Sunday, 6 January 2013

06 Januari 1939 - 2013 Sejenak Kenangan bersama Emak

Ini catitan emak, perjalanan yang ditempuhi emak sepanjang hayatnya, selain 4 kali ke Makkah berHaji dan Umrah.

Adik Imam Masjid Sungai Layar, Ustaz Ibrahim Ahmad, Izzuddin, saya, Faiqah, Roziah, Aqilah dan Emak

Lapanganan Terbang Doha, Qatar.

Makan tengahari di Restoran Yaman, Arab Saudi. Pertamakali makan nasi mande.

Ustaz Ramlan Porigi, baru berkenalan dengan beliau di KLIA, rupanya dugaan untuk beliau cukup besar sebaik kembali dari Makkah

Masjid Nabawi bersama adik saya, Ustaz Ibrahim. Ustaz boleh berbicara enam bahasa. berkelulusan Agama dari Pakistan. Beliau mendapat 6A dalam peperiksaan SPM dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran keluar negara, tetapi menolak, dan terus menyambung ke sekolah SAR di Terengganu. 

Beliau tahfiz


Bersama emak di Bukit Uhud

Didalam Muzium bersama emak
Kami berlima punya kenangan pahit manis bersama emak di Makkah.......

Ustaz Ramlan Porigi , adik Ustaz Ibrahim dan saya , pekena saorang secawan teh.

Ustaz Ramlan merupakan ketua kami, dan merupakan anak murid Ustaz Ibrahim jugak. kata Ustaz Ibrahim kepada saya, Ustaz Ramlan merupakan orang Sandakan, dan diantara pelajar terbaik lulusan SAR. Sebab itu beliau layak menjadi Imam 3 Masjid Wilayah, sebelum di iniaya oleh rejim Barisan Nasional dengan sumpah Saifool itu.......

Seribu satu kenangan bersama emak.......2008 .

1998.

Emak pada usia 59 sudah ke Texas melewati Narita bersama cucu sulong,Aqilah yang berusia 12 tahun ketika itu. Kami tawakkal aje melepaskan Aqilah dengan emak. Saya tahu emak saya bukan Nenek yang sembarangan kepada Aqilah .

Di Bandara Narita, Jepun, emak yang fasih berspeaking itu terkial kial juga berbicara dengan kakitangan Airport, kerana sememangnya warga Jepun tidak boleh bertutur bahasa Inggeris. Dengar ceritanya jenuh jugak emak berlari kehulur kehilir untuk mendapatkan penerbangan transit Delta Air ke Amerika. Emak ada cerita betapa panicnya beliau bila gagal mencari pintu untuk ke tangga kapalterbang itu.

Tapi bila abang saya menalipon saya ditalian rumah saya di Shah Alam, mengatakan Emak dan Aqilah sudah selamat sampai, saya yang terasa lega teramat. Dan selama sebulan mereka disana, tanpa ada perhubungan talipon yang kerap dari kami di Shah Alam.


Emak bersama Sarah, Arif, Akmal dan Aqilah di NASA

Aman bersama Emak , Arif, Akmal dan Aqilah di Bandaraya Houstan, Texas. 1998

Saya kalah setakat usia 48 ni. Selain itu, emak sudah 4 kali, kalau betullah pengiraan saya, ke Tanah Suci Makkah. Tiga kali sendirian, sekali bersama saya sekeluarga. Kenangan yang menarik, penuh ujian dan dugaan, tapi masih manis untuk saya bawa kemati. Ini yang saya dambakan selalu, sejauh mana anak anak emak dapat membawa emak makan angin bersama, saya rasa yang teristimewa bila dapat memimpin emak dan menolak kerusi roda emak ketika di Baitullah.......Amiinnnnn.

1) Untuk rekod kebanggaan saya, selain dari ke Makkah dan Madinah, saya juga berpeluang bersama emak dan kakak kakak pupu emak,kira kira 7 hari di Medan-Kg Haraban-Bukit Tinggi-Padang-Medan.

Entah macamana, mungki sebab saya 'cucuk' emak dan makcik makcik yang lain dengan foto foto menarik pencarian kami menyusuri Kampung Haraban itu, membuatkan semua makcik makcik saya ini termasuk emak, tertarik untuk melihat sendiri tanah kelahiran moyang moyang kami itu.

Yang saya ini, bila berjalan kaki memasuki pesawat MAS itu, kakitangan luaran yang melihat emak dan makcik makcik saya itu berjalan berkumpulan memasuki pesawat, sempat bersuara sinis kepada emak emak saya ini,

"Hmm, dah senja senja semuanya....." , songel saorang kakitangan Airport Bhd, tak pun kakitangan MAS yang beruniform kuning itu.

Saya yang terasa ketika itu, terus membalas, ini yang 'tengahari' ni menemani yang 'senja'....., senja pun boleh naik kepalterbang jugak!" Saya merenung tajam kepada yang bersuara.

Saya memang tak takut langsung masa usia 30an itu, pantang kena perli, saya pasti menjawab. Yang seronoknya, mereka bertiga -berempat kakitangan penerbangan itu, tak berani angkat muka langsung pada tembakkan saya itu. Semua tunduk terkedu.

Danau Singkarak.

Lembah Anai....Makcik Midah duduk dibelakang emak. Mak Tuo Sariaman.

2) Kali kedua bersama emak dan anak anak saya sekeluarga, 10 hari ke Medan-Parapat-Kg      
Haraban-Bukit Tinggi-Padang-Medan. Dan adik bongsu saya mengekori.

Perjalanan ini pada tahun1999, saya ingat akan tahunnya, kerana ketika itu berlakunya krisis moniter, dan setiap RM1000.00 yang saya bawa, nilai tukarannya adalah RM9juta!!

Tapi , yang letihnya, kami harus ke Medan. Sewa kereta dan ini merupakan pertamakalinya saya mengenali Pak Suparmin. Saya tidak memberi muka pada Pak Suparmin pada awalnya, sebab sudah tertipu dengan pemandu teksi sebaik tiba di Bandara Polonia itu.

Bila tiba waktu makan, emak saya menegur saya kerana tidak mengajak supirnya makan sekali.

Akhirnya....saya 'klik' dengan Pak Suparmin hingga kini!!

Kami bermalam di Parapat, Danau Toba. Keesokkannya sekitar pukul 8 pagi kami bergerak ke Bukit Tinggi dan hanya tiba lewat malam ke Desa Haraban. Emak buat kali keduanya menjejakkan kakinya ke kampung halaman nenek beliau, Nenek Sariah. Memang saya tahu, emak sayu mengenangkan suasana nenek beliau suatu ketika dahulu....



Kali kedua untuk saya bermalam di Hotel Ambun Suri .

Istana Pagarruyung . Ini jua merupakan sebahagian dari salasilah keluarga Janaton.


3) Ketiga -10 hari Jakarta-Bandung bersama saya sekluarga dan adik bongsu.

Kalau ingatan saya masih jelas, kami bertujuh bergerak seawal pagi ke Kuala Lumpur, dengan mengambil emak dan Aisyah di Taiping.

Tiba Jakarta petang dan terus menginap di Hotel Fromule1  Menteng, Jakarta untuk satu malam. Saya senang bercuti dengan jadual sendiri tanpa menggunakan khidmat agen pelancungan.


Ini Hotel rasmi kami sejak tahun 2000  


Pagi hari keduanya, seawal pukul 4 pagi saya sudah menggerakkan semua supaya bersiap. Disini subuhnya sekitar 445 pagi, jadi tidaklah pelik untuk bangun seawal itu.


Kami bergerak dengan menaiki 2 teksi ke Stesen Kereta Gambir, Jakarta Pusat. Stesen Gambir ni kira macam KL Sentral lah.


Kereta pertama bergerak ke Bandung adalah pada pukul 6 pagi. Tiada masaalah, kerana keretapinya banyak untuk kami buat pilihan. Semuanya milik swasta.

Izzuddin yang teruja mengenakan topi pegawai pemeriksa tiket.

Sarapan saorang sepinggan IndoMie, memang santai habis dalam keretapi ini. Perjalanannya 4 jam.

Emak duduk berdua dengan Aisyah, sementara saya sendirian

Di Bandung, saya hanya memandai sendiri sendiri aje. Bertanyakan kereta sewa, tawar menawar, begitu juga dengan Hotelnya, ikut dan yang mana ada, tak perlu risau, kerana setahu saya, Hotelnya teramat banyak.


Tangkuban Perahu

Hotel di lereng gunung Tangkuban Perahu


Adalah dimaklumkan, bahawa sekitar tahun 2000 ini, Bandung bukanlah destinasi membeli belah. Kami pun tak reti membeli belah ketika itu, sekadar shopping di Pasaraya sahaja.


Dalam pesawat Airasia bertujuh

Bandara Sukarno-Hatta

4) Ke Sabah seminggu, Sandakan-Semporna-KK- Gunung Kinabalu.


Masa ini AirAsia baru beroperasi, jadi pelepasannya di KLIA

Persekitaran Pasar Pekan Semporna.

Perjalanan kami teruskan ke Sandakan untuk satu malam, sebelum kami sekeluarga bergerak ke Semporna.
Ya, di sandakan kami menginap di rumah Abang Bacho.

Hotel atas laut - Hotel Dragon - 02122005

Senja di pantai Semporna dengan emak

Kami hanya satu malam disini, dan dengan menggunakan perkhidmatan bas, kami berpatah balik ke Sandakan pada keesokkan harinya. Dan pada hari itu jugak, kebetulan mak Ros serta emak kepada Abang Bacho turut berada di Sandakan. Akhirnya, selain dari anak anak sudah mengenali sesama mereka, emak emak kami pun saling mengenali, kecuali Mak Ros yang sama sama di Aulong, Taiping, suatu ketika dahulu.

Kini hanya kenangan.....

Saya rasa, kami hanya sekitar 2 malam di Sandakan. Bergerak pulang dengan bas express ke Kota Kinabalu untuk satu malam. Bergerak semula ke timur, menghala Sandakan, tetapi sekerat jalanlah, bermalam di kaki Gunung Kinabalu pulak

Kenangan abadi bersama emak dan cucu cucunya

Saya puas hati. Walaupun saya jarang jarang dapat bersama emak sejak berumahtangga ni, disaat saat usia emak memuncak, emak sering mahu mengekori saya . dan saya kira selepas itu, emak sering mengekori abang/kakak/adik adik saya untuk bercuti.

Osman, rakan sepejabat saya yang turut serta walaupun seketika untuk bersama keluarga saya di kaki Gunung Kinabalu.

Ini sebahagian kenangan percutian saya dengan emak , yang saya kira agak jauh dari kebiasaan saya bercuti disekitar semenanjung itu. Emak pada usia 60an, sememang kuat, dan pantang diberitahu akan percutian saya, pasti beliau mengesyorkan diri beliau untuk saya bawa bersama....

Pada hari ini 06 januari 2013, sepatutnya usia emak mencecah 74 tahun, tapi ternyata emak pergi sebelum hari lahirnya yang ke 74 ini. Ingatan saya , usia emak sebaris dengan arwah Tok Bab, datuk saya, bapa mertua emak.

Terima Kasih Allah, Terima Kasih Emak, atas kenangan sesingkat ini. 

Alfatihah untuk Emak, Bapak dan Nazahuddin.

Latiff Hariri
00:01 06012012
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment