Monday, 30 December 2013

Me-Reunion-kan Majlis Perkahwinan Anak OE81

Sebelum saya bergerak menuju ke Parit Buntar pagi Sabtu, 21 Disember ini, saya teruskan komunikasi dengan rakan rakan OE81 tentang lokasi mereka dan jangkaan pukul berapa mereka boleh tiba di lokasi. Kerana saya tidak mahu terlalu awal atau terakhir tiba di lokasi ini.

Lebuhraya untuk melepasi Butterworth ini pun boleh tahan cabaranya, tetapi menjadi mudah sebaik saya menyusur keluar ke Nibong Tebal. 

Tepat jam 11 pagi saya sudah memakir kereta saya betuk betul dihadapan pintu pagar Dewan Merdeka Parit Buntar. Tak lah terlalu awal, kerana sebaik pukul 1130 saya dan isteri terus memasuki kawasan Dewan untuk pemberitahuan Tuan Rumah, bahawa kami antara yang terawal hadir, hehehe.


Roziah dan Faridah - Convent81


Conven81 dan OE81, MakPak Pengantin perempuan.

Sesudah acara bergambar ini, saya terus keluar dari Dewan untuk mengalu  alukan kehadiran rakan rakan OE yang lain.

Badrul Hisham Hasanuddin yang kedua hadir. Beliau sendirian dari Taiping.

Diiukuti oleh Roslan Abd Rahman, Din Selamat, Jamal Wahid dan Suhaimi Ghani. Mereka satu kereta dari Kuala Lumpur. Disamping mereka Jawaid sekeluarga dari Taiping.

Din Selamat pun teruja nak jumpa semua terutamanya Bapak Pengantin.

Jamal Wahid disambut Abdullah Hemdi


Suhaimi rakan sekelas Abdullah di 5sc1, diperhati Nazir.


Roslan Abd Rahman rakan seRK Abdullah , diperhati Jawaid

Selepas acara bersalaman dan berpelukan ini, kami terus menuju ke dapur mencari nasi, hahaha.

Tetamu ramai yang hadir, jadi bagi memudahkan tetamu lain, kami ubah 'port' kami kesuatu sudut yang lain, supaya tidak mengganggu Majlis ini.


Suhaimi Ghani kata," Ingatkan Kabinet DUN Perak aje yang bersidang dibawah pokok? Kita pun sama.".
Sambil menjamu selera itu, tak payah ceritalah. Suhaimi saorang pundah cukup membuat persidangan ini kecuh!



Rasmadi Rakim yang kami termui semula buat pertama kali satelah tamat SPM1981!!


Anak anak Rasmadi dilatar.


Hashim memeluk Rasmadi


Raja Anuar yang terakhir memasuki Dewan Persidangan.

Memang panjang sesi persidangan kali ini. Kami kira acara ini tamat sekitar pukul 240 petang. Memang nyaman dibawah pohon buluh itu. Akhirnya kata kata penutup pun diberi. Adalah dua tiga perkara yang dipersetujui bersama, untuk dibawa ke persidangan selanjutnya.

Kami memasuki semula Dewan untuk mengucapkan terima kasih atas hidangan yang begitu mengasyikkan.


Satu pos OE81, diselit bersama, Aman Shah, Haji Zul(oe82) dan Saleh(oe82)

Maknanya jumlah kehadiran hari ini adalah 14 rakan OE81! Satu rekod yang baik.

Sebaik kami bersalaman dan mengucapkan terima kasih kepada Abdullah Hemdi, kami pun bergerak ke kereta masing masing. Waktu inilah baru saya teringatkan durian durian didalam bonet kereta saya.



Kenduri durian pulak disisi Dewan Merdeka Parit Buntar.

Maaf kepada rakan rakan yang lain, kerana hanya yang dari KL sahaja dapat merasa durian ini. Saya terlupa terus........


Solat Jamak di Masjid Parit Buntar sebelum perjalanan jauh ke Kuala Lumpur.

Saya bergerak pulang ke Sungai Petani dengan satu kenangan yang begitu menyeronokkan. Abdullah terima menantu, kami dapat berjumpa. Dan yang manisnya dapat bertemu Rasmadi Rakim yang terpisah sejak 1981 lagi. 

Salam untuk semua rakan OE81, dan Tahniah untuk Abdullah Hemdi untuk menantu pertama beliau.

Latiff Hariri
1618 29122013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment