Adun Sekinchan -YB Ng Suee Lim - Cina ni lebih Jawa dari Khir Toyo!!
Memang betul pun, sebaik kami memasuki perkarangan padang Taman Intan ini, beliau sudah berceloteh, memang 'telo' Cinanya tetap ada, tapi, Bahasa Malaysia yang beliau tuturkan berselang seli dengan perkataan Jawa, membuat saya ketawa bersama para hadirin Melayu yang faham maksud bahasa Jawa itu.
Kami dah ditengah pidato beliau, jadi isinya lebih kepada samseng Melayu Sekichan yang membelasah beliau dengan tumbukan curi. Samseng samseng Melayu itu tak lain tak bukan gang 'gagak hitam' tajaan Noh Omar, pemandu teksi yang dinaiktarafkan oleh puak UMporNO menjadi Menteri Pertanian.
Semuanya gara gara beliau turut serta hadir dalam protes pesawah terhadap Noh Omar yang menjanjikan penambahan sabsidi jutaan Ringgit, tapi hingga kini janji tersebut tidak dikotakan. Tahu tak, sabsidi pesawah tidak pernah dinaikkan sejak dari pemerintahan mamak madey . Yang mereka duk kepung adalah warga Felda, pesawah mati kelaparan sedangkan peneroka Felda digula gulakan dengan pelbagai insentif, semuanya gara gara tidak mahu kehilangan undi mereka.
Pemimpin Ulamak PAS ada mengatakan bila ada 3P, memang pasti tiada harapan umno untuk memecahbelahkan mereka dari kalangan pesawah ini. Padi ....pasti ada Pondok.....pasti ada PAS. Jadi, pesawah ni kurang diberi perhatian umno.
Korang para Guru ingatkan , Noh Omar dan Hishamudin Auw Auw, pernah menjadi Menteri /Timbalan Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu. Korang ingatkan betapa caca-merbanya guru guru dan pelajar waktu itu kan!?
Bagi lagi pemandu teksi jadi pemimpin korang, jadi menteri bebudak sekolah.
Taman Wira ini kawsan majoroti Cina, saya kira lebih 65% . Ada persekitaran taman taman yang berselang seli dengan warga Melayu dan India.
Tengok....Pak Lebai Pak Lebai bersama rakan rakan Cina....tak jadi hal pun.
Pemidato menggunakan dwi-bahasa bagi memudahkan penyampaian.
Pengacara majlis, Steven Koay, yang Bahasanya cukup bagus dengan 'telo' Kedah. 'Mamat' ni ada potensi jadi Wakil Rakyat dimasa mendatang.
Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, En Tan Ah Kow, yang asalnya dari SP juga.
Pemimpin diutamakan, rakyat kena bayar cukai, kalau tak bayar, saman.
Tapi , Khir Toyo masa dia memerintah, MBSA mana nak berani saman dia!!
Tengok siap bertikar makcik pakcik ni, siapa kata orang tua 'totok' dengan UmporNO. Mereka lebih faham siapa yang wajib di kuburkan setiap kali PRU.
Datuk Amiruddin, EXCO Negeri Kedah
Salah saorang EXCO Negeri Kedah
Ketibaan orang kuat 'Batu' Keadilan!!
Saya kira antara pemimpin Cina yang hensem, hehehe
Celotehan beliau tidak kurang hebatnya. Bahasa dan sesekali mandarin.
Antara intipati Tian Chua:
Antara intipati Tian Chua:
Ingat lagi tentang Guthrie? Masa usia muda kita sekitar 20an dahulu. Tetiba sahaja mamak madey buat pengumuman mengatakan Guthrie merupakan milikan penuh Malaysia. Masa itu, terkejut 'dog' Britain! Ya lah, satu sumber hasil mudah untuk dinikmati warga 'Mat Saleh' itu dari hasil bumi bekas jajahan mereka.
Kerja siapa ya? Inilah kerja bertahun yang dilakukan Ibrahim Khalid, MB Selangor itu!!
Dia pakar ekonomi dan koperat. Sebab itu sekarang ini simpanan Negeri Selangor mencecah RM2billion!!
Kisahnya bukan tentang Khalid. Kisahnya Felda. Bila Felda diapung didalam bursa saham, permata yang menjadi punca hasil warga kampung Felda itu, secara otomtik boleh dijual-beli dipasaran terbuka. Apa yang dirisaukan, kisah terkejut 'dog' Britain ditahun 80an itu akan terkena kebatang hidung kita pulak!!
Orang umno terbuka kalau Cina MCA dan Gerakan memiliki Felda suatu hari nanti, tapi , kalau Lee Kuan Yew dan DAP yang memilikinya, pantang tok nenek depa!!!
Entah apa yang depa duk dengki dengan Singapura dan DAP tu, saya pun pelik? Siapa yang lepaskan Singapura kepada PAP dahulu? DAP ke? PAS ke?
Asalkan masuk tembolok pemimpin umno, semuanya halal, sebaliknya kalau masuk ke mulut rakyat, semuanya tak kena. Tanya Isa Samad la, berapa laba dia nak balun kalau Felda disenaraikan di bursa saham itu?
Bila pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat berceloteh, mereka lebih senang nak 'tembak' umno dari nak mengata kepada MCA/Gerakan dan MIC.
Antara yang disentuh adalah, tentang satu alamat rumah, yang mempunyai 100 pengundi berdaftar. Mungkin juga, rakyat sudah miskin , terpaksa hidup berhimpit disatu rumah, sedangkan lembu lembu menginap di kondo!!
Tengah malam buta ni. Tengok langit....gelita
Makcik ni setia dari pukul 9 lagi. Dia banyak menjawab bila soalan ditanya pemidato tentang siapa yang jahat di tanahairku ini.
Dah banyak 'masyuk' agaknya dari towkay towkay MCA/Gerakan itu.
Dah pukul 12 malam daaaa.
Duk tunggu jugak kalau ada gang gagak hitam berani masuk kat sini.
Latiff Hariri
1958 04042012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment