Subuh tu bangun awal jugak, terdengar sayup sayup takbir Eid Adha dari Masjid persekitaran.
Sekitar pukul 7:30 sebaik selesai sarapan , saya anak beranak menapak ke Pasar Atas. Tak banyak toko yang berniaga, jadi kami terus menyusuri lorong menuju ke Pasar Bawah.
Bersama pasangan suami isteri Roni dan Ojha
Antara Nasi Goreng terenak di Bukit Tinggi
Pertamanya saya harus beli ikan danau sebanyak mungkin untuk hidangan malam dan esok keluarga besar di Kampung Haraban.
Ikan danau yang enak dan manis. Sekitar 4 kilo.
Belut sekitar 2 kg.
Korang tak pernah makan belut?! Hmmm, rugi rugi. Anak anak kawan saya yang mengekori saya ditahun tahun yang lalu, antara usia 3 tahun hingga remaja semua mengakui keenakan ikan belut ni. Manis!!
Ada khasiat tertentu untuk orang dewasa, senang cakap tenaga dalaman....sebaiknya amalkan selalu, dan bila disiang ikan ini tak perlu dicuci lendir dibadan ikan ini sebersihnya , ala kadar aje..
Lendir ini punya khasiat.
Anak anak turut menemani saya memasuki Pasar Bawah untuk melihat sendiri penjualan barangan dapur dan sebagainya.
Sekitar pukul 10 pagi kami bergerak keluar dari hotel Ambun Suri menuju ke Palupuh, tapi sebelum itu kami berhenti untuk melapik perut. Nak kata lapr sangat tu tidak lah. Lebih kepada tidak mahu menyusahkan orang orang kampung sekiranya terlewat makan malam nanti.
Ok je, makan duk bersila.
Perjalanan sekitar sejam lebih. Meletihkan kerana menaiki dan menuruni lurah dan bendang.
Kami tiba sekitar 3 petang.
Untung tak sampai setengah jam kami disini, masuk sebuah lori kecil bersama dua ekor lembu. Katanya ini lembu milik Qurban warga Malaysia!
Langkah kanan wei!
Terus saya rakan foto untuk kemaskini waris waris di Malaysia.
Seketika kami disini, dan akhirnya kami turuni ke kampung dibawah lurah berdekatan.
Esok dah nak Raya Haji
Latiff Hariri
2038 25012015
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment