Bee Gees

Monday, 8 March 2010

PERJALANAN TERAKHIR KITA

Lepas subuh pagi ni, sms kpd Asri, menanya, jadi tak rencana ke Lenggong , kalau tak jadi, maknanya saya ke Lenggong dgn kawan lain, atau ke pejabat aje.
Dia kata jadi, kena ambil dia di Jetty dalam masa sejam. Dan tepat 845 kami berdua ke Lenggong, singgah di Bukit Merah beli air saorang setin, isi minyak, dan jalan. Sebelum tu dah berhubung dengan Ramli, katanya Solat Jenazah jam 11pagi.

Kami tiba pekan Lenggong jam 1040 pagi, terus ke Labit. Hmmm, hanya kami berdua. Saya mengharap dapat bertemu Yun Rosli atau siapa ajelah yang sekampung dengan Ramli, tapi hampa. Sms kepada Faridah dan Haniza.

Selesai Solat Jenazah di Surau Labit, terus ke tanah perkuburan dan siap di sempurnakan jam 1215 tengahari. Berbual dengan Ramli dan adiknya, jumpalah Cikgu Talha, selalu namanya disebut, tapi saya tak kenal langsung.

Kami ke SK Lenggong, jumpa Hassan Basri, rupanya dia pun tak tahu hal kematian ini.
Manan berada di Kota Bharu Kelantan, dan kami bersurai dalam jam 1255 tengahari untuk teruskan urusan kami.



Solat Jenazah.


Dari surau Kampung Labit


Ini perjalanan terakhir yang setiap kita akan lalui.


Talkin


Lebai Asri, Lebai Ramli dan Lebai Latiff.


Hassan Basri, Latiff Hariri dan Asri Mokhtar di sekolah Hassan

Takziah sekali lagi untuk Pak Long Ramli sekeluarga


Latiff Hariri
2100 08032010
Sungai Petani

Sunday, 7 March 2010

Sepetang dipinggir UITM/MRSM

Bila badan dah panas, kaki dah tak boleh duduk diam, tetap nak berkayuh, jadi petang ni jam 1803 saya berdua dgn Zul, anak teruna jiran, abang Omar, bergerak ke arah Semeling. Cuaca masih terik, tak sampai 5 minit berkayuh, Ramli talipon. Selalunya saya payah nak jawab panggilan bila berkayuh, tapi kali ni, rasa kena jawab bila terasa hp bergetar dlm saku seluar. Hm, Innallillahhiwaniinnahirojiunn.
Emak Ramli meninggal. Al-Fatihah..........

Berhenti befoto di lokasi tepi jalan ni. Cuba talipon Manan, tak berjawab.




Ini hentian pertama jalan negeri Bedong-Merbok berlatarbelakangkan Gunung Jerai.


Duk kat luar UiTM aje, nak masuk, panjang cerita pulak nanti

Teruskan perjalanan kearah MRSM, dibelakang UiTM. Manan balas panggilan saya, saya maklumkan berita sedih dari Ramli. Saya beritahu Manan, mungkin akan ke Lenggong esok ziarah Ramli sekeluarga, Manan pulak akan ke Kota Bharu Kelantan, atas urusan pejabat. Sambil berkayuh, sambil bercongak rencana untuk esok.


Yang ini dibelakang pagar UiTM,, bersebelahan MRSM, kira kira 15km dr bandar SP


Berlatarbelakangkan MRSM Merbok. MRSM ni bersebelahan dgn Uitm. Kepada rakan rakan yang ada anak atau bakal menghantar anak kesini, sudi sudikan homestay di teratak kami, tak sampai 15 minit dr rumah.


Di belakangi Bendang dan Gunung Jerai, memang nyaman duduk di SP ni


Senja di Jambatan Semeling


Diatas Jambatan Semeling , jam 1900. Jambatan ini memndekkan perjalanan dr SP-Bedong-Merbok-Yan, yang memakan masa dr SP ke Merbok lebih kurang 45 minit, menjadi 20 minit sahaja. Foto ini mengarah ke Sungai Petani.

Kami tiba dirumah jam 1918, maknanya memakan masa 75 minit. Ditolak masa berhenti berfoto dlm 15 minit, purata kelajuan 25km sejam.

Di rumah, saya hubungi Asri di Penang, mungkin juga dia dapat menemani saya esok ke Lenggong. Ramli dah dalam perjalanan ke Lenggong bersama jenazah emaknya, mungkin kini di kawasan Rawang/Tg Malim.

Salam Takziah dan sabar selalu. Saya tahu Ramli anak yang baik terhadap Ibunya.

Salam


Latiff Hariri
2240 07032010
Sungai Petani

Saturday, 6 March 2010

Sekolah Menengah Dato' Ahmad - Kelas 2A1 - 1978

Saya memerlukan sumbangan foto foto lama rakan rakan SMDA untuk saya simpan dan buatkan slide show semasa majlis reunion nanti. Sila emailkan kepada saya, atau melalui Manan dan Asri. Kerjasama dari semua amat saya hargai. Saya akan berada di Lenggong bermula malam 12/3/2010 hingga petang 13/3/10 , mungkin menginap di Rumah Rehat Lenggong, dan berbasikal di sekitar Lenggong, Kg Sira-Labit-Chepor-Pulau Cherry-Kota Tampan-Kg Beng-(Raban, jika diizinkan)-Kg Chain-Banggol Belimbing-Lgg.
Kepada rakan rakan yang sudi dan mahukan berkongsi cerita dan foto, sila hubungi saya nanti.


Batch SMDA 1977-1981 , Kelas 2A1 -1978


Duduk Depan Perempuan Dari Kiri :-

Norlela(Kuak), Razifah(Ra), X, Allahyarhamah Norazlina Nasrun, Cikgu Azian, Ustazah Robiah, Norhaniza, Normah, X, Chiew.

Berdiri Belakang Dari Kiri:-
Maznah, x,x,x,x,x,x, Hasnah Kassim(gelok) x

Belakang Perempuan
Lau Mei Heng, Chew Ka Gee




Duduk dari Kiri:-
Jefri, Usan, Rafai Ismail, Abd Hadi, X , Amir Rais, Redzuan.

Dari Kiri Berdiri:-
Azam, Manan, X, Rosly(ely), Ismail, Hassan, Md Nor


Maaf , saya ingat pada yang girlfren aje..Eh, sejak bila saya berada di SMDA ni.
Ini foto ihsan dr Manan la, dia yang ingat setakat ini aje. Yang mana tak tercatat nama, tolong beritahu saya atau Manan, saya kemaskini lain.


Latiff Hariri
2311 06032010
Sungai Petani

TOUR DE' BUTTERWORTH

Saya tak merancang untuk berbasikal malam, dan tak berapa gemar pun, sebab agak bahaya , tapi bila saya diajak oleh rakan sepejabat saya untuk berkayuh ke Butterworth, hmm, why not. Dah selalu di SP, tukar tukar angin, apa salahnya.

Kami tiba di Taman Ara Indah, Sungai Dua, kira dalam area Permatang Pauh jugak le, dalam pukul 2100, kami yang pertama sampai, sebab kami bertiga dari Sp, sedangkan yang lagi 10 rakan rakan Zam, orang Taman Ara Indah serta perkampungan sekitarnya.
Mula bergerak dalam 2140 malam, memang seronok, sebab ramai. Kelajuan sekitar 25km sejam pada awalnya, menaiki jambatan dalam 16 km sejam, menuruni dalam 32km sejam, tapi yang berbasikal solo lagi laju drpd kami berdua. Tiba di Tol dalam jam 1012 mlm, dan terus ke arah Jambatan Sungai Perai yang mirip Jambatan Pulau Pinang tu.

Sebaik tiba, tayar basikal saya pancit, kenalah ganti. tapi semua dah pakar, sekejap aje dah siap, dan kami membuat U-turn pulang . Tiba di R&R bersebelahan tol dalam 2340 malam. Ada 2-3 group basikal seperti kami, tapi sekadar 2-3 orang, sedangkan kami 13 orang. Selesai minum, kami terus ke arah Taman Ara Indah, Sungai Dua.

Jumlah kilometer, adalah dlm 30km




Dah bersedia untuk memulakan kembara malam.


Dari view mata saya melalui jalan di Sungai Dua, dekat dgn Mee Udang yang famous tu.
Famous aje, tapi, tak lah berapa sedap sangat.


Di persimpangan lampu isyarat Sungai Dua, di bawah Hiway Plus. 2155 mlm


Berhenti rehat di tepi tol, sebelum ke arah Jambatan Sungai Perai.


Banyaknya tayar spare...


Otai Zam sedang memberi arahan kepada 12 pengikut malam ni.


Lagi sikit lagi nak sampai ke puncak jambatan Perai tu



Otai Taman Ara Indah, Zam dgn gang Taman serta tetamu dari Sungai Petani.
Kami dari Sungai Petani berjaya tawan jambatan ni jam 2310 malam 05032010.


Basikal twincycle saya berjaya sampai ke puncak jambatan Hiway baru Sungai Perai, sebaik berhenti, terus, tayar pancit. Nasib baik ada yang bawa extra tiub dan peralatan .


Zam sempat beri ceramah kepada gang Masjid, tentang kebaikan berkayuh malam.



Tiba di R&R untuk rehat dan isi power



Wajah wajah keletihan



Mana air ni, dahaga dah ni




Selepas sesi makan minum , kami pun berangkat pulang, adalah dlm 11 km nak sampit ke Taman Ara Indah ni. Pertengahan jalan , kedua dua kaki Izzudin kekejangan, dan terpaksa balik dengan menunggang motorsikal pengiring yang kebetulan bertembung dgn kami di R&R tadi.

Kami tiba di Taman Ara Indah jan 140 pagi, dan terus pack basikal untuk pulang ke SP.
Setiba di SP, dinner dulu sebelum pulang kerumah. Ini pengalaman pertama saya berkayuh malam, letih tapi menyeronokkan.

Rasanya dah bersedia untuk berbasikal di Lenggong pada 13032010 ni.


Latiff Hariri
0400 06032010
Sungai Petani

Monday, 1 March 2010

PILU - ABDUL LATIFF JANATON HARIRI(23 SEPTEMBER 2009)



Terpaksa saya release suara saya ni, sebab dah makin banyak yang view kat Youtube, sebelum jadi 'basi'. Lagu ni menjadi kenangan saya setiap kali meninggalkan pekan Lenggong. Terkenang pd rakan rakan, Guru Guru dan orang orang kampung dahulu, tahun 1968 -1972 di Kg Beng, Chepor, Gelok, Kota Tampan , Labit, sewaktu dibawa Bapak menjelajah dgn basikal P Ramlee tu.

Kalau Sam D'dloyd nak saman, samanlah, saya datang dgn sepeda berkayuh ke Jakarta nanti.

Tak ada royalty yang saya minta, hanya minta hadir direunion batch 1971-1981
SRJK(I) dan SMDA Lenggong Syawal 2010 nanti. Semuanya dalam perancangan oleh Penggerak 1964


Latiff Hariri
2230 01032010
Sungai Petani

SEALED WITH A KISS - JOHARI SAID(23 SEPTEMBER 2009)

Lagu ni dari Johari Said, rakan rakan junior jangan buat buat tak ingat pulak pd abang Joe kita ni. Pada yang hadir malam tu , memang terhibur dgn gelagat beliau.




Royalty 5% akan disalurkan kepada mangsa Gempa Bumi Chile, atas permintaan Johari sendiri, dan bakinya nak bayar lawyer fees, kiranya Pemilik Hak Cipta saperti, Bobby Vinton, Everly Brothers, Jason Donavan dan Elvis Presley bercadang nak 'saman' penyanyi ini, manalah tahu, lepas ni meletup pulak idola terbaru menggantikan Michael Jackson.

Terima Kasih Joe, rakan rakan CoolBatch 70-75, dan rakan rakan 71-76 yang menjayakan Konsert beliau, hahaha


Latiff Hariri
1350 01032010
Sungai Petani

JALAN JALAN CARI KAWAN

Selesai solat Jumaat dan kenduri Maulidur-Rasul, baru saya dapat bergerak. Kejiranan harus dijaga. Sepanjang jalan , bermula dari Taiping hingga ke Rawang, hujan tak berhenti. Kami hanya berhenti isi minyak berhampiran Simpang Pulai , itupun dah ada 3-4 kemalangan kereta terbabas, gara gara memandu laju ketika hujan.Nasihat saya, secanggih mana kenderaan anda, bila hujan, pastikan dibawah 80km per/jam . Melihat kenderaan yang terbabit, bukan calang calang jenama, M/Benz, Honda Civic, semua model terkini.

Kami tiba KL jam 815 malam , langsung 'dinner' di Ampang Park sebelum ke Bandar Hussein Onn.

Perassan 'excited untuk bertemu rakan rakan, siap remind rakan rakan lain yang berada di KL supaya 'on stand-by' mode , tak perlu kalut 'prepare untuk pertemuan, memadai secawan teh tarik di gerai mamak . Tapi, bukan hanya kami yang teruja, tengok ajelah makanan sarapan pagi ini.....


Kuih kundas bercicahkan kuah kacang dan roti labu, buatan sendiri lagi, menjadi hidangan sarapan kami di Shah Alam. Panjang cerita, dan betullah. Nora sekelas dgn Roziah di 5sc1 SM Convent Taiping, 1981 . Bila orang perempuan berjumpa, kita tak payah masuk campur, duk jauh jauh aje.




Kuih kundas, silakan. Sarapan pagi tu, kalau Faridah ada, selesai ni....hehehe.



Baru bertemu pertama kali selepas meninggalkan 5Sc1 SM Convent Taiping, lebih 29 tahun.

Rencana hari Sabtu dah diatur, tetapi bertukar disaat akhir, ajak Nora ke Ampang cari
'baby cute' yang tiba tiba boleh muncul di KL sepertimana kemunculan kami malam tadi.
Jadi, gemparlah jugak si Nora bertemu si Faridah selepas lebih 30 tahun berpisah.
Kisah kenakalan di SMDA dan rahsia 'sensasi' kisah cinta lama, hahaha.

Dalam jam 130 ptg, kami bawa Faridah bersama ke Kuala Lumpur, cadangnya makan tengahari, tetapi ditolak semua, jadi fikir punya fikir, hm, ke area Pandan Indah. Talipon dia, syukur dia ada, terus kerumah rakan SRJK ni. Bila ada lagi saorang kawan lelaki, tak lah saya terasa janggal bawa berjalan 3 Mak Dara Pinggitan ni. Punyalah lama bersembang , rupanya Ramli pun dah pernah dioperasikan pada bahagian jantungnya, tetapi tidaklah serius sangat, cuma kosnya yang'serius'!! Ketawa dan tersnyum menjadi halwa disetiap ungkitan kisah remaja. Memang u all(SRJK/SMDA) kena duduk semeja dalam dewan SMDA Syawal tahun ni, itu yang Asri, Cikgu Manan, Nora, Amnah, Zahari, Ramli, Faridah setujukan.

Mini Reunion pada 5 June 2010 di rumah Faridah sempena menyambut Menantu beliau, pastikan semua yang dekat hadir jam 4 petang. Ini bukan jemputan saya, tetapi Faridah.



Sembang santai di rumah Ramli



Zaharah(isteri Ramli), Faridah, Nora dan Roziah
Latiff dan Ramil
Taman Kencana, Pandan Indah, Ampang.



Tiga Mak Dara Pinggitan




Ini tempat biasa yg saya suka bawa kawan taulan makan . Al Rawsha Restoran, dibelakang Balai Polis tepi Ampang Park tu. Sayangnya Faridah dah kalut balik rumah adiknya , kena masak air.....



Bersama abang Din, dan anak bongsu Norlela. Ingat tak kawan kita Norlela ni, masa SRJK(I)? Ruginya dia tiada dirumah waktu kami tiba di Putrajaya.

Tiba di Shah Alam jam845 mlm, selepas tinggalkan Nora di rumahnya, kami teruskan acara makan malam bersama anak kami yang di ITM tu, sebelum kami pulang ke Bandar Tun Hussein Onn.

Ucapan terima kasih kepada Ramli, Faridah , Nora, yang menjadi 'tuan rumah' yang menyerikan hari kami. Jugak kepada Asri, Ismail, Zahari, Norma, Rosmah dan Jefry, yang sering berhubung melalui saya/Nora/Faridah sepanjang pertemuan kali ini.

Agak ralat, tak dapat mengusap kepala anak anak yatim tu...




Datuk Harun Din Al-Hafiz memeluk saorang waris beliau sebaik tiba di KLIA.Dah berselang tetamu yg bersalam, Izzuddin pun tak lepaskan peluang sama. Untuk rekod, ini kali kedua beliau bersalaman dgn Datuk Harun Din, yang pertama semasa perasmian Sekolah Tahfiz Al Amin, Sungai Layar, Sungai Petani, diawal peralihan kuasa Kerajaan Negeri Kedah.


2 Haji Kecil, Haji Akmal dan Haji Rahman..welcome home


Makan malam disediakan untuk kami, sedap pulak mee mlm ni.


Foto Keluarga abang Halim & Normah, Latif & Roziah. Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami .

Tersenyum puas dalam lena malam tadi.Jadi betul tak 6 orang, (5 SRJK, 4 SMDA, 2 Convent, 1 KE)


Latiff Hariri
1010am 01032010
Sungai Petani