Sunday, 20 April 2014

Genap 3 Tahun?

Wan Akamr kemaskini kiriman WhatsApp beliau yang beliau sudah dalam perjalanan ke Sungai Petani.

Saya hanya fikirkan beliau mahu menziarahi anak beliau di UITM Sungai Petani. Selain dari itu, saya tidak tahu.

Memang saya santai petang Sabtu ini. Ada juga rencana untuk ke Ipoh untuk menziarahi kawan baik saya yang saorang itu, yang bari kelau dari IJN KL .

Bila bercakap tentang Jantung ini, saya sebagai lelaki, hanya fikirkan dua penyebab. Pertama anda perokok tegar, kedua anda makan tiada disiplinnya, hahaha. Yang lain lain tu, campur aduk, tidur tak cukup, aktif tak mengikut usia, paling senang terlebih aktif bak orang muda.

Sudah terkeluar topik ni.

Jadi secara santainya , saya tidak memaksa untuk satu pertemuan dengan Wan Akmar. Ada rezeki kita jumpa untuk minum petang. kalau lewat kita makan malam. Tak sempat, esok pagi masih ada untuk sarapan.
Akhirnya , pertemuan yang dilewat lewatkan, makan malam melepasi pukul 930 malam.

Anak gadis Wan Akmar ni memamg Cheeky ek?

Akhirnya ala-carte aje, sedangkan pada awalnya saya mahu makanan berhidang dengan menu utamanya - Nasi.

Kemaskini selepas tahun ke 3 tidak berjumpa.

Saya memang tidak ikut dah, sejak Wan Akmar menghantar anak beliau buat pertama kali memasuki UiTM Sungai Petani, tiga tahun yang lalu...., dan kini untuk membawanya pulang sempena tamatnya pembelajaran beliau dan akan membawa pulang segulung Diploma tidak lama lagi..

Kisahnya 3 tahun yang lalu, boleh anda ikuti disini.

Saya memang tak sedar masa begitu cepat berlalu.

Latiff Hariri
2018 18042014
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment