Sunday, 21 April 2013

Dah Lama Amaran Diberi, Kita Aje Yang Tak Nak Dengaq!!

Sebagaimana Allah Taala memerintahkan semua agar berlaku adil, Allah juga melarang semua pihak daripada melakukan kezaliman. Allah mengharamkan kezaliman dengan larangan yang sekeras-kerasnya. Allah mencela orang yang berlaku zalim. Allah berjanji akan menghukum mereka dengan hukuman yang berat di dunia dan juga di akhirat. Firman Allah Taala:

"Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka; dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim." (Ali Imran:57)


"Dan siapakah lagi yang lebih aniaya dari orang yang mengada-adakan perkara-perkara yang dusta terhadap Allah, atau yang mendustakan ayat-ayat keterangan-Nya? Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu tidak akan berjaya." (Surah al-Ana'am : ayat 21)

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim." (Surah al-Maidah : ayat 51)

"Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka." (surah al-Kahfi : ayat 59)

"Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan musababnya)." (Surah an-Naml : ayat 52)





Al-Quran – lebih jauh – telah melarang orang Muslim menjadi orang yang zalim. Begitu juga al-

Quran melarangnya daripada menjadi pembantu kepada orang yang zalim, atau cenderung kepada orang yang zalim, kerana dia akan ikut serta dalam dosa dan balasan kezaliman tersebut. Firman Allah Taala tentang Fir’aun:

"Dengan sebab itu, Kami mengepungnya bersama-sama tenteranya serta Kami humbankan mereka ke dalam laut; maka perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang zalim." (surah al-Qasas : ayat 40)

Lihatlah bagaimana Allah sertakan bala tentera bersama Fir’aun dan menganggap kesemua mereka adalah manusia zalim. Firman Allah lagi:

"Dan janganlah kamu cenderung menyokong orang-orang yang zalim kelak (kalau kamu berbuat demikian), api neraka akan membakar kamu. Pada hal tiada seorang penolong pun untuk kamu selain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat apa-apa pertolongan." (Surah Hud : ayat 113)


Perkataan “Ar-Rukuun” dalam ayat ini bererti cenderung, maka dengan cenderung sahaja pun kepada kezaliman sudah diharamkan oleh al-Quran dan diikatkan dengan cucuhan api neraka, di samping kehilangan pertolongan Allah kepada mereka.


Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
Harakahdaily

No comments:

Post a Comment