Sunday, 16 June 2013

Fariman & Farah -Anak Abang Fauzi, Taratai Indah

Sebulan sebelum acara ini abang Fauzi dah warwarkan kepada saya. Siap dia ajak saya brertandang ke Ampang , Selangor untuk acara pernikahan di sana. Saya 'terbuka'. Kalau ada rezeki, saya sampai.

Ternyata tidak sampai...

Hanya boleh bertandang ke rumah Pengantin lelaki yang betul betul dibelakang rumah saya, dari sisi. Cuma , majlisnya diadakan di Hotel Amanpura, kira kira 2 km dari Taman Teratai Indah.

Terlalu banyak jemputan, jadi kami segerakan acara ini tepat jam 12. Untungnya bersaing dengan Cikgu Azizi, jira bersebelahan Abang Fauzi tu.


Tangga macam filem Hindustan - Hotel Amanpura


Dewan sekitar 300 orang dalam satu masa.


Marhabban dari Angkatan Masjid Al-Amin kami.


Antara tetamu yang hadir awal.


Isterinya Cikgu Azizi


Ole Ole dari Pengantin untuk tetamu


Fariman diapit abang sulongnya, sarta adik prempuannya.


Memasuki lobi Hotel AmanPura sekitar 1250 tenghari.

Kami tidak dapat tunggu lama, kerana harus mengejar kenduri jemputan yang lain pulak.
Ini anak kedua abang Fauzi kita, yang duhulunya saya rakamkan wajah mereka anak beranak , yang mana sakatan saya tentang apa yang difikirkan Sang Ayah tentang prnikahan anak keduanya ini.

Dah tiga tahun rupanya usia usikan saya itu.

Kisahnya kira kira dua tahun yang lalu, boleh dibaca di sini


Latiff Hariri
1138 15062013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment