Memang tak menang 'masa' kami mengaturkannya.
Tapi, ada kalanya , bila dah kerap sangat mendengar ceramah ni, isinya sudah kekurangan, kerana kebanyakan isunya diulang ulang, samaada oleh penceramah yang sama, atau penceramah import, nama nama besar yang didatangkan khas dari Parlimen.
Nama ini pun boleh dikatakan besar juga, soarang artis. Jadi sebaik selesai solat Isyak, kami bergerak ke Taman Kempas Fasa II, berhampiran Tol Selatan Sungai Petani.
Sekitar 930 malam, masih belum dimulakan ceramah. Waktu ini kehadiran sekitar enam ke tujuh ratus orang.
Hiburan nasyid dari adik adik abang, anak anak dari salah saorang Ustaz di Kedah
Penceramah malam ini , adalah wajah wajah yang sering kami temui disetiap ceramah PAS.
Penceramah dari Taman kempas sendiri
Ketika ini kehadiran sudah melebihi 1000 orang.
Kalau campur motosikal, melebih 1500 orang dan motor yang hadir.
Malam ini berangin, jadi ramai yang bersantai ini merasa seolah olah berada di pantai.
Taman Kempas, Fasa II, 11 malam.
Sarapan malam.....bersama polis polis trafik yang selesai melakukan operasi malam.
Jaraknya sekitar 12km sahaja dari Sungai Layar.
Perjalanan dekat ini tehibur dengan gelagat mat rempit yang melakukan zigzag memotong kenderaan lain. Sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat , dia pun turut berhenti dengan megahnya melepasi garis putih.
Kira terasa hebatlah aku!
Secara perlahan abang Polis trafik ini, yang bermotosikal kapcai jugak, berbaju biru(mungkin sebab kelam, mat rempit ni tak perasan) , sambil masih membonceng motosikalnya, menolak nolak dengan kaki beliau motosikal boncengan untuk berada disisi kanan mat rempit.
Selamba aje, terus mengkuis kunci motosikal mamat ni, untuk mematikan injin, dan diarah mamat ni kekiri jalan.
Hahaha, tersipu dan terkejut dog mat rempit ini menjadi perhatian sekali lagi dari kesemua pengguna jalanraya yang telah beliau berjaya zigzagkan tadi.
Tahniah abang Polis ini.
Latiff Hariri
0558 25042012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment