.


Selalunya macam tu, saya pastikan sehari untuk rehat sebelum memulakan tugas rasmi saya itu.

Latiff Hariri
1108 24062012
Sungai Petani

Thursday, 21 June 2012

Keluarga Besar Kita

Hakikat kita berkeluarga ni, pada saya, bermula pada awal perkahwinan saya.


Jangan salah anggap pulak, sebelum ini pun berkeluarga jugak, tetapi lebih kepada ekoran mata emak dan bapak, yang sentiasa mengikuti perkembangan anak bujang mereka ini.


Saya pada awal remaja sebaik tamat SPM, sudah memulakan karier mengisi masa lapang menunggu keputusan SPM. Waktu itu tiada yang pelik tentang kehidupan separuh kerja, separuh hati teruja untuk sambung belajar.


Tapi, bila saya membuat keputusan untuk bekerja sahaja, dan menolak tawaran untuk sambung belajar dari satu institusi milik MARA dan sebuah Jabatan Kerajaan itu , saya mula merasakan kelainannya.


Kelainan ini dari segi pemerhatian keluarga, samaada dari emak dan bapak, mahupun dari kakak, abang dan adik adik, serta sepupu duai serta makcik pakcik yang sering saya berhubung setiap kali percutian mahupun bertemu setiap hujung minggu.


Ada dua perbezaan, yang positif dan yang negatif. Semuanya dari persepsi mata hati sayalah. Bukan mahu mengkritik tetapi lebih kepada mahu berkongsi pengalaman bersama keluarga saya yang besar ini. Bukan sahaja adik beradik saya yang berjumlah tiga belas itu, tetapi dari keluarga emak dan bapak, yang begitu besar dan rapat hubungannya ketika itu.


Emak mempunyai lebih 10 adik beradik, begitu juga dengan Bapak. Ini pengalaman yang saya mahu kongsikan untuk renungan anak anak , serta anak anak buah saya, supaya dijadikan iktibar. 


Bila kita tidak berpelajaran tinggi, tiada kelayakan yang sepatutnya, kita sendiri akan merasa betapa rendahnya diri kita. Padahal, emak bapak waktu itu memang mahukan saya menyambung pelajaran, tetapi tidak untuk diri saya. Jadi, secara semulajadi saya merasa akan rendahnya diri ini dari mata mereka.


Saya tak mahu sentuh tentang pandangan rakan serta orang luar. Biar dari sudut mata saya tentang perhatian dari keluarga saya sahaja. Saya bersyukur walaupun saya gagal memenuhi impian Bapak terutamanya, tetapi setiap kali ke tempat kerja, pasti Bapak menasihatkan saya supaya bekerja dengan penuh jujur dan ikhlas, tak dilupakan jua diberitahu beberapa ayat ayat AlQuran yang sesuai untuk diamalkan setiap kali dalam perjalanan ketempat kerja mahupun, bila berada didalam tugasan.


Bapak tidak menunjukkan kekecewaan beliau walaupun saya tahu diawalnya beliau agak 'marah' dengan kegagalan saya itu. Tapi itulah, emak banyak memberi motivasi kepada Bapak, betapa setiap anak itu berbeda cara tegurannya, dan tidak semua anak akan menjadi apa yang ibu bapa inginkan. Ini yang positifnya.


Ada pakcik makcik yang sama sama bekerja sebaik tamat SPM seperti saya itu, memberi galakan serta perangsang untuk saya terus maju walaupun pelajaran tidak sehebat mana. Saya tak akan lupa akan kata kata perangsang pakcik makcik ini. Tetapi, tidak dinafikan , ada yang memandang rendah akan keupayaan saya ketika itu. Bukan mereka yang pandang rendah, tapi saya yang fikir begitu.


Mereka yang rapat dengan saya ini ada jugak yang dari lirikian matanya menyatakan ketidakselesaan dengan saya dek kerana mereka berjawatan, ataupun sedang berada di IPTA . Saya faham sangat .

Ada suatu ketika itu, sesaorang itu pernah memerli sinis,

" Alah, dari setandan kelapa, ada yang tak elok juga" .


 Memang sinis, tetapi saya telan aje. Saya tiada apa pun nak dibanggakan. 

Tetapi ada suatu ketika itu bila saya pulang dan bertemu dengan sesaorang itu bersama kereta jenama Jepun pertama  saya itu, sesaorang itu bertanya yang soalannya dapat saya dengar,

" Eh, itu si Latiff ke? "

 Sah ! mata duitan!! Kejayaan bukan dipandang dari harta benda, tetapi dari isi Agamanya, itu yang UAI selalu celotehkan.

- Latiff  Hariri -
1738 05062012
Sungai Petani

Dalam keluarga saya anak kedua.


Bapak selalu kata saya ni keras kepala, suka melawan dan berani.


Dari kecil, saya tak suka belajar... Saya suka meranjau sekitar kampung, masuk hutan, main dan bersembang. Kelebihannya, orang orang kampung kenal saya sorang saja anak bapak berbanding adik beradik yang lain. 


Bila time Raya pulak saya yang akan dapat duit raya lebih sebab saya akan sukat kampung sampai habis 3 hari raya.


Kakak saya? Memang saya tabik kat dia. Anak kesayangan bapak dan mak. Hobi dia, baca buku kot, sebab saya selalu tengok dia baca buku.


Kakak, saya rasa boleh baca ketika usianya 5 tahun sebab masa tu bapak dah bawak dia pi sekolah. Anak anak cikgu dulu dulu memang ada kelebihan, dapat pi sek awai dan boleh masuk kelas ikut suka tak payah ikut umur. Tapi bila time exam sek atau exam awam baru ikut umur dan kelas sepatutnya. Jadi kakak akan baca buku sepanjang hari dan sebelah malam dia akan belajar dgn bapak... Itu yang saya ingat.


Bila kakak cerita balik pada bapak cerita dari buku yang dia baca, saya akan jadi tukang dengar, sebab saya tak suka baca, pastu saya akan komen cerita itu dan buat tambahan sendiri ikut suka saya. Bahan2 yang saya dengar ini menjadi topik yang akan saya gebangkan bersama2 kawan esoknya.


Hehe... Kawan kawan akan anggap macam saya yang baca cerita tu. Dipendekkan cerita, kakak menjadi pelajar pintar di sekolah. Dari darjah 1 - 6 dia akan dapat no 1, penilaian darjah 5 sudah tentulah 5 A. 


Kemudian dia mendapat tawaran ke sek berasrama penuh Seri Puteri Kuala Lumpur. Waktu tu saya baru darjah 4. Kejayaan kakak bukan sahaja membanggakan mak dan bapak tapi cikgu kat sek dan orang kampung pun dok sebut2 pasai kakak. Bila orangg tengok saya, depa senyum ja.. Masa tu saya tak tau apa makna... La ni baru saya faham...


Hehe. Adik tak sebijak kakak. Duduk di rumah saya selalu bertengkaq dgn bapak... Ada sahaja topik yang bercanggah pendapat sure kami bertikam lidah menegakkan hujah masing masing. 


Bapak cepat panas, bila saya sentuh bab bab keagamaan, dia selalu melenting (walaupun tak sebijak kakak, saya dapat jugak melanjutkan pelajaran ke SMK Agama Kedah). Arwah mak selalu tegur saya sebab saya selalu lawan cakap bapak. Bab ni saya kalah, bila mak masuk campur, saya akan berundur dan minta maaf pada bapak. Tapi saya ni jenis ada ego jgk la... Tak mau minta maaf 'direct' pd bapak... Selalunya saya akan tulis surat minta maaf dan letak dalam diarinya. Tapi yg bestnya bapak saya berhati lembut, bila dia baca surat saya, dia akan jadi baik dgn saya esoknya. 


Hehe... Antara kata2 bapak yg masih saya ingat ialah,


"  hang bukan tak pandai, tapi hang penyegan"


" Hang ni kalau dapat jadi kerani pun dah kira oklah dan dapat kawin dgn org reja kilang." 


Kata2 bapak tu tak berbekas pun dihati saya. 


Tapi bila saya nak kawin, bapak tanya, "laki hang kerja apa?"
Saya kata la, " Kan bapak suruh kawin dgn orangg reja kilang, dia ni kerja kilang la."


Lazer!!


Bapak diam ja... Tapi bila saya bagi tau kata saya sambung buat master, bapak mula bangga dengan saya. Dan skrg bapak dok tanya bila nak sambung phD... Hehe, dia ingat senang ka?


-Umifathimah-
11:11 14062012
Kedah Darul Aman

Tuesday, 19 June 2012

Cempedaknya Tiada Lagi

Buah cempedak diluar pagar kami tiada lagi.

Saya tiada jawapan tepat mengapa pokok ini mati.

Apa yang pasti, sepanjang lorong memasuki Taman Teratai Inn-dah ini, apa saja poko yang ditanam, tidak akan kekal hidupnya. Secara sendirian, tanpa kami racuni atau tanpa penyebabnya, kebanyakan pokok pokok ini  akan mati begitu sahaja.

Sekitar musim ribut sebaik pokok durian kami di kebun itu berbunga, pokok ini tetiba je, dedaunnya kekeringan dan berguguran.


 
Tart membawa gergaji dari rumahnya, untuk 'selesai'kan pokok cempedak ini.


Disambung pula oleh si Zul dibahagian atas.


Zul hingga ke bumbung rumah

Tiada ucapan yang dapat saya lafazkan selain dari terima kasih tidak terhingga kepada Zul, Tart, Najib dan Budin. Tanpa mereka berempat, tiadalah kederat saya untuk menyelesaikan pokok cempedak ini.


Keropok, durian dan air es jadi 'upah'nya untuk petang ini



Selesai sekitar maghrib

Tak nak tanam penggantinya, sebab tak terlayan daun daun kuning dan cokelat yang berguguran.

Latiff Hariri
1858 19062012
Sungai Petani

Sunday, 17 June 2012

Sejarah Perjuangan Guru Melayu Kedah 5


Di Alor Setar, akhbar Utusan Melayu melaporkan guru-guru Melayu Kedah menunggu arahan dan tindakan selanjutnya daripada PGMK jika isu-isu berkaitan bahasa Melayu dan pelaksanaan sekolah menengah aliran Melayu melalui jalan buntu dan tiada penyelesaian.[1] Hal ini bermakna ahli-ahli PGMK akan menuruti langkah guru-guru Melayu negeri lain terutama sekali guru-guru Melayu Pulau Pinang yang diketuai oleh Cikgu Mohd Nor Ahmad dan guru-guru Melayu dari Melaka dan Johor yang telah mengambil keputusan nekad akan keluar dari ahli UMNO. Misalnya, guru-guru Melayu Johor telah melaporkan kepada akhbar Utusan Zaman bahawa tujuan mereka keluar daripada menganggotai Parti UMNO adalah kerana;
“tindakan kami ialah untuk kepentingan nasional. Kami telah mengambil keputusan akan memerintahkan ahli-ahli kami keluar dari UMNO kalau tuntutan kami gagal.”[2]

Sementara itu, akhbar-akhbar tempatan membuat liputan meluas tentang pengisytiharan guru-guru Melayu di seluruh tanah air keluar dari UMNO semasa Mesyuarat Agung Khas di Sekolah Umum Prince Road itu yang turut dihadiri oleh Syed Nasir Ismail dan Aminuddin Baki untuk memberi sokongan. Laporan dalam akhbar Utusan Melayu menyatakan;
“Perintah KPGMS:
Keluar beramai-ramai daripada UMNO hari ini, tindakan akan diambil terhadap anggota-anggota yang engkar. Syed Nasir mencurahkan air mata di persidangan KPGMS.”[3]

Dengan nada yang tegas dan lantang Mohd Khir Johari telah memberi reaksi pertamanya;
“saya tidak akan menerima perintah dari guru-guru.”[4]
Lebih memburukkan lagi keadaan, apabila Mohd Khir Johari dengan sewenang-wenangnya menuduh guru-guru Melayu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan usaha untuk memajukan pendidikan negara. Mereka berharap bahawa dengan membina sekolah menengah aliran bahasa Melayu, mereka akan ditempatkan ke sekolah menengah dan seterusnya dapat menikmati skim gaji yang setara dengan guru-guru dari sekolah Inggeris.[5] Tuduhan yang tidak berasas itu telah membuatkan golongan guru Melayu merasa terkilan dan kecewa. Situasi yang tegang itu menambahkan lagi kemarahan guru-guru Melayu apabila Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menyindir Cikgu Mohd Nor Ahmad;
“Saya nak tengok sekolah bangsa Melayu macam mana, dan saya nak tengok juga berapa orang nak mengaji jenis sekolah yang cikgu mahu itu!”[6]

Pada mulanya, guru-guru Melayu Kedah tidak mengambil apa-apa langkah kerana menunggu keputusan pemimpin tertinggi PGMK berkenaan tindakan keluar dari UMNO. Apabila perintah keluar dari menganggotai UMNO disahkan oleh pejabat PGMK di Jalan Raja, Alor Setar, stu mesyuarat diadakan di Sekolah Melayu Sungai Korok Lama pada 6 Februari 1958.[7] Dalam mesyuarat itu, guru-guru Melayu Kedah mengambil keputusan akhir menyokong apa yang telah dilakukan oleh guru-guru Melayu di Pulau Pinang, Johor dan Melaka serta keputusan yang telah ditetapkan oleh KPGMS. Pada masa yang sama juga, satu laporan tentang keputusan dan arahan daripada Cikgu Nor Ahmad supaya keluar dari menganggotai UMNO serta merta pada 31 Januari 1958 telah dibentangkan pada mesyuarat itu.[8]


[1] Utusan Melayu, 11 Januari 1958.
[2] Petikan dari, Utusan Zaman, 19 Januari 1958.
[3] Utusan Melayu, 1 Februari 1958.
[4] Ibid.
[5] Margaret Roff, The Politics of Language in Malaya, dlm. Asian Survey (Institute of International Studies at University of California), May 1967, Vol. VII no. 5, h. 321.
[6] Dipetik daripada Ahmad Md Saman, Persatuan Guru-guru Melayu Kedah (PGMK) Pergerakan Dan Perjuangannya 1946-1958, Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda Sastera, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1977/78, (tidak diterbitkan), h. 364
[7] Ibid.
[8] The Straits Echo, 13 Januari 1958. Akhbar ini turut melaporkan perletakan jawatan Cikgu Ahmad Nor dari UMNO.

-bersambung-

UmiFathimah
Kedah Darul Aman

Friday, 15 June 2012

Sepanjang May

Tak dapat saya nafikan, sebaik pulang dari bercuti di Bandung bulan lalu, jadual harian saya agak tercelaru.


Saya tak dapat kemaskini penulisan didalam blog ini secara lancar, kerana terlalu banyak kisah di Bandung yang mahu saya kongsikan, dan pada waktu yang sama, terlalu banyak aktiviti yang harus saya lalui setiap hari dan minggu.


Dan yang agak mengecewakan saya, banyak aktiviti ceramah Pakatan Rakyat, gagal saya hadiri.


Fikir fikir, bukan alasan yang kukuh. Sebanarnya , saya agak kelamkabut bila buah durian mula luruh di kebun saya itu!!



Kenduri tahlil dan kesyukuran di rumah Roslan Abdullah, rakan sepejabat saya pada 27 haribulan, sempena pemergian Pak Lan sekeluarga ke Mekah, berumrah.


Dan ini sambutan tertunda hari lahir Izzuddin.

Sempat jugak dalam menghantar anak pulak ke Arau untuk sambungan praktikalnya, saya terus hubungi rakan seLenggong ini untuk minum senja.


Tuan rumah yang beria ria menanti kehadiran kami.

                           
Menunya laksa Kuala Perlis untuk sepuloh orang makan!!!



Keluar dari rumah Amran sekitar 830 malam.

 
Untung ada anak bujang ni yang sedia menjadi pemandu saya malam ini.

                                    
Masjid terapung di Kuala Perlis, tapi air surut.....

Kalau Amran tak berkisah tentang Masjid ini, saya tak minat pun utuk memasuki Kuala Perlis.


Dan pagi Ahad minggu terakhir Mei ini, saya berkunjung ke kebun rakan sepejabat saya ni. 
Memang geram tengok kerajinan beliau ini!!


Pada saya, kalau dapat RM50.00 seminggu dengan hasil serai serai ini, pasti sudah cukup menggembirakan dapur rumah saya. Janji belanja pasar percuma dari hasil kebun.



Badrul begitu tekun berkebun, dalam sibuk bertugas di pejabat tu

Dapatlah saya anak anak serai ini melebihi 100 batang secara percuma!
 
Nyamankan suasana di Jetty Ferry Kuala Perlis 

Memang aktiviti saya terlalu padat untuk bulan Mei ini. Saya pun tidak dapat hadir banyak ceramah politik kerana keletihan berkebun pagi dan petang, samaada sebelum ke pejabat mahupun waktu pulang pejabat. 


Paginya duk kutip buah durian, petangnya duk menebas hutan yang berlengkar menutupi anak anak pisang yang saya tanam itu..


Awal Jun pun ada banyak aktiviti, tak tahulah yang mana harus saya dahulukan.



Latiff Hariri
2038 12062012
Sungai Petani

Tuesday, 12 June 2012

Terakhir Belanja

Sarapan yang begitu sempurna

Dan pagi sabtu 5hb Mei ini, sekali lagi kami membantu membuka pintu setiap toko  didalam Pasar Baru ini.

Sebab mereka 'slow' dalam mencari rezeki, kami main FB dulu di lantai 6 Pasar Baru

Saya beli lagi 2 pasang kasut jenis ini, kira last kopeklah. Tersenyum lebar cewek pembantu toko  sepatu ini.

Tengok, siapa yang berbundut bundut itu? Baru pukul 9 pagi.

Ini yang saya tak gemar jika ada yang mahu saya titipkan untuk dijadikan ole ole.

Keratapi pagi ke Jogja

Tunggu angkutan kota lagi, sebaik barangan belian kami titipkan ke kamar hotel

Sendat angkut ini, tapi cewek depan ni manis sebab ada tahi lalat dipipi, hehehe.

Cibaduyut untuk hari ketiga berturut turut(?), teh botol jugak menjadi penghilang dahaga.

Kalaulah boleh diseludup naik AirAsia.....tapi, kat Siam pun boleh beli apa?

Kerepek dan tempe goreng.

Saya dah balik dari Bandung, seminggu kemudiannya, rakan sepejabat beritahu, kalau abang ke Indonesia, belikan saya tempe goreng .......

La, saya baru balik aje minggu lepas.

Yang ini jenis tengok katalog, order, dan bayar. Saya memang geram dengan baju baju busana Muslim.

Sepatu Spedamotor ini harganya sikatar Rm150.00 keatas.

Beg ni saya beli jugaklah.

Saya tak pandai 'part' barangan wanita, tapi anak anak tak pernah kata tak cantik pada setiap pilihan abah mereka, mungkin mereka berprinsip, asalkan gratis, bisa aja!

Ini untuk anak anak gadis.

Kami lapar ni, terus tahan teksi , minta dihantar kami ke rumah makan Wong Solo. Sudah lah jalannnya sesak,sebaik sampai, ternyata rumah makan Wong Solo sudah tidak beroperasi, tetapi digantikan dengan rumah makan Sushi Jepun. Hilang lapar kami!


Menapak aje dipersekitaran, ternyata banyak rumah makan, tetapi bukan selera kami.


Dalam kami menapak ini, terperasan , seakan akan ada pesta di padang berhampiran lereng lereng bukit kecil ini. Ingin tahu jugak, kami memasuki kawasan, sambil menanya orang awam ada pesta apa di bawah lereng bukit ini.


"Adu domba", jawab mereka ringkas.


Adu domba?


Oh , merek menjual kambing, kira pasar kambinglah ya?

Eh, bukan lah, pertandingan laga kambing!!

Warga Bandung yang terhibur dengan aktiviti ini

Sesungguhnya saya tidaklah meminati aktiviti begini. Kesian melihat kambing kambing itu berdarah kepala berlaga sesama mereka. Tapi, dah memang budaya warga tempatan.


Akhirnya , kami manaiki angkut untuk pulang. kami lewati Ciampelas dan terus ke Stasiun Kereta. Dek terlalu lapar, kami makan aje di gerai berhampiran hotel kami ini.


Masakan Padang.

Eh, sedaplah pulak. Ambik lauk sendiri dan harganya teramat murah.

Pulang ke kamar sekitar pukul 3 petang. 


Berehat sambil mula membungkus belian kami serta pakaian 'kotor' kedalam satu kotak. Sementara belian yang berharga kami masukkan kiedalam beg kami.


Petang sabtu ini saya masih tertanya, bukankah saya bercuti hingga Isnin atau Selasa?
Bukankah penerbangan pulang hari Isnin? Mengapa cepat sangat ni? Sepatutnya balik Isnin pagi!


Cek tiket, ceh.....memang esok pagi balik la.

Latiff Hariri
2018 12062012
Sungai Petani