Monday, 5 November 2012

BerHari Raya Qurban di Sri Medan.

 Ini Empangan Langat, yang airnya menjadi sumber minuman warga Lembah Kelang.

Anak anak teruja melihat keindahan tasik buatan ini, serta pusat rekreasi yang tersedia.

Tapi mereka nak buat projek Langat 2 tu jugak, sebab nak 'mencekik' duit rakyat. Saya tetap rakyat Selangor, sebab saya memangkah di Shah Alam.

Bertolak dan memasuki bandar Semenyih sekitar pukul 440 petang, Tiada fikir lagi, saya gunakan jalan persekutuan sahaja memasuki Berannang dan seterusnya memasuki bandar Seremban. Perjalanan harus saya segerakan, dan memang risau bila memasuki Negeri milik BN ini, sebab takutkan kamera AES.

Tak,  kami tak guna lebuhraya, kami hanya memasuki PLUS sekitar 530 petang dari susur keluar Seremban.

Berhenti seketika di Hentian Rehat & Rawat , sebelum perjalanan disambung panduannya oleh anak saya.

Saya hanya memberi arahan berpandukan google map sahaja.

Dan keluar di Pekan Pagoh.

Ini daerah kawan baik saya ni.

Di Pagoh kami disambut dengan hujan yang lebat sehingga ke Parit Sulong. Dan memang mudah dengan panduan Google, kami memasuki Balai Polis Seri Medan sekitar 740 malam.

Ini di rumah Abang Zul, abang ipar saya.

Qilah melayan sepupu/anak saudara beliau, Faiz. Ada faham ke? Ada dua pangkat.

Rezeki malam kami disini, ternyata di Balai Polis ini hanya abang Zul dan Ketua Balai yang berkelamin, sedangkan 5 pintu lagi milik anggota anggota bujang. Malam ini , hidangannya adalah sup daging kurban.

Abang Zul kata di Johor kurbannya tidak meriah....hmmm, betul ke?

Dan anak anak memberi komen yang mereka terasa selamat tidur didalam Balai Polis ini, hahaha. Abah dari darjah 4 hingga ke tingkatan 2, menginap didalam kawalan Balai Polis Aulong, Taiping . Memang selamat, Polis berjaga siang dan malam.

Paginya , rancangan saya segerakan bila rakan persekolahan saya itu memberi isyarat supaya segerakan bertandang, kerana rombongan akan bergerak sekitar 1130 pagi untuk bertandang.

Kesemua isi rumah mahu mengekori kami, tapi, Abang Zul berdolak dalik, ish ish ish

Ariff membantu adiknya Faiz mengenakan kasutnya

Kami bergerak sekitar pukul 9 pagi mengarah ke selatan, memasuki tol dan terus ke Johor Bharu,  pemanduan saya berkompas google untuk sampai ke Taman Universiti.

Latiff Hariri
2008 03112012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment