Sunday, 29 December 2013

Sanggar Puti Limo Jurai

Kami memasuki Kota Bukit Tinggi ini sekitar 640 petang. Suasananya macam 740 petang di Malaysia. Maghrib sudah hampir penghujungnya, tapi, tak mengapa, kita dalam perjalanan pun.

Keputusannya , kami berhenti makan dahulu. Isteri dan anak saya sudah menyuarakan sesuatu yang berbeda untuk malam ini.

Saya setuju aje, dan langsung memberi cadangan kepada Ad untuk memikirkanya.

"Ok, kita berhenti makan malam dengan Nasi Ayam Penyet saja...." itu kata kata Ad sebaik bas membelok memasuki ruang perkiri dipinggir jalan menuju ke Kota Bukit Tinggi.

Semua terjengok jengok melihat akan keadaan Restoran yang terletak disisi jalan.

Layanannya boleh dikatakan ok, cepat dan pantas.

Nampak macam ok....

Memang Ok, semua tak kaleh kiri kanan dah.

Dalam hal makan ni, kalau pertamakali mencuba, saya cukup risau, kerana tak nak dengar tetamu mengadu tak sedap dan sebagainya. tapi, yang ini, semua tersenyum riang. Sedap dan puas. Sebenarnya, saya sendiri pun dah terasa muak asyik makan lauk berlemak bergulai dan bercabai tumis yang sudah dua hari kami jamah setiap makan tenghari itu.

Coaster 12 seater ini merupakan malam terakhir, esok kami akan digantikan dengan bas 27 seater pulak.

Bas bergerak perlaham memasuki Kota, sedangkan Hotel Ambun Suri teramat dekat untuk dipandu laju pun. Sudah menghampiri jam 8 malam. Saya memberi araham kepada semua supaya mandi dan bersolat dan diwajibkan turun semula ke lobi pada pukul 830malam.

Ternyata Abang Man dan Faridah yang terlewat, saya tinggalkan aje mereka berdua dengan Ad. Sedangkan yang lain mengekori saya berjalan kaki menyusuri jalan kebawah , dehadapan Hotel. Hanya berjalan kaki sahaja, mereka pun tak tahu kemana arah yang mereka tujui.

Ternyata Gedung in terbuka dan sedang menanti tetamu. Saya terus menghubungi rakan saya, Pak Witra , bagi memastikan acara malam ini berjalan lancar untuk tetamu tetamu saya ini.

Pak Wit tiba tepat jam 9 malam. Ternyata beliau tidak terkejut dengan kehadiran saya, kerana sudah saya maklumkan terlebih dahulu. Yang pasti saya mahukan persembahan terbaik dari beliau dan rakan rakannya.
.
Pak Wit memulakan kata bicara dengan Bahasa Melayu diselang seli dengan Bahasa Inggeris. Menceritakan serba sedikit tentang aktiviti kumpulan, serta apa persembahan yang bakal dinikmati penuntun. Tetapi , seperti biasa , sesaorang harus merasmikan acara ini sebagai simbolik bermulanya persembahan malam ini.

Dijemput Pengantin Baru dari Ipoh Perak, Bapak Moh Yamin dan Ibu Faridah merasmikan acara dengan mengetuk tabuah.....tersipu kau Abang Man, hahaha

"Ini mesti kerja Latif ni!", ketawa Abang Man.

Tarian Payuang.

Selepas PakCik Man dan Mak Faridah diminta turun ke pentas, maka anak anak teruna ini menjadi takut untuk dipanggil turun ke pentas sama. Ada yang lari ke kamar kecil, ada yang duduk di hujung Dewan supaya pengacara susah untuk memanggil mereka turun.

Tapi Pak Cik Latif korang dah 'stand-by' dah, tak boleh lari punya.
                 
Kan dah kena main gendang bersama ahli ahli Sanggar Puteri

 Kita wajib memberi respon positif akan acara begini. Lagi pun , malam ini , kumulan kita yang ramai memnuhi Dewan Budaya ini. Saya dapati ada 3 pasangan suami isteri dari Malaysia bersama dua anak kecil. Selain itu ada 6 atau 8 warga Bukit Tinggi yang turut sama menonton acara ini.
Malam ini saya sendiri merasa bertuah dapat melihat kepakaran pak Witra menari. Selama ini beliau hanya Pengacara 
.Terdapat banyak acara nyayian dan muzik yang dipersembahkan, termasuk Pancak Silat, tetapi acara akir ini menjadi tumpuan kesemua hadirin.

Tarian Piring. 

Terpegun yang pertama kali melihatnya.

Tarian Bersama Hadirin.

Ini acara penutupnya, setelah dihiburkan , kini kami pulak yang diminta bersama sama menghiburkan hati.


Pak Wit dihadapan bersama Eppy.

Semua teruja dengan pertunjukkan malam ini. Acara tamat sekitar 1030 malam.

Nak beli ke?

Kalau ikut jam Malaysia dah melebihi 1130 malam ni, tapi, kerana di Indonesia ni waktunya lewat satu jam, saya pun mengajak semua menikmati kopi panas untuk malam yang dingin ini

Cafe disisi Jam Gadang. Pemandangan cahaya lampu Kota Bukit Tinggi.

 Semua gembira . Saya puas hati kerana selepas itu, bila baca komen komen rakan rakan ini tentang Tarian Sanggar Puteri itu di FB mereka, saya pasti, lain waktu mereka pasti turun lagi ke Bukit Tinggi.

Kerana bagi saya, pertunjukkan Budaya ini melengkapkan perjalanan anda ke Bukit Tinggi. Sekiranya anda ke sini tanpa acara ini, sepertinya tiada sesuatu yang 'umph' selain dari pemandangan dan juadahnya.

Kami tidur malam itu melepasi pukul 12 malam. Gasaklah, cuti pun. Tapi, saya dah beritahu semua, esok pukul 7 pagi sarapan ya, nasi gorengnya enak sekali.

Latiff Hariri
1218 29122013
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment