Bee Gees

Saturday, 13 March 2010

Le Tour De Lenggong

(Atikel yang sama boleh dibaca di Cycling Down Memory Lane di www.rahmanhariri.blogspot.com)




Kami bertolak dari SP pada petang Jumaat 1751 12032010, tengok Tol Selatan penuh, saya buat keputusan guna jalan negeri ajelah.
SP-Pinang Tunggal-Padang Serai-Lunas-Kulim-Serdang-Selama-Redang Panjang-Gunung Kelian-Sumpitan-Lenggong. Tiba di Lenggong jam 2025. Rahman dan Rasyi dah menunggu dibilik. Tiba tiba ada panggilan masuk, Faizal dah hidu yang saya dah berada di Lenggong, mungkin dia nampak kereta saya agaknya.

Selasai mandi, kami ke Labit Tengah rumah Faizal untuk beri salam . Sebelum tu cuba masuk ke kampung di belakang Masjid Lenggong tu, tapi , jambatannya dah rosak. Nak cari rumah abang Fauzi, remaja Tingkatan 5 atau 6 yang saya sebut didalam tulisan terdahulu tu.

Selesai dirumah Faizal, kami 'dinner' dan tidur dalam jam 2300 mlm, kena rehat, esok dah nak berkayuh.


Memang tak lena tidur, mungkin juga dah 'excited' dan juga bertukar tempat tidur. 0430 saya dah bangun, sembil perhati keluar bilik. Ini lah hasilnya. Mungkin ada yang kaki melepak kat stesen bas ni dulu. Manalah tau tunggu marka tu mai sekolah, tak pun temankan dia balik sekolah.

Kami mula bersiap sebelum azan subuh, selesai semua dalam jam 645, turun ke bawah sarapan roti canai dan nasi lemak, semua makan sedikit sebab tak nak ganggu sistem badan bila dah mula mengayuh nanti. Selesai sarapan, saya dan Izzudin ke setesen bas, peniaga pasar Sabtu dah mula aturkan gerai mereka, saya cari sekitar pasar orang yang saya dah tak jumpa lebih 38 tahun, katanya dia menjadi pembantu kedai kelapa parut di pasar Lenggong. Setelah menyapa 2 kedai, akhirnya kedai ketiga berhasil. Agak lama jugak saya nak tegur, sebab pakcik ni dah putih kening matanya, tapi, iras senyuman masih saya ingat. Sellesai beliau melayan pengunjung kedai yang terakhir, saya pun memberi salam......



Saya terus memeluk Pakcik Sidek, selepas dia mengiyakan pertanyaan saya, yang ini Pakcik Sidek ke? Tergamam Pakcik Sidek . Saya kata, Boy anak Hariri Lenggong kat kedai Pakcik Lasah tu.

Hmmm, apa yang pasti lepas tu, tergenang air di kelopak mata Pakcik Sidek. Pakcik Sidek dah 72 tahun umurnya, mempunyai dua anak, duduk di Kg Sira, dibelakang sekolah Bukit Balai .

Masa darjah 1 dan 2 , Pakcik Sidek adalah pembantu kedai Arwah Pakcik Lasah. Saya suka membantu beliau di kedai dgn menyusun barang jualan, buat kertas bungkusan, dulu kalau ada yang ingat, beras dan gula ditimbang didalam kertas surat khabar lama, yang digam menggunakan gam kanji. Pernah sedang asyik membuat kerja, tiba tiba cikgu Ainon singgah nak beli barang, kelam kabut saya menyorok dibelakang kedai, takut wei.



Di kedai Faizal, sedang bersiap untuk memulakan kayuhan, tiba tiba Ramli sampai, dan sempatlah kami berpelukan mesra sebelum memulakan kayuhan. Katanya Piee dah tunggu kat jety


Dulu, suatu masa dahulu, saya bersama Rahman pernah berfoto bersama disini, serta adik adik yang lain. Masa tu cukup tak bermasaalah, hanya tahu makan tidur, baca buku, mengaji, curi curi mandi sungai. Di rumah ini jugak saya mula belajar berkayuh basikal milik kakak saya yang dihadiahkan oleh Pakcik Ya, adik kepada Bapak. Masa tu kami cukup suka kalau pakcik2 yang bujang datang bertandang, dapat RM dan janji janji hadiah jika belajar pandai. Dan disini jugak Pakcik Ya hadiahkan saya dan Rahman basikal mini yang boleh di lipat dua. Masa tu 'gah' sangat, sebab hanya kami dua beradik yang punya basikal tu .

Dan hasilnya , hingga kini saya suka berbasikal. Dengan basikal itu jugak saya menunjukkan skill saya didepan Roziah, Zaleha(anak Pengawai Forest tu, yang putih melepak tu) di depan simpang bukit Raja dan masjid Lenggong, dengan membuat 'corner' baring didepan mereka, dan terus cium tanah...ish ish ish, kena ketawa pulak tu dgn mereka, nak kena budak berdua ni.


Ini bilik tidur kami


Ini bilik stor dibelakang, kalau ikut plan rumah ni, macam bilik orang gaji/tukang masak. Dulu ada pangkin disini tempat emak, kak midah putih dan kak midah hitam bersidai, melipat kain jemuran sambil mendengar radio. Saya ingat pernah abang abang tentera parkir 'truck' dan landrover mereka, dan tak semena mena ada gangguan di radio, yang abang tentera tu menyakat Kak Midah berdua, ya lah, mereka anak dara trang tang tang masa tu.......


Ini bilik DO emak.DO tu Dapur Officer lah


Kalau SRJK(I) Lenngong masih menyimpan buku rekod sekolah saya, ini alamatnya untuk di periksa, betul tak? PWD 130L Lenggong Perak. Sepanjang ingatan, tiada surat yang saya terima setakat darjah 2 ni.

Kami mula bergerak meninggalkan simpang Pokok Jerai tepas jam 8. itupun ada pakcik yang menegur, tayar basikal kurang angin. Sayangnya saya tak ambil foto berempat sebelum bergerak dgn kamera saya, lebih kepada Rahman dan Rasyi




Kat kampung Teluk Batu



Bersama pemilik Bot, Rafiee, Ramli kata panggil Piee aje.


Masing masing nak cari sudut menarik bila ti di kaki Sungai Perak ni. Kali terakhir , rasanya saya naik sampan disini masa umur 8 tahun, sedangkan Rahman dan anak anaknya ditahun 1999, sebelum SRJKI Lenggong dirobohkan.



Hantar basikal dulu ke Chepor


Dari Labit menyeberang ke Chepor


Sayup jugak nak sampai seberang Chepor ni


Dah lama tak naik boat ni, berdebar jugak.


Mendarat di Chepor


Kena tolak basikal bila bukit agak curam




Basikal Twincycle ni memang manja, atau lebih tepatnya bawa barangan lebih muatan. Basikal ni bukan untuk Off Road , lebih kepada bersiar siar di taman perumahan atau dalam bandar aje.



Off Road ladang kelapa sawit.


Kami jumpa jalan bertar selepas lebih 4 km off-road, melewati ladang getah dan kelapa sawit. Ada sebuah stor , sebelum memasuki Pulau Chery, dan disambut anak anak yang sedang sibuk meramaikan majlis perkahwinan yang dijangka pada 14032010 . Ternyata mereka gembira bila kami berhenti, sambil mereka teruja melihat basikal dua, kata mereka. Kami dah sediakan dengan Chupa-Chup, gula gula , bertambah suka budak budak ni, langsung mengiringi kami sepanjang laluan dengan basikal mereka. Seronokn tengok muka muka ceria anak anak bila mendapat gula gula.


Ini pangkin tempat orang orang kampung membuat bekam tahun 70an dulu. Yang pakar berbekamnya, Pak Saad dr Chepor(sumber Pak Hasan). Saya ingat ramai yang bertanduk kerbau masa berbekam tu, tapi, Rahman lebih tepat diatas pangkin ni lah.

Persoalan saya biar saya yang simpan. Setelah bertemu dengan Pakcik tempohari yang terus 'tembak' saya dengan menanyakan saya anak SO Hariri ke? Saya terus bertandang kerumah pakcik tu. Namanya pakcik Hasan, orang Semanggol, dan isterinya Jamiah orang Gelok. Katanya dia tahu tiada anak anak lain yang akan mencari semula kediaman Lebai Johan selain dari anak anak SO Hariri, sebabnya, sebulan sekali, atau dua kali, SO Hariri akan datang berlajar ilmu Akhirat disini, bersama 2 orang anak lelaki. Masa tu mereka berdua tu kecil lagi. Pakcik Hasan pulak penoreh getah pokok2 Lebai Johan, dan dia tahu sangat.

Pakcik Hassan ada menyebut yang orang orang kampung belajar bersilat masa tu dengan Pak Sheih Man Jabok, ada sesiapa yang kenal atau ingat kisah lagenda(?) ini?


Jadi, ini saja yang dapat saya ceritakan, yang lain lain tu saya simpan dulu.



Dengar sini Sudin, Ajis dan Ramlee. Eh macam Adegan Pendekar Mustar daa....

Selasai dijamu teh o dan biskut kering, kami teruskan perjalanan, yang pasti ada next story yang saya akan cungkil dr Pakcik Hassan ni. Tunggu ajelah.
Kami terus ke arah Luat, dan kampung Beng, tapi, basikal saya meragam lagi, nasib baik ada kedai motor, minta mereka cek apa yang patut. Selesai pekena 2 gelas air limau, kami teruskan kayuhan diatas jambatan Kota Tampan tu, menuju ke arah Raban.


Kami tiba di Lubuk Kawah, bersebelahan Jambatan Bailey tu dlm jam 1250 tengahari. Rehat di perhentian bas, saya mahu masuk ke dalam kampung berhampiran Tasik ni, tapi Rahman dah keletihan. Menanya kepada anak muda di situ, ternyata rumah rakit tu masih ada, tetapi pakcik tu dah meninggal, ya lah, dia angkatan arwah bapak jugak. Anaknya menetap di Lenggong, rumah dah ditinggalkan.

Saya ingat kesini bersama keluarga, kenalan bapak, mungkin melalui kerja bapak yang sering diminta orang orang kampung untuk mengukur/sukat tanah mereka , dan akhirnya menjadi kawan. Kami makan tengahari hingga ke petang di atas rakit berlaukkan ikan ikan Tasik Raban. Seronoknya bermain air dan memberi anak anak ikan makan dari atas rakit tu.


Tasik Raban berhampiran Jambatan Bailey , jambatan satu lorong tu


Jalan lama selepas melepasi simpang 4 lampu isyarat , yang ada jambatan baru Kota Tampan tu. Jalan ni u all familiarkan dgn berlatarbelakangkan gunung didepan tu.
Bas merah kuning ni nastolgia sungguh


Lata Kg Chain, berhampiran rumah Bro Lokman Saidin.


Hm macam kenallah lereng bukit ni...byk kenangan kat sini


Saya lebih mngenali SMDA dari SMKDA, walaupun K dimerahkan. Kalau kami tak pindah Taiping, sekolah ni jadi Sekolah kami jugak rasanya.


Haa, ni jalan Utama memasuki SMDA dahulu, saya ingat, tapi, kini dah ditutup dan agak suram, tinggal kenangan sahaja, saya pasti didepan ni Pengawas punya check-point, yang datang lambat, awas ya!!



Rumah kuarters kerajaan didepan Balai Polis, rumah ni kami menginap sekejap masa tahun 70, sebelum saya memasuki darjah 1.


Dah siap nak balik ke KL dan SP.

Hujan menyambut kami bila sampai di Simpang Pokok Jerai, cadangnya spt biasa ke rumah Kak Midah, tapi mrk tiada, terus ke Masjid Lenggong, mandi & Solat. Terus ke kedai Faizal, berbual sekejap.



Makan petang. Memang rezeki kami bersama Jie dan anaknya. Jie sampai Lenggong jam 1720, kami terus keluar dr rumah Shaiful selepas berbual dgn Mak Umi dan Mak B. Dua kali kerumah Shaiful, mula mula cycle, Mak Umi dah terkejut, bila saya kata nak balik SP petang ni, haaa! Kayuh basikal!?
Dak, basikal naik keta.
Roziah dan Faiqah tiba dr Chemor petangnya, dan sekali lagi bertandang rumah Shaiful.Itu yang jadi 2 kali tu.

Roziah bersama Faiqah ke rumah mertua Jie, tapi saya lepak dgn dia di Restoran Budiman.


Ini hasil kerja Izzuddin, saya hanya guna Compact Olympus, memang dlm perangcangan untuk beli kamera terkini , samaada Nikon atau Canon, untuk lengkap kembara berbasikal saya dimasa hadapan


Pelangi petang menyambut kami pulang, dari arah Kubu Gajah ke Selama

Sepanjang jalan hujan lebat, dan Roziah mengekori dibelakang. Kami tiba SP jam 2115 malam, terus beli burger untuk dinner malam tu, ngantuk , tak letih, sempat upload dalam 5 foto sebelum tidur. Rasanya ada sambungan cerita lepas ni, sebab masih banyak foto2 dari Rahman dan Rasyi yang saya belum terima esp anak anak kampung yang ceria mengekori kami serta foto foto yang saya dan Izzudin terlepas pandang.

Masa 7 setengah jam, jarak 30km, kelajuan mcm jalan kaki ajelah..... Letih, panas terik, bergelen air diminum, tapi lega sangat sangat.

Latiff Hariri
1820 14032010
Sungai Petani

Thursday, 11 March 2010

BERSEDIAKAH ANDA UNTUK CABARAN???

Baca tajuk , mcm nak pergi kembara kedalam hutan mana aje ni. Di Perlis akan berlangsung ekspidisi Mountainbike pada 13/3/10. Dengar cerita lebih 1700 penyertaan, termasuk Otai Zam, yang bersama kami tempohari berkayuh malam. Memang
stamina perlu ada, tetapi, apa yang kami rancangkan di Lenggong lebih kepada berkayuh santai, bertemu orang orang kampung dan anak anak disepanjang perjalanan nanti. Tiada masa yang dikejar, lebih kepada menikmati satu daerah yang pernah saya dan Rahman bersama Arwah Bapak. Saya tidak akan terkejut jika bertemu dgn orang orang tua yang akan mengenali saya, kerana pengalaman tempohari bersama Asri membuat saya boleh terima kenyataan selepas ini.

Semua dah ready, kita tengok ajelah siapa yang 'pancit' dulu di Lenggong nanti.



Pam


Meter


Lampu





Lampu belakang


Basikal dah siap naik kereta.



Insyaallah kami akan sampai ke Lenggong malam ini 12/03/10 sebelum jam 2000, Sedangkan Rasyi dan Rahman sudah bergerak dan kini berada di Rawang menuju ke Lenggong.Mereka dijangka tiba jam 3 petang. Rencananya bermula lepas subuh pagi Sabtu di depan kedai Faizal, ditepi rumah kerajaan simpang Pokok Jerai, betul ke nama tempat tu?

Kalaulah Coolbatch 70-75 jadi bertemu sesama mereka pada hari Sabtu ni, alangkah seronoknya, dapat kami tumpang makan tengahari bersama ikan tangkapan mereka di pasar Lenggong nanti.


Latiff Hariri
0945 12032010
Sungai Petani

Monday, 8 March 2010

SEKOLAH MENENGAH DATO' AHMAD (08032010)

Selesai berbual dgn Hassan Basri, kami terus ke SMDA, bertemu dgn kakitangan Pejabat Sekolah, En Atan, kebetulan Puan Pengetua pun ada, Hajjah Sawibathun, juga Ex-SMDA, tapi senior 6 - 7 tahun dari kita rasanya. Setelah diceritakan hasrat hati kami, beliau meminta kami menunggu di ruang tamu, untuk dipanggil Cikgu Muhammad, yang dikatakan sebagai Penyimpan Mohor Sekolah lah jugak. Walaupun agak lama menunggu sebab jadual peperiksaan sedang berlangsung, kami rela, walaupun perut dah berkeroncong.

Cikgu Muhammad pun ex-SMDA jugak. Dan berita hampa disampaikan, yang sekolah tak pernah keluarkan Majalah ditahun 1977-1981, jadi melopong ajelah kami berdua. Tapi, beliau tidak mengecewakan kami dengan memberi cadangan untuk berjumpa sesaorang nanti, yang di percayai masih menyimpan majalah bulanan Kancil. Jadi, saya pun nak bertanya kpd rakan rakan SMDA ni, siapa yg masih menyimpan majalah ini?

Kami memohon izin untuk merakam foto-foto sekolah terkini, dan diiring Cikgu Muhammad, kami menjelajah keseluruh pelusuk SMDA. Memang terlalu asing bagi saya, tetapi tidak kepada Asri. Saya bertanya Asri, 'kan dulu, nak masuk sekolah kena naik bukit?'
'Tu..' Asri menunjuk. Rupanya pintu 'gate' telah diubah , baru saya faham. Saya pernah berkunjung kesini ditahun 1978, kalau rakan rakan masih ingat kungjungan hormat yang saya lakukan masa itu.






Ini Pintu Utama Sekolah.


Disisi kanan


Disisi kiri


Ruang Taman Sekolah dihadapan Pintu Besar


Jalan Lama masuk ke Sekolah, yang saya cari , menanyakan Asri.





Siapa punya kelas ni?


Sepanjang lorong ini, ada kisah menarik yang tersimpan, mungkin juga menjadi kenangan abadi, karana ada yang sudah pergi buat selamanya, pernah bersama dengan kita suatu masa dahulu


Siapa pernah kena tangkap kat sini? Asri yang menanya?


Tempat student lelaki SMDA ambil oksigen, kini dah dijadikan kelas.


View kantin dan padang dari atas pejabat sekolah


Kantin ni ada kisah menarik bagi setiap warga SMDA batch 77-81


Padang sekolah dan Asrama Lelaki. Asrama lelaki ni kami ambil sekeping ajelah, tak ada yang lebih menarik dari asrama didepan tu!!


Siapa pernah main takraw kat sini, ada cerita menarik kat sini.

Yang ini asrama pelajar perempuan, yang student lelaki 'usha' dari jauh aje





kini dah dijadikan kelas


Tempat pelajar Asrama Perempuan bersidai....hehehe

Kami terus ke Kedai Din , makan tengahari, dah hampir jam1420, lapar gile. Selesai makan yang dibelanja Asri, kami ke Banggol Belimbing. Seronok pulak kena cium kat pipi oleh Ayah Asri, patutlah anak dia ni pun mesra spt ayahnya!!

Kami bergerak ke Butterworth jam 330 melalui Sumpitan-Selama-Kulim, dan tiba di Jety jam 1730 , dan saya tiba di SP jam 1820, masih berangan nak kayuh basikal, tapi, saya completekan dulu blog yang sebelum ini untuk tatapan semua.

Terima kasih Cikgu2 SMDA, Puan Pengetua, Pakcik Mokhtar dan anaknya Asri.


Latiff Hariri
2025 10032010
Sungai Petani