Tuesday, 8 January 2013

Ubi Kayu Pertama - 28 Disember 2012

Ini dipagi 25 Disember. Secara perlahan saya memujuk kesemua untuk temankan saya ke kebun. 

Saya tahu mereka kurang minat.

Tapi bila saya mengajak mereka menjengok barisan pisang berangan ini, mereka terkejut melihat kebersihan persekitarannya. Baru mereka tahu yang selama ini, setiap pagi minggu, tanpa culas saya ke ke kebun ,  begini hasilnya.

Ya, anak isteri terkejut melihat barisan pisang berangan yang melebihi 240 batang ini, terjaga rapi.

Saya tahu, semngat mereka mula meninggi bila melihat 'diam tak diam' saya, ini hasilnya.

Petang Jumaat 28  ini, sebaik saja saya kembali dari tempat kerja, saya paksakan kesemua anak anak saya supaya mengikuti saya ke kebun. Itu pun memandangkan tiada hujan sejak musim tengkujuh melanda Pantai Timur itu. Kalau hujan memang saya tak galakkan mereka mengekori saya.

Selain itu, adik bujang ni harus diajak bersama. Kederat beliau diperlukan.

Operasi Ubi kayu yang pertama

Pada mulanya saya cadangkan 2 batang pokok ubi  dicantas dan dikorek ubinya. tetapi sebaik sahaja ubi pertma dinaikkan ke permukaan, ternyata hasilnya lumayan sungguh untuk 3 keluarga.  Tak perlu lagi mengorek ubi dari pohonan kedua.

Saya anggarkan dari sebatang pohonan ini , sekitar 3-4 kilogram.

Serumpun serai ditumbangkan untuk ditanam semula diperbatasan yang kosong

Saya menanam lebih dari 100 rumpun serai sekitar May/Jun 2012 yang lalu.

Hasilnya sekitar 70 rumpun yang segar, dan kini saya kalihkan rumpunan serai induk ini untuk ditunaskan dibatas yang baru. sehari sekitar 30 rumpun yang mampu saya tanamkan.


Lubang telah saya sediakan bagi memudahkan anak anak menanam anak serai ini. 

Setiap kali pulang kerja, sekitar 630 petang, saya akan masuk ke kebun untuk mengorek lubang bagi menanam semula serai serai ini.

Bila ramai membantu, kerja yang susah menjadi senang. Tak sampai 20 minit sudah tertanam 30 anak anak serai ini

Ini habuannnya. Pisang awak setandan, jantung pisang 5 biji, ubi kayu melebihi 4 kg

Malam Sabtu ini jugak, Roziah sediakan 2 talam bengkang ubi kayu untuk habuan sarapan pagi 29 haribulan. Rasanya lain, bila makanan dari titik peluh ini yang kita jamah. kalau ikutkan yang tersedia dijual lebih mudah, tetapi, tak akan sama dengan yang kita tanam sendiri dan masak sendiri.

Saya dah warwarkan kepada rakan rakan pejabat yang teringinkan ubikayu , jantung dan pisang, supaya datang sendiri ke kebun saya untuk petikan sendiri.

Latiff Hariri
1958 05012013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment