Bee Gees

Saturday, 6 March 2010

TOUR DE' BUTTERWORTH

Saya tak merancang untuk berbasikal malam, dan tak berapa gemar pun, sebab agak bahaya , tapi bila saya diajak oleh rakan sepejabat saya untuk berkayuh ke Butterworth, hmm, why not. Dah selalu di SP, tukar tukar angin, apa salahnya.

Kami tiba di Taman Ara Indah, Sungai Dua, kira dalam area Permatang Pauh jugak le, dalam pukul 2100, kami yang pertama sampai, sebab kami bertiga dari Sp, sedangkan yang lagi 10 rakan rakan Zam, orang Taman Ara Indah serta perkampungan sekitarnya.
Mula bergerak dalam 2140 malam, memang seronok, sebab ramai. Kelajuan sekitar 25km sejam pada awalnya, menaiki jambatan dalam 16 km sejam, menuruni dalam 32km sejam, tapi yang berbasikal solo lagi laju drpd kami berdua. Tiba di Tol dalam jam 1012 mlm, dan terus ke arah Jambatan Sungai Perai yang mirip Jambatan Pulau Pinang tu.

Sebaik tiba, tayar basikal saya pancit, kenalah ganti. tapi semua dah pakar, sekejap aje dah siap, dan kami membuat U-turn pulang . Tiba di R&R bersebelahan tol dalam 2340 malam. Ada 2-3 group basikal seperti kami, tapi sekadar 2-3 orang, sedangkan kami 13 orang. Selesai minum, kami terus ke arah Taman Ara Indah, Sungai Dua.

Jumlah kilometer, adalah dlm 30km




Dah bersedia untuk memulakan kembara malam.


Dari view mata saya melalui jalan di Sungai Dua, dekat dgn Mee Udang yang famous tu.
Famous aje, tapi, tak lah berapa sedap sangat.


Di persimpangan lampu isyarat Sungai Dua, di bawah Hiway Plus. 2155 mlm


Berhenti rehat di tepi tol, sebelum ke arah Jambatan Sungai Perai.


Banyaknya tayar spare...


Otai Zam sedang memberi arahan kepada 12 pengikut malam ni.


Lagi sikit lagi nak sampai ke puncak jambatan Perai tu



Otai Taman Ara Indah, Zam dgn gang Taman serta tetamu dari Sungai Petani.
Kami dari Sungai Petani berjaya tawan jambatan ni jam 2310 malam 05032010.


Basikal twincycle saya berjaya sampai ke puncak jambatan Hiway baru Sungai Perai, sebaik berhenti, terus, tayar pancit. Nasib baik ada yang bawa extra tiub dan peralatan .


Zam sempat beri ceramah kepada gang Masjid, tentang kebaikan berkayuh malam.



Tiba di R&R untuk rehat dan isi power



Wajah wajah keletihan



Mana air ni, dahaga dah ni




Selepas sesi makan minum , kami pun berangkat pulang, adalah dlm 11 km nak sampit ke Taman Ara Indah ni. Pertengahan jalan , kedua dua kaki Izzudin kekejangan, dan terpaksa balik dengan menunggang motorsikal pengiring yang kebetulan bertembung dgn kami di R&R tadi.

Kami tiba di Taman Ara Indah jan 140 pagi, dan terus pack basikal untuk pulang ke SP.
Setiba di SP, dinner dulu sebelum pulang kerumah. Ini pengalaman pertama saya berkayuh malam, letih tapi menyeronokkan.

Rasanya dah bersedia untuk berbasikal di Lenggong pada 13032010 ni.


Latiff Hariri
0400 06032010
Sungai Petani

Monday, 1 March 2010

PILU - ABDUL LATIFF JANATON HARIRI(23 SEPTEMBER 2009)



Terpaksa saya release suara saya ni, sebab dah makin banyak yang view kat Youtube, sebelum jadi 'basi'. Lagu ni menjadi kenangan saya setiap kali meninggalkan pekan Lenggong. Terkenang pd rakan rakan, Guru Guru dan orang orang kampung dahulu, tahun 1968 -1972 di Kg Beng, Chepor, Gelok, Kota Tampan , Labit, sewaktu dibawa Bapak menjelajah dgn basikal P Ramlee tu.

Kalau Sam D'dloyd nak saman, samanlah, saya datang dgn sepeda berkayuh ke Jakarta nanti.

Tak ada royalty yang saya minta, hanya minta hadir direunion batch 1971-1981
SRJK(I) dan SMDA Lenggong Syawal 2010 nanti. Semuanya dalam perancangan oleh Penggerak 1964


Latiff Hariri
2230 01032010
Sungai Petani

SEALED WITH A KISS - JOHARI SAID(23 SEPTEMBER 2009)

Lagu ni dari Johari Said, rakan rakan junior jangan buat buat tak ingat pulak pd abang Joe kita ni. Pada yang hadir malam tu , memang terhibur dgn gelagat beliau.




Royalty 5% akan disalurkan kepada mangsa Gempa Bumi Chile, atas permintaan Johari sendiri, dan bakinya nak bayar lawyer fees, kiranya Pemilik Hak Cipta saperti, Bobby Vinton, Everly Brothers, Jason Donavan dan Elvis Presley bercadang nak 'saman' penyanyi ini, manalah tahu, lepas ni meletup pulak idola terbaru menggantikan Michael Jackson.

Terima Kasih Joe, rakan rakan CoolBatch 70-75, dan rakan rakan 71-76 yang menjayakan Konsert beliau, hahaha


Latiff Hariri
1350 01032010
Sungai Petani

JALAN JALAN CARI KAWAN

Selesai solat Jumaat dan kenduri Maulidur-Rasul, baru saya dapat bergerak. Kejiranan harus dijaga. Sepanjang jalan , bermula dari Taiping hingga ke Rawang, hujan tak berhenti. Kami hanya berhenti isi minyak berhampiran Simpang Pulai , itupun dah ada 3-4 kemalangan kereta terbabas, gara gara memandu laju ketika hujan.Nasihat saya, secanggih mana kenderaan anda, bila hujan, pastikan dibawah 80km per/jam . Melihat kenderaan yang terbabit, bukan calang calang jenama, M/Benz, Honda Civic, semua model terkini.

Kami tiba KL jam 815 malam , langsung 'dinner' di Ampang Park sebelum ke Bandar Hussein Onn.

Perassan 'excited untuk bertemu rakan rakan, siap remind rakan rakan lain yang berada di KL supaya 'on stand-by' mode , tak perlu kalut 'prepare untuk pertemuan, memadai secawan teh tarik di gerai mamak . Tapi, bukan hanya kami yang teruja, tengok ajelah makanan sarapan pagi ini.....


Kuih kundas bercicahkan kuah kacang dan roti labu, buatan sendiri lagi, menjadi hidangan sarapan kami di Shah Alam. Panjang cerita, dan betullah. Nora sekelas dgn Roziah di 5sc1 SM Convent Taiping, 1981 . Bila orang perempuan berjumpa, kita tak payah masuk campur, duk jauh jauh aje.




Kuih kundas, silakan. Sarapan pagi tu, kalau Faridah ada, selesai ni....hehehe.



Baru bertemu pertama kali selepas meninggalkan 5Sc1 SM Convent Taiping, lebih 29 tahun.

Rencana hari Sabtu dah diatur, tetapi bertukar disaat akhir, ajak Nora ke Ampang cari
'baby cute' yang tiba tiba boleh muncul di KL sepertimana kemunculan kami malam tadi.
Jadi, gemparlah jugak si Nora bertemu si Faridah selepas lebih 30 tahun berpisah.
Kisah kenakalan di SMDA dan rahsia 'sensasi' kisah cinta lama, hahaha.

Dalam jam 130 ptg, kami bawa Faridah bersama ke Kuala Lumpur, cadangnya makan tengahari, tetapi ditolak semua, jadi fikir punya fikir, hm, ke area Pandan Indah. Talipon dia, syukur dia ada, terus kerumah rakan SRJK ni. Bila ada lagi saorang kawan lelaki, tak lah saya terasa janggal bawa berjalan 3 Mak Dara Pinggitan ni. Punyalah lama bersembang , rupanya Ramli pun dah pernah dioperasikan pada bahagian jantungnya, tetapi tidaklah serius sangat, cuma kosnya yang'serius'!! Ketawa dan tersnyum menjadi halwa disetiap ungkitan kisah remaja. Memang u all(SRJK/SMDA) kena duduk semeja dalam dewan SMDA Syawal tahun ni, itu yang Asri, Cikgu Manan, Nora, Amnah, Zahari, Ramli, Faridah setujukan.

Mini Reunion pada 5 June 2010 di rumah Faridah sempena menyambut Menantu beliau, pastikan semua yang dekat hadir jam 4 petang. Ini bukan jemputan saya, tetapi Faridah.



Sembang santai di rumah Ramli



Zaharah(isteri Ramli), Faridah, Nora dan Roziah
Latiff dan Ramil
Taman Kencana, Pandan Indah, Ampang.



Tiga Mak Dara Pinggitan




Ini tempat biasa yg saya suka bawa kawan taulan makan . Al Rawsha Restoran, dibelakang Balai Polis tepi Ampang Park tu. Sayangnya Faridah dah kalut balik rumah adiknya , kena masak air.....



Bersama abang Din, dan anak bongsu Norlela. Ingat tak kawan kita Norlela ni, masa SRJK(I)? Ruginya dia tiada dirumah waktu kami tiba di Putrajaya.

Tiba di Shah Alam jam845 mlm, selepas tinggalkan Nora di rumahnya, kami teruskan acara makan malam bersama anak kami yang di ITM tu, sebelum kami pulang ke Bandar Tun Hussein Onn.

Ucapan terima kasih kepada Ramli, Faridah , Nora, yang menjadi 'tuan rumah' yang menyerikan hari kami. Jugak kepada Asri, Ismail, Zahari, Norma, Rosmah dan Jefry, yang sering berhubung melalui saya/Nora/Faridah sepanjang pertemuan kali ini.

Agak ralat, tak dapat mengusap kepala anak anak yatim tu...




Datuk Harun Din Al-Hafiz memeluk saorang waris beliau sebaik tiba di KLIA.Dah berselang tetamu yg bersalam, Izzuddin pun tak lepaskan peluang sama. Untuk rekod, ini kali kedua beliau bersalaman dgn Datuk Harun Din, yang pertama semasa perasmian Sekolah Tahfiz Al Amin, Sungai Layar, Sungai Petani, diawal peralihan kuasa Kerajaan Negeri Kedah.


2 Haji Kecil, Haji Akmal dan Haji Rahman..welcome home


Makan malam disediakan untuk kami, sedap pulak mee mlm ni.


Foto Keluarga abang Halim & Normah, Latif & Roziah. Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami .

Tersenyum puas dalam lena malam tadi.Jadi betul tak 6 orang, (5 SRJK, 4 SMDA, 2 Convent, 1 KE)


Latiff Hariri
1010am 01032010
Sungai Petani

Sunday, 28 February 2010

CUTI CUTI 2009

Sebab dah hujung tahun, cuti kena habiskan, kami hanya berputar sekitar utara-timur- barat. Tiada apa yang menarik selain dari bertemu keluarga dan sanak saudara di sana. Bermalam di KB untuk dua malam, berpestakan makanan di pasar malam KB selain dr mencuci mata di Pengkalan Kubor. KB semakin maju dan banyak laluan telah di sehalakan , serta bangunan tinggi dan kompleks membeli belah. Hanya 'mereka' aje yang kata Kelantan mundur.

Sepanjang perjalanan di pandu oleh Aqilah , senang hidup saya. Sesekali saya memandu, singgah di KT beli kain-kainan di pasar KT pada hari ke tiga, dan langsung ke Kemaman kampung Injin Gergaji, perkampungan nelayan di tepi pekan Chukai. Disini pesta makan ikang dan sarapan pagi makanan yang pelik pelik.Dua malam aje melepak dirumah Ayah Long ni. Pakcik kepada Roziah.



Bersama Mak Long dan Che De


Bersama Ayah Long di kg Injin Gergaji, Kemaman, Terengganu


Terus ke Kuala Lumpur, menginap di area Chow Kit, senang nak membeli dan 'belah', sebab di pusat kota. Malam tu tengok konsert lagi di Dewan MPO di KLCC. Irama Melayu gandingan penyanyi Lah, Aishah dan konduktor malam itu Datuk Johari Salleh.

Muzik memang menarik, tapi sebaiknya Datuk Johari Salleh mencampuradukkan muzik tradisional Melayu, supaya iramanya lebih kemelayuan. Agak upset sebab Lah dan Aishah hanya mendendangkan 2 lagu setiap saorang, dan pengacara pulak , yang perempuannya tak reti berbahasa Malaysia dengan betul, tapi konsert "Irama Melayu" dan rakyat Malaysia ni.






Lapik perut dulu


Malaysian Philharmonic Orchestra ni memang powerlah, tapi , slot lagu Lah dan Aishah hanya 2 lagu setiap saorang, menjadikan show ini tersenarai dibawah sepanjang konsert yang pernah saya tonton. Foto dicuri ambil sebab pemain biola hujung kiri tu, rakan Facebook Izzuddin.


Anita Sarawak jugak menjadi tumpuan malam tu.


Acara Otograf, Penyanyi Lah, Datuk Johari Salleh dan Aishah. Aishah ni pangkat makcik kepada saya, tapi saya senior dia setahun, dari keluarga Janaton, belah bapak .


Pengacara malam tu, yang terkedet kedet ke pentas setiap kali nak buat pengumuman




Malam 'dinner di Nasi lemak Antarabangsa, ternyata nasinya dah tak sehebat dahulu.

Latiff Hariri
0920 28022010
Bandar Tun Hussein Onn

Thursday, 25 February 2010

Maulidur-Rasul 1431Hijrah



Hari ini hari kelahiran Nabi Junjungan Umat Islam Nabi MUHAMMAD S.A.W...As usuall tomorrow children and students of Maahad Tahfiz Al-Quran including me(hehehe)will marching From the mosque to the mosque I mean we'll start at the mosque and will be end at the mosque...Prophet MUHAMMAD S.A.W fight with the enemy to protect Islam from being destroy...

My friend's father just passed away around 10:00 pm ...I don't know what to say but I can only recite Yaasin and Al-fatihah and I also don't know what is the cause of this death I'm sympathy to Iffat Bin Shamsolbahri and family...AL-FATIHAH...

Back to the Malidur-Rasul...I have being to the makkah and madinah...When I saw the grave of Prophet MUHAMMAD S.A.W my tears rooling to the check cause I am near with Prophet MUHAMMAD S.A.W and the companions...
Tonight is friday night,let us recite yaasin to all muslim..
Actually I am proud with my name because I have Muhammad in my name

Thats all for tonight
MUHAMMAD IZZUDDIN JANATON
26/02/2010
ALLAHUAKHBAR

Tuesday, 23 February 2010

PERNIKAHAN ALIFAH SHUIB DAN NEAKMAT HUSSEIN

Pernikahan anak buah kami pada cuti bulan December 2009, sebaik sahaja tamat SPM, bukan yang pengantin, tapi Noor Faiqah. Kami tak dapat hadir pada majlis kendurinya kerana harus ke Kota Bharu dan Kemaman , langsung ke Kuala Lumpur . Dah hampir hujung tahun, terpaksa habiskan cuti.Pengantin perempuan orang Merbok, dan yang lelaki orang Bukit Besar, kira, dua dua orang Kedah lah.

Foto ni sengaja nak usik anak anak buah ni, sekeluarga di Merbok, dan kpd abang Shuib.



Alifah bersama duapupunya.


Sign Alifah, jangan tak sign.


Salam yang penuh dengan tanggungjawab


Inilah kiriman dariku


Sujud tanda kesyukuran


Kira terbatallah air sembahyang, baru je solat tadi.


Yang dibelakang tu'cute' pulak tgk pengantin intim


Besan bertemu , hanya boleh tengok je, tak boleh nak 'kiro'.


Baru lepas kena khutbah dgn Tok Kadi tadi, sekarang mrk pulak nak berkhutbah, ish ish ish



Melangkah kaki memasuki rumah sebagai suami isteri.

Perjalanan anak anak baru dimulakan, hati hati dan sabar selalu.


Latiff Hariri
2150 23022010
Sungai Petani