Ataupun , bila kita berbicara dengan abang atau kakak kita, dengan menggunakan panngilan Kekanda.
Tapi ada jugak yang menggunakannya untuk menunjukkan betapa tingginya darjat Ayah mereka, dikalangan anak anak buah mereka , khusunya orang Melayu.
Pagi itu , keadaan taman perumahan kos rendah itu cukup sunyi. Tiada kelihatan anak anak bermain, maklumlah , kebanyakannya sudah berada di sekolah. Kelibat suri rumah tangga pun tiada, kecuali kelihatan beberapa ekor kucing berkeliaran.
Azam memberhentikan kereta beliau disisi rumah yang dicari alamatnya. Ketemu juga akhirnya. Rumah berpagar, tapi tidak berkunci . Kelihatannya seakan akan tuan rumahnya berada didalam.
Sebaik salam diberi , keluar saorang yang wanita yang hampir separuh usia. Penjelasan diberi kepada kakak tersebut tentang kedatangan mereka berdua ini. Tanpa mencerugai sedikit pun, kunci kereta diberi dan kereta yang terpakir diluar rumah.
+++
Ini semua anakanda anakanda spesis lanun.
Berjeans ketat dan baju jeans biru pudar, ala ala koboi gitu.
Salam diberi kepada petugas kaunter, dan lalu dirujuk kepada pegawai yang bertugas.
Bila pegawai tersebut menanya tujuan sebenar beliau, ternyata, beliau mahu mengambil semula keretakebal beliau yang telah diambil-milik oleh agen yang dilantik, si Azam itu tadi.
" Ada ke patut dia datang rumah saya , masuk dalam rumah , rampas kunci dari isteri saya dan terus bawa lari kereta saya!!"
Pegawai bank kelihatanya tenang, sebab semua kisah pengambilan 'milik-semula' keretakebal tersebut telah dicerita oleh si Azam kepada beliau.
Jadi diiyakan sahaja apa jua cerita rekaan oleh abang ini.
" Kalau dia nak duit, habag kat saya, saya boleh beri, jangan dok naya orang". Tambah abang ini.
" Apa yang abang nak saya buat sekarang ni?" Soal pegawai itu.
" Berapa saya kena bayar? Boleh tak duit 'tarik' tak payah bayar?" Soalan orang dah terkena.
" Maaf bang, kena bayar 4 bulan tunggakan , termasuk duit tarik RM600.00." Jawapannya ringkas.
"Tak boleh macam tu!! Tak kan kita sama sama Melayu pun nak buat macam tu. Kita kena bersatu, kita ada umnu, kita ada P-kida, kita ada Perk-sa..........", beliau terhenti seketika, kerana pegawai tersebut membuat muka 'stone'nya.
Sambung semula , " Jangan cakap pasal politik lah, kita sama sama kita aje, tak kan tak boleh kurangkan...? Beri saya bayar 2 bulan dahulu, duit tarik tak payah lah." Masih mahu mencuba nasib beliau.
+++++
Ini kisahnya spesis spesis samseng Melayu belaan umnu. Mereka membahasakan diri mereka sebagai ayahanda dikalangan masyarakat Melayu. Mereka ni kira samseng belaanlah, Polis pun berkawan rapat dengan mereka.
Di Kedah dan Pulau Pinang, spesis ni banyak. Ayahanda dan kekanda, kira mereka ni ketua kumpulanlah.
Pernah sesaorang menalipon pehak bank dengan membahasakan dirinya ," saya ayahanda Ali" Dan pegawai yang ' kering ' tu jawab selamba aje, " Ayah saya Ahmad".
Pengalaman saya sendiri bila bersiar siar petang sekitar pekan pekan kecil di Kedah ni, ada kalanya dapat juga berkenalan dengan Ayahanda Ayahanda ni. Mereka pada dasarnya macam orang Melayu yang lain juga. Sebab saya tiada masaalah berkenalan dengan siapa sahaja.
Ini salah saorang contoh Ayahanda - Melayu yang tiada maruah, menjual agama dan bangsa demi mendapat gaji bulanan secara haram dari Perlimen Malaysia milik rejim b end.
Nak tahu mereka ni senang aje, bila bersalaman, pasti tapak tangan kita dipatuk dengan jari jari mereka secara berpanjangan bila kita cuba melepaskan genggaman jari mereka.
Kalau anda terasa begitu, bermakna anda sedang berkenalan dengan spesis samseng belaan.
Saya tiada masaalah sebenarnya dengan mereka mereka ini, ramai yang berkelakuan baik, tetapi dek disebabkan oleh segelintir dari mereka ini yang berlagak samseng, membuatkan nama baik perikatan in tercemar.
Niat mereka tak lebih dari membantu sesama Melayu, tetapi, telah disalahgunakan.
Moga selepas PRU13 ini tiada lagi angkatan sebegini berpeleseran didalam masyarakat kita.
Sayangilah Agama dan bangsa anda, pasti anda selamat.
Latiff Hariri
1848 21042012
Sungai Petani
25042012 - 906 pagi ini, saya terima pesanan ringkas dari puak puak lanun ini untuk koleksi saya
askum///warrhmtullahiwbrktuh salam sariabang .sham TAt kpd semua kekanda2 dan adinda2 yg dikasihi marilah kita hadirkan diri dimajlis kanival NGO bersama PM.bertempat di politeknik pmtg pau.pada 2604/2012 jam 12.00pm untuk itu kita hendaklah berkumpuldi depan masjid daerak telok air tawar pukul 10.00am kerana kita akan bertolak selepasmengambil nama kehadiran peserta untuk dihantar kepada pihak kerajaan(putrajaya).harap maklum.Cc paduka ayahda penasihat/paduka ayahde president/ayahda2../abg.long
Mesej tersalah hantar agaknya, atau memang dah tahu tulisan inin akan tersiar pada malamnya 26hn April 2012
No comments:
Post a Comment