Berkawan biar beribu ribu, bermusuh biar satu. Biar satu? Ya, satu aje....Satu Malaysia. Hehehe
Ini adalah aktiviti kami yang pertama, memasuki kelompok masyarakat Tionghua, demi melihat sejauh mana pemikiran politik mereka ini.
Sudah sering ke ceramah politik anjuran PAS. Terancang rapi bila dianjur oleh PAS, dan dibantu bersama oleh KeADILan dan DAP.
Dewan Beng Siew di Pekan Lama, Sungai Petani
Acara ini bermula sekitar jam 8 malam, dan kami sudah berada semula di sini sekitar 750malam.
Memasuki dewan ini, ternyata, hanya kami dua Melayu yang hadir!!
Kami menjadi perhatian dari hadirin , hmmm, ada Melayu nak dengar ek?
Dewan berhawa dingin sepenuhnya. Saya anggarkan ketika ini baru 300 hadirin.
Rela turut berkawal. Penyokong diasingkan. Kiri b end, kanan Pakatan Rakyat
Pasangan moderator
Tetamu ketika ini, saya anggarkan sudah mencecah 800 orang.
Sebaik ahli panel dari kedua dua belah pehak diperkenalkan, mereka semua mengambil tempat masing masing.
Ketika ini pasangan Moderator ini menyatakan syarat dan terma yang wajib dipatuhi oleh setiap ahli panel.
Gang pakatan lebih muda dan berkelulusan, saya agak aje. Kerana kelihatanya dari MCA dan Gerakan ni seakan lebih berumur dari masanya.
Terhibur!
Itu yang saya tahu. Saya tak faham dengan ucapan dan hujah didalam bahasa mandarin ini. tetapi faham, bila watak watak penyangak penyangak disebut, seperti Najib, Rosmah, Sapu Malaysia.
Tidak kurang juga bila ahli panel b end menyebut wira wira bangsa ini, Anwar Ibrahim, Ustaz Azizan.
Setiap hujah oleh ahli panel tak kira dari b end mahupun dari Pakatan Rakyat, pasti akan mendapat sorakan mahupun ejekan.
Ahli panel pertama, Steven Koay
Gang Pakatan memberi reaksi bila hujah hujah berisi ditampar kepada panel b end
MCA dan Gerakan - kuncu umnu.
Steven bersahaja memanjangkan leher tanda soal kepada panel b end.
Tapi, dalam mereka bersorak dan mengejek ini, penyokong kedua dua belah pehak ini, masih boleh melontarkan senyuman dan ketawa kepada penyokong pehak lawan, bila gelagat dan sorakan penyokong terlebih 'nakal' dan' power'.
Seakan akan usik mengusik.
Setelah keenam enam ahli panel memberikan hujah selesai, bermulalah pulak soal jawab sesama mereka secara pendek dan pantas, seakan akan berbalas pantun. Saya kira ini kemuncak perbahasan ini, bila sekitar 2-3 minit berhujah, ahli panel dari pehak lawan akan membalas hujah, lebih tertib dari pehak parlimen b end yang suka mencelah bila ahli YB PR sedang berhujah fakta di Parlimen.
Saya tak faham pun, tapi turut ketawa dengan gelagat penyokong yang bersahaja mencelah dari setiap hujah fakta dari PR, mahu pun hujah auta dari b end.
Sekitar 930 malam, para hadirin dibenarkan melontar soalan kepada ahli panel.
Uncle Ang dari Sabah, peserta pertama.
Selidik saya menyatakan bahawa ah chet ini dari Alor Setar, rasanya dia wakil dari Kelab Penyokong PAS.
Peserta ketiga yang menyuarakan pendapat
Angakatan muda.....kesimpulannnya dari saya, sekitar 7-8 hadirin yang meluahkan perasaan bukannnya soalan kepada ahli panel.
Kira langau yang menghurung najis!
Ini sebahagian gelagat hadirin PR.
Korang tengok uncle Ang ni, dah beri mike untuk bersoal jawab, dia nak 'second round ' pulak! Terpaksa ditolak dengan baik oleh pengendali dibawah.
"Uncle, nak bergambar dengan uncle boleh ke?"
Secara pantas beliau bangun, memang sporting pakcik ini.
Uncle Ang sorang yang aktif dan berani'
Peserta bersoal jawab, kami berpelukan, kira time ni 'bengkek' aje gang MCA/Gerakan disebelah kanan kami ni, sebab jadi perhatian pulak.
Ini abang Ooi. duduk didepan kerusi kami.
Walaupun abang Ooi tidak fasih berbahasa, dari perbualan bersama beliau, beliau meluahkan perasaan kecewa beliau dengan apa yang berlaku di Malaysia. Katanya dalam bahasa yang tersekat sekat ' tak kira Melayu Cina India, kita mesti sama sama jatuhkan b end'.
Walaupun ada lagi 2-3 hadirin yang mahu mengemukakan soalan dan luahan, pengacara terpaksa menghentikan kerana jam sudah menunjukkan angka 10 malam.
Tanda ahli panel bersetuju bahwa debat malam ini berjaya menarik perhatian hadirin
Bersalaman dan berpelukan, tanda kita masih berada dilandasan yang sama - rakyat Malaysia
Kata kata tahniah dan semangat saya berikan kepada Kai Bi Teoh.
Simon Ooi merupakan ahli EXCO MPSP.
Saya mula mengenali beliau sebaik selesai acara 'Cina Jawa dan Tian Chua' itu. Melalui saudara Tan Ah Kow, EXCO MBSA . Kedua duanya adalah wakil yang saya punyai kepentingan bersama, saya memangkah di Shah Alam, dan bermastautin di Sungai Petani.
Kenapa tak tukar pusat mengundi?
Pertama, tidak percayakan SPR. Sudah cuba melalui agen umnu, tapi, mereka dah cek, ini gang bulan, dan borang itu pun dikeronyokkan ke bangkul sampah. Jadi, biara ajelah, tak jadi hal, seronok jugak sesekali ke Shah Alam, memangkah disana.
Saya kira ini mimpi ngeri jika pehak umnu menerima pelawaan PAS untuk berdebat begini. Kenapa pulak? Ya lah, mesti gagakhitam yang dibenarkan masuk mewakili hadirin dari b end, dan pasti ada kerusi dan botol air mineral yang melayang, yang akan mencederakan hadirin dari penyokong PAS.
Ngeri begitu. Budaya rimba Melayu bukit!
Kehadiran malam ini lebih 1000 orang, dan saya hanya nampak 5 Melayu, 4 dari PR, 1 daru umnu rasanya, gang puteri.
Tahniah kepada AMK Keadilan, saudara Steven Koay dan Simon Ooi dan Kai Bi Teoh.
Malam 18 haribulan ini , kita berkenalan.

Latiff Hariri
0638 20042012
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment