Bee Gees

Sunday, 8 April 2012

Jack Fenner - An Early Tin Miner in Malaya

07042012

Teks  teks Bahasa Inggeris ini saya ambil dari kata kata diFB milik Aunt Insun Sony Mustapha Fenner - dengan izin beliau.








Dear ALL FENNERS,6 April 2012

I am very excited about our momentous day tomorrow. It is not everyday we get to celebrate two special events - Ancestor Jack Fenner (andGrandmother Opah Bee) and the fact that we come from a 640-yr oldGerman family, one of the oldest in Europe! The First Galleria is the most handsome building in Taiping, at the T-junction of Jalan Stationand Jalan Ong Saik. (There is a green and yellow train coach and a  London phone box in front of it).  The Galleria building itself is significant to both the Fenner and Mustapha Hussain families. And just as significant, it had exhibited the story of Mustapha Hussain last year, and will tomorrow exhibit the Jack Fenner -- Early Tin Miner in Malaya story. We cannot be more grateful to the Galleria's founder-curator Anuar Isa, who is passionate about history, culture,tourism and national pride. He is doing his darndest best to keep our nation's heritage, especially Taiping stories alive! Bonnie Rivendell,great-grandniece of Jack Fenner and her family will be with us. Seeyou all there!



Kami berlima bergerak dari rumah emak di Taman Sri Kota sekitar 235 petang. Sebelum tu, sekitar 130 petang hujan turun seketika di Taman Sri Kota. Hati nakal saya dah berkata, ' Habislah acara Aunt Insun petang ni....janganlah hujan berpanjangan'.


Bukannya kita tak tahu dengan bandar yang menerima hujan tertinggi di Malaysia ini!!


Saya memakir agak jauh dari Galeria, untuk mengelakkan kesesakkan.


Saya terus kerahkan jurukamera jurukamera saya ini, mendahului saya untuk menyambut saya dan isteri memasuki perkarangan 1st Galeria ini, ewah!


Dua Nikon satu Ipad


Sebagai tetamu jemputan, saya harus melapur diri kepada Tuan Rumah untuk memberitahu kehadiran saya iaitu Aunt Insun Sony.





Berkenalan dengan Norman, yang merupakan waris dari Abdul Wahab Fenner, adik kepada emak Aunt Insun.

Bersalaman dan berkenalan seketika dengan Norman yang bakal merasmikan acara petang ini.


Tak sempat nak kemana pun, tiba tiba saya diterpa oleh Hj Zul, yang juga merupakan kerabat dari keluarga dari sebelah Bapa saya ini. Zul merupakan senior OE 1975.

Pertama kali berkenalan dengan Hj Zul.

Saya kira saudara dari Australia ini, Bannie Randvell bersama saudara dari Malaysia.

Anak cucu Mustapha Hussain

Acara kata kata aluan bermula seawal pukul 3 petang oleh Abang Anuar Isa, yang merupakan Pengurus Utama 1st Galleria ini. 

Mendengar celotehan abang Anuar ini, hadir pulak rakan sekolah rendah/menengah saya ini, yang merupakan dari salalisah Janaton juga, Roslan Wahab. 

Saya mengenali Roslan seawal darjah 3 , dan boleh dikatakan kami berada di kelas yang sama kecuali ketika Ting 1- 3, Tingkatan yang sama dari 4 hingga 5. Dah tahu sangat hati budi Lan Wahab ni.

The Fenner yang memenuhi ruang legar-luar, 1st Ga;leria

Abang Anuar Isa, Founder/Senior Curator 1st Galleria Taiping.

Mokhtar, Roslan Wahab, Latiff Hariri dan Cikgu Amin dari KEVII Taiping



8 April 2012, Aunt Insun melaporkan kepada Gernot Giebel, sepupunya di Jerman,


"IT WAS A BRILLIANT DAY FOR THE MALAYSIAN FENNERS. IN MY SPEECH I TOLD 
THE STORY OF MY FAMILY SEARCH TO AUSTRALIA (with Sophia Fenner) AND GERMANY, MY GRANDFATHER JACK FENNER, MY GRANDMOTHER OPAH BEE, OUR AUSTRALIAN LINE AND OUR GRAND GERMAN FENNER LINE (ONE OF THE OLDEST IN EUROPE). EVEN INTRODUCED THREE OF MY MOTHER'S G-G- GRANDCHILDREN(piut) -- THE 6TH GENERATION HERE AND 22ND GENERATION FROM THE ORIGINAL FENNER LINE! THE EXHIBITION IS GREAT, CREATIVELY DISPLAYEDAND THE CURATOR WILL ROTATE THE ITEMS. I want to take a break but I still have many beautiful fotos of my grandma I need to download here."

Uncle Seppo setia sepanjang masa....

Baru saya tahu kisahnya, bagaimana , akhirnya kesemua anak anak Jack Fenner menjadi Muslimin dan Muslimat, tiada yang ketinggalan.


Allah Maha Besar. Pada saya, kita boleh merancang, tapi Dia menentukan segalanya..

Norman Halim dari KRU, yang merupakan cicit Jack Fenner, perasmi acara ini.

Dengan lafaz 'Bismiillahirrahmannirrahim' terasmilah acara petang ini.


Saya setuju, setiap acara pertemuan keluarga ini, acara fotografi utama sekeluarga harus dilakukan seawal mungkin, selain dari mengelak hujan (sekiranya berlaku), saya kira waktu awal dapat mengelakkan dari hadirin yang mahu berundur diri awal, dari terlepas berfoto secara beramai ramai ini. Yang terlewat hadir, tak dapek den nak nolong aih....




Anak anak serta cucu cucu Mustapha Hussain serta Bonnie Rivendell, cicit saudara Jack Fenner , didatangkan khas dari Australia.

The Fenners bersama kesemua tamu yang hadir memeriahkan majlis petang ini

                               
Sebelum acara fotografi keluarga itu, En Anuar Isa menyampaikan cenderahati kepada Penaung Utama Fenner, Aunt Insun dan Norman KRU
Pemberita RTM pun ada, dari SP ada dua, dari King Edward ada 1, anak abang Anuar pun ada rasanya, kira tak akan terpadam sejarah foto petang ini. Gambar ini saya rakam dari sisi hadapan kepala keretapi yang  'tersadai' dihadapan 1st galeria ini.


Ini keluarga Fenner yang hadir pada petang bersejarah ini. Tahniah!!

Saya tahu , masa darjah 3 dahulu, wajah Azman ni ada iras iran 'mat Saleh', tapi saya tak ambil pusing pun macamana Azman ada nama Fenner tu, dah tua tua ni, baru tahu hubungannnya dengan Aunt Insun Sony.

Aunt Insun Sony serta suami tersayang, Uncle Seppo

Saya lebih bersendirian bila berada didalam galeri ini, sedangkan Izzuddin dan Nasir ligat bekerja merakam suasana yang berlaku didalamnya.


Saya masih mengingati Kak Juriah ni, setiap petang tak pernah tak nampak dia dengan basikalnya serta sebatang kayu hokinya ke King Edward/TMGS masa kegemilangan kami dahulu. 


Norman menandatangani Buku Pelawat 1st Galleria.

Abang Zul memohon penjelasan dari Abang Anuar, Kurator dan Peneraju Utama First Galleria Taiping, tentang keberkesanan bantuan media dalam mempromosikan Taiping terutamannya, serta dewan First Galleria ini.

Acara hi-tea bersama Norman dan suaminya Bonnie Rivendell.
Saya kira Norman dan Aunt Insun ditemuramah dari stesen RTM untuk program 1 DIVA.

Acara ini saya kira sampai kepenghujungnya, bila Abang Anuar Isa menjemput kami semua untuk ke ruang tingkat satu, untuk acara 'sarapan' petang, sepertimana yang diwarwarkan oleh Aunt Insun diawal majlis tadi.





Norman dan Aunt bersama suaminya Bonnie Rivendell, wakil keluarga dari Australia

Petang ini kami dijamu kuih muih serta air teh untuk mencuci mulut kami. Saya sekeluarga dan dua rakan ini, menyentuh apa yang patut sebelum kami memohon diri untuk beredar. Sudah menghampiri pukul  5 petang ni.

Terima kasih Aunt Insun & Uncle Seppo, tanpa anda berdua, tiada acara ini!!

Menuruni tangga lantai satu 1st Galleria ini, saya bertemu dengan rakan sekelas saya ini sekali lagi, dengan janji janji untuk bertemu lagi dalam masa terdekat.


Penutup kata dari kami bertiga petang ini.

Meninggalkan Kota Taiping sekitar 0458 petang. Saya gunakan laluan Kamunting-Kubu Gajah-Selama-Mahang-Merbau Pulas-Kuala Ketil- SP. Perjalanan memakan masa 2 jam 30 minit. Sebenarnya lebih cepat dari itu, tapi, kami berhenti menjamu selera di Pekan Merbau Pulas selama setengah jam. Kami bernasib baik, kerana sedang kami menjamu selera ini, anak saya melapurkan kesesakan teruk di tol Juru.


Nasi Lemak Merbau Pulas ini terkenal dikalangan perkarangan pekan kecil ini sahaja. Saya pertama kali mencubanya sekitar 3 tahun yang lalu, waktu itu dibelanja percuma oleh pemilik gerai ini, dan meminta komen saya tentang kelainan nasi lemak beliau. Kira macam Jalan jalan Cari Makanlah, sebab towkay ni tahu saya penmgkritik yang ikhlas, tak akan masuk TV punya.

Kami memasuki pekan Sungai Layar ini melepasi maghrib.


Letih, tapi dapat banyak kenalan serta bertemu kenalan yang terpisah lebih 36 tahun itu!!

Latiff Hariri
1338 08042012
Sungai Petani

3 comments:

tiger nandre said...

latiff hariri ni orang KE VII kan?

saya org KEVII tahun 1990-1994

abg saya rohaiza 1978-1982

adik saya 1993-1997

kami tiga beradik mengaji kat KEVII..

sorang ja abg saya mengaji kat Clifford Kuale Kangsor...

layan jugak galleria nie... mahai tak sewa dia..

Anonymous said...

saya menetap di sungai layar 5 tahun. rumah en latiff di mana?

khairi
sungai petani

latiff hariri said...

tel saya 019-4444764