Thursday, 19 July 2012

Santai Setiap Petang

Setiap petang, sekiranya berpeluang, saya akan membersihkan minda saya dengan berkebun. Dapatlah sekitar 40 minit bersama pokok pokok buah ini.


Semuanya tertakluk kepada cuaca dan 'mood' saya, tapi selalunya hujan menjadi punca saya gagal menjengok kebun.


Petang itu, tak semena mena terpandang 2 biji cempedak ini tergolek diatas tanah.

Jadilah, rezeki hari ini. Tapi, tahun ini memang buah tak berapa menjadi.


Hari Selasa 10 hb ni saya berpeluang mengerjakan Solat Jumaat di Masjid Tinggi, Bagan Serai.


Masa sekolah rendah dahulu saya sering lewati Masjid unik ini, setiap kali saya menaiki bas ekoba ke Pulau Pinang atas arahan emak, untuk urusan keluarga. Masa tu tak boleh berhenti, hanya tengok dari jauh sahaja.


Kini pun masih gagal memasukinya.......



Salah satu Masjid tertua dengan senibina tersendiri.... yang pasti, disinilah tapak kuat PAS, hehehe. jangan jeles ek.

Kami lepasi Kuala Kurau.......

Ini anak anak berangan yang sudah membesar....saya tak kesempatan untuk jenguk jenguk selalu.

Cuaca pun masih lebat dengan hujannya setiap petang.


Kalau ada kesempatan, saya akan hayun penyabit untuk menebas semak samun yang semakin rancak tumbuh setiap kali musim hujan.


Jarang jarang buah durian ni luruh.....

Masih ada 7 biji durian yang kedekut untuk luruh. Spesis buah besar seakan akan durian Siam, bila luruh kena simpan 2 hari dahulu, baru senang dikopek untuk menjamah isinya.


Yang bestnya , isi bukan 'kucing tidur' tetapi, 'badak tidur' , hahaha.

Rata rata berat sebiji buah durian ni melebihi 5 kg!!

Bila petang begini, semangat saya kuat untuk berkebun, sebab dapat habuan durian.

Latiff Hariri
2018 19072012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment