12032012
Sebaik penggal sekolah bermula, saya terus dipanggil untuk hadiri kesuatu majlis di Bukit Selambau.
Saya , kalau 'percuma', memang tak pernah menolak jemputan dari PIBG ni, kecuali ada halangan atau rancangan awal.
Bergerak dari Sungai Petani sekitar 1240 tengahari, terus ke Bukit Selambau , laluan Kuala Ketil. Ada banyak laluan yang boleh saya gunakan untuk ke daerah kecil Sungai Petani ini. Saya kira ada lebih 4 laluan untuk sampai kesini.
Dalam perjalanan, baru Bendahari PIBG ini bercerita kepada saya, yang beliau dengar si Shafie Afdal akan hadir sama.
Alahhhhhh, boringnya, kenapa saya tak tanya sebelum saya terima jemputan ini?
Kepala mula ligat memikir apa rancangan saya untuk mengelakkan diri berada lama didalam ceramah politik percuma "cum' paksaan ini?
Solat dan makan dahulu di pekan Bukit Selambau .
Wakil Pengarah Pelajaran Kedah yang merasmikan Mesyuarat Agong PIBG SMK Bukit Selambau.
Selamat aku!!
Cikgu Jaafar dan Pengetua Haji Miskin Raboo, mewakili SMK Sungai layar.
Terima Kasih tak terhingga dari saya bagi pihak PIBG!!
Cek tersedia bersama sijil penghargaan
Bergerak pulang sekitar Asar.
Latiff Hariri
1138 310302012
Sungai Petani.
No comments:
Post a Comment