Thursday, 18 April 2013

Bangsa Yang Hilang Maruahnya

7 hours ago 


Sejarah yang Berulang

Sejarah Negara Malaysia

Tahun 1965 - Tanah Melayu Singapura telah diserahkan kepada Lee Kuan Yew oleh Pemimpin UMNO (serah terus tau..tak boleh ambik balik)

Tahun 2008 - Pulau Batu Puteh juga telah diserahkan kepada Singapura oleh Pemimpin UMNO (serah terus tau..tak boleh ambik balik)

Tahun 2011 - Tanah Melayu milik KTM Tanjung Pagar pula diserahkan kepada Singapura oleh Pemimpin UMNO (serah terus tau..tak boleh ambik balik)

Tahun 2014? - Wilayah Pembangunan Iskandar belum lagi diserahkan kepada Singapura, Namun majoriti penduduk dikawasan ini adalah Rakyat Singapura

Kerana itu aku tak akan mengundi UMNO walaupun aku ahli UMNO. Kerana jika aku Mengundi UMNO..aku bakal menyaksikan penyerahan Wilayah Pembangunan Iskandar kepada Singapura pula selepas ini. Dalam jangka masa panjang Negeri Johor pun boleh terlepas tau....hahahahhaha...

Hidup Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu!

Kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah.....bodoh sungguh Pemimpin Umno! yang menyokong UMNO lagi la bodoh sebab takmau belajar dari sejarah!

Bandingkan pula dengan sejarah Negara CHINA

Maharaja China (Qing Dynasty) setelah berhempas pulas berperang(First Opium War) mempertahankan Pulau HongKong dari penjajahan British, akhir terpaksa menyerahkan juga HongKong tetapi dengan 1 Syarat, pajak 99 tahun sahaja. Selepas 99 tahun bagi balik pada rakyat China. Kalau ikut logik Pemimpin UMNO, Negara China ni luas dan besar, bagi ajelah Hongkong tu...baki tanah tu banyak lagi..dok penat perang pertahan buat apa?

Namun pada tahun 1997 (selepas 156 tahun sebenarnya-British menipu didalam perjanjian) dunia menyaksikan HongKong yang telah maju dan makmur itu diserahkan kembali kepada Negara China. 


Moral of the Story...Pada Maharaja China Tanah itu adalah MARUAH, tak boleh diberikankan semudah dan sewenang-wenangnya pada bangsa Asing. Lain pula fikiran
Pemimpin UMNO...takdak maruah langsung...asalkan hulur duit terus jual!

Tahun 2010 aku pergi ke Singapura dada aku sebak....aku hampir menangis...bumi yang aku pijak bukan lagi milik aku. Terima Kaseh UMNO!

I rest my case!




Mohd Fadhil Hariri , adalah adik saya yang ke 6 dari 13 beradik.

Latiff Hariri
0658 18042013
Sungai Petani




No comments:

Post a Comment