Monday, 29 April 2013

Pengantin Perempuan Datang Bertandang (1)


Ahli Mesyuarat Tingkap sedang bersidang.

Dalam hal bergotong royong memasak ini, jaranglah kita jumpa dapur akan dipenuhi mak mak dara. Bila kenduri kendara yang berstatuskan gotong royong, selalunya pak pak teruna yang akan memegang sudit dan belanga.


Tidak lupa jugak, anak nak teruna yang pandai mengacau periuk belangan ni.

Semuanya bermula seawal pagi. Saya yang tiada kena mengena dengan ajenda memasak ini pun , turut membantu , tetapi hanya ke pasar aje lah.



Pak Long Latiff TNB, orang kuat dapur DUN Sungai Layar.


Pak Tam Det mesti hadir, orang kuat Masjid.

Sekitar pukul 11 saya  rasa keseluruhan menu utama sudah siap untuk dihidang.

Saya pulang kerumah untuk bersiap mengemas diri, dan hadir sekitar 1150 pagi. Ternyata sudah ada tetamu yang menjamu selera.

Saya tak perlu dijemput makan lagi lah, capai aje pinggan terus layan diri.


Antara tetamu yang awal.


Ni belum pukul 12 tengahari, kira tak ramai tetamu lagi.


Suasana sekitar 12 tengahari.

Tukang cuci pinggan gelas dah siap siaga

Payung untuk menghalang terik mentari baru dipasang



Pengantin lelaki yang santai aje melayan rakan rakan pejabat beliau.


Muslimah sudah memenuhi ruang  sekitar 1215 tengahari

Saya tidak berada lama di sini, kerana sekitar 1230 tengahari , saya sudah berada di bilik mesyuarat PIBG SunLay, untuk acara pertama sesi 2013-2014.

Kira saya ter'miss'  untuk menyambut rombongan pengantin perempuan bertandang dari Merbok ke Sungai layar.

Latiff Hariri
1848 29042013
Sungai Petani


No comments:

Post a Comment