Tuesday, 24 July 2012

TERBANG BURUNG TERBANG

Kebun saya ni, letaknya ditengah bendang , besertakan tali air dan tasik buatan yang agak besar. Jadi, anda boleh bayangkan , bermacam aktiviti yang saya boleh cadangkan untuk anda , sekiranya anda berminat dengan aktiviti air .


Semuanya dalam perancangan saya untuk hari tua saya nanti. Masa itu bukan atkitiviti lasak, lebih kepada yang sesuai dengan kederat umur waktu itu lah.

Anak merbok yang termasuk jaring

Bebudak kat Kg Kedundung ni, memang begini aktiviti setiap kali musim padi. 


Walaupun saya kurang berkenan dengan kerja kerja ini, tapi, saya biarkan ajelah. Dah menjadi tradisi, mereka akan pasang jaring di kebun saya untuk menangkap burung burung. Saya beranggapan burung seperti ruak ruak(wak wak, atau puyuh) yang akan tersangkut ke jaring. Tetapi setiap kali memasuki kebun, yang banyak masuk jaring adalah kelawar!!


Bila dua ekor merbok ini terkena jaring, saya pun lepaskan lah. Yang seekor itu , lebih besar, terbang sebnaik genggaman tangan saya , saya lebarkan. Mencanak dia terbang, sedangkan yang anak ini, jadi lesu dan tak bermaya. Tak mahu dia terbang


Jadi, raga inilah menjadi rumah sementara beliau didalam rumah kami ni

Bermacam macam makanan berikan, tetapi dia kelihatan murung dan mendiamkan diri

Tidak melawan bila dipegang, dan mendiamkan diri bila diangkat dan dilelakkan diatas bahu saya.


Selama seminggu duduk didalam rumah saya ni, akhirnya, saya membuat keputusan untuk melepaskan dia bebas semula.


Lokasi yang sama saya lepaskan.

Diletakkan diatas dahan durian, saya sempat keliling kebun se'round', tapi dia masih tidak mahu terbang, dan tidak melarikan diri bila saya sentuh.

Dahan durian digoyang pun, beliau tidak mahu terbang.


Akhirnya, saya genggam dan lepaskan keatas supaya dia terbang, dan terus meluncur sekitar 10m dari dahan durian ini.


Ok! Maknanya dia dah ok.


Menginap di dahan jambu susu ini pulak, menyorok dicelah celah daun.

Saya kira kali ini dahannya lenbih selamat untuk dia menyorok dari serangan helang dan sebagainya.


Saya biarkan aje, dan terus berlalu.....


Harap dah terbang dah si anak burung ini.

Latiff Hariri
0608 24072012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment