Thursday, 28 February 2013

Akaun Kebun Februari 2013

 

Selama ini memang ada hasilnya dari kebun ini, tapi secara kecil kecilan. Ada suatu ketika itu , sesaorang yang merupakan jiran sekampung di kebun ini juga, pernah mengambil sendiri buah buah pisang Awak dan beliau membayar secara bulanan kepada saya atas dasar percaya sahaja.  Memang tiada perasaan tidak percaya sesama seagama ini. Adakalanya dapat RM60.00, ada kalanya RM40.00, dan ada juga yang tiada RMnya.

Saya tidak pernah mengira berapa hasilnya yang saya dapat dari kebun ini. dapat pagi, petang saya belanjakan. Begitu juga dengan pajakkan tanah  bendang seluas seekar ini, yang dibayar mengikut musim menanam. Purata sekitar RM400 - RM450 semusim. Duit itu saya gunakan untuk membayar yuran tusyen pengajian anak anak. tak pernah saya kirakan . Sejak mula melilki 2 ekar kebun ini ditahun 1994, hingga kini sudah menjadi 4 ekar, semua hasil dan perbelanjaan saya padam dari ingatan. Anggap sebagai hasil dan perbelanjaan sampingan sahaja.

Kalau ikutkan, banyak RM yang kami taburkan untuk memiliki kebun ini, kalau nak dibandingkan dengan hasil yang dipungut darinya. Ya lah, lagi pun kami berdua bekerja dan punya pendapatan bulanan yang tetap, jadi kira hasil kebun ini kira 'ciput'lah!. Hahaha.

Petang Ahad, sebagai gantinya 'ponteng' kerja disebalah pagi dek menyambut Bas Jelajah Merdeka Rakyat itu, saya turun seawalnya ke kebun ini. Dalam diam, saya mencantas sekitar 10 mayang pisang emas ini, untuk saya titipkan kepada kedai Fazli. Saya sudah niat mahu memastikan sasaran untuk Februari ini tercapai.

Ya, memang saya sasarkan RM50.00 seminggu, tapi itu sasaran merendah diri. Bila melihat akan tandanan pisang ini, saya 'gandakan sasaran peribadi ini, supaya lebih realistik dengan keadaan sebenar. Kena kira jugak, serai boleh menghasilkan RM10.00 seminggu ..

Sementara menanti kehadiran dua tetamu jauh dan dekat itu, saya selesaikan acara memetik buah pisang ini sendirian. 




8 mayang akhir Februari , beratnya 70.5kg , hasilnya RM126.90


Ini hasil minggu terakhir Februari, 24 haribulan. Bulan ini dan bulan Januari tiada perbelanjaan yang keluar, jadi , ini adalah hasil bulan pertama , selama saya berkebun kira kira menghampiri setahun . 

RM372.70 jumlahnya. Sasarannya RM400.00 , pencapaiannya 93.02% sahaja.

Eh, ok apa?

Saya kena lipatgandakan lagi usaha saya ini supaya hasilnya melepai RM500 untuk sasaran bulan Mac ini pulak!!

Latiff Hariri
1908 25022013
Sungai Petani



No comments:

Post a Comment