Tuesday, 13 January 2015

Sepanjang Minggu 16 hg 21 September 2014

Ya, saya tak nafikan, ramai yang kritik saya kerana tetap berjalan sedangkan isteri terlantar di Hospital.

Memang lah , saya silap, tapi perjalanan kami ini dah dirancang seawal bulan Julai lagi. Tak jangka pun yang isteri saya akan sakit dan perlukan tindakan segera dari pehak Hospital.

Yang penting bagi saya, walaupun dikritik, persefahaman saya dan isteri serta anak anak yang jadi kekuatan saya dan isteri.


Nasib baik Aqilah mendapat cuti kecemasan dan terus pulang dari Sandakan.



Sebaik kami pulang, keesokkan harinya , Aqilah pun pulang ke Sabah.

Dan kemusykilan saya tentang perubahan mengejut Din Selamat di hari terakhir kami di Padang, terjawab bila beliau juga terlantar di Hospital, sehari selepas pulang tu.

Din Selamat kemaskini kesihatan beliau kepada saya lewat WhatsApp aje.

Dan dihujung minggu itu juga saya dikejutkan oleh berita tentang isteri rakan baik saya masa darjah 1 ini, Ismail Mutalib.

Bergegas saya ke Kuala Lumpur, untung Amran sudi menemani saya . Amran datang dari Kangar, Perlis

Boleh masuk petang tu walaupun hujan.

Sebaik selesai menziarahi isteri beliau, kami bertiga menjamu selera di AlRawsha.

Rakan SMDA81 ni.

Din Selamat masih update tentang kesihatan beliau.

Ahad malam Isnin, kami terima kunjungan Tuan Zawawi dan Dr Zaharah.

Jadi padat jugak aktivi saya di penggal kedua bulan September ini.


Latiff hariri
2008 12012015
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment