Saturday, 26 July 2014

Nuzul Quran 1435/2014

Ini saya kira, aturcara sekali dalam dua tahun.  sepatutnya tiap tiap tahun, tapi, bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.

Saya dan Badrul perlukan kesepakatan rakan rakan yang lain. 

Memandang duit simpanan bersama kami ini mengizinkan, pada awalnya saya rancangkan perbelanjaan sekitar RM1,050.00 sahaja untuk lapan waris OE81 .

Tetapi sebaik saya warwarkan melalui Group akan rancangan kami ini, tetiba sahaja, wang mencurah masuk. Syukur!

Tak kedekut rakan rakan OE81 ni. Cakap aje, duit sampai.

Perjalanan saya mulakan sekitar 650 pagi Selasa Nuzul Quran/19 Julai, ke Kulim.

Tukar kereta di Kulim, Badrul memandu. Kami guna laluan Selama-Batu Kurau, kerana destinasi pertama adaalah rumah Bonda Shamsiah, emak arwah Zainal Azmi M Diyar.

Sebelum tu, saya dah periksa semua yang di Taiping ni, semuanya ada dirumah, memang mengharap langkah kanan pun.

Makcik Shamsiah, sekitar lewat 80an, di Batu Kurau. 

Kami titipkan RM120.00 untuk Makcik Shamsiah.

Terus ke Kamunting mencari rumah Arwah Marzuki. Saya ada nombor HP balu Marzuki, tapi, orang lain yang jawab.

Berpandukan memori dua insan setengah abad ni, kami jumpa jugak rumahnya.

Puan Khatijah bersama dua anaknya Marzuki.

Kami titipkan RM170.00 .

Di sini Jawaid turut serta. Untung kawan kawan ringan tenaga ni.

Makcik Sardara Bibi, bonda arwah Aziz Bashir. Kami titipkan RM120.00

Terus ke Simpang mencari rumahnya kakak Alllahyarham Sanusi. Ini pun berpandukan memori orang tua setengah abad.

Kak Siti mewakili emak arwah Sanusi RM120.00

Masuk semula ke Taiping mencari adik bujang kami ni, Cikgu azhar Shaharuddin.

Cikgu Azhar merayau pekan saorang diri....hehehe

Terus ke Kampung Boyan mencari Badli Shah.

Seketika sahaja, kerana tidak dijamu air kopi.

Perjalanan pulang sekitar 2 lebih. Kami guna Jalan Negeri memasuki Bagan Serai dan terus ke Parit Buntar.

Bersama Nazir Nawar pulak.

Pulang kerumah menghampiri pukul 4 petang. itulah aktiviti Nuzul Quran kami berdua.

Saya sudah kirimkan kepada balu Arwah Zulkifly Bahrain RM170.00 , kemudiannya kepada balu Azhar Aziz RM320.00 bersama balunya Yusree Yusof RM170.00

Dan yang terakhir saya kunjungi Sabtu 21 Julai, balunya Radhi Lik di Sungai Petani.

Anak bongsu Radhi. Kami titipkan RM320.00 .(Perasan tak, baju kembar agak sama paternnya, haha)

Pada awalnya saya tidaklah mengharapkan rakan rakan OE81 menyumbang. Kami kirakan setiap keluarga menerima RM150.00, dan yang 'pergi bujang' kami titipkan RM100.00

Tetapi memandang rakan rakan yang akhirnya mengirim RM960.00 , kami berfikiran 'kenyataan', bahawa yang punya anak ramai berhak mendapat lebih. Nak dikatakan rezeki anak anak pun boleh jugak.
Senang cerita, setiap anak kami peruntukkan RM50.00 .
Lebihan RM20.00 setiap keluarga adalah untuk yang mentadbir kebajikan, untuk balu dan emak. Itu sahaja yang termampu pun.

Jadi , perbelanjaan kami untuk waris waris OE81 berjumlah RM1520.00.

Tahun ni murah rezeki rakan rakan OE81!

Terima Kasih semua!! Emak arwah arwah, serta balu balu sentiasa mendoakan untuk anda semua.

Untuk rekod Arwah Marzuki dan Sanusi perginya dibulan Ramadhan.

Latiff Hariri
1618 26072014
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment