Saturday, 2 March 2013

Tamu dari Shah Alam dan Kepala Batas

Indahkan pagi begini dengan bunga yang mekar dari pohonan disisi Taman Teratai Inn-dah ini?


 Musim kemarau kan menjelang tidak lama lagi......

Sebaik selesai acara Bas Jelajah Merdeka Rakyat itu, saya hadiri pula mesyuarat terakhir sesi 2012/2013 PIBG SMKSL ini. Penutupnya dihadir oleh kesemua guru yang bakal menyelia Mesyuarat Agung yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi.


















Sebahagian dari Guru yang majoritinya 2/3 adalah guru perempuan. 

Mesyuarat bermula setepat jam 1 petang dan berakhir jam 3.

Pulang kerumah untuk acara seterusnya. sebelum Asar, sekitar 4 petang itu, saya sudah bergerak ke kebun untuk menyambut tetamu dari Shah Alam dan dari Kepala Batas.

Fadhil dari Merbuk yang mula mula hadir.....



Sambil menunggu mereka saya mencantas sekitar 10 mayang pisang, 2 untuk titipan mereka, selebihnya saya jual.

Mereka memasuki kebun ini sekitar 530 petang.





Abang Shipol kita, bebudak bujang ni panggil Pak Andak, datang dari sek 25 Shah Alam.

Hm, langkah kaki Pak Andak ini memang kekanan....



Sebiji durian cukup untuk anak beranak ini menjamah di kebun




Letih menoreh, jamah durian pulak.


















Kenduri di kebun




Dan kehadiran rakan sepejabat saya, abang Lan @ Roslan Abdullah dari Kepala Batas.

Abang Lan tiba pun langkah kanan, si tart tengah korek ubi.



Takdanya kederat Pak Andak tu.


















Dua dua kaki memancing. 




Ini aktiviti petang Ahad 24 haribulan Februari. Lepas Maghrib ada tazkirah DSAI serta Ceramah di Dataran Agro. Saya kena bergerak pantas.

Latiff Hariri
1138 02032013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment