Wednesday, 1 May 2013

Bai"ah Murid Murid/Guru Guru/ibuBapa dan NYDP

Pagi Ahad 28 hb April 2013 ini , acara kebun telah saya batal terlebih awal kerana rencananya mahu ke Sik bersama abang Azmi untuk melihat lihat akan kayu kayu terpakai. Tetapi dalam saya berjanji dengan abang Azmi itu, saya terlupa akan saya yang telah dijemput hadir untuk acara ini.

Mungkin terlalu mengharapkan bantuan pakar pertukangan ini, bila abang Azmi kata hanya boleh memenuhi permintaan saya pada hari Ahad sahaja, saya terima aje permintaan beliau. Sedangkan , saya merancang pada hari Sabtu kerana saya pasti akan ke Sekolah pada pagi Ahad.

Jualan hasil kebun pun sudah saya siapkan pada awal subuh Sabtu.

Janjinya pukul 9 acara bermula, saya sudah bersaing dengan Pengetua dan GPK Cikgu Hassim menapak ke Dewan Semarak sekitar 850 pagi. 

GPK Pentadbiran Cikgu Hamid, Tuan Pengetua Cikgu Ismail dan saya,

Dimulakan dengan doa dan kata kata aluan dari Cikgu Zul dan Pengetua, sebelum saya mengambil alih mimbar(rostrum) untuk memberi kata semangat kepada semua yang memberi Bai'ah hari ini.



Maaf, terbalik, akujanji Individu Murid- IbuBapa- Guru

Acara tamat sekitar 1030 pagi dengan sesi fotografi.

Bersama IbuBapa dan Guru Guru yang terpilih


Permata ini perlu digilap.....

Bersama Guru Guru SMK Sungai Layar.

Saya suka akan acara begini. Bila Guru Guru dan Pengetua bersemangat menaikkan nama Sekolah, saya rasa saya perlu memainkan peranan yang sama. Salah satu sifat saya adalah saya suka mencabar sebelum cabaran mendtang. Pada saya, dengan cara ini, dapat menaikkan semangat kita untuk berjuang, walaupun sasarannya hampir hampir mustahil. Tetapi, bila kita mempunyai sasaran walaupun 1, sedangkan ditahun tahun yang lalu tiada langsung yang berjaya, ianya merupakan permulaan yang baik.

Jadi sasaran Guru Guru untuk 2013 ini adalah 61 pelajar, dan saya sudah ikrarkan Bai'ah saya. 

Baton sudah dilarikan untuk larian bergilir 245 hari hari mendatng hingga tamat 31 Disember 2013.

Latiff Hariri
0748 01052013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment