Saturday, 22 June 2013

Perkahwinan Siti Zauwiyah di Permatang Kedondong

Ini arah tujuan kami sebaik keluar dari Majlis perkahwinan anak Abang Fauzi di Hotel AmanPura itu.

Kampung Permatang Kedondong , dimana terletaknya kebun kami tu, Jaraknya rumah Kak Ara, emak kepada Siti Zauwiyah ini dari kebun kami adalah sekitar 400m sahaja. Itu yang bila saya post foto kutip durian di kebun berbajukan batik itu, ada yang tegur saya, " Hm, siap berbatik ya kutip durian."

Siti Zauwiyah ni anak buah Roziah, kerana arwah suaminya Kak Ara ini merupakan abng sulong Roziah.




Pasangannya dari Melaka



Acara potong kek



Maaf... saya terlupa nama menantu Kak Ara ni






Kedua dua pasangan ini , khabarnya bakal Guru.

Kami disini sekitar jam 3 petang. Hari ini juga berlangsungnya perkahwinan anak Abang Man/Faridah di Keledang Restu Ipoh. Kami memohon kemaafan kerana gagal memeriahkan majlis Abang Man/Faridah kerana terlalu banyak kenduri sempena cuti penggal kedua 2013 ini .

Selamat Pengantin Baru untuk kesemua anak anak ini, termasuk yang jauh dan yang dekat.


Latiff Hariri
1148 22062013
Sungai Petani




No comments:

Post a Comment