Monday, 24 June 2013

Bertemu Daddy's Girls

Hm, tak ada kena mengenanya dengan perayaan itu. Saya tak berminat membudayakan sesuatu yang bukan dari ajaran Agama.

Ahad 16 June ini saya aturkan supaya perjalanan singkat ke Kuala Lumpur ini dimanfaatkan sebaik mungkin, supaya tempoh sekitar 12 jam di lembah Kelang ini menguntungkan.

Sebaik selesai acara majlis perkahwinan anak perempuan mantan rakan sepejabat saya sekitar 1989-1992, saya mengambil alih pemanduan memasuki Bandaraya. Dengan laluan Cheras menhala ke Masjid Negara, saya terus meluncur laju mengarah ke Jalan Silang, membelok dihadapan Cahaya Suria dan terus memasuki kanan, ruang parkir Dayabumi.

Perjalanan melintasi Bandaraya ini sekiranya tidak dirancang teliti, akan tersangkut dikesesakan.

Kami melangkah sederhana laju memasuki Centra Market. Anak anak saya masih belum pasti apa tujuan sebenar saya kesini.

Eka bertemu Daddy's Girl, Haslina

Kami tiba di perkarangan Pasar Seni ini sekitar 115 tengahari. Saya memakir kereta dibawah DayaBumi, yang perkirnya bersebelahan Pasar Seni. Senang untuk menapak.

Bersiar buan masa seketika didalam Pasar ini

Dalam banyak banyak gerai, mereka pilih gerai jam. Padahal jam berlambak di pasar pasar malam seluruh Malaysia

Mereka juga bertemu daddy's girls mereka pada hari Ahad 16 June 2013.

Kisahnya saya terbaca di Harian The Sun. Dan saya begitu teruja untuk bertemu beliau dan menyerikan majlis beliau.


Haslina , daddy's girl Usman Awang.

Selain dari novel dan cerpennya yang menarik penuh rahsia dan kenangan hidup beliau sepanjang pasca kemerdekaan, saya teruja kerana beliau pernah bertugas sebagai Wartawan/Penulis/Karyawan dibawah pentadbiran pemilik Utusan ketika itu , Tok Yusof Ishak, dari salasilah Jennaton.

Otograf anak mewakili arwah bapa, Dr Usman Awang, Sasterwan Negara!!

Satu untuk Eka

Saya puas walaupun tidak dapat menanti perlancaran buku YangNakal Nakal - Cerpen yang dibukukan hasil kerja Usman Awang.

Kami tergesa gesa keluar dari Pasar Seni sekitar 215 petang kerana harus mengejar bas Transnasional jam 3   petang.



Berhampiran PuduRaya sekitar 240 petang. Tapi bas sampai sekitar 330 petang.

Tiba di Sungai Petani sekitar 910 malam. Terus turun di Tol SP Selatan untuk makan malam di restoran berhampiran.

Letih....tapi ,menyeronokkan.

Latiff Hariri
1928 24062013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment