Wednesday, 7 November 2012

Bertandang ke Rumah Nassir Hanapi

Saya memang tekad, setiap kali ada anak anak angkatan 1981 yang akan mendirikan rumahtangga, saya akan pastikan saya hadir , tak kira pada hari bersejarah anak anak itu, atau sebelum/selepas majlis. Kecuali tiada izin dariNya.

Bila usia sebegini, satu kesedaran bahawa akan berakhirnya zaman matang kita, dan bermulanya mendewasakan anak anak pulak.

Saya memang suka , malah cemburu, bila ada rakan rakan persekolahan sudah mula terima menantu, inikan pula yang sudah menimang cucu.

Tahniah kepada rakan baik saya semasa tingkatan 3 iaitu saudara Nassir Hanapi. Orang Teluk Intan ni, tapi bersekolah di King Edward bermula 1977 hingga 1979 , bila beliau memasuki Sekolha Teknik selepas itu.

Saya memang rapat dengan Nasir ketika tingkatan 3, terutamanya bila memasuki asrama. Nasir saorang yang pendiam, suka mengusik dan menasihati kawan kawan, yang penting dia pendiam dan merendah diri. Solat tak pernah ditinggalkannya sepanjang penginapan beliau di asrama.

Tiba di Taman Universiti JB ini sekitar 1020 pagi, kira lajulah jugak.

Berkisah tentang Reunion 2014 - Jubli Emas

Nassir sampai kemudian dari saya, say tunggu aje d rumahnya, adik adiknya ramai melayan, termasuk menantu

Isteri Nassir melayan. Ada roti canai lagi.

Kami di sini sekitar 40 minit, kerana saya pasti keluarga ini akan bertandang ke rumah Pengantin Perempuan sekitar 1130 pagi.

Kenangan Raya Haji kedua 1433/27 Oktober 2012

Nassir dan isteri, bersama anak anak saya dan anak anak abang Zul.

Sempat dijolok buah mangga di laman rumah beliau , dan dititip 2 biji untuk jamahan kami di rumah nanti.

Tak cukup buahnya, pokoknya dititip pulak!!! 

 Terima kasih Nassir. Selamat bermenantu untuk kali yang kedua.

Latiff Hariri
1808 05112012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment