Bee Gees

Thursday, 13 May 2010

Gunung Jerai/Salam Perpisahan

Tiada rencana mahu kesini lagi , selepas hilangnya Ayah Long berjoging pada hari Sabtu .Tetapi, bila melintasi susur keluar Kepala Batas, terpampang didepan mata, banjaran kecil Gunung Jerai .

' Yang itu Gunung Jerai? ' Ayah Long menegur.

'Ya ', jawab saya. ' Kenapa, Ayah Long nak pergi ke? ', saya menanya, tanpa menunggu jawapan dari Ayah Long, 'Jom, kita terus kesana. dekat aje'

Walaupun Che De memprotes, katanya jauh dan masa terbuang , saya teruskan. Dari Kepala Batas tak sampai pun 20minit , kami sudah keluar Tol Gurun. Perut masih terasa kenyang, tetapi memikirkan inilah kalinya yang Ayah Long berada di Gurun, saya terus ke Gerai Pak Su meminta 5 hidangan laksa dan 1 dibungkus. Che De menolak , katanya masih kenyang. Dan saya memang suka , bila sesiapa jua tetamu saya, memuji keenakan masakan di gerai yang saya bawa.


Laksa Pak Su. Paling 'kaw' di Negeri Kedah ni. Terletak berhampiran lintasan keretapi Gurun, dari arah Jeniang atau susur keluar Tol Gurun

Perjalanan sebenar dari kaki Gunung Jerai ke puncak adalah 12 km, dan kami tiba setengah jam kemudian, di Hotel Regency Gunung Jerai. Kini telah diswastakan , dahulu milik penuh PKNK. Penswastaan dilakukan oleh mereka dan kroni kroni. Dahulu, walaupun agak daif bangunan banglo/hotelnya, memang didalam jangkauan marhain untuk menginap. Satu banglo 3 bilik baru RM120 , kini satu bilik bermula dari RM200, dan berakhir RM500.
Pengunjung pun tak dibenarkan sewenang wenang memasuki kawasan Hotel. Agak menyedihkan.

Nikmati keindahanan suasana puncak Gunung Jerai , berpemandangan Sawah Bendang dan pantai serta Pulau Bunting yang saya kayuh tempohari.



4km ke puncak, Muzium Perhutanan Gunung Jerai




Banglo 3 bilik ni, dulu la, sekarang di jadikan 3 bilik berasingan pada harga RM200++ minima satu bilik. Ni kerakusan maksima mereka. Cuma yang terkini ni gah lah, yang dulu, macam rumah rehat tahun 70an.

Bunga bungaan


Romantikkan , pemandangan ini.


Dataran Pemandangan disiang hari, bertukar menjadi tapak BBQ dimalamnya pulak.


Ayah Long


Pulau Bunting dari puncak dataran Gunung Jerai


Sebahagian dari Sawah bendang yang kelihatan, kedudukan dataran ni agak mengereng, jadi Lebuhraya Plus tidak kelihatan



Kelihatan Jambatan Pulau Bunting satelah difokusdekat








Hotel Regency ni bakal dirasmikan oleh Baginda Sultan Kedah dalam masa terdekat ni. Kerja ubah suai terakhir sedang rancak dilakukan


Kaunter bas Cekap Expkress, satu satunya bas ke Kemaman dari SP


Stesyen bas ni adalah sementara sahaja, kompleks sebenar dalam pembinaan, dan memang, setiap bas express hanya akan meninggalkan penumpang di tepi jalan berhampiran stesyen bas antara pekan, kerana tiada kemudahan seperti di Kamuting Taiping, yang khusus untuk bas express


Salam Perpisahan........ setahun aje Che De Ayah Long , Aisyah di Kulim, lepas ni entah kemana pulak, mungkin ke luar Negara.

Masa bergerak begitu pantas. Kalau di hitung, anak anak hanya bersama kita hingga ke umur 12 tahun, dan selepas itu, mereka akan pergi hingga mencapai umur 23-25 tahun, sebelum tamat pengajian mereka, dan kita kembali keasalnya berdua, lainlah kalau anak kita satu team bola, atau seperti keluarga Bapak, yang kurang 2 orang, boleh mewakili permainan Ragbi menentang SMK King Edward.

Insyaallah Ayah Long, kita ketemu dipercutian sekolah dihujung tahun nanti.

Ok, ni dah dalam perjalanan ke PPUM KL menziarahi rakan kita disana.


Latiff Hariri
0745 14052010
Sungai Petani

Wednesday, 12 May 2010

Kebebalan Maksima

Ini rumusan saya bila berbicara dengan rakan rakan taulan , samaada di Pejabat mahupun rakan kedai kopi atau rakan sekolah , yang memihak kepada rejim pemerintah.

Mereka tak ambil pusing atas apa jua kecurangan yang dilakukan oleh golongan elit rejim, selagi mereka mendapat projek/habuan, atau selagi anak bini hidup aman dengan kemewahan. Bila dipersoalkan tindak tanduk golongan elit, mereka akan persoal kesetian kita terhadap Raja, bahaya ancaman dari rakan rakan bangsa lain, yang semakin jauh meninggalkan ekonomi bangsa kita( Tapi mereka lupa, siapa punca masaalah ini)

Kalau di Pulau Pinang ni mereka fitnahkan YB GE Lim berkiblatkan Singapura sebagai model menjarakkan antara-bangsa di Negara ini. Tapi, pada hakikatnya, 50 tahun pemerintahan mereka, tanah Pulau digadai sewenangnya atas nama pembangunan. Melayu semakin terpinggir dan lari ke Tanah Besar.

Tapi cerita hari ini lebih kepada kebebalan mereka dalam Quran dan Hadis. Ini carta minggu ini untuk renungan kawan kawan yang masih memuja mereka.

1) Tunku Abdul Rahman luluskan Kasino Genting di awal tahun 1970

2) Datuk kepada Naji.. dan Hishamud.. adalah Pengerusi Kasino Genting yang pertama

3) Khir Johari memang sinonim dengan Kumpulan Magnum hingga keakhir hayat beliau

4) Hanif Omar, Timbalan Pengerusi Kasino Genting suatu ketika dulu. Kini? Mungkin
Lembaga Pengarah kut? Tak pun Pengarah Keselamatan Genting. Hanif Omar satu satu
satunya bekas KPN yang mengaku di Mahkamah, tak tahu ada Ayat Al-Quran mengatakan
Judi itu HARAM ( Saya tahu dari mana ayah beliau mendapat ilham memberi nama
Hanif dihari kelahiran beliau di Perak. Ada yang tahu?)

5) DR M menggandakan Kasino Genting bercambah menjadi Kasino Bukit Tinggi dan Kasino
Pulau Tioman

6) Terkini , kelahiran Kelantan Serambi Mekah bakal meluluskan Judi Bola kepada
Vincent Tan melalui Berjaya Group (Sahamnya dah dibekukan pun)

Dari hasil Judi inilah mereka mengisi tembolok mereka, dan kita , Rakyat yang tertipu.


Ada tak nama dari parti pehak Pembangkang tersenarai diatas. Kalau ada, 'update' kat saya sat.


Jadi, tolonglah, kawan kawanku yang masih mencintai mereka, fikirkan , 50 tahun merdeka, apa yang kita lakukan selama ini.

Pangkah lagi la.....


Latiff Hariri
2028 13052010
Sungai Petani

Tuesday, 11 May 2010

13 Mei 1969

Saya baru berusia 4 tahun 10 bulan waktu itu. Apa yang saya ingat tragedi ini, hanya melalui cerita dari mulut ke mulut, serta dari lipatan sejarah yang di ungkit ungkit setiap kali mojoriti mereka hilang di setiap Pilihanraya Umum.

Bapak ke Kuala Lumpur hari itu. Kalau membaca tulisan Rahmanhariri.blogspot.com , klik 1969,
ternyata ingatan beliau masih tajam. Saya tak ingat langsung bahagian hadiah yang kami terima dihari Bapak kembali dari Kuala Lumpur.Yang saya ingat, lipatan baju putih Bapak yang masih terlekat warna darah pemandu teksi serta cerita yang dibawa bersama untuk dikongsi rakan dan jiran.

Saya tak pasti atas urusan apa Bapak ke Kuala Lumpur, tetapi bila diberitakan yang Kuala Lumpur huru hara, kami di rumah atas arahan emak,pada malamnya, memadamkan lampu, hanya dengan pelita menyinari ruang bilik. Agak menakutkan, sebab saya masih ingat, emak berbisik supaya kami berdiam diri. Tapi, apa yang kami tahu? Yang saya dengar dari 'radio buruk' Bapak, Kuala Lumpur huru hara, rakyat tidak dibenarkan keluar rumah. Perintah berkurung.

Tingkap rumah tertutup 24 jam, kami tak dibanarkan membuat bising. Waktu siang dihari berikutnya, saya dengar deruan enjin Caribou melintasi ruang udara Lenggong, dan dari perbualan Emak, saya dapat tahu kapalterbang Tentera memuntahkan risalah memberitahu perintah berkurung, dan tak dibenarkan keluar rumah.(seminggu selepas kejadian, saya yang 'adventurous' , telah memasuki kebun Rambutan datuk Shaiful, dan terjumpa risalah, begitu 'teruja' sebab mengkagumkan kertas boleh jatuh melayang dari perut kapalterbang)

Emak, saya tak pasti bagaimana perasaannya waktu itu, Bapak hilang di Kuala Lumpur pada hari kejadian hingga kebeberapa hari. Saya tak pasti berapa lama kami berempat bersama emak, yang saya ingat, ada yang membawa khabar gembira menyatakan Bapak selamat , dan kini menetap di Balai Polis Sentul. Tapi, saya tak terasa apa apa pun.(Mungkin juga berita dari Balai Polis Sentul - Balai Polis Lenggong)

Yang pasti saya ingat, dihari kepulangan Bapak ke kampung Sira, ramai rakan dan jiran yang bertandang bertanya khabar, dan masih terbayang percikan darah yang sudah kering dilengan baju putih Bapak. Kira satu kampung Sira datang menjengok, macam pesta pulak, Mak Bi (nenek Shaiful)jiran sebelah rumah masa tu, Cikgu Hizam dan Faridah, rakan rakan pejabat Tanah tak putus putus datang menziarahi, hingga tiada peluang untuk kami bermanja dengan Bapak waktu itu, kecuali bila malam .

Ya, darah pemandu teksi keturunan Tionghua yang diparang oleh perusuh keturunan Tinghua di persekitaran Jalan Ipoh. Marah mereka kepada pemandu tersebut kerana membawa penumpang Melayu. Tapi, yang ajaibnya, Bapak mereka tak sentuh. (Lepas tu baru saya tahu, Bapak membaca Surah tertentu yang beliau belajar melalui Tok Johan)

Kearah Balai Polis Sentul teksi memecut, dan mendapat bantuan dari pihak Polis disitu. Dan yang menariknya ada satu keluarga Polis yang asalnya dari kampung Changkat Berangan yang menetap di berek tersebut. Melalui beliaulah, Bapak menumpang berteduh hingga suasana reda.

Saya amat teringin, jika dizinkan bertemu semula dengan keluarga tersebut, serta jika Pemandu Teksi berketurunan Tionghua itu masih hidup, mahu rasanya mendengar dari mulut mereka , atau anak anak mereka yang juga seangkatan dengan saya, tentang tragedi yang melanda mereka pada 13 Mei 1969.

#####

Bila sudah menjangkau usia 40an, serta diawal 30an, saya mula menyedari , walaupun ramai yang mempertikaikan saya, angkara 13 Mei 1969 ni didalangi oleh siapa. Ya, mesti ada dalangnya. Tapi, mereka ni cilik , cilik sepertimana sekarang ni jugak. Baling batu, sembunyi tangan, dan salahkan orang lain. Mereka ternyata tidak bisa menerima kenyataan bila Rakyat menolak mereka. Dan cara mudah untuk mengekalkan kuasa rakus mereka, laga-lagakan anak anak bangsa . Jadi merekalah dalang sebenarnya.

Kepada kesemua pencinta kedamaian, jadikan ini pengajaran dan iktibar. Jangan salahkan Rakyat, jika kita ditolak dari memimpin. Sejarah juga membuktikan , Raja yang kejam pun rakyat akan bunuh, inikan sebuah negara demokrasi, kita pilih/cantas melalui kertas undi. Jangan terikut dengan NGO NGO yang ditaja mereka semata mata mahu mengapi apikan semangat kebangsaaan yang cetek dan membelakangan Surah dan Hadis.


Salam Sayang buat semua Pencinta Keadilan


Latiff Hariri
0651 13 Mei 2010
Sungai Petani

Monday, 10 May 2010

SAINS HAYAT - KOLEJ MARA KULIM

Sebahagian dari riwayat pertengahan hidup saya tercatit di sini . Bukan di MRSM Kulim, tetapi di Kulim. Pada April 1986, buat pertamakalinya, saya menjejakkan kaki kesini. Daerah ini tidak begitu asing walaupun saya baru pertamakali menjejakkkan kaki, kerana, berdekatan dengan Bukit Mertajam/Butterworth dan yang penting Penang. Umur saya seawal 10 tahun (1974) saya sudah pandai menaiki bas Ekoba dari Taiping ke Butterworth, dan disinilah saya mengenali perkataan Kulim, yang tercatat diatas bas, yang berhenti di perhentian. Jadi, bila mendapat arahan dari Majikan supaya melapurkan diri kesini, saya tidak menolak. Tapi kalau Baling, mungkin saya fikir dua tiga empat kali.

Saya sering memasuki Kolej Mara Kulim . Diwaktu itu, dikenali Maktab Rendah Sains Mara. Sekurangnya , seminggu sekali saya akan berjoging didalam trek MRSM bersama rakan rakan bujang dari UMBC seperti Sham dan Hadi . Waktu itu tak terfikir yang saya akan memasuki semula selepas lebih 20 tahun meninggalkan daerah ini.


Sawah kami, hehehe, tapi diusahakan oleh kerabat kami jugak, best kan duk di Kedah.


Kami bergerak dari SP jam 0830 menghala ke pekan Tikam Batu untuk sarapan Nasi Lemak kegemaran saya dan abang Nal. Selesai sarapan , kami berpatah balik ke arah SP , tetapi menghala ke Pinang Tunggal-Padang Serai-Kulim. Saya lebih suka jalan Negeri dari membayar Tol. Dapat jimatkan RM6.80 sehala, ok tu. Melewati kebun dan sawah kami di kampung Permatang Kendondong, dan tiba di tengah tengah bandar Kulim jam 0950, maknanya hanya 50 minit sahaja dari SP.



Berfoto beramai ramai selepas selesai Pendaftaran.


Aisyah dihari pendaftaran beliau, bakal Doktor ni, Insyaallah.




Aisyah dan emak kesayangan, Che De, Hadiah Hari Ibu ni.




Ramai ramai menaiki bukit menuju asrama



Che De kena test tilam katil anak dia dulu



Haa, Ayah Long pun turut sama memasang cadar katil Aisyah ni. Moga tidur nyenyak malam ni





OK dah, semua dah siapa.



Selesai dalam jam 1215, biasalah acara 'titis air mata' serba sedikit, maka bermulalah penghidupan baru di Kulim, selepas sekian lama menuntut ilmu di Kolej Islam Kelang.

Kami guna lebuhraya KBE dan ke arah Plus Utara untuk membandingkan masa, kalau dibandingkan kilometer, ternyata jalan Negeri dekat sedikit. Mungkin juga namapun Lebuhraya, jadi lebih cepat, tapi, rugi RM6.80 lah .


Latiff Hariri
2034 10052010
Sungai Petani

Sunday, 9 May 2010

Ayah Long Datang Lagi!(II)

Kununnya nak ke Gunung Jerai ambil angin bersama Ayah Long selepas sesi 'tidur petang' selesai, tetapi lain yang jadi. Saya ghalit depan PC ni, Ayah Long kata, 'Nak ambil angin kat luar .'

Saya hanya mengangguk kepala, tapi selepas 1 jam, Ayah Long tak muncul muncul didepan rumah. Che De dah seperti 'Kucing kehilangan anak' . Keluar masuk rumah, duduk termenung depan tembok pagar rumah. Saya minta Faiqah kayuh basikal masuk kedalam Taman, pun tiada. Saya tak lah risau, lebih kepada kesian tengok Che De dah mengerut muka. Tiba tiba Mokhtar muncul bersama kapcainya, tanpa helmet kami berputar sekitar Taman, Masjid dan Taman Sri Tanjung , pun tak nampak kelibat Ayah Long. Saya mula risau, tapi dalam risau tu terfikir juga ....


*****
' Tat , kita tak pakai helmet ni tak pe ke?' Saya mula menyoal soalan yang tak sepatutnya ditanya.

'Tak pe, dalam area kampung je ni ', Mokhtar meyakinkan saya.

'Parang atau senjata tajam, hang bawak tak dalam raga kapcai ni ', saya masih ragu ragu. Mokhtar pulak merasa pelik, ni soalan apa ni .

Tanpa menunggu jawapan dari Mokhtar, saya terus akhirkan persoalan yang mengganggu fikiran Mokhtar.

' Kat depan trafic light, lampu merah , hang berhenti , aku tak nak kena tembak dari belakang, tembak depan oklah, macam koboi tengah 'draw' , kira beranilah berdepan ',
saya memulakan lawak bodoh PDRM.

'Tak pa bang Latif, depa tembak budak sekolah aje, orang tua mcm abang Latiff tak layak ditembak '. Eh, kesitu pulak jawapan Mokhtar ni, ada ke saya dah tua? Hehehe

Tapi ini bukan main main, memang memalukan dan tiada MALU kepada Ketua Polis Negara. Mokhtar pun kata, 'Kalau saya KPN, saya resign 24 jam, bukan main main ni'
La, budak belia macam Mokhtar pun tahu dimana Maruah KPN.




Remaja lagi Mokhtar ni, kira bujang trang tang tang lah.


Ini buktinya kami tak pakai helmet, tapi, kamera buruk ni sentiasa memfokus ke arah belakang saya, manalah tahu , ada tembakan curi dari belakang.

Keputusan segera saya dan Mokhtar buat, kita merayau ke Taman Jubilee, manalah tahu , kalau kalau Ayah Long dah baca blog ni, dan nak pastikan Taman Jubilee betul betul wujud. Dan ternyata, Ayah Long sedang berjoging sepertimana yang saya sering lakukan.
Dan sah, Ayah long berjoging, ,terus ajak Ayah Long balik, hehehe. Dah menghampiri jam 1830 petang, tak kan nak melepak lagi, kan?


Che De senyum sampai ketelinga bila Ayah Long dah balik.
+++++

Malamnya, macam biasa , acara makan makan di tempat biasa, Gerai Mak Anjang bersama towkaynya adik Mat. Sampai senak perut , komen Che De. Ayah Long puji, sedap katanya.
Saya beritahu Ayah Long, Hatta pun pernah makan kat sini. Ya, dia ingat kat u Hatta.

Jam 2020 kami keluar, ke UiTM ambil Roziah yang baru pulang dari kursus di Perak, dan langsung ke Tanjung Dawai. Makanan mula dihidang jam 915 malam, dan pengunjung di meja bersebelahan mula menjeling. Hmmm, datang kemudian , dapat makanan awal. Jadi, untuk memastikan semuanya terhidang dahulu, kenalah pasang cable dengan towkay kedai ni, order melalui talipon. Tak Salahkan?

Kepada yang bertanya berapa kos makanan ni? Hubungi saya, kami makan 9 orang, dua hidangan untuk dua meja, tak mencecah RM200.00 , belum ditolak discount pelanggan setia/tetap yang saya perolehi dari adik Mat. Kiranya saya umumkan disini, berapa harga yang saya bayar, pasti ada yang akan terkejut 'dog'. (Maaf, bahasanya!!)


Jenahak Bakar cecah air asam


Sotong goreng tepung


Siakap Tiga Rasa, hebat rasanya!! Atas tu hirisan mempelam





Dah tak sabar nak mulakan ni.

Terlupa pulak, Tomyam.

Kami berhenti makan tepat jam 2200, dan perlahan menyusuri jalan Tg Dawai-Sungai Petani yang jaraknya 38km. Dirumah jam 2245, saya tak mengalah, mengadap PC hingga 2330 mlm sebelum tirai dilabuh.

Latiff Hariri
1630 10052010
Sungai Petani

Ayah Long Datang Lagi!

Sebenarnya, memang payah untuk Ayah Long @ Pak Long ni nak datang ke Sungai Petani Kedah ni. Terakhir Ayah Long datang 10 tahun yang lalu, masa perkahwinan abang Zul, abang kepada Roziah. Memang selalu dah ajak Ayah Long ni, tapi, macam tu lah, agaknya bila saya dah berumur seperti Ayah Long baru saya mengerti mengapa payah benar untuk angkatan Ayah Long ni berjalan jalan keliling Malsysia.

Semalaman tak tidur lena, dan pastikan talipon bimbit sentiasa ditapak tangan. Manalah tahu, kalau kalau, Ayah Long sampai, dan menalipon jam 3 pagi. Hampir setiap jam saya terjaga dan merenung jam di talipon bimbit, akhirnya jam 5 saya bangun, mandi bersiap apa yang patut, lebih kurang jam 0640 pagi Sabtu 08052010, saya ke trek biasa saya, berjoging. Selesai 3 pusingan, terus ke pasar Seri Tanjung beli kuih untuk tetamu bersarapan. Ayah Long menalipon dalam jam 0745 pagi, dan kami terus menjemput Ayah Long, Che De dan Aisyah yang menanti di pinggir perhentian bas SP, akhirnya.....selepas 10 tahun, Ayah Long datang lagi


+++++

Khutbah Jumaat di Masjid Kubang Buaya memang mengasyikkan.

' Aku tengok hang mata tak kerdip renung kat Khatib ', komen abang Nal.

'Ha ah ', saya akui.

' Abang Nal tahu tak dia tujukan kepada siapa Khutbah tu? ', saya nak mulakan bila semua dah duduk selesa didalam kereta .

Abang Nal membisu. Saya kerling melalui cermin sisir, ternyata dari raut wajahnya,abang Nal tak tahu apa apa.

' Kat dia ni la ', Maz terus buka muka tengah suratkhabar Alternatif.

' Haa, betul tu, kat Awang Adek ', saya menembak. Memang tepat pun . Khamis malam di NTV7 ada disiarkan persidangan Parlimen dimana Awang Adek meminta restu Parlimen menghalalkan yang haram, iaitu Judi Bola. Awang Adek siap beri fakta yang menguntungkan Kerajaan dia dari hasil cukai yang bakal mengisi kerongkong mereka.

Khatib memang anak muda yang berpengatahuan luas dari segi hukam hakam Allah, dan ternyata KPD Butterworth tidak langsung mengangkat kepalanya , bila isu Judi Bola dan erti kata maksiat di soal oleh Khatib kepada Jemaah yang mulia petang tu.

Ya, betul , Ketua Polis Daerah datang berJumaat secara rasmi bersama rombongan PDRM Jumaat 07052010 . Terus terang , saya tak berminat, kecuali abang Nal yang memang dikenali Tuan OCPD tu. Apa yang terlintas difikiran saya, mesti ada operasi ni, dengar kata dari abang Nal, Tuan OCPD memang mengatur Jumaat disetiap pelusuk Masjid dibawah jajahannya. Tetapi, mengapa tidak berpakaian Baju Melayu, mengapa harus berpakaian seragam . Kami yang swasta ni pun tahu, hari Jumaat pakai Baju Melayu ketempat kerja. Walaupun abang Nal memberi kata kata positif terhadap OCPD ni, apa yang pasti , dihati saya, ini sebahagian dari usaha pemantauan mereka...., walaupun didalam pemerintahan Pakatan Rakyat .

Di pejabat, saya berbisik kepada Maz, ' Hang dengaq tak apa kata abang Nal tadi dalam keta? ' Zam mengerut cuba mengingati sakatan kami terhadap abang Nal serta jawapan abang Nal .

Dia kata ' Sedaplah Imam berKhutbah tak pakai teks, asyik dengar teks , boringla ....'

' Kan itu harapan kita terhadap abang Nal!!' Kami berdua mencalit kedua ibu jari kami tanda gembira .

Ah Seng disebelah, menjeling, agak Ah Seng, apa yang bapak berdua ni duk tersengih sesama mereka ni.

*****






Kuih muih aje menjadi sarapan Ayah Long anak beranak


Selesai menjamu Ayah Long sekeluarga, saya terus menderu ke pejabat, tepat jam 9 mulakan kerja saya, tak ramai yang datang tapi cukup memeriahkan suasana pagi Sabtu.

Sebelum pulang , sempat 'order' melalui talipon, tomyam, daging merah untuk makan tengahari bersama Ayah Long. Kami makan jam 2 ptg, dan suka teramat, bila Ayah Long puji masakan kedai ni, hehehe. Sambil makan, saya aturkan jadual petang ni, dan ini yang saya dahulukan.

Aqilah tiba dari Shah Alam jam 1522 dan kami mulakan perjalanan ke Pulau Pinang, mungkin juga yang pertama kali buat Che De dan Aisyah. Tapi selepas ini, saya pasti Aisyah akan kerap ke sini bersama rakan rakannya nanti.


Diatas Fery menuju Pulau Pinang.


Auah Long bersama anak ketiganya, yang juga berpangkat adik kepada saya, sebaya usia Faiqah , anak kedua saya.



Kenangan sekeluarga didalam fery




Fery Warna Laut



Monumen dan Menara Jam



Sebaya, insyaallah, mereka berdua akan harungi kehidupan didalam bidang yang sama, berlainan jawatan aje, saya doakan. Di Masjid Batu Feringhi


Selesai keliling Pulau Pinang jam 1840 dan terus pulang. Tiba dirumah jam 2010, dan saya mulakan operasi masakan untuk santapan malam.

Malam ni sambal ikan kurung dan ulam timun aje.

Jam 2010 saya dah hilang, 'qado' tidur malam tadi

^^^^^^^^^
Pagi Ahad, jadual tak berubah, selesai ber'chatting' di pasar, serta bermain dengan periuk dan asam jawa, saya ke kampung Roziah. Ayah Long teringin menjengok pusara kakak pupunya serta abang ipar beliau. Kami di Kampung Permatang Berangan dalam jam 1010, selepas selesai membili tiket bas ke Kemaman untuk esok malam.


Di rumah Kak Ara, kakak ipar Roziah


Di pusara Ayah dan Emak kepada Roziah, ayah dan ibu mertuaku lah


Di rumah Kak Mar, kakak kepada Roziah


Pusingan kedua putar putar ni tamat jam 1315 , untuk makan tengahari. Dan diwaktu tulisan ini siap, semua dah 'lelap' dek penangan 'Gulai Daging Masak Asam' air tangan yang menulis ni..ish ish ish.


Latiff Hariri
1540 09052010
Sungai Petani

Saturday, 1 May 2010

Kayuhan Heritage Trail 2010 - Alor Setar 01052010


Ini adalah yang pertama bagi saya. Selalunya sendirian atau bersama rakan dan keluarga. Kali ini lain, sempena sambutan Ulang Tahun pemerintahan Baginda Sultan Kedah. Kami bertolak dari SP jam 640 pagi, dan tiba di Alor Setar 0715 pagi, terus ke tapak permulaan, Menara Alor Setar. Masih tiada tetamu, lebih kepada urus-setia yang bertugas.


VVIP yang hadir



Acara pelepasan bermula jam 0900 pagi, dan kami diberi pensil dan kertas soalan untuk kami lengkapkan kayuhan ini. Ada 20 soalan, dan jawapan dalam bentuk objektif. Memang pada mula agak payah, sebab saya kurang hafal laluan di bandar Alor Setar ni.




Pada awal permulaan, peserta mengekori diantara yang lain, tapi, saya 'split' bila menghampiri Masjid Zahir dan ke Rumah Merdeka. Tapi, tak jumpa Rumah Merdeka, terus ke Galeri Sultan dan persekitaran , bertembung dengan bikers motor lama yang berkonvoi melebihi 80 buah, menarik jugak aktiviti hari ni. Kami terus ke rumah kelahiran Dr M, ada dua soalan yang wajib diselesaikan disini. Nasib baik Dr M tak ada, kalau tak....... Dari sini ke Pekan Rabu cari Restoran Bamboo, jumpa, tapi kerana laluan sehala, kami terpaksa menapak semula kearah Masjid Zahir gara gara mencari Rumah Merdeka sekali lagi. Kami teruskan kayuhan hingga ke Muzium Negeri dimana terdapat dua soalan juga yang harus dijawab. Yang ini agak jauh, dalam 2.5km dari Menara. Rata rata kayuhan hari ini dalam 11km, itu pun lebih kepada merayau menunggu masa tamat jam 1200 tengahari. Kami lengkapkan jawapan tepat jam 1100 pagi, ada 1 jawapan yang 'salah' cetak , terpaksa kami ambil foto bukti untuk menunjukkan jawapan di Replika Istana Bukit Tengah, bukannya Replika Istana Bukit Tinggi.


Di dataran berhadapan Masjid Zahir


Mus, basikal u yang macam ni, warna merah tu, ada lagi tak?
Mustafa Ahmad, sila jawab. Sebut basikal ni saya ingat Mus dan Azwan, mereka ada basikal mini masa di SRJK King Edward VII-I dulu.


Sementara menanti jam 1200 , kami dijamu makanan nasi minyak dan ayam masak merah untuk makan tengahari. Jadi, kenyang teramat sangat sebab dapat 3 bungkus nasi, mungkin juga urusetia beri mengikut size peserta.

Dan tepat jam 1230 pengumuman hadiah dimulakan, memang saya hanya mengharap 'hamper' atau accessory basikal, tidak meletak harapan 6 hadiah utama, basikal MTB, jadi mungkin juga itu ' doa' merendah diri saya, akhirnya, itu jugalah yang dimakbulkan. Amin..........


Izzuddin ke pentas dua kali , pertama menerima topi, kedua, beg kecil untuk kayuhan. Syukur, alhamdullillah, rezki ada jugak hari ni.



Barisan pemenang hadiah.


Bersama salah saorang urus-setia, Azlan, yang juga jiran saya


Kayuhan yang diflag-off oleh Tengku Puteri di Sungai Petani, memasuki bandar Alor Setar jam 1315 petang.


Satu topi dan satu beg untuk kayuhan, jadilah.


Bermula perjalanan pulang , melalui jalan Negeri. Kalau gunakan Tol, kena bayar RM7.20 , jadi jimatlah tol hari ni. Semalam 30 April terkena lagi, heboh di Penang yang harga petrol naik lagi, rupanya kena 'usik' dengan rakan rakan.

Tak mengapa, simpan 20sen seliter tu dihari hari mendatang, kita tengok sampai bila 'dia' dapat bertahan dengan tidak mendapat hasil jualan minyak ke Iran tu, gara gara melobi oleh Apko nahi ho.

Latiff Hariri
2030 01052010
Sungai Petani