Itupun gara gara saya warwarkan kepada beliau tentang berita sedih kematian di Taiping, dan saya jangkakan untuk pulang ke Taiping seketika sebagai penghormatan dan berkongsi duka bersama sahabat saya ini.
Takziah saudara Jawaid Iqbal atas pemergian anak sulong beliau. Moga ditempatkan Rohnya bersama orang orang yang soleh.
Maafkan saya kerana gagal bersama saudara di Taiping pagi ini. Terpaksa saya tukar rencana .
Sekitar 1357 petang saya memasuki dewan mesyuarat sekolah ini.
Yang pertama hadir.
Mesyuarat dijadualkan sekitar pukul 1400 , menanti kehadiran kesemua AJK serta YDP, tanpa Pengetua, yang brwakilkan PGK Cikgu Hamid.
Saya mempengerusikan mesyuarat sekitar 1415 petang.
Macam biasa , mengesahkan minit mesyuarat yang lalu dan lapuran kewangan PIBG setakat February 2012 , pada peringkat awal mesyuarat ini.
Saya terlupa untuk mengalu alukan kehadiran jemaah sesi 2012/2013 ini, mungkin wajah wajah yang sudah lama saya kenali ini, membuat saya terlupa bahawa mereka adalah AJK baru PIBG.
Sememangnya wajah wajah baru ini pernah bersama sama saya berPIBG sekitar 2007/2008 lalu.
Saya kira, penghormatan dari rakan rakan ini untuk saya. Bila saya dilantik NYDP ditahun 2011 yang lalu , mereka mungkin tidak menjangka akan kemunculan semula saya ni, tapi sebaik sesi 2012/2013 ini bermula, secara otomatik, mereka terus dilantik Ibubapa untuk bergerak sama.
Terima kasih abang Atan dan Puan Saripah.
Sebenarnya saya sudah memberi komen kepada PGK dan Pengetua, tentang ketidaksudian saya untuk menyambug tugas NYDP ini.
Kejayaan 2011
Pada saya disiplin pelajar ini ada hubungkaitnya dengan disiplin ibubapa juga, dan tak dilupakan guru guru !!
Bila Pengetua bersungguh sungguh menaikkan disiplin , sudah tentu yang bakal melaksanakan disiplin ini adalah Guru Guru. Berat bila bebanan ini tidak mahu dipikul bersama oleh sebahagian besar Guru Guru kita ini.
Secara kasarnya, dari komen pelajar serta ibubapa, Pengetua tidak mendapat tempat dihati sebahagian besar guru guru SMKSL. Seakan akan banyak kelompoknya. (Tidak semua ya!, jangan salah anggap pulak)
Beginilah, senang cakap . Pengetua memberikan 100% komitment untuk kecemerlangan Sekolah, Guru Guru beri 49% sokongan sahaja. Dalam 49% ini, ada kelompok kecil yang berjaya seiringan walaupun tak setaraf dengan Pengetua. Berat ni.
Bagaimana pula dengan Ibubapa? Pandai mengata pada guru sahaja NYDP ni!
Ibubapa saya katakan , yang peduli akan Sekolah ini hanya 25%! Yang benar benar seiringan dengan perkembangan sekolah sekitar 15% aje!
Ya, kami Ibubapa lagi kritikal. Saya tak salahkan Guru Guru, lebihkan kesalahan kepada IbuBapa.
Sebab itu memegang jawatan ini sepenggal sahaja, saya sudah mula mahu mengalah. Saya kira jawatan NYDP ini bukan hanya sekadar hadir mesyuarat, hadir jemputan, tandatangan surat, tetapi lebih dari itu!
Saya utarakan niat saya untuk mengundur diri bagi sesi 2012/2013 kepada Pengetua dan Guru Kanan . Alasannya kerana saya tidak pernah dibebankan oleh pihak Sekolah. Sebab itu pencapaian sesi 2011/2012 dahulu saya gredkan diri gagal. Tiada aktiviti bersama AJK PIBG dari pihak ibubapa ini.
Tetapi petang Ahad 14 haribulan April ini membawa kelainan. Semuanya kerana adanya kemasukan baru dari AJK IbuBapa. Sudah ada suara yang mahukan perubahan.
Saya mula terasa bahwa 'kerusi' saya mula panas. Kritikan dan teguran saya terima tentang kelesuan PIBG.
Semuanya untuk kebaikan Sekolah jua.
Apa apa pun, kita kena tunggu kehadiran Pengetua yang baru yang bakal meneraju Sekolah Menengah Sungai Layar ini.
Saya suka semua ini!!
Latiff Hariri
1858 21042012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment