Bee Gees

Monday, 19 July 2010

HJ ZUKIFFLI BIN HJ ABDUL RAHIM(SRJK/SMDA 71-77 & KING EDWARD 77-81

Saya tak teringat, yang hari ini, kawan kita ni akan bertandang ke Sungai Petani. Hingga hampir waktu makan , baru saya tersedar, saya cuba juga aturkan satu pertemuan sesudah 28 tahun tidak bersua muka.

Rupanya Zul memang dah bermastautin di Bukit Mertajam sejak dulu lagi, cuma punca rezekinya masih di Kuala Lumpur. Beliau berulang alik setiap hujung minggu dr KL ke Bukit Mertajam. Dan persoalan saya tentang 'membisu' beliau terjawab.

Zul tiba di Sungai Petani lebih kurang jam 1345 petang, dan saya terus memberi arahtuju kerumah saya. Pandai pulak mencari, mungkin sebab biasa dengan bandar SP, yang mana majikan beliau pun mempunyai pejabat disini.

Bisalah, pertama kali bertemu, berpelukan sambil mengurut bahagaian belakang badan kawan kawan ni. Berbual dalan 14 minit di rumah, sebelum saya cadangkan makan tengahari di UiTM Merbok.















Sepanjang jalan dari rumah saya menuju Uitm Merbok, mendengar celoteh beliau tentang aktiviti NGO beliau, serta kenangan hidup sejak tamat SPM 1981.

Kami hanya bercerita di mini cafe di belakang Pejabat Pentadbiran UiTM Kedah, sementara menanti Roziah turun dari pejabat. Panjang celotehan rakan kita ni. Ternyata anak arwah Pakcik Rahim ini, mewarisi sikap ayahandanya. Rajin memberi
akal dan tenaga kepada masyarakat sekeliling.

Bila Roziah turun, perbualan semakin rancak dengan kisah kisah semalam, bertandang di rumah emaknya dan kisah kisah semalam di Lenggong. Untuk rekod, Roziah duduk bersebelahan bersama Zul di kelas 1B sekejap, sebelum mereka berdua dipindahkan ke kelas Cikgu Ainun di darjah 1A . Dan bermulanya episod yang disimpan Roziah/Faridah/Ka Gee , dan ramai lagi, tentang rakan sebelah Roziah yang terbaru di darjah 1A bawah selian Cikgu Ainun ni.
















Dua sahabat ini, suatu ketika dahulu , ayah mereka berdua pun , dua sahabat yang baik.

Saya hanya ber'lunch'kan nasi lemak bungkus serta kuih disini, sedangkan Zul hanya sebotol air mineral dan sepasang 'sandwich'.

Setelah melepasi jam 1530, kami pun bergerak menuju ke Sungai Petani. Sempat saya on-line untuk menunjuk wajah wajah didalam blog ini untuk tatapn Zul, dan ternyata , sambil melihat foto foto lama, dicampur dengan gelak ketawa melihat wajah 'toye' waktu itu, hingga berair jugaklah mata kawan kita ni, mungkin suka bercampur duka agaknya.

















Boleh mengenali hampir keseluruhan wajah didalam foto ini, tetapi tak jumpa wajah sendiri, hahaha. Saye kena tunjuk, itu haaa.....

Sambil ketawa didalam kamar yang tak terkemas ini, biasalah, orang bujang, panggilan masuk, dari Asri .

"Tip, u dengan Zul lagi ke,", ya jawab saya.

"Apa kata hang bawak dia pi jumpa......., dah alang alang di SP tu."

Ha ah, mengapalah saya ni . Hm, dah menghampiri jam 1700 ni, jangan pejabatnya tertutup sudah. Kiranya melebihi 30 minit juga Zul menatap foto foto didalam blog saya ini. Terus dimintanya no HP Ka Gee . Sedangkan, rakan rakan yang lain, saya akan re-forwardkan email yang dikirim Asri .


" Boleh saya berjumpa dengan Puan........ " itu yang dapat saya tanya , dan harapkan beliau belum keluar pejabat. Jam didinding sudah menunjukkan angka 1710 .

"Puan Shamsiah ada tak?" Itu pertanya rakan pejabat beliau, kepada rakan sebelahan kaunter pertanyaan ini.

Dan sesaorang muncul di ruang lobi, ternyata beliau mendengar namanya disebut. Saya tidak menoleh, kerana duduk membelakangi beliau, dan berhadapn dengan Zul.

Sambil berjalan mengarah kami, dan saya masih tidak menoleh, beliau berkata kata,

"Siapa ya? Pernah tengok lah, muka kenal lagi la, tapi, dimana ya?" Itu persoalan beliau kepada Zul. Saya dah ketawa tanpa segan di lobi, walaupun ada rakan rakan beliau yang mendengar persoalan beliau.















" Muka ni, tak ingat? Kan sama sama sekolah dulu." Ini gaya Zul menunjuk mukanya kepada Shamsiah.

"Kita sekolah mana dulu? Sekolah Rendah ke , Sekolah Menengah?' Soal Shamsiah

" Dua - dua." Saya mencelah.

"Siapa ya?" Ternyata Shamsiah tidak dapat mengingati Zul langsung, walaupun masih cam muka Zul ni.

Sambil ketawa bertiga rakan SRJK ni, Zul pun perkenalkan diri.

" ZUL Rahim, masa SRJK dan sekejap di SMDA....."















" La, Zul....., " Shamsiah ketawa sambil menutup mulut, sebab saya memfokus betul betul dihadapan mereka berdua ni

Perbualan semakin rancak, masing masing saling bertanya perkembangan terkini serta kenangan lalu bersama, waktu di Lenggong dulu. Pejabat Tenaga Kerja pun hampir ditutup bila Shamsiah meminta diri, untuk mengambil anaknya di Sekolah. Ya lah, satu kenangan manis yang dapat saya rakamkan , untuk dua sahabat ini yang berpisah melebihi 33 tahun .















Sebelum berpisah, saya cadangkan satu 'makan malam bersama' di Tanjung Dawai, dalam masa terdekat, sebelum Ramadhan . Zul dan Shamsiah memberi kata setuju, dan saya akan jemput Asri bersama, serta rakan rakan yang berhampiran untuk meriahkan pertemuan semula Warga SPM 1981 SRJK ini. Untuk rekod, Zul SPM nya di King Edward, Shamsiah di Teknik Ipoh.

Amacam? Menjadi tak ? Asri, Manan, Amin, Hasan, Amran, Faridah . Anda dijemput makan makan hujung minggu mendatang di Tanjung Dawai , atas jemputan Roziah Latiff. Bukan penyanyi 60an tu ek!!

Rakan rakan yang lain, mahu turut serta?

Latiff Hariri
1945 19072010
Sungai Petani

CHEW KA GEE - RAKAN SRJK KAMI

Yang mana satu Chew Ka Gee?















Komen Ka gee:" The Lenggong mali family. We are always very proud of our roots"














Ini kisahnya.

Satelah memujuk beliau sepanjang minggu sejak dari 29 Jun 2010, akhirnya hati beliau cair,( Ya lah, part merayu ni, memang dah terlatih 27 tahun yang lalu, hahaha).

Walau bagaimana sibuk pun rakan saya ni, kalau hantar sms, beliau pasti membalas, walaupun terlewat beberapa jam jawapannnya. Beliau menghargai setiap sms/panggilan yang diterimanya. Dan saya mula mengerti, walau bagaimana sibuk kita sekalipun, masih ada malam dan siangnya, untuk kita uruti 'button ' HP kita , untuk sepatah dua kata kepada rakan rakan, selain dari mnegadap depan PC ni berjam jam lamanya.

Terus terang, saya hanya mengingati Ka Gee, dari segi rupa parasnya sahaja. Dan terima kasih jugak, Roziah ada menyimpan foto foto lama SRJK, jadi memori tu selalu di 'rewind' setiap kali menyelak buku album foto yang dah separuh rabai tu. Dan foto lama SRJK sudah saya 'turunkan' di dalam penulisan saya ditahun 2009, dipermulaan penulisan saya kedalam blog ini. Lihat sahajalah disitu, yang mana Roziah, yang mana Ka Gee.

Roziah dan Ka Gee, sama sama Pengawas di SRJK. Jadi banyak jugak kenangan bersama mereka berdua ni. Roziah sering bertandang ke kedai/rumah Ka Gee bila pulang dari sekolah, atau bila ada aktiviti petang bersama . Saya nak cerita panjang pun , bukan saya tahu sangat, mungkin Roziah dan Ka Gee boleh sambungkan nanti pada 21 November 2010 .

Saya mendapat kebenaran beliau menurunmuatkan satu foto famili beliau kedalam blog saya. sebaik saja saya selesai penulisan terdahulu. Saya harap tak menjadi halangan , bila saya 'turun'kan dua foto beliau disini.(OK kan Ka Gee?)

Moga ada yang terubat 'rindu'nya terhadap Ka Gee, bila menatap foto ini.
















Saya akan terus mencari, walaupun lingkaran ingatan saya hanya disekitar tahun 1971-1972 sahaja


Latiff Hariri
0700 19072010
Sungai Petani

Sunday, 18 July 2010

Pelantikan Urusetia Reunion SPM 1981 SMDA Lenggong















Teruja tak? Tu, latar belakang SMDA tu!!


Saya jarang nak 'On' Hp melebihi jam 2200, tapi, jumaat 16072010, hingga ke jam 2300 masih menyala HP saya. Tetiba Hp berdering, panggilan masuk dari Asri.

Kami berbual tentang rakan rakan SMDA/SRJK, dan saya mengatakan, masih menunggu jemputan dari Aminudin untuk pertemuan pada hujung minggu, tapi tak muncul tiba kawan kita ni.

" Tip, apa kata esok pagi kita turun Lenggong, kita terus jumpa semua, ajak Amran, Amin, Manan, Hasan, dan siapa saja yang ada, kita duduk semeja bincang," ini akalnya si Asri, yang 'Arbaie kembali bujangnya', hahaha.

Saya setuju aje, " Tapi Asri, hang call mereka, i part malam buta call orang ni cukup penyegan"

"Hang ni , tak abih abih dengan segan", keluh Asri .

Ya lah, saya , sepertimana kata abang saya, hanya 'menumpang kasih' di Lenggong selama 2 tahun d SRJK , jadi biarlah 'taiko2' yang bekerja.

Mengalah saya, " Ok, ok, i sms aje kepada 4 orang ni, u nak call, u call lah."

Ternyata Amin dan Manan memberi 'respon' positif, yang lagi 2 , dah lena agaknya!!
Saya dan Asri berbalas 'pantun' lewat sms, disamping membuat panggilan sepanjang malam hingga ke jam 0000. Keputusan segera dibuat. Kami berdua akan ke Lenggong esok pagi, jam 730 selewatnya, saya harus bergerak meniggalkan SP.

Jawabnya, tak lena tidurlah. Saya bergerak di pagi Sabtu jam 0730 ditemani Izzuddin dan Roziah, yang pada saat akhir mahu turut serta. Selesai sarapan di Tikam Batu, panggilan masuk , dari Asri, dia dah bergerak ke arah Tanah Semenanjung.

"OK, setengah jam kita jumpa."


















Di stesyen minyak berhampiran R&R Juru hala selatan, 0850 pagi

Kami teruskan perjalanan. Ka Gee pulak talipon Roziah, mereka bergosip panjang. Sempat jugak Asri bertanya khabar dengan Ka Gee, saya kira, perbualan melebihi 20 minit diantara Ka Gee/Roziah/Asri.

Aminuddin menalipon kami bila kami menghampiri Bukit Merah. Saya minta beliau menanti kami di Masjid Kamunting lagi. Sebab kami berencana mahu menziarahi sesaorang di Hospital Taiping, atas informasi yang dikirim oleh Faridah. Kami tepat di Masjid Kamunting jam 0950 . Pertama kali bersalaman dengan Aminudin ni. Kenalan terkini.
















Hm, rambut dia hitamlah, berbanding dengan saya dan Asri.

Kami menghala ke Larut Tin, Taiping, menuju ke rumah sesaorang, yang kami dapat Info melalui Faridah lagi. Ish, dia ni banyak 'contact' sungguh, ternyata ramai yang mengingati Faridah ni. Hasrat kami untuk ke Hospital terbatal, bila Faridah menalipon, bahawa rakan kita ni, sudah keluar dari Wad, dan telah pulang ke Ipoh. Hmmm, moga dia kuat!! Doakan untuk dia, please.....

Kami dijemput masuk oleh Makcik Miah, disambut menantu dan anak perempuan beliau. Terkejut jugak Makcik Miah, bila kami kata kami rakan Sekolah Rendah yang datang mencari. Ternyata rakan kita ni sudah bermastautin di KL/Penang jugak, tapi, mengapa dia membisu?

Dan salah saorang adik perempuan rakan kita ni pun, bersuamikan orang Lenggong.

Kami perkenalkan diri kepada Makcik Miah, dengan menyebut kami anak siapa, waktu di Lenggong dulu. Bila saya kata saya anak Hariri/Zaiton, terus Makcik Miah tanya,

"Boy ada kat mana?"

Hmmm, payah ni kalau Latiff tak dikenali langsung.
















Teka? Yang mana kawan SRJK/SMDA kita ni?

















Kami dilayan Makcik Miah, anak dan menantunya. Hm, macam berhari Raya aje.

Kami bergerak meninggalkan Taiping jam 1110 pagi, masih menanti panggilan Hasan Basri yang menyepi dari tengah malam tadi. Mana Tok Penghulu kita ni? Agaknya jam 1130 baru terima panggilan dari beliau, mengatakan manunggu kami untuk sarapan bersama. Sarapan? Hmmm, dah 'lunch' ni. Amin minta beliau teruskan hasrat mengisi perut besama , sendirian, sebab perjalanan akan mengambil lebih dari setengah jam dari sekarang. Sepanjang jalan, perbualan kami berempat, lebih kepada nama nama rakan rakan. Bila Asri tanya saya, Hashim Gelok ingat tak? Saya kata yg 'comel', putih tu ke? Ya... kata Asri, rambut pendek terpacak tu. Saya ni, adakala secara sepontan boleh ingat ingat lupa, maklumlah.....rambut sama hitam putih, memory blur blur.

Kami memasuki perkarangan Rumah Rehat Lenggong tepat 1210 tengahari, tak perasan dimana Hasan sebab beliau membelakangkan jalan utama. Hebat depa ni, sarapan kat Rumah Rehat, kita kat gerai tepi jalan , lorong belakang aje.
















Hasan(membelakangkan kamera) bersama guru guru SMDA yang mejadi penyambut kehadiran kami















Saya dah ketengahkan pendapat saya kepada mereka berempat ni, kira melobilah jugak untuk rebut jawatan ni, supaya Manan 'kalah' bila pertandingan dimulakan.


Manan dalam perjalanan dari Gerik, katanya , dia akan sampai jam 2 ptg, maknanya lagi satu setengah jam akan tiba. Tetapi, dalam 1230 , Tok Penghulu terima panggilan dari beliau, lagi 20 minit sampai. Oklah, kami baru minum saorang segelas air.















Bersama 'Wakil Rakyat' SMDA SPM 1981 yang terpilih . Setelah tiada pencalunan lain yang tak diterima langsung pada jam 1300, 17072010 . Nampaknya kami senada, hehehe.


Segala yang baik, terfikir dihati saya, saya sudah ketengahkan. Yang utamanya , DUIT!! Bila ada yang ini baru senang kerja. Sebagai permulaaan, Isnin 19072010, Manan/Fauzi/Hasan akan membuka akaun di Maybank Lenggong.

Setakat tamat perbincangan, sudah terkumpul RM350.00 yang dimulakan oleh kami berenam. Dan kami harus warwarkan kepada rakan semua, memohon derma ikhlas untuk menrealisasikan acara 21 November 2010 nanti . Tempat telah diputuskan, kantin/padang SMDA, dua khemah akan dipasang di padang untuk akitiviti sukaneka dan sebagainya. Kiranya hujan, rencananya , di kelas lama, yang boleh dibuka menjadi dewan .


















Perbincangan tamat 1340 petang, dah siap 2 kali minum di Rumah Rehat ni. Hasan harus segera ke Teluk Intan, dah 40 hari beliau berpantang. Tetapi kerana rakan rakan, perjalanan beliau dilewatkan. Minum minum ni ditaja oleh SK Lenggong.

Kami berlima bergerak untuk makan tengahri, dan Hasan menyusul kemudian, untuk mengambil beg pakaian beliau yang sudah tersedia dirumahnya.
















Makan tengahari ditaja oleh PPD Gerik. Ikan panggang tu!!
























Ini sebahagian komen yang saya curi dr FB tentang bangunan diatas. Saya hanya ingat menonton, The Good, The Bad & The Ugly, tahun 1970 , dibelanja oleh Arwah Pakcik Aziz.

Pucuk Paku
panggung New Popular..dulu seluk tangan beli tiket wayang..
13 hours ago

Amran Desa
Amran Desa
dah jadi gajah putih hehe...teringat tgk cerita kugfu
12 hours ago

Rosmah Pandak
Rosmah Pandak
la org lenggong dah tak tgk wayang......dulu2 raya je nak tgk wayang
12 hours ago

Zawawi Adam
Zawawi Adam
Satu satunya panggung wayang dalam dunia yang ada 4 tiang ditengah tengah. Sapa kena lindung tiang kena senget kepala dan kerusi yang lindung tiang harganya separuh.. ingat lagi aku....
12 hours ago

Amran Desa
Amran Desa
dulu cerita hindustan dgn kung fu ja..pakat tgk ...
11 hours ago

Asri Mohamad
Asri Mohamad
hampa tengok lubang tu (tempat beli tiket) punya la seksa nk dapatkan tiket,dapat tiket tangan bercalar la...kaki wayang masa tu tangan jangan cakap la...power abis..setakat panjat pokok rambutan x ada hal..la tambah tambah jalan selamat...
9 hours ago

Amran Desa
Amran Desa
awie masa tu kerap tgk kot sampai ingat tiang ada 4 hehe...zaman tu panggung wayang tempat hilang boring, mai ya video lingkup semua..




















Satelah berputar 2-3 kali di tengah pekan Lenggong ni, akhirnya kami temui alamat ini:- 89, Jalan Kelab, Lenggong . Salam diberi, ups....

" Hallo ." sambil saya mengetuk pintu dan cermin tingkap, gayanya macam ada penghuni, tapi sunyi.

Ada suara menyahut, seakannya bertanya siapa tu, dalam bahasa Tionghualah. Setakat 'basic' ni, saya faham la jugak.

" Auntie, ini rumah .........ke?" itu pertanyaan dari luar bila saya mendengar selak pintu utama mula dibuka.

" Ya, ya, tapi dia tak ada, dia di.....Puchong."

Pintu dibuka, kami dijemput masuk, terus 4 sahabat ini menyerbu masuk, menerpa kearah dinding melihat foto foto perkahwinan anak anak auntie ini. Diceritakan serba sedikit dari mana asal auntie ini sebelum bernikah dan terus bermastautin dirumah ini. Kira, tahulah jugak kisahnya. Comel kawan kita ni, dan manis sangat sangat.
















Pengakuan Roziah yang paling teruja , dia paling rapat dengan Ka Gee , diantara ramai kawan kawan Tionhua beliau.

Ini komen Ka Gee, bila mendapat panggilan dari emaknya, selepas kami pulang.

" Thanks for dropping by. She scolded me for not warning her first .Anyway, she is cool. She said Roziah still dot dot dot. Dot dot U. Cheers "
















" 1 Malaysia," kata Asri, aik, lain macam punya komen. Hehehe, tak lah. Asri kata hang pa(Nora & Rosmah) tayang makan kek lapis ekk, Ni , nak tayang kepok leko Trengganu yang kami makan kat rumah Sorala ni. Orang Serawak ingat kat kwn kwn pompuan aje.

(Tapi, dinihari tadi, orang Serawak dah janji akan bawa sesuatu yang istimewa untuk kita semua , dihari Reunion nanti)















" Silakan Nora dan Rosmah," Asri menayang kepok leko khas untuk mereka berdua aje.
















Sorala dan Roziah mengenang kembali nama rakan rakan SRJK 6A 1976















Sambil menguyah, kemi menyebut nama nama yang terlintas seperti Mariamah, Regawan Rosilawati, Azizah, Zalila(zaleha) Norlela, yang iras mukanya seperti penyanyi Maureen Chan tu, katanya sudah bermastautin di Australia. Ada yang masih terkenang mereka2 ni?


Mazlan, suami Sorala mengingatkan kami supaya makan juadah yang terhidang sambil berbual.

" Nak makan apa? Dah habis pun." Saya jawab selamba je.

Terkejut Mazlan. Mahu disuruh Sorala menggoreng lagi. Hahaha. Terus terang, saya tak malu dengan suami Sorala, suami Faridah , mahupun suami Haniza. Bukankah isteri isteri mereka ni, sahabat sahabat lama saya, di awal persekolahan saya. Tak ingat apa dah tentang kenakalan dulu.

Ke rumah Asri untuk bersalaman dengan ayah dan bonda beliau, sembil menengok apa yang boleh di'balas', untuk dibawa pulang ke utara, hahaha.

Dapat pisang dan rambutan lagi.














Asri dam Amin mengapit 2 pasang 2 joli ni.


Kami bergerak meninggalkan Sorala melepasi jam 1715 . Bertanyakan Amin, samada mahu menziarah rakan ni. Ya, katanya. Saya tak kisah, mesti tunaikan hajat orang.
























Ishak Lutfi, Asri dan Amin.


Ishak tidak dapat mengingati Amin, tapi, Amin masih mengingtinya.
Saya rasa , kelihatannya Ishak agak berisi dari tempuhari zairah saya.

Kami hanya berada di rumah Isha untuk 30 minit, sebab sudah agak lewat untuk perjalan pulang ke Sungai Petani. Kena hantar Amin dahulu di kamunting, terus ke Juru untuk hantar sebelum pulang. Sempat jugak bertanya anak Makcik Miah ni samaada berkesempatan bertamu malam ini. Ternyata tidak, beliau ada acara di Pulau Mutiara. Tak mengapa, kita akan berjumpa jugak dalam masa terdekat ni. Saya tak bertemu beliau selepas SPM 1981.














Pemndangan di persekitaran Tasek Raban ni memang syahdu. Jalanraya pun semakin canggih dan lurus . Kepada yang pernah ke Baling dari Kulim , akan tahu apa maksud saya. Walaupun jalan luas seakan hi-way, kita terlupa, banyak simpang kecil disekitarnya. Dan tak dinafikan, anak anak muda, dan orang tua juga, secara selamba melintas jalan sesuka hati. Banyak kematian disini sejak jalan di besarkan.

















Kemalangan sedang berlaku. "Anak dara tu!" Jerit saya. Saya kira badan beliau bergeser di jalan raya sejauh 4-5 meter, mungkin juga muka beliau pun sama. Tak gemar saya anak anak dara/muda ni bermotosikal . Sayanglah nyawa , jangan pandu laju, dan melintas sesukahati. Semua pemandu tergamam, tiada yang keluar membantu, termasuk saya.















Kami memasuki Plus hiway jam 1845 dan tiba di persekitaran Kamunting jam 1915 untuk salam perpisahan dengan Amin. Tapi, Amin nak selesaikan hajatnya, kami pun ikut ajelah. Dah rezeki kami disini. Berpisah selepas jam 2000. Agak gerimis sepanjang jalan.















Makan malam ini ditaja oleh SM King Edward pulak! Terima kasih Cikgu Amin aka Pucuk Paku.

Tiba di Juru jam 2100, Asri harus ketempat kerja beliau kerana bekerja malam. Dia dah tak tidur 48 jam. Kalau saya?, Confirm MC .

Di rumah jam 2130, selesai kemas dan sewaktunya, saya mengadap PC ni hingga ke jam 0200 pagi. Tak ngantuk pulak. Sempat berchatting dan bersms dengan rakan rakan SMDA yang lain sambil menulis apa yang patut kedalam blog ini.

Dah ada yang memberi ikrar sumbangan tunai kepada Majlis Reunion. Baru je bincang, info dah tersampai, dan semuanya memberi kata kata semangat serta janji janji 'berisi' kepada Urusetia.

Terima Kasih Asri, Amin, Manan, Hasan, yang tidak pernah menolak apa jua pandangan yang saya berikan.


Latiff Hariri
0134pagi 18072010
Sungai Petani

DAN ANUGERAH SETERUSNYA JATUH KEPADA.....

Menghadiri reunion. saiz dompet anda bukan menjadi ukuran, tak kira sebesar mana kenderaan yang anda pandu, setidaknya pun, saiz suami/isteri anda yang sebesar piala itu sekali pun.

kebahagiaan menghadirkan diri di majlis reunion adalah bila anda dapati bahawa

* Rambut anda yang paling lebat atau
* Rambut anda masih kehitaman semuanya atau
* Perut anda tiada tiada kelebihan 'tayar spare' atau
* Anda adalah lelaki/wanita yang ramping susuk badannya atau
* Anda mempunyai anak-anak yang paling ramai atau
* Rakan anda yang suka menggertak/membuli Anda, kini berbadan kecil dari anda
atau
* ...............( Sila tambah sendiri)


Sepanjang bulan bulan yang lalu, saya telah menyusun-atur gambar gambar lama untuk tatapan pertunjukan 'slide' nanti, jadi saya sudah mula mengecam wajah rakan rakan dimasa alam persekolahan dulu.Dalam mengatur gambar ni, terbayang jua, apakah anak anak yang berumur 9 tahun seperti saya(atau 12 bagi rakan rakan lain) telah bertukar, dengan rambut beruban banyak (dan / atau tiada rambut langsung, dan ...Terima kasih Tuhan ku kerana pengurnian songkok yang boleh menyembunyikannya!) dan kita agaknya tersilap berada diusia 40an ini. ;-)

Dan tentu saja Baju Melayu yang bersaiz XXL dan sampin tenunan songket dapat membantu saya menyembunyikan perut gelebeh seperti lemang dan ketupat yang terlebih isinya! Hahaha .. Bukannlah ketara sangat perubahan pada diri saya jika nak dibandingkan diusia 9 tahun dahulu.

Berikut ini adalah pemerhatian saya terhadap teman-teman lama saya di malam tersebut. Jangan ambil hati tau, sekadar menambahkan senda jenaka, asam garam dalam kehidupan kita.

Ada rakan rakan yang sekali pandang atau bertembung , saya boleh terus mengecam orangnya walaupun di khalayak ramai, contohnya di Jalan Tunku Abdul Rahman .Ya lah, raut wajahnya tidak berubah langsung seakan akan sepertmana didalam gambar darjah 6, maupun darjah 5 atau 4.

* Fadhilah - terpandang beliau, tetapi tiada kesempatan untuk berbicara hingga ke penghujung majlis, tapi tidak berubah dari segi raut wajah walaupun kini bertudung.
* Norhayati - ia memiliki bentuk wajah yang unik, boleh kenal punya
* Aziz - mukanya 'sebijik' seperti Darjah 6. Ketika saya melihatnya di depan dewan , saya dah tahu, 'itu dia'. Jie, anda tersilap bila mengatakan Aziz banyak berubah. Wajah masih tetap sama! Yang lelain tu, Aziz dah komen kat dalam rumah dia ;-)
* Amran - pun boleh kenal

Kok Ngai mungkin, sekali lagi, saya pernah bertemu dengannya sekali di KL, jadi tidak adil bagi saya untuk mengatakan bahawa saya akan mengenalinya walaupun sekali pandang.

Mereka yang saya tidak 'cam' sama sekali, dengan kata lain, mereka telah berubah begitu banyak. Banyak dalam kategori ini, jadi saya harus berhati hati memberi komen.

* Eddy - jika anda tidak berkata ' hi 'kepada saya, saya akan bertanya-tanya tentang kewujudan anda pada malam itu.
* Norlida Ghazali - ternyata saya telah melihat gambar beliau sebelum reunion, jadi kenallah juga, kalau tidak , saya pun dah tak akan mengenali anda.

Rakan perempuan ni susah sikit, sebab semua sudah bertudung. Masa gambar 'slide 'semua berpakaian seragam. Kalau ikut ikut, memang tak perasan Hashimah, Sarah, Rusita. Tata, tapi, mujur dah dapat melihat mereka didalam 'forum' kita, jadi boleh la kenal. Norlida Nordin, masih ada iras iras wajah zaman persekolahannya. Rafizah, saya rasa sebab dah berkacamata, nampak lain sikit, eh, bukan , bukan, lain banyak. Nor Ridha pun lain - dulu rasanya muka Anda bulat.

* Penganugerahan Rambut paling Lebat / hitam - Amran
* Misai paling Lebat - Lokman (tp Misai paling Panjang tak boleh lawan Cikgu Hassan Basri, batch76 Panjang sungguh!.)
* Janggut paling Panjang - Eddy (?)
* Janggut Paling Putih (metalik gitu) - Eddy
* Remos Putih - Shahazuddin
* Gelak paling Besar - Lokman / Joe (Atas pentas masa ambil gambar), Rusita masa jumpa Goh Chai Chin
* Penganugerahan Tak Ambik gambar Keluarga - Eddy, Mie (pun tak kira, sebab bawa anak buah aje)
* Paling Tak diKenali - Joe / Eddy
* Kata kata paling Syahdu - Nazri "Kiter dulu dok sebelah". Nanti aku cari hang balik Nazri . Kita pekena tarik di suatu tempat. Memang aku Rindu nk sembang dengan hang sembang citer2 lama. Bukan hang dulu rajin buat trick pakai saputangan?
* Anugerah ' Anti-klimaks' (nak mai, tapi berubah disaat akhir - Tak mai jugak) - Anis
* Anugerah Minit Terakhir dapat dipujuk dan (dipaksa hehe) - Habibah, menang hamper lagi malam tu
* Paling Takut untuk Saya Temui - Saaya ( Takut kena marah sebab saya banyak berbahasa Inggeris ... .. hehehe). Jangan marah Cikgu, melawak jer...
* Paling Tak Mengenali Saya - Goh Chin Chai (Tahun 84 dulu pernah bertemu bersama Joe, tapi sampai sudah dia tak ingatkan saya), dan saya yakin banyak lagi yang tak sempat saya sapa
* Sekarang Bukan yang Terkecil di dalam Darjah - Joe
* Anugerah Masih yang Terbesar di dalam Darjah(Kategori Lelaki)(dulu sebatu tingginya, kini hanya beza seinci saja) - sapa lagi, anugerah diri sendiri la kepada blogger ini.. hehehe (Kasi can la, saya pun nak terima anugerah jugak)
* Anugerah Ironi - Lokman (dulu waktu sekolah siap berstoking panjang malam reunion tak pakai langsung!)
* Pejuang Bahasa Lenggou (?)? - Jie Dan Saaya (Boleh dikamusDewankan ni)
* Paling Banyak Merapou Dalam Rumah - Jerd (tak der dia dulu, tak meriah)
* Anugerah MIA - Salmi
* Paling mendapat Jeritan dimasa Pertunjukan 'Sliede' - Rokiah (kerana 'posing'nya didalam gambar waktu Darjah 4)
* Anugerah Penglipur-lara - Joe


Kerjaya Lain Dari Kebiasaan - Ghazali Norlida, Kapten (RTD)
Kwerjaya Paling Popular - Cikgu
Kerjaya Paling Pelik - Suhaimi

Roti Canai Paling Kaw - Din's Restaurant di pagi 24hb

Anak Paling Comel - banyak jugak ni, kebanyakannya come belaka. Tapi saya pikir

* Puteri kedua termuda Fadhilah . Anak anakJoe pun . Kira ni, anak2 di bawah 10 tahun, lebih tua dari tak nak komen , nanti kena pelangkung! ;-)
* Anak lelaki Paling hensem - Anak Amran.
* Anak Paling Peramah (untuk blogger ini) - putra bungsu Joe. Sipa mnta didokong Lagi! Hihi, saya tak tahu saya masih diminati anak anak kecil ni!

Sekeluarga datang Sedondon pun banyak

* Dr Roslan - kuning
* Norlida Nordin - ungu
* Ada seorang lagi, saya pikir kut, Kelas 6B. Satu keluarga kuning. Anak-anak (lelaki) kecik2 Sama pun.
* Saaya - ungu
* Amran - biru
* Nor Ridha - hawa ungu
* Rosnan - coklat dan coklat muda
* Rahman - Hijau

Ungu tampaknya menjadi warna pilihan kebanyakan pada malam itu.

Faridah dari 76 pun, semua berwarna coklat muda. Kesemua sembilan dari mereka.

Sambil menyeringai lebar - sampai ke telinga (macamana tu?)

* Norlida Nordin semasa berbual dengan Cikgu Hizam, dan masa jumpa Cikgu Aripuddin
* Mie masa cikgu Aziz masuk

Gambar jumpa Cikgu Paling Syahdu

* Fadhilah - masa bersembang ngan Cikgu Faridah dan Ainon (dia melutut)
* Din - masa salam ngan cikgu Atas Hizam pentas

Pesanan Paling Syahdu (untuk saya lah) - "Nanti datang rumah lagi ya Rahman" (cikgu Lily mlm reuni sebelum dia balik re Rumahrehat). Saya rasa kita semua harus melawat dia bila senang2, saya yakin pelawaan ada lah untuk kita semua dari Cikgu Lily.

Jemputan Tak terduga - Tata (Kalau Tak Silap). Terlalu banyak barang didalam kereta - biola, gitar dan keyboard, yang harus dijaga dari panas Mentari. Tu yang jadi salah satu alasan untuk tidak berhenti dimana mana.

Sayangnya, saya tak berkesempatan berbicara secara peribadi dengan semua, jadi Penganugerahan terhad disini sahaja, hehehe. Kalau tidak, pasti setiap perbualan akan direkodkan dan banyak kategori Anugerah akan diadakan, - tu biasalah, wartawan media hiburan. Kalau Anda bertanya mengapa sedikit sangat yang diceritakan tentang malam ini, nak kata apa ya? Hmm, mungkin memory anak yang baru berumur 1 minggu, terlalu kecil, sebaiknya kita ada 'kamera digital' untuk merakamkan semua ini tanpa meninggalkan satu cerita pun!

Walaubagaimana pun , penulisan ini ini tanpa gambar, hanya nak mengusik je. Nak tau betui ke tidak pengamatan saya, kena tengok gambar2 anda sendirlah. ANDA perlu melihatnya untuk mempercayainya. Tapi kalau nak tengok , kena carik Jie. Dia Penyimpanan Mohor Besar Coolbatch.

Dan maaf, harap tiada yang tersinggung ya. Saja suka-suka, nak melawak dengan Anda semua.

Ni masih dibulan Ramadhan. Nanti buat rumah terbuka, kita salam semula mohon kemaafan! '-)


rahmanhariri.blogspot.com

Tuesday, 13 July 2010

SAAT TERBAIK , SAAT TERBURUK

Di terjemah dan dimuaturun dengan izin, dari Time in a Bottle - The Best of Times, The Worst of Times . Di terjemah seminima mungkin, tetapi gaya dan lengok bahasanya tetap berbeza dari penulisan sebenar. Saya lebih menghayati penulisan asal penulis blog ini.

















Saya teruja dan perasaan bercampur aduk tentang reunion malam tadi

Kedua duanya :- perasaan baik dan buruk.

Jangan tersalah tafsir tau. Saya benar benar menghayati suasana malam itu. Tapi saya tahu dan akui bahawa ia adalah jauh dari sempurna - agak kelam kabut sebenarnya. Tapi yang penting, tidak menjadi 'kudis' sedikit pun bagi saya!

Atau setidaknya saya memang terasa , apakah akan berlaku kesilapan dimajlis malam itu nanti?

Saya tahu kami boleh melakukannya lebih baik dengan peralatan dan kepakaran terkini. Kerisauan , 'apa yang akan terjadi jika..... Kami dapat melakukan yang terbaik sekiranya kami ada itu , ada ini, peralatan , pakar, kewangan, bla bla bla.
Dan semuanya akan belangsung dengan sempurna sekiraya kami ada......Hm, macam mana ya?.

Hati saya berdebar debar di pagi reunion dan tidak tidur lena sepanjang malam. Terlena hanya pada jam 2:30 dan terbangun pada pukul 4:30 pagi, dan saya tunaikan 'subuh' pada pukul 6 pagi di Masjid Jame , untuk bernostalgia kenangan lama disini.

Jujur kata "Ini adalah saat terbaik dan ini juga adalah saat terburuk", perkataan yang paling tepat untuk saya gambarkan malam itu. Bahkan ini bagi saya adalah sebuah kenyataan . Charles Dickens tidak dapat menemukan ungkapan yang lebih puitis dan kontradiktif - Pak Pandir dalam dongengan kita, kerana Charles Dickens tidak lalui apa yang kita telah lalui pada tanggal 23 September.

Saya langsung tidak menyentuh hidangan, sehingga pada akhirnya saya begitu lapar dan haus. Dan untuk menambahkan kekecewaan saya, saya hampir tidak langsung berbicara dengan rakan rakan perempuan - perbualan teramat pendek dengan Tata, dan mungkin juga Ridha (jika memori saya betul) menjelang akhir pertemuan, bahkan saya bercadang untuk bertanya kenangan mereka tentang penulis blog ini. Tidak, tidak, saya salah. Saya berbicara agak panjang dengan Norlida Ghazali kerana kehadiran beliau yang terawal, jadi saya berjaya menyusuri kenangan selepas 37 tahun. Ingatan saya salah, dalam erti kata bahawa Norlida berada di darjah 2 kelas seliaan Cikgu Lily dan bukan hanya darjah 3. Rupanya dia tahu yang Arif sedang belajar di Kolej Penerbanagn dan memberitahu bahawa suami beliau bekerja dengan MAS, meski pun saya hairan dari mana beliau mendapat cerita ini. Uh oh, dia membaca blog ini?

Ups! Saya akan lebih berhati hati tentang apa yang saya tulis di dalam blog ini dimasa akan datang.

Yang penting, saya seronok dapat bertemu Norlida lagi, selepas 37 tahun. Dan terima kasih kerana sudi datang walaupun agak singkat diwarwarkan kepada beliau. Kami mendapat maklumat dan foto Norlida disaat saat akhir. Jadi, kami tidak berkesempatan menyediakan kartu nama beliau untuk malam itu, serta foto beliau kedalam panji panji yang dicetak khas.

Bahkan rakan rakan lelaki yang sempat disapa hanyalah Eddy, Dollah dan Kok Ngai. Saya sudah bertemu Nazri dan Rusita di pagi hari sebelum reunion, jadi mereka berdua tidak dikira yang saya temui dimalam itu. Saya kata kepada Dollah bahawa jika lupa saya pun ok lah, sebab bab berlari, dia selalu kedepan dan mesti blogger ini yang terakhir sekali. Kok Ngai mengingatkan saya di depan kedua-dua Cikgu Faridah dan Cikgu Lily bagaimana kami berdua bersaing 'head-to-head' dalam bidang akademik. Hehehe, saya ingat juga, tapi saya harus menambah bahawa masa Darjah 2 saya peneraju dalam akademik, sementara itu saya percaya, Kok Ngai mengambil alih masa Darjah 3 (dan saya berada entah dimana masa tu). (Anis mesti Kata: "Masuk lift , picit butang sendiri")

Dan Eddy, kita hidup terlalu dekat satu masa dahulu di Taiping, namun, kita tidak pernah bertemu sejak pertengahan 80's. Jadi, sangat gembira dapat bertemu anda semula!

Masa yang patut saya salahkan - terlalu banyak perkara yang harus dilakukan dalam waktu yang singkat. Tugasan saya memimpin persembahan 'slide' dan hiburan muzik memburukkan lagi keadaan fikiran saya. Saya berada di bawah tekanan untuk bersosialisasi. Tension, tension, perkataan yang paling sesuai disebut di sini.

Kalau difikir fikir, saya seperti 'menumpang kasih '. Hanya tiga dari enam tahun sekolah rendah dihabiskan di SRJK (I). Seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, tiga tahun daripada empat puluh enam usia hidup saya adalah satu detik yang pendek, kalau nak dibandingkan di alam persekolohan menengah dan peringkat kolej yang lebih panjang usianya , seta lebih ramai rakan rakannya.

Bahkan jika perasaan boleh dikira matematikkan, tidak dapat dijumlahkan sepenuhnya gambaran emosi manusia yang kompleks, khususnya mereka yang menghabiskan masa 6 tahun di SRJK(I) dan banyak lagi yang meneruskan ke SMDA dan bahkan untuk universiti (seperti Lokman, Eddy, Jerd, Fadhilah dll). Seseorang tidak dapat menyangkal kesan persekitaran Lenggong, dimana kita hidup dalam satu daerah terpencil dan guru gurulah yang yang mempengaruhi sebahagian minda kita, walaupun pada jangkamasa yang pendek namun pengaruhnya amat besar!! Kami berada di tahun-tahun formatif kami.

(Amboi, sakan jugak penulisan saya ni, entah betul atau tidak sebutan dan nahunya)

Dan bagaimana matematik dapat menjelaskan penglibatan saya dengan reunion ini, sedangkan saya hanya berada disini selama tiga tahun ?(atau dua tahun untuk adik saya).

Dan walaupun hanya 'menumpang kasih-Nya', saya merasa dekat dengan rakan sekelas saya dan tahun-tahun yang kami lalui bersama. Saya melihat Nazri di pagi hari itu, dan dia berkata "kita dulu pernah duduk bersebelahan dalam kelas tau". Aah, 37 tahun dan dia masih ingat. Bolehkah memori anda sekuat itu?

Ini kisahnya saya dan Nazri, sebelum saya dipindahkan ke kerusi hadapan kerana kerosakan mata saya semakin parah pada tahun 1972. Duduk didepan bersama saorang rakan yang turut hadir di malam itu.

Dan ingatan saya masih jelas tentang rumah Tok Penghulu di atas bukit kecil di Kuak.

Malam itu bermula awal, dengan kehadiran pertama oleh Kok Ngai , sedangkan saorang panitia pun tidak kelihatan. Norlida Ghazali dengan keluarganya adalah yang kedua muncul, dan diiukiti Goh Chin Chai. Selepas itu, kemasukan rakan rakan tidak terkawal lagi, atau saya sendiri yang hilang pengiraan.

Setiap keluarga diberikan tas 'goodie' dan sebuah foto keluarga diambil segera setelah pendaftaran, kelihatannya teratur dan terancang rapi.

Tapi , walaupun dirancang dengan baik sekali pun, kalau majlis nak menjadi kelam kabut, dia jadi juga. Para guru seharusnya tiba dalam satu kumpulan dari Rumah Rehat Lenggong dan akan disambut dengan lagu Selamat Datang (Rafeah Buang) tapi, yah.., mereka tidak datang dalam kumpulan. Dan tentu saja mereka tidak boleh berlalu terus ke tempat duduk mereka tanpa berhenti disapa dan dicium tangan dan pipinya serta ada yang memeluk guru guru kesayangan mereka ini.

Ini adalah kesesakan 'lalu lintas' terburuk di dalam dewan ini selain dari apa yang di Plus Hiway sepanjang percutian Hari Raya ini! Serius, Semut pun lagi laju bro. Dan Lenggong jarang melihat keadaan seperti ini.

Mereka, guru guru perlukan masa yang panjang untuk sampai kemeja khas mereka, dan secara semulajadi, rencana diubah jadualnya bagi memastikan tiada yang tertinggal
setiap detik pun.

Pada saat 'slideshow' dimulakan, azan isya berkemundangan di surau bersebelahan; sesuatu yang kami tidak ambil kira didalam jadual kami. Acara terhenti seketika
bagi menghormati laungan azan.

Tayangan 'slide' pertama adalah ditujukan khas kepada bagi Guru guru, foto persekitaran Lenggong mendahului acara. Iringan piano (Richard Clayderman)Letter Ama Mere dan membawa kami semua ke tempat tempat yang menarik di Lenggong termasuk panggung wayang lama di mana filem yang dipaparkan, Pejabat Pos di mana saya rasa banyak surat cinta monyet telah dikirim, rumah lama teman teman sekampung. Banyak nama-nama (Labit, Sumpitan, Temelong, Kuak) yang telah hampir saya lupai terpapar semula dimata, sungguh tepat sekali detiknya. Saya terdengar siulan nakal dan ketawa riang dari rakan rakan dibelakang, setiap kali foto lama dan sesuatu topik menarik dipaparkan.

Penghargaan kepada para guru berlatarbelakangkan lagu 'Selamat Pagi Cikgu' , lagu pop nyanyi Eddynor.

Pada akhir segmen pertama, Kok Ngai sebagai ketua kelas meminta semua rakan rakan untuk bangun dan secara serentak melaungkan 'Selamat Datang Cikgu'!!. Dua kali!

Saolah olah kami berada dialam persekolahan di SRJK(I).

Khairul menyampaikan Kata-Kata Aluan sebelum Cikgu Hizam diminta untuk memberikan sepatah dua kata, yang cukup panjang dan tidak kurang menariknya.

Pidato oleh Cikgu Hizam adalah sesuatu yang berbeza. Tentu saja semua akan senang bila menerima satu atau dua pujian.Dan untuk itu , kami sudi untuk mengadakan majlis reunion setiap tahun.Hahaha. Berbaloi usaha kita!! Tetapi dia memilih angkatan 70-75 dari begitu ramai angkatan dibawah didikan beliau, dan mengapa tidak? Ketika angkatan lain hanya memelihara ayam untuk tahun akhir (mesti Darjah 6 ni) , kami memelihara kambing! Sekarang siapa yang boleh lupa semua kenangan ini?




















Penjelasan:
" Lokman dulu sekecil ini", begitu kata Cikgu Hizam, menunjukkan saiz tubuhnya . Saya yakin itu adalah ukuran biasa kita semua. Tidak termasuk saya!

Oh, begitu cepat waktu berlalu. Apakah anak anak sekolah generasi kini, akan merasai saat yang kami lalui bersama sama guru guru kami ini.

"Kengkawan, Saya tabik hormat kamu semua, dan saya harus mengatakan bahawa aku terlepas dari pengalaman itu bersama korang. [Menghela nafas kecewa]

Dia mengingatkan kita sebagai pelajar seharusnya mempunyai - kamus dan buku nota. Dan digamit insiden dengan Norlida (Nordin); - ketika suatu hari Norlida enggan ke sekolah kerana dia dia tidak mempunyai buku nota, sehingga ayahnya harus datang berjumpa Cikgu Hizam untuk mendapat penerangan apa sebenarnya buku nota itu.

Kisah yang lucu, bahkan pada usia 46, Norlida tampaknya ragu-ragu untuk mengangkat tangan ketika Cikgu Hizam bertanya apakah dia berada didalam dewan waktu itu. 'Sama seperti dalam kelas dulu', begitu kata Eddy (?) ketika kami duduk semeja selepas tamatnya majlis reuinion pada jam 00:30 malam itu?. Cikgu Hizam, yang sangat terkenal dengan disiplinnya - siapa yang berani membangkangnya katanya waktu itu. Tapi saya yakin Norlida senang bila dari begitu banyak kenangan Cikgu Hizam, kisah beliau yang menjadi 'cerita' malam itu, sepertimana senangnya saya, bilamana Cikgu Hizam menyebut satu kenangan saya bersama Lokman dan Mie telah datang kerumahnya.

Kisah Ibubapa Roslan yang meminta Cikgu Hizam mengadakan kelas tambahan. Ketika Roslan sedang sibuk mengatur kelas tambahan, Cikgu Hizam sedang lena disiang hari! (Beliau pernah menceritakan kisah ini kepada saya sebelum ini)

Beliau meminta maaf atas kesilapan beliau itu terhadap anak anak muridnya.

Aah, saorang Guru memohon maaf dari anak anak muridnya?! Satu permintaan yang tidak perlu dipohon dari kami , anak anak didik Cikgu yang terlebih akal, hingga akhirnya, menjadi lelaki dan wanita dewasa yang tidak kurang hebatnya hari ini!! Bukan dari saya tetapi saya yakin saya boleh bercakap atas nama angkatan saya, betul tak rakan rakan semua?

Kami terhutang budi kepada Guru Guru semua . Cikgu Aziz yang pada awalnya tidak dapat hadir, disaat akhir hadir untuk menambahkan 'ribut' didalam dewan. Jadi semuanya, tiga dari KL (Cikgu Hizam, Cikgu Faridah, Cikgu Lily), Cikgu Aziz dari Lenggong, Cikgu Aripuddin dari KK datang dan bergabung dengan Cikgu Mokhtar (GB SK Bukit Balai) dan dua bekas kakitangan SRJK.














Kelas 6 A - 2009 vs 1975; semua rakan duduk sesuai dengan gambar 1975, di tolak mereka yang tidak datang. Kami berjaya menghubungi 100% Kelas 6A dengan 28 daripada 36 yang hadir. Jumlah keseluruhan kelas 70-75 yang hadir adalah 39. Hebat.














Seseorang rakan kita, yang diceritakan semula oleh Lokman, cuba melakukan taktik 'lama'nya kepada rakan perempuanya. Taktik lama rakan kita ni, memang dah diketahui umum . Dan Eddy mengingatkan beliau .

"Eddy, hang memang masak dengan perangai depa ni..... hehehe."

Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki. Eh, anak lelaki tua, tetap akan jadi lelaki matang. Hahaha ..

Amran dalam hal apapun tidak banyak berubah. Saya pikir rambutnya masih utuh , sedangkan saya terpaksa menyembunyikan mahkota ini di dalam songkok. Hihihi, saya gembira kerana orang Melayu telah membudayakan songkok khas untuk orang tua seperti saya.

Saya perasan rakan wanita Coolbatch duduk sekelompok satu meja, seperti yang dirancang oleh jawatankuasa, manakala rakan lelaki berselerak, kerana ada keluarga yang mengambil sebahagian meja yang dikhaskan. Saya dapat melihat Norhayati, Norlida Nordin, Norlida Ghazali, Nor Ridha, Fadhilah semua ada. Saya percaya Habibah pun ada pada saat akhirnya walaupun pada awalnya beliau tidak bercadang untuk datang. Terima kasih Habibah.Saya memang mengharap dapat duduk semeja dengan anda semua dalam keadaan tenang untuk sesi perbualan sesama kita.

Pertunjukkan 'slide' kedua adalah tentang kita semua . Saya tidak berminat untuk memberi komen secara objektif kerana saya adalah penulis utama penyedian 'slide', nanti jelas komen saya lebih berbentuk peribadi pulak, dan pasti Anis akan berkata lagi, 'Masuk lift, picit butang sendiri.'

Gambar-gambar lama yang kita tidak pernah terlihat sebenarnya diambil dari koleksi Sekolah yang didatangkan dalam 2 album. Ia sangat berharga. Sambil lagu 'This Used to be My Playground, ini merupakan dedikasi untuk semua rakan lelaki dan kenakalan dan kelucuan kita, dan kerinduan untuk persahabatan seperti suatu masa dahulu.

"Katakanlah selamat tinggal pada semalam; kata-kata yang tidak akan saya lafazkan", begitu kata Madonna. Saya setuju dengannya. Tidak untuk malam kenangan ini.

Untuk rakan perempuan - dan kerana saya telah terselamat kerana tiada suami suami mereka yang datang dengan parang ,saya harap tiada yang tersinggung perasaannya kerana memilih lagu Maya sebagai latarbelakang , lagu indah tentang kekasih zaman persekolahan!

Hihihi, saya yakin ramai yang mempunyai kenangan tentang lagu ini walaupun tidak pernah terucap diwaktu persekolahan. Ketika lagu ini mula berkumandang pada tahun 1978, saya tahu bahawa lagu ini direka khas bagi tahun tahun di SRJK (I) Lenggong dan membuatkan saya teringat kepada sesaorang (yang sayangnya tidak hadir dimalam itu). Tidak, saya tidak akan membuat apa apa pengakuan di blog ini! ;-) (Lokman, dia tak tahu langsung tentang lagu ini?! Tapi sekurangnya Lokman dah mula meminatinya sekarang, walaupun terlewat 30 tahun ... hehehe)

'Maya, masihkah ingat ku lagi
Adakah tercapai sudah, hasrat mu dihati'

Saya berharap rakan rakan perempuan tidak ambil kisah akan lagu itu, dan betapa berharganya anda didalam kenangan kita semua.

Semua kenangan yang manis ini, percuma, tak perlu dibayar pun.

Tentu saja lagu oleh Barbra Streisand - The Way We Were, menjadi lagu penutup di akhir pertunjukan 'slide' .


Tersebarnya gambar
dari senyum lalu yang kita tinggalkan
senyuman yang kita berikan sesama kita
dengan cara tersendiri kita
(Terjemahan lagu Barbra Streasand)

Saya menghayati kenyataan malam itu, dimana terlihatnya banyak pelukan mesra, wajah wajah senyuman terlalu banyak untuk ditatap, senyuman hungga ke telinga yang datangnya dari hati yang bersih, tentang betapa berharganya persahabatan kita suata ketika dahulu. Malam itu kita kembali muda keseawal usia 12 tahun, dan saya yang termuda diawal umur 9 tahun, dari kacamata sayalah. Dan semua yang saya lihat adalah anak anak sekolah di pertengahan 70an dahulu ;-)

Tahun-tahun itu berlalu begitu sahaja tanpa menyedari hakikat disebaliknya.


Saya jarang dapat melihat begitu banyak wajah wajah ceria dalam satu masa. Banyak cerita, ditukar, diceritakan, dan diceritakan kembali, lagi dan lagi, dan tak seorang pun yang mengeluh kebosanan. Anda harus melihat gambar gambar yang diambil malam itu untuk diperjelaskan. Sayangnya saya tidak dapat duduk bersama untuk mendengar cerita mereka kerana saya berda di depan pentas memantau perjalanan majlis malam itu. Dan cerita rakan rakan akan terus menjadi sebuah cerita hidup kita.

Pada akhir majlis, hidangan makanan tidak menjadi hal kepada saya, sebab saya dan Lokman tidak menyentuh langsung hidangan malam itu. Kami berdua kemudiannya , terus ke Medan Selera besebelahan Stesyen Shell, ditemani Eddy, Jerd, Nan, Mie dan yang lain lain sehingga ke awal jam 1 pagi.

Kesimpulannya,kejayaan mengadakan majlis reunion ini, bukan kejayaan sesaorang, sebaliknya adalah kejayaan kita semua. Jawatankuasa Majlis telah memulakan satu tapak pertemuan dan kita semua harus memintal semula persahabatan yang tersisa ini dalam masa mendatang ini.

Saya berharap malam itu tidak pernah berakhir, tetapi saya kira, bagai mengharap bintang kejora jatuh di tapak tanganlah.

Epilog

Kami sambung mini reunion di pagi berikutnya di restoran Baiduri dan Rumah Rehat! Jika saya tidak salah,Tata mempelawa saya untuk bertandang berhari Raya di rumahnya, tapi , masa tidak mengizinkan , Tata. Saya harus segera pulang kerana Akmal akan menduduki PMR minggu berikutnya.

Dan saya terfikir, sesuatu yang agak payah untuk berlaku. Untuk medapatkan kehadiran 39 bekas pelajar Kelas 70-75, adalah satu kejayaan yang baik. Dan dapat melakukannya di 9 bulan pertama selepas perbincangan pertama kami. Bayangkan tarikhnya hanya dipilih , seminggu sebelum Idil Fitri, dan kehadiran yang begitu luar biasa.

Dan kita hanya memerlukan sasaorang seperti Jie. Dialah yang memulakan semua ini , sedangkan kami hanya dibelakang menolak beliau kedepan.

Sayangnya saya kehilangan telefon bimbit saya di malam itu. Tidak pasti apa yang terjadi waktu itu, tetapi, ada yang berkata, mungkin telefon saya tidak mahu untuk meninggalkan pekan Lenggong.

Sayangnya juga saya tidak boleh menunjukkan lebih banyak gambar yang diambil pada malam itu.

Muzik ' live' disediakan oleh dua bersaudara, bermain instrumen - Piano, Gitar dan biola. Lagu lama seperti A Time for Us (Biola / Piano), A Comme Amoour (piano Solo), Sealed With a Kiss (keyboard / gitar), Ibu (gitar / biola). Tentu saja lagu Cinta Pertama (piano / biola) menjadi lagu utama sebagaimana yang diminta oleh seorang teman sekelas yang pada akhirnya tidak hadir pada malam reunion[.
















Hmm mereka tampak akrab ya? Di mana saya melihat mereka sebelum ini?


Persembahan mereka lancar malam tu, tetapi tidak dapat dihayati sepenuh kerana kita terlalu sibuk berbual dari menghargai muzik - muzik instrumental lembut berbanding dengan musik band elektrik. Anyway guys, terima kasih untuk muzik anda.Saya berharap saya adalah salah saorang dari mereka yang bermain muzik malam itu.

Rahmanhariri.blogspot.com

Sunday, 11 July 2010

MERISIK RAKAN SRJK(I) LENGGONG

Sebenarnya , sepanjang akhir June 2010 yang lalu, di pejabat, saya melayari nama rakan rakan sekolah, yang tiba tiba datang menerpa, walaupun sebelum ini saya terfikir , nama siapakah lagi yang hampir terpadam didalam ingatan ini. Layar punya layar, jumpalah dua atau tiga nama yang sepadan, cuma nombor negeri tercatit bukan asalnya Perak.

Nama yang saorang ini , saya pasti orang yang saya cari. Tapi, sepertimana setiapkali nama perempuan ni, saya jadi ragu ragu , mungkin jugak agak segan untuk mulakan.

Di rumah, saya utarakan nama beliau serta no talian Hp kepada Roziah. Kalau dia pun segan, inikan saya.

29 Jun 2010, dalam perjalanan pulang dari pejabat, tetiba perasan berani muncul pada diri saya. Setibanya di gerai tomyam berhampiran( Ya, mlm tu, makan lauk tomyan bungkus aje, tak ada selera nak makan masakan di rumah), sebaik aje memesan makanan, terus saya dail no talian pejabat beliau. Berbunyi....

"Hallo.... , ini Cik .....................?". Permulaan bualan yang baik.

"Ya, saya...? Balas penerima panggilan.

" Saya membuat panggilan dari .......Adakah ini Cik .............yang asalnya dari Lenggong?" Soalan utama, samaada perbualan bakal diteruskan, atau ditamatkan sahaja.

" Ya, saya ................., ya, saya asal Lenggong", jawapan ini cukup untuk pengesahan , inilah orangnya. Kalau dia jawab bukan pun, mustahil ada yang nama serupa pada tahun kelahiran dan negeri yang sama tercatit didalam KP beliau.

" Saya Latiff dari Sungai Petani, kawan sekolah anda." Jawapan menduga saya.

" Latiff!!!! Monitor darjah 1 dan 2 tu!!. Eeee, mcm mana boleh dapat nombor talipon saya ni? Apa Khabar? Ada dimana sekarang ni?" Aik , saya pulak yang ditemuduganya.

Saya mengatakan, bahawa nama dan no telipon beliau, saya perolehi di pejabat saya. Beliau kata sememang saya pandai mencari beliau. Kami bertukar tukar maklumat , sepanjang peninggalan dari pekan Lenggong . Ternyata beliau mempunyai 2 orang anak, dan saya sudah punya 3 . Banyak kenangan manis waktu SRJK dan SMDA di ketengahkan oleh beliau.

" Eh , di mana Faridah ek? Saya rapat dengan dia masa sekolah?" itu yang beliau tanya.

Saya perjelaskan tentang mini reunion di majlis perkahwinanan tempohari.
Agak lama kami berbual, saya rasa pesanan makanan saya pun dah lama siap.

" Adakah saya rakan......u, yang pertama u call". Soal beliau.

Saya ia kan aje. Memang pun. Saya pun menyebut 2 rakan seangkatan beliau yang masih saya ingat namanya. Dan beliau menambah lagi saorang rakan , yang sudah bermastautin di Amerika, sedangkan yang lagi saorang tu, berada di Kota Bharu.

Sebelum itu, nama rakan yang di Kota Bharu ni terpapar di PC pejabat saya, kenapa alamatnya Kelantan, kini terjawab.

"Agaknya, selain dari Faridah, siapa rakan perempuan Melayu yang rapat dengan u, masa SRK dulu?" Saya cuba memancing ingatan beliau terhadap Roziah.

"Hmmm. Faridah...., Haniza......Roziah....., Haniza ada di Johor ya?" hanya tiga nama yang mula bermain diingatan beliau.

"Tak lah, dia di Bangi. Itu aje nama yang u ingat ke? Mcm ni lah, saya rasa kita pun dah lama berbual ni. Nanti malam saya call lagi boleh? Ada surprise " . Saya terpaksa tamatkan perbualan yang saya jangka melebihi 15 minit ini, bukan bosan, saya menalipon beliau di pejabat beliau, dan ternyata beliau masih bekerja.

"Boleh, kenapa? Nak ajak dinner ke? U ada di KL ke?" Makin 'excited kawan kita ni.

" Tak , ada lah, nanti saya call, saya kat Sungai Petani, nanti malam ada sesaorang yang akan menalipon u" . Jawab saya.

Ternyata, bukan saya saorang yang teruja, beliau pun sama. Ditanyanya saya, siapa yang akan telipon beliau nanti. Tak sampai hati pulak saya.

"Macam ni lah, kawan baik u Roziah akan talipon u. Kami berdua suami isteri."

"What?!! Mcm mana ni? " Dan beliau mula ketawa . Ya saya faham, masa darjah 1 & 2, saya dan Roziah tak rapat langsung , walaupun pernah duduk bersebelahan. Mungkin beliau pun tahu kisahnya.

Setiba di rumah, terus saya dial no talian beliau, dan menyerahkan Hp kepada Roziah. Roziah tertanya, siapa? Saya kata jawab ajelah, dan Roziah yang di'surprisekan, bukan lagi beliau.

Dan mereka berdua ketawa besar senja tu. Saya cuma pasang pasang telinga aje. Dah agak dah, soalan soalan yang akan beliau 'persoalkan ' kepada Roziah. Saya kira mereka berdua pun berbual panjang.

Mulai dari saat itu, saya , Roziah dan Chew Ka Gee menjadi rakan SMS dan email paling rapat terkini .

Terima kasih Ka Gee. Kisah kisah menarik anda, tersimpan didalam rahsia hati kami berdua, itu yang pasti. Pasti, bila kami turun ke Lenggong, kami akan menjengok emak anda.

Begitulah kisahnya. Hati saya memang tersentuh bila saya masih diingati rakan rakan walaupun hanya bersama selama dua tahun.

Memang ada yang kurang mengingati saya, itu tak menjadi soal , yang penting, kini saya telah menjadi sebahagian dari kenalan anda. Rakan SMDA yang saya tak pernah kenalpun, dah jadi rakan FB saya, inikan rakan SRJK.

Lepas ni siapa pulak akan menjadi 'mangsa' saya. Saya akan terpa lagi rakan rakan SRJK(I) dan SRKE VII-I selepas ini. Tunggu ajelah.

Ramadhan pun makin menjelang, tak nampak pun tanda tanda anak bulan Reunion bakal menjelang Syawal ni....., hmmm....


Latiff Hariri
1125 11072010
Sungai Petani

Saturday, 10 July 2010

Sukarnya Menerpa Hambatan Mengisi Blog














Saya ciplak tajuk penulisan ini dari Ahmad Lutfi Othman.

Memang pun, saya menyepi selama hampir dua minggu dari penulisan. Tengah mengumpul akal untul penulisan selanjutnya. Lebih tepat, CPU pc ni rosak, masuk bengkel. Merayau ke pusat komputer , terberkenan jugak dengan CPU recond yang terkini, hmm, murah jugak ni, tapi tak beli pun. Lagi pun anak anak bawa kamera bersama mereka ke Shah ALam/Nilai diminggu yang lalu. Duduk sendirian dirumah, meonton TV, merayau dan lepak lepak dengan kawan kawan. Ahem ahem, pertama kali tengok World Cup jam 230 pagi, German belasah Argentina. Saya tak minat nak bersengkang mata , walaupun bola ni memang saya ikuti jugak.

Pagi ini, 10 Julai, Selepas Kayuhan Pertama, seawal jam 0640 , saya sudah bergerak dengan Izzudin menuju ke suatu destinasi yang Izzuddin sendiri pun tak tahu gerak hati saya. Bila dah membelok ke simpang kanan, baru saya pecahkan rahsia , kemana kami pagi ini.

Suasana masih gelap, dan kelajuan purata pada 30 minit pertama adalah 9km. Ternyata Izzuddin masih pancit, dan lutut kanan saya agak kejang dari biasa. Hmm, baru 2 minggu rehat ni.


######

Khutbah Masjid Kubang Buaya disampaikan oleh angkatan muda, yang saya kira umurnya masih dibawah 40 tahun. (Bukan Ulamak Muda ek) Beliau byk menyentuh tentang Israk Mikraj dan di sentuh 10 Wasiat Haji Ahmad Badhawi kepada Umat Islam Melayu terutamanya, di awal tahun 40an dulu. Ternyata apa yang diwasiatkan, tidak dilaksanakan oleh anak beliau yang sering 'terlena' di atas singgahsana. Maaf ya, khatib tak sebut pun tentang anak beliau, tetapi, saya yang menokok tambah didalam blog ini.

KJ marah marah pada KPN dan kuncu kuncunya kerana membenarkan Raja Petra bebas di London, dan kununnya ditaja oleh perti pembangkang. Tapi hakikatnya PDRM dan Hisham auw auw tahu keadaan sebenar, tetapi buat buat tak tahulah.

Raja Petra kini mendapat suaka politik dari kerajaan Britain. Permohonan ekstradisi melalui Scotland Yard ditolak , dan segala perbelanjaan biaya hidup ditanggung kerajaan Britain. Tiada sebab PDRM nak siasat parti politik mana yang menaja Raja Petra. RPK mengakui bahawa segala rahsia yang beliau perolehi tentang pembunuhan Ratu Monggolia itu, adalah melalui 'bekas orang No 2 Bahagian Perisikan, Angkatan Tentera'. Itu yang saya tak berkenan sangat sangat dengan PDRM dan ATM ni. Kuasa mereka menghalalkan apa jua tindakan mereka.


Mengapa dosa yang pemimpin mereka lakukan, mereka tidak peduli, sedangkan rakyat marhain yang membuat kesilapan kecil lalu lintas, diugut, akan dihadapkan ke Mahkamah..... Ini contoh kecil tentang ketidakadilan didalam Negara 'Islam' yang mereka bawakan khas dari DK&S . Mereka tuduh parti pembangkang membawa ajaran sesat, sedang mereka yang terang terang......... .




@@@@@@@@@@@@@















Izzuddin berlatarbelakangkan Gunung Jerai dan sawah bendang














Kami mengarah ke pekan Tikam Batu untuk sarapan pagi. Gerai ini menjadi pilihan saya setiap pagi Khamis, kerana Abang Nal dan Maz amat menyukai nasi lemak Pak Man ni.
Saya yang mula perkenalkan nasi lemak Pak Man ni kepada Zam dengan bersms pantun 2 kerat versi nakal , dan dibalas dengan yang nakal jugak oleh Zam:-

Nasi Lemak Gulai Sotong
dot dot dot dot dot(tong )

Akhirnya, setiap Khamis menjadi tugasan saya mengenceng 3 bungkus nasi lemak untuk mereka.















Gerai Nasi Lemak Pak Man, Pekan Tikam Batu. Kenapa nama pekan ni Tikam Batu? Sebab dulu banyak yang mahir mengukir batu/simen di dalam pekan ni. Dulu sebut tikam batulah, sekarang bahasa modennya ukiran abstrak di batu . Kan sejarah tamahun terawal manusia terletak di negeri Kedah.

Selesai sarapan, kami mengarah semula ke bandar SP. Perjalanan mula perlahan, mungkin kekenyangan dan tiada lagi arah tuju selain dari nak mandi dan rehat bila tiba di rumah nanti.














Dataran Sungai Petani, yang sepi diawal pagi 0815 Sabtu 10 Julai 2010














Papan Iklan tulisan Jawi ni bercambah semenjak dua menjak ni. Dulu hanya kelihatan di Kota Bharu Kelantan sahaja. Moga pemerintahan ini kekal selamanya.....

Sempat jugak 'kerabat' pokok cempedak ni, dapat 2 biji lagi, dan kebetulan Zul melintasi di tepi rumah, terus saya 'siulkan', dan berhenti beliau, mencari dari arah mana datangnya siulan saya, hehehe. Rezki dia pagi ni.

Ya, saya masih menulis tentang rakan SRJK(I) Lenggong yang saorang ni, dan menantikan foto terkini beliau yang dijanjikan untuk saya, khas untuk rakan rakan SRJK dan SMDA. Memang email kami berdua ceria sepanjang mengenang kisah kisah lama di Lenggong. Walaupun saya hanya berkesempatan hingga ke darjah 2, dan Roziah hingga ke darjah 6nya. Sedang saya menulis ni pun, sms beliau masih memasuki hp saya bertanyakan tentang Roziah, yang beliau akui , terkenangkan laksa masakan arwah emak Roziah. Saya pun tak berpeluang merasakan laksa arwah mak mentua saya ni tau!!

Latiff Hariri
1002 10072010
Sungai Petani