Bee Gees

Saturday 29 September 2012

Kesal Yang Tak Sudah - Emak Merindui Anak Anaknya....

12 Ramadhan 1433/31 Julai 2012

Duabelas hari berpuasa ni, saya sudah rancangkan  perjalanan percutian ke Bandung.

Bergerak laju menuju ke LCCT supaya pasti tidak terlewat.

Kami melepasi Sungai Buloh menghampiri maghrib. Talipon berdering.

Emak.

" Boy, kau tak nak berbuka puasa dengan emak ke?"

Saya memberi seribu satu alasan untuk tidak memasuki KL dalam suasana Maghrib begini. Buatnya berlaku kesesakan teruk memasuki pekan Ampang itu, habis rancangan perjalanan jauh saya malam itu nanti!

Emak memang kecewa dengan jawapan saya. Dia kata datang lah barang seketika untuk bersama emak. Tapi, saya masa itu tidak fikirkan apa apa. Saya tahu nada suaranya kecewa, dan mengharap, tapi saya senang emak berada didalam jagaan kakak sulong saya di Ampang. Emak katanya sihat, tapi nada suaranya keletihan. Saya endah tak endah dengan pujukan emak.

Sekelip mata masuk satu pesanan ringkas kedalam talipon bimbit saya.

Aman.

'Kamu tak singgah berbuka puasa dengan emak dulu?'

Begitulah serba ringkas, tapi tegas dari Rahman, abang saya.

Saya tahu emak meluahkan kekecewaannya atas penolakan ajakan beliau kepada Rahman. Saya boleh baca  dengan nada tegas saorang abang bertanya kepada adiknya.

Jawapan mudah saya, saya tidak mahu tersangkut didalam kesesakan jalan raya. Nanti balik dari Bandung, saya akan singgah jumpa emak bersama ole olenya.

Saolah olahnya, besar benar ole ole yang akan saya bawa pulang untuk emak nanti. Saya tidak terfikir yang emak mahukan saya berbuka puasa bersama beliau untuk Ramadhan terakhir ini.


Ampunkan Boy , emak......


13 Ramadhan 1433/1 Ogos 2012

Setibanya kami di Bandung dinihari itu, sekitar 1 tengah'pagi' 2 August, tiada lagi panggilan talipon yang boleh memasuki talipon saya. Biarlah malam ini seketika, tanpa berita dari Malaysia.

Walaupun saya bangun seawalnya selepas bersahur, dan ke sisi persekitaran hotel mencari toko simkad, ternyata tiada yang beroperasi seawal pukul 7 pagi. Saya mundar mandir dipersekitaran, sedangkan Izzuddin lena dibuai mimpi bersama ibunya.

Hanya jam 8 baru saya dapat menukar simkad kepada talian Indonesia. Terus saya bersms anak anak di LCCT dan ternyata mereka masih menantikan penerbangan.

Memebritahu Rahman akan talian ini juga, membawa 'kerisauan dan penyesalan' yang berpanjangn untuk sepanjang hari itu.

Sedang asyik berbelanja di Pasar Baru, masuk panggilan dari Rahman, memberitahu berita yang emak sekali lagi dimasukkan ke Hospital. Saya mula rasa bersalah menolak 'jemputan' emak untuk berbuka bersama semalam.

Tapi petang itu, lewat senja, bila foto foto ini di muatnaik di FB Rahman, hati saya mula ceria.

Sebenarnya saya tertipu dengan foto foto ini.......


Suite VVIP untuk emak, sememangnya anak anak mampu beri yang terbaik, tetapi, Allah sudah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk emak

Anak anak emak berkenduri iftar di bilik emak..

Saya memujuk hati saya sepanjang di Bandung dengan mengatakan emak berada didalam jagaan anak anak dan doktor doktor terbaik di Ampang . Ianya hanya sebagai penyedap hati saya sahaja.

Hari hari emak makin tersisa......


 Latiff Hariri
1738 22092012
Sungai Petani

Tuesday 25 September 2012

Kesal Yang Tak Sudah - Minta Maaf!!?

Sabtu 1 Rmadhan 1433Hijrah/ 21 Julai 2012

Terima panggilan dari adik bujang saya si Zali.

" Abang Boy, maafkan saya, saya terlupa terus, memang semua saya beritahu, tapi lupa langsung pada abang Boy. Mungkin juga masa tu ingat ada yang lain dah beritahu abang Boy", itu jawapan merayu adik saya.(tapi  tak lah merayu, ikhlas mengaku silap)

" Tak apa Zali, abang Boy faham. Beritahu Fadhil, sorrylah, dia jadi mangsa keadaan. sebab dia yang menyampaikan berita ini, jadi , dia terimalah 'bombard' dari abang Boy..."

Berkali kali Zali memohon maaf dan mengaku semuanya salah beliau.

Saya terima ajelah permohonan maaf Zali. Bukan disengajakan pun. Tapi, kesyukuran tetap ada dihati, sebab dalam tempoh sehari sahaja emak sudah berada di Wad biasa , selepas seharian berada didalam ICU . Saya memang 'garang' dan tegas dengan adik adik terutamanya yang tidak tahu menghormati yang tua. Setakat usia 48 ni, saya dapati tiada adik lelaki saya yang 'terlebih' bila berhubung dengan saya. Mereka tahu tahap saya, dan selalunya sayalah yang terakhir menjadi rujukan. Sepatutnya begitu, kami masih punya kakak sulong dan abang yang tua, lebih baik berhubung terus dengan mereka.

Saya tanya Zali, perlukah saya turun ke Kuala Lumpur, dan bagaimana keadaan emak.

Berita gembiranya, emak akan keluar dari Hospital selewat lewatnya petang esok atau pagi Ahad. Katanya emak sudah stabil.

Jadi saya padamkan sahaja niat saya untuk bersama memenuhi wad Hospital Kelang.

Malam itu, saya yang jenis suka padamkan talipon bimbit setiap kali berada di katil ini, tetiba terima masuk satu pesanan ringkas, pengirimnya Mak . Saya tulis semula disini, tanpa diedit atau diperbetulkan ejaan ringkasnya: -

"Salam boy maaf emak kerana ta bagi tau emak sakit.semalam emak1hari di icu,hari baru lega.emak pengsan di pasar. Rupanyabadan emak ta ada ayer dan pun darah pun taada ayer. Doc masok drip 6 bottles baru nomal.."Sender Mak +6012900**** Sent: 20-July-2012 22:01.21

Melompat saya dari katil membacanya.

Terus saya menalipon. Memang benar , sebelum ini saya tidak menalipon emak, kerana tidak mahu mengganggu rehat emak.

" Assalamualaikum emak.....", saya memulakan bicara sayu saya. "....Emak, mengapa pulak emak kena minta maaf dengan Boy. Mana pulak emak buat silap... mereka ...adik adik yang tak beritahu.......", itu penjelasan saya bahwa saya tidak 'memarahi' emak. Saya memang terasa betapa salahnya saya ketika itu. Mengapa emak pula yang harus rasa bersalah? Emak tak sedarkan diri dan berada dalam ICU 24 jam, mana lah pulak emak boleh memberitahu saya.

Atau emak memang boleh baca perasaan saya, yang kununnya merajuk dan kecewa. Ish, mengapa saya jadi begini?

Emak menjawab dalam suara lesu. Diceritakan satu persatu insiden di Pasar kelang itu bersama adik saya si Zali. Suaranya lemah, tapi bersemangat untuk berkongsi cerita.

Saya hanya menasihatkan emak supaya tidak aktif berada diluar lagi. Saya tahu jerebu teruk melanda Kelang dan Shah Alam, sedangkan emak mempunyai rekod Asma yang teruk. Saya hanya meminta emak segera pulang kerumah Rahman dan berehat sahaja, jangan aktif lagi.

Pesanan ringkas terakhir dari emak kepada saya...., yang saya simpan hingga kini .

Ampunkan dosaBoy emak.....maafkan abang Boy, Fadhil dan Zali.

Latiff Hariri
1638 22092012
Sungai Petani




Sunday 23 September 2012

Kesal Yang Tak Sudah - Emak Masuk ICU

Jumaat 30 Shaaban 1433 Hijrah/20 Julai 2012

Kalau kalendar Islam tidak bertelagah, saya pasti Jumaat ini merupakan 1 Ramadhan.

Hari bekerja saya. Seperti biasa, saat saat yang dinanti untuk menyambut Ramadhan keesokkan harinya sudah hampir tiba.

Khatib pun berkhutbah memeperingat akan keistimewaan bulan yang ditunggu tunggu ini.

Saya bersedia ala kadar sahaja, masih ada simpanan makanan basah didalam peti sejuk di rumah.

Ada terkenang pada emak, siapalah yang akan balik ke Taiping berpuasa dengan emak. Walaupun saya tahu, emak mesti berada di Kuala Lumpur. Tapi, manalah tahu, kalau kalau ada adik yang mengajak emak balik disaat akhir untuk berpuasa pertama di Taiping.

 
Hospital Tengku  Ampuan Rahimah, Kelang. Disini emak diICUkan, dan disini juga anak kedua saya dilahirkan. 

1992 - Pengarah Hospital adalah mantan jiran sebelah rumah emak di Sri Kota, Taiping. Bila beliau mendapat tahu bakal anak kedua saya akan dilahirkan, terus beliau menalipon ke Wad Bersalin,dan  yang saya pasti selepas itu, Jururawat Jururawat memberi perhatian istimewa kepada isteri saya da  anak saya (tapi memang tiada komplen pun dari kami) , cuma ada Jururawat yang menanya, saudara  mara dgn Doktor.....ke?(maaf , menyimpang)


Kerja seperti biasa, seakan akannya tiada apa apa penting yang berlaku dalam hidup saya ini. Rutin harian saya  - pergi kerja, balik kerja, ada kesempatan, jengok kebun, itu sahaja.

Sekitar selepas Asar, saya terima panggilan talipon dari adik saya , Fadhil, yang merupakan penduduk tetap Pulau Pinang itu.


Saya pun menjawab, "Hallo...."

"Assalamualaikum abang Boy, Fadhil ni...."

"Waalaikummussalam...", ringkas jawapan salam sebagai memberi laluan kepada Fadhil untuk memulakan perbualan.

" Abang Boy...abang Boy tahu tak mak masuk hospital?"

Masuk Hospital?

"Masuk hospital? Dimana? Kenapa?", soalan bersahaja saya.

" Emak jatuh kat pasar Kelang semalam, terus pengsan dan tak sedar diri seharian..."

" Astaghfirullah!! Mengapa? Mengapa tak beritahu abang Boy?"

" Laaaa, abang tak tahu ke? Tak ada yang memberitahu abang ke?" Soalan Fadhil seakan panik.

"Tak ada....", saya masih boleh bersahaja, mengawal hati.

" Emak jatuh kat pasar dengan Zali, mereka berdua, tetiba emak tumbang, tunggu ambulan datang, terus masuk wad di Hospital Kelang, masuk ICU sehari. Sehari emak tak sedar...... tapi sekarang dia dah sedar dah", Fadhil memberi penjelasan ikhlas dan  bertanggungjawab kepada saya.

Saya sudah terasa disisihkan dalam soal begini. Soalan cepumas saya berikan kepada Fadhil, tetapi tetap menyatakan kepada beliau bahawa bukan niat saya berkata demikian kepada beliau, lebih kepada persoalan kepada adik adik terutamanya yang bersama emak sepanjang hari itu.

" Alah, rilexlah abang Boy, semua terlupa, bukan disengajakan....."

"Yalah... lain kali jangan beritahu abang Boy, tak pun................................"
Jawapan tegas saya kepada Fadhil

Begitulah bermulanya episod duka kami sekeluarga. Emak saya yang melahirkan 12 zuriat bermula dari tahun 1962 pada usia 23 tahun, hingga ke anak bongsu yang ke duabelas, pada usia 44 tahun. 

Sepanjang lebih kurang 22 tahun , purata satu setengah tahun setiap saorang anak, emak pasti  melahirkan!!.

Bebai. Itu ungkapan paling tepat untuk diri saya ketika itu. Mengapa saya dilupakan. Sedangkan Fadhil yang bermastautin di Pulau Pinang itu, sudah terpacak dikatil emak di Hospital Kelang. Mengapa Fadhil tidak mengajak saya bersaing sama ke Kelang dari Utara ini? Wajibkah saya turun ke Kelang segera, atau pastikah emak selamat didalam jagaan pihak Hospital Kelang, dan mendapat perhatian sewajarnya dari adik beradik saya di Kuala Lumpur.

Tapi, mengapa abang saya membisu? Hati tertanya mengapa emak masuk GH Kelang? 
Abang saya pun tak hubungi saya, hm, pasal ni?

Saya marah dan kecewa...........


Latiff Hariri
1558 22092012
Sungai Petani


Wednesday 12 September 2012

Doa dan Harapan

Saya perlukan doa dari rakan taulan, sahabat handai....untuk Emak yang kini berada di dalam Wad ICU HUKM . Emak disyaki mengidap kanser darah, dan kini dalam proses pelalian, dalam keadaan yang agak krtikal untuk tindakan selanjutnya dari pihak doktor......  

Doakan untuk Emak saya, Fatimah Zaiton binti Adam

Latiff Hariri
0803 12092012
Sungai Petani

Sunday 9 September 2012

Perjalanan Hidup.....

Saya menerima pesanan ringkas dari abang saya , mengatakan emak semakin kritikal, dan kini berada di Shah Alam.

Saya pun pelik jugak, emak kata tidak mahu bergerak kemana lagi, lebih selesa duduk di Ampang, rumah Kakak sulong saya.....

Tiada siapa yang boleh  mengahalang pegrgerakan saya bila berita kemasukan kali ketiga emak ke Hospital . Kali ini Darul Ehsan Medical Centre , Shah Alam

Selasa malam 4 haribulan, sebaik selesai solat Isyak, kami sekeluarga, tanpa Izzudin bergerak ke Kuala Lumpur. Dan berada betul betul disisi katil emak sekitar 120 pagi. Emak sudah tidur, hanya adik saya yang menunggu.

Ya, tidurnya terganggu dua tiga kali malam tu. Saya cuba membaca beberapa Surah AlQuran untuk menenangkan emak. Yang pertama, gagal saya habiskan, saya teruskan yang kedua, tenyata emak masih tidak lena sehingga jam 220 malam, bila beliau mengadu gatal gatal kaki, dan kepanasan. Mungkin gara gara sampingan kerana kekurangan gula dibadan beliau.

Dan terus lena tanpa apa apa gangguan sehingga sekitar 520 pagi, apabila kedenganran alunan lunak bacaaan AlQuran dari masjid Negeri Selangor itu.

Baru emak perasan akan kehadiran saya. Hanya saya berdua bersama adik saya, sedangkan keluarga saya sudah bermalam disalah sebuah rumah adik saya di Shah Alam juga.

Zali hanya dapat menyuap 3 sudu kueteow sup , emak tidak ada selera.

5 September 2012.

Emak tiada selera makan, dunianya saya anggap tunggang terbalik, kerana beliau tidak boleh duduk, inikan pula berdiri, hanya terbalik.

Sebaik Subuh, jururawat yang memeriksa memberitahu tahap gula 5.1, dan sekitar jam 11 pagi menurun ke 2.7 . Sedangkan tekanan darah 90/51 dan menurun lagi 82/42 .

Emak terus dibawa ke bilik Scan untuk pemeriksaan lanjut.

Ujian scan ultra sound dan yang lain lain itu, hanya dapat diketahui keputusannya sekitar lepas Asar. Saya tidak boleh menunggu lama, untungnya anak isteri mahu ditinggalkan di Shah Alam, dan saya boleh pulang sendirian ke Sungai Petani dengan menaiki bas.

Sempat rakan sekolah saya sdr Din Selamat , membelanja makan tengahari saya . Terima Kasih Din dan Osman/Zila yang sudi datang melawat emak disaat kritikal ini.

Saya bergerak pulang dengan menaiki bas dari Shah Alam/Kelang/SP sekitar 345 petang, dan tiba di SP sekitar 9 malam.

Malam ini juga, saya diberitakan , sebaik doktor memberi penerangan kepada adik abang saya tentang keputusan pemeriksaan siang tadi, emak terus ditukar ke kamar ICU. Hati saya dah tak keruan.......

Makan malam bertiga dengan Izzuddin dan Zul.

Esoknya Khamis, merupakan hari terakhir persekolahan untuk minggu ini, jadi saya benarkan Izzuddin sendirian menaiki bas ke Shah Alam sekitar 630 petang 6/9/12.


6 September 2012
Izzuddin bergerak sekitar 645 petang.

Saya sendirian malam ini dirumah, tetapi anak anak jiran ini pasti datang bertamu.

7 September 2012

Petang Jumaat saya bergerak sendirian ke Kuala Lumpur dengan memakir kereta disisi hentian bas Butterworth, dan menumpang bas yang masih ada kekosongan tempat duduk itu.

Malamnya menginap di rumah adik di Shah Alam, kerana, bila hujung minggu begini, ramai yang sedia untuk menemani emak di Hospital

Sabtu 8haribulan ini, sebaik saya memasuki kamar emak, emak sudah mahu dibawa kebawah untuk pemeriksaan Cityscan, dan saya menurunkan tandatangan tanda setuju bagi pihak Emak. Mendengan penerangan jururawat itu, membuat saya dan emak was was akan kesan sampingan yang bakal emak hadapi.

Pujukan dan nasihat doktor saya terima, dan anhirnya kami mengalah. Kami teruskan jua, itu pun bila abang dan adiik adik lain datang untuk bersama mendengar penerangan.

Emak berada didalam bilik Cityscan, dan kami dibenarkan melihat dari cermin diluar, serta skrin komputer yang merakam pergerakan mesin itu

Agak lama juga kami di lobi ini menunggu emak.

Emak ditolak semula menaiki lantai 5 untuk kekamar Separa Perhatian beliau. Sebenarnya, emak dah letih diperiksa begitu oleh jururawat dan doktor. emak mengeluh keletihan. Tapi apakah daya kami menghalang , demi kesihatan emak.

Dan emak juga mengeluh kerana terlalu ramai pelawat yang datang. Beliau tidak dapat berehat.....

Saya minta kan pengertian dari kesemua yang memahami.

Tapi, anak anak emak pun, yang ada ni pun sudah mencecah 12 orang, tidak termasuk cucu cucu, adik beradik emak, jiran kenalan emak. Emak senyum juga pada tetamu yang hadir, bersembang juga, bertanya khabar setiap tamu yang hadir......

Saya sekeluarga pun sudah 5 orang, biliknya kecil.....

Saya dan anak anak hanya dapat bersendirian dengan emak sekitar jam 3 hingga ke 4, Sabtu petang ini, itupun sudah ada yang datang, dan kami terpaksa meminta diri untuk pulang ke Sungai Petani.


Rahman melayan emak dengan teh o dan kek 'bodo' yang disediakan untuk minum petang emak.

Saya suka bila emak mula komplen itu ini, tentang ketidakselesaan beliau, maknanya emak sudah sihat.

Ramai yang kata begitu, sebab sebelum ini emak terlalu 'murung'.

Tapi dalam keadaan kesihatan emak yang mula meningkat, saya baca dari skrin komputer itu, tekanan darah sekitar 120/80, tapi tidak stabil, ada kala bacaannya mencecah 100/72 .....

Bergerak sekitar pukul 5 petang, kami makan tengahari di Sek 13 dan bergerak menuju ke Sungai Buloh untuk menziarahi salah saorang pakcik kesayangan saya ini. Berita tentang kesihatan Pakcik Rosli yang tidak mengizinkan ini pun saya terima dalam sehari dua ini, sedangkan Pakcik Rosli sudah terlantar melebihi 3-4 bulan yang lalu.


Pakcik Rosli Saam merupakan adik sepupu emak, beza usia mereka hanya setahun.

Saya ada kenangan perjalanan dengan pakcik Rosli ini suatu ketika dahulu. Dan kenangan beliau jatuh ke lurah pada malam itu, saya ungkit dan saya meminta maaf kerana gagal menjaga beliau dengan baik. 

Saya memohon maaf atas segala dosa yang saya lakukan sekiranya ada, kepada Pakcik Rosli, memeluk beliau dan mencium kedua pipi dan dahi beliau.

Pakcik Rosli senang bercerita, selera makan masih tinggi, cuma tidak dapat bergerak lagi , gara gara serangan jantung.

Berbagai perasaan timbul pada diri saya, apabila ramai yang terlantar, dan ada yang telah pergi, dan sengaja dirahsiakan dari pngetahuan saya, dan saya pun tidak mahu menceritakan kepada emak dalam suasana begini. 

Alfatihah untuk makcik saya itu.....kelembutan dan kedamaian wajah beliau selalu menjadi ingatan saya. Saya jua punya kisah perjalanan peribadi bersama makcik ini, yang saya kira, tak ramai keluarga seangkatan saya yang berkesempatan untuk bersama secara peribadi , sepertimana perjalanan saya dengan Pakcik Rosli itu dan makcik makcik saya ini, serta emak saya.

Kenangan abadi hidup saya.

Latiff Hariri
1058 09092012
Sungai Petani


Monday 3 September 2012

Bandung - KL - SP

Malam tadi memang kami tidur lewat. Sebaik selesai merayau, saya terus bersiap mengmas dan menyusun atur susun beg kami, kesemuanya kami bawa 3 beg. Didalam sebuah beg, ada beg lagi, jadi empatlah kesemuanya.

Untungnya Toko pertama tempahan kami itu tahu karenahnya bila pesanan ini mahu dibawa masuk ke dalam pesawat. Mereka sudah membungkusnya dengan kertas serta guni dengan begitu rapi sekali. Maknanya, sudah menjadi 5 jumlah bagasi kami.

Saya harus mengatur sebaik mungkin supaya kos bagasi tidak berlebihan. Sudah tertempah sekitar Rm50.00 untuk bagasi yang akan disimpan didalam perut pesawat, saya tidak mahu menambah kos.


Sekitar 1030 saya sudah cek-out.

Longe mininya

Saya memang mengantuk. Malamnya selesai mengemas atur beg, bangun bersahur dan seawal Subuh, sudah bangun semula. Terfikir , sebaik tiba di LCCT, Hatta akan datan menjemput kami, pasti singgah seketika, kemudiannya harus menyusur ke Kuala Lumpur, untuk ke Ampang, ziarah emak yang sakitnya, agak tenat, mengikut katanya abang adik disana.


Sudah berada di Bandara seawal jam 1100 pagi, cek in , saya dikenakan bayaran tambahan sekitar Rm80.00 kerana bagasinya melebihi had yang dibenarkan. Nak kata apa, memang belanja sakan kali ini. Kiranya udah menghampiri 10 tahun saya tidak berbelanja sakan untuk perhiasan dalaman rumah kami ni.

Tak ramai penumpang, saya kira sekitar 70 orang sahaja. Pesawat bergerak sekitar 1235 tengahari wib, dijangka tiba di LCCT 330 petang.


Memasuki landasan untuk berlepas

Selamat tinggal Bandung.

Gunung yang diselaputi awan sekitar Bandung

Kami dapat duduk sebaris

Tiba di LCCT seperti yan g dijanjikan. Dan Hatta datang menjemput kira kira jam 4 petang. terus ke rumah beliau sebelum bergerak.

Cikgu Hatta, dahulu, kini orang kuat DRB Hicom.

Terus bergerak laju, sempat berkomunikasi dengan anak anak di Bali, bertanyakan khabar dan meberitahu mereka bahawa talian HP Malaysia sudah boleh digunakan semula. Tetapi memang menjimatkan bila kita menukar simkad Indonesia, saya hanya membayar sekitar Rm20.00, boleh saya buat panggilan dan bersms dengan rakan rakan di Malaysia dan anak anak di Bali, hingga saya pulang ke Malaysia, masih ada baki kredit yang tersisa.

Terus talipon restoran AlRawsha untuk titipan Nasi Mandenya. Malas nak beratur lama di restoran itu.

Terus ke Hospital.

Emak, yang on off kesihatannya

Kami tidak lama bersama emak, kami bergerak pulang sekitar pukul 930 malam, terus pulang ke Sungai Petani.

Berkomunikasi dengan orang kuat Lenggong dua orang tu, yang sedang bertarawikh di Ipoh serta bermoreh . Kalau ikutkan tak penat, memang saya teruja untuk bersama mereka.


Sekitar 1130 kami sudah berada di Tapah R&R, kununnya rehatlah....

Saya tahu mereka menantikan kehadiran kami sekeluarga, tapi saya sudah 'capek', meluncur laju ke Utara. 

Kami tiba di Tol Sungai Petani Selatan sekitar 1 tengah malam, terus ke restoran tomyam berhampiran tol untuk bersahur, kerana , kalau dikejutkan kami untuk bersahur sekitar jam 430 subuh nanti, pasti kami dah tak sanggup.

Pergi bertiga, pulangnya berenam.

Satu guni dan satu beg plastik penuh dengan kain langsir/tirai untuk satu rumah. Harganya, boleh jimat 2/3 dari harga di Malaysia, atau sekitar 2 trip tiket tiket pergi balik sekeluarga ke Bandung  , begitulah 'murah'nya dari persepsi  sayalah. Mungkin ada yang kata mahal, terpulanglah.

Latiff Hariri
1048 02092012
Sungai Petani

Saturday 1 September 2012

Jumaat 3 Augustus 2012

Pagi Jum'at ini, kami tidak tergesa gesa untuk kemana mana. Rasanya tujuan asal ke Bandung sudah tercapai, hanya menanti saatnya sahaja , barangan yang dipesan dititip kekamar Hotel.

Tapi dalam duduk bersantai di dalam kamar ini bertiga pun, saya dan Roziah sempat menjelajah Pasar Baru bermula dari jam 830 hingga ke 10 pagi, sekadar melihat lihat, sekiranya ada yang tertinggal dari lirikan mata sepanjang Rabu hingga kepagi ini.

Sekembali ke Hotel, saya dan Izzuddin menaiki ke lantai teratas bangunan Hotel ini, untuk melihat segala kemudahan rekreasi yang tersedia.

Nasib baik bulan puasa, kalau tidak......

Kelihatan tapak 'workshop' bas express, serta stasuin keratapi Bandung, di belakang Hotel

Tiada bangunan tinggi disisi, saya kira privacy tetap ada kepada yang mahu mandi.

Bilik santapan sekiranya mahukan kedamaian disisi kolam renang

Kolamnya agak tinggi dari lantai

Sebaik pulang kekamar untuk bersiap mengerjakan Solat Jum'at, penyambut tetamu memberitahu, sudah ada titipan di kaunter hadapan.....


Celananya udah siap, soarang dua pasang - 4 helai seluar panjang

Keluar semula kehadapan Hotel untuk rakaman Istana Gabenur Kota Bandung


Ada acaranya hari ini di Istana Gebenur

Solat Jum'at di Masjid Raya Bandung

Waktu Zahor sekitar 1150 wib, kalau jam kita sekitar 1250 tengaharilah, kira kira setengah jam awal dari Malaysia.

Kami ke Masjid dengan manaiki beca sahaja, sekitar rp30,000

Pulang dari Masjid, kami naik beca berasingan.

Sempat toko di Pasar baru mengirim sms, minta kami ke toko beliau melihat hasil kerja tangan yang kami pesan pada pagi rabu yang lalu

Menapak kali kedua ke Pasar baru

Semuanya siap seperti yang terancang dan sepertimana yang telah dijanjikan. Malangnya, toko yang lagi satu , gagal menyiapkan tempahan, dan berjanji akan dikirim ke Hotel pada sebelah malam.

Tak jadi hal, janji siap sebelum kami pulang ke Malaysia.

Selesai membayar,m kami tidak terus pulang, tetapi teruskan dengan berbelanja, teringat akan ole ole yang mahu dititipkan kepada rakan taulan, merayau lah lagi, hingga sekitar Asar.,

Pulang sekitar Asar, rehat, solat, dan sekitar jam 530 petang, saya memanggil teksi untuk dihantarkan kami ke Rumah Makan bertemakan masakan minang.

Polis Daerah Bandung mengadakan kenduri dengan mengagihkan makanan untuk berbuka kepada setiap kenderaan yang lalu lalang dihadapan kantor polisi

Tahniah Pak Polisi.

Kami tiba didalam kesesakan lalu lintas ini, kira kira 15 minit sebelum waktu Ifftar

Rumah Makan Simpang Raya, berada disetiap pelusuk Indonesia, tapi di kota kota besarlah.

Lauk penuh semeja. sambal hijau dan Otak mesti dua piring penuh!!

Di Rumah Makan ini juga, gigi geraham saya hilang sekerat. Yang saya pasti, setiap kali puasa, saya pasti alami kekurangan zat, dan akan terasa kesakitan dibahagian gigi saya, sudah menghampiri setengah abad...

Pulang pun dalam keadaan kesesakkan. Agak lama kami menunggu taksinya, hingga terpaksa buat kering bila ada taksi yang berhenti dihadapan kami, walaupun ditahan oleh penumpang lain....

Tak nak mengalah dengan keenakkan satay kambing itu, kami minta taksi berhenti betul netul diahadap gerai ini.

Memang saya rekemen makan satay disini, nasi goreng kambing dan sup sayur kambingnya pun ok.

Bakal artis besar suatu hari nanti ni. Kebanyakan band terkenal Indonesia berpusat di Bandung


Haaaa, makan puas puas, esok dah nak kelik dah

Menapak pulang ke Hotel, tapi kami berdua pekena saorang segelas fresh oren kat lobi depan ni dahulu.  Sambil beronline, tengok badminton Olimpik.

Ruang lobi dan mini lounge.

Keluar merayau malam lagi, sebab esok dah nak balik

Ini sisinya Hotel, terletaknya lantai satu, restoran, mengadap jalan besar mengarah stasiun keretapi.

Istana Bapak Gabenur diwaktu malam Ramadhan

Pintu Utama Hotel Arion Swiss-BelHotel.

Hotel ini terletak dipersimpangan jalan, jadi , sekiranya anda datang dari stasiun keretapi, anda akan melewati sisinya, dimana terletaknya lantai restorannya.

Sahur terakhir di Hotel , kira kami dah boring dengan menunya yang sama, walaupun berbeza lauknya, tapi, dari airtangan yang sama.

Esok dah nak balik , malam ini juga pekerja toko yang kami pesan tempahan itu, sudah siap kirimkan barangan kami ke kamar hotel. Disini kami dapat bezakan toko mana yang benar benar memberi kepuasan kepada rupiah kami.

Latiff Hariri
1928 01092012
Sungai Petani