Thursday, 24 July 2014

OE81 bertemu di UiTM Dungun

Saya tak lena pagi Ahad tu.

Tunggu panggilan dan kenalan baru saya ni. 

Beliau yang mengaturkan penginapan kami di Dungun bulan lalu, kerana Hotel UiTM penuh.

Rakan sekamar Din Selamat waktu kuliah di UiTM Shah Alam. Din kata orang Penang, rasanya boleh masuk kepala ni, sebab satu kapal, hahaha. 

Jadi tunggu di kamar aje.

Saudara Munir, Pensyarah Uitm

Pertama kali berjumpa dan berbicara, memang boleh masuk kepala.

Banyank juga ceri yang kami kongsi bersama.

Sedang asyik berbicara, masuk sebuah Harrier di parkir lobi hotel. Saya tak ambil peduli pun siapa tetamu hotel itu, kerana sedang asyik bersembang dengan En Munir.

Dia yang cam saya dulu, saya tak ambil pusing.

Satu Foto bersama anak bongsu En Munir.

Kadir , rakan asrama Oe81 yang baru tiba dari Teluk Intan.

Anak Kadir pun baru daftar UiTM bulan lalu, satu angkatan dengan Izzuddin lah. Katanya mereka menginap di Rantau Abang, tapi mahu berIftar di Hotel UiTM.

Saya dan Kadir hanya seketika, sedang dengan En Munir kami berbual menghampiri 2 jam!!

Entah apa yang kami sembangkan sepertinya kawan lama yang baru bertemu.

Saya yang meminta diri, kerana macu Check Out dari Hotel.

Basikal Tour D'Dungun.

Sebaik kami check out sekitar pukul sebelas lebih sikit itu, kami bersiar siar dalam kereta, menuju sepanjang pantai ke Bandar Dungun. Beli apa apa yang patut untuk ditinggalkan kepada Izzuddin.

Berpisah sekitar pukul 2 lebih sikit. 

Kami tergesa gesa pun nak balik ke Kuala Lumpur, kerana nak kejar waktu Iftar. Tak mahu menyusahkan sesiapa di Kuala Lumpur. Banyak Restoran dan Gerai yang boleh kami singgah nanti untuk beriftar.

Sepanjang perjalanan lancar, kami tiba di Gombak sekitar 6 petang, terus ke Ampang rumah kakak saya untuk titipan ole ole Terengganu, dan terus ke Nilai/Enstek.

Iftar di Gerai Tomyan di pekan Sepang.

Latiff Hariri
2018 24072014
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment