Bee Gees

Friday, 8 October 2010

Ada Sesiapa Hilang Enjin???















Seberang Jaya 7 Oktober - Kesesakan lebuh raya PLUS setiap awal pagi menghala ke utara dan Pulau Pinang adalah menjadi kebiasaaan bagi warga pekerja. Tetapi pagi ini agak luar biasa. Sesekali di laluan laju, kenderaan berhenti mengejut, dan hampir hampir terjadi kemalangan.

Pada jarak jauh sudah ada sekumpulan orang yang berdiri di sebelah kanan lebuh raya, dan sudah kelihatan lori-lori berhenti di bahu jalan sebelah kiri. Sah, ada kemalangan ini.

Hm, banyak pulak lori 'truck' yang beratur , melebihi tujuh buah.


Oh, saya silap. Truck TUDM rupanya.

Mungkin sedang mencari sesuatu , hingga menyebabkan kesesakan
















Macam 'ikan jaws' kena ikat atas bot sahaja

















Cantik, tapi enjinnya dimana? Ada yang tahu siapa curi?.

Mungkin juga jet ini akan di 'usung' ke Mahkamah Disember depan untuk sebutan kes, sepertimana Musa Hasan mengusung tilam tanpa cadar tu!!



Latiff Hariri
1710 111010
Sungai PEtani

Baharum Mahmood (01121963 - 06102010)
















Idil Fitry 1994 dirumah Baharum dan Jamiah
Baharum, isteri didepan dan anak anak bertemakan warna merah,
Hasdian(1990) dan kembar Mohd Hazmi dan Mohd Hazman (1992)
Yang nakal warna Hijau, Ariff Khashani dan berdukung didepan baby Akmal Hariri
















Latiff, Rahman, Baharum, Kak Sham, Mak Su Azizah, Tety.

Kami membesar bersama. Setiap kali Idil Fitry pasti kami pulang dari Batu Gajah/Lenggong
ke Assam Kumbang, Taiping. Dan saya semakin rapat dengan Baharum bermula dari 1973 - 1981 . Waktu tu kami menetap di Aulong dari tahu 1973-1978, dan saya meneruskan persekolahan , menetap di asrama seketika, dan kembali menetap di rumah nenek bersama Baharum hingga tamat SPM 1981.

Baharum adalah anak kepada kakak sulong emak saya, Umi Kalsom. Dilahirkan pada 01121963, kembar bersama Baharin. Beliau adalah abang .
Dipelihara nenek Bulan , kalau tak silap seawal umur Baharum 2 tahun. Nenek Bulan dan Tok Adam, yang mempunya 12 anak terus mahu membela cucu lagi.

Bahrum mepunyai 10 adik beradik.

Apa yang menarik beliau memanggil Nenek Bulan emak, dan Tok Adam Abah.
Emak saya beliau bahasakan Akak Tun aje.

Selalunya Baharum ni agak adventurous . Banyak aktiviti lasak yang beliau lakukan.

Pernah diwaktu bersekolah menengah di King Edward, saya mengadang beliau gara gara mahu dibuli rakan rakan senior sekelas beliau. Walaupun Baharum senior setahun, tapi, kerana badan saya agak besar, tak berani jugak rakan rakan senior lain membuli saya. Hehe, sebenarnya rakan beliau yang mahu membuli tu pun , rakan baik Baharum jugak. Budak Kampung Tekah.

Saya tiba di rumah Baharum jam 845 pagi 071010 . Jenazah belum dimandikan, Ketua kampung dan surau, sedang menguruskan aturcara perkebumian.

Kira kira jam 1040pagi, baru Jenazah dibawa keluar dari rumah untuk dimandikan.

Masa kecil dulu saya dan Baharum mandi bersama, ini terakhir untuk saya mandikan Arwah.














Jenazah diusung keluar untuk dimandikan

Terkilan, itu yang dapat saya ucapkan. Keadaan perut yang dibedah tidak sempurna, atau mungkin kerana agak kronik, jahitan sudah terbuka.

Selesai mandi dan dikafankan, seluruh saudara mara terutamanya kakak2 dan abang2 serta adik adik , anak anak terus mencium untuk kali terakhir.





















Baharin, kembar Baharum memasuki rumah untuk tatapan terakhir













Jenazah menaiki kereta jam 1120 pagi















Anak sulong , Hasdian dan salah saorang kembar, Hazmi/Hazman















Kembar Hazmi/Hazman (?)














Baharin memerhati dari jauh














Talkin
Petak 635, Tanah Perkuburan Kemunting, berhadapan kilang Silverstone












Mohd Ali, 10 (anak bongsu)menyiram air mawar untuk Ayah





















Hasdian 20, anak sulong arwah Baharum

Adik, merenung jauh......abang telah pergi.

















Selesai semua jam 1240 tengahari. Suasana redup

















Kenangan manis 60an di Zoo Taiping . Gambar kreatif arwah Bapak yang tersimpan

Baris belakang, kiri, tak pasti siapa, Baharum, Latiff, Maksu, Kak Sham
Duduk depan, Rahman, Tety, Pcik Yusuf dan pcik Hamzah.
Ini cucu cicit Moyang Sariah , kelahiran Desa Haraban, Kecamatan Palupuh, Bukit Tinggi,
Sumatera Barat.

Selamat bersamaNya Bayum. Boy doakan dari jauh , sementara menanti 'masa'nya.

Al-Fatihah.

Tiada dosa yang tersimpan antara kita berdua, semuanya dah dilupai dan terhapus dari ingatan.

Latiff Hariri
0925 091010
Sungai Petani


Thursday, 7 October 2010

Syawal Oh Syawal

Syawal semakin meninggalkan kita.

Banyak kenangan manis sepanjang bulan ini, tapi yang satu ini agak meningalkan kesedihan bagi diri saya. Pemergian Baharum.

Syawal tu, dia ada mengadu diwaktu bertandang, perutnya sakit dan menunggu waktu untuk dibedah. Saya beranggapan biasa, dia masih seperti dulu, tapi, ternyata, malam itu yang terakhir kami berbicara.

Sekembalinya dari Kemunting tengahari tadi, saya menerima panggilan talipon dari rakan baik saya, Aziz, yang adik saya yang saorang ini pulak masuk Hospital. Sakit apa , tak pasti.

Dari Butterworth, terus ke kedai alat ganti kereta, beli apa yang patut, terus ke Hospital Pantai di Sungai Petani ni. Mohd pun tak tahu siapa yang mahu dilawati.

Hanya mereka berdua, saya terus bersalam.

Ustad Ibrahim sedang terbaring mengelamun.(Mengelamun cara dialah, berzikir sudah pasti). Terus beliau bangun, menceritakan masaalah yang dialami. Tulang belakang beliau berada pada keadaan tidak normal kerana mengangkat muatan lebih, hahaha.

Mungkin cara mengangkat salah, itu yang sebenarnya.
















Ustad Ibrahim melakarkan keadaan tulang belakang beliau untuk dibayangkan oleh doktor ini.





Apa yang saya tahu beliau perlukan latihan dari pakar fisioterapi(betui ke ejaan ini?)

Tak sampai 10 minit bersembang, jururawat sudah menjenguk untuk menjemput Ustad Ibrahim membuat latihan. Saya terus memohon untuk berundur. Tak sempat berundur , isteri Ustad bersama 3 anak memasuki kamar, beserta abang Man. Tergendala pulak rencana untuk mendapat rawatan ini. Sambung berbual lagi.

Dalam nak bergerak ni, masuk pulak abang Sobri. Hm, banyak sungguh 'peminat' adik saya ni.

Saya dan abang Man buat keputusan meninggalkan Ustad bersama isteri dan anak anak. kami ke bawah isi perut.














Dah Doktor Azman pulak membuat analisa x-ray sambil diperbetulkan Ustad Ibrahim.
Pening ni, doktor ramai sangat















Doktor Azman? Tak lah, usik aje, Abang Man. Orang kuat Sungai Layar ni. Dia kuat ke Masjid Al Amin, serta kuat "berkawan'. Beza umur setahun aje dengan saya. Mula kenal sejak 5 tahun lalu secara tak sengaja , sebab dia nak beli kereta baru, dan tak tahu yang saya dari Qairat yang sama. Itu lah, saya tak 'kuat' mcm abng Man.

Saya bergerak pulang kerumah, selepas seharian berada di luar daerah Sungai Petani.

Harap Ustad Ibrahim lekas sembuh dan kembali bertugas di Masjid dan Tahfiz Al Amin.

Syawal ni, macam macam peristiwa yang berlaku. Pahit pahit manis.


Latiff Hariri
2015 07102010
Sungai Petani

Sunday, 3 October 2010

Lagi Rakan SMDA

928pagi 021010, saya siap muatnaikkan foto pertemuan bersejarah selepas 28 tahun tu, dan 1021 pagi, mendapat respon yang baik dari kak Rosmah ni.

Memang ada perasaan kesal tidak memberitahu semua tentang kehadiran kami , yang selalunya secara mengejut ke Kuala Lumpur.

Selalu begitulah, kalau diwarwarkan , tak ada yang mahu berinteraksi. Bila secara diam diam, menjadi pulak untuk bersua muka ini.





Chew Ka Gee dan Roziah. Kali terakhir berjumpa 1982 masa Tingkatan 6 di King Edward dan St George. Bertemu semula pada 011010 di KLCC



Saturday at 9:28am
Friends Only · Comment ·LikeUnlike ·UnsubscribeSubscribe · View Feedback (3)Hide Feedback (3) · Share
Rosmah Pandak APA NI LATIF...DATANG KL TAK BG TAU...... kat klcc semalam...kalau bg tau sure boleh pi sana semalam jumpa walau sekejab.....
Saturday at 10:21am · LikeUnlikeRosmah Pandak semalam sebelom masuk keje duk pi gak kat ISETAN beli baju n ...pi kat MAXIS bayar bill......apa la....kenapa la tak terjumpa pulak......iash2
Saturday at 10:23am · LikeUnlikeAbdul Latiff Janaton Hariri maaf, adakalnya segan nak berinteraksi dgn rakan2, sebab tak semua yang ceria sambut kehadiran kami di KL. Tapi, tunggu tau, maghrib ni kita berjemaah


Kami 'check-out' sebaik selesai Maghrib.

Bergerak mengarah ke Bukit Bintang. Saya tahu Rosmah kerja dalam bidang perhotelan, tapi tak pernah ambil tahu pulak nama majikannya. (maaf Rosmah) .

Ternyata terlalu dekat dari MARC Apt# ni, tak sampii 5 minit kami dah berada di parkir Grand Millineum Hotel ni. Terus menapak ke lobi hotel.

















Serius jugak kakak kita ni



Ini kali kedua kami bersua muka. Pertama kali berkenalan di rumah Faridah Baharum sempena menyambut manantu pertama batch SMDA 1981 tu.
















Kami beborak dahulu, sebelum dihidangkan dengan kopi panas serta biskut raya.

Baru saya tahu yang Rosmah pun berkampungkan di Taiping, dan sering turun ke utara.
Jadi, jangan sorok daripada kami, setiap kali turun ke utara nanti.

Ya, kami dijemput untuk menyambut menantu kedua batch SPM 1981 SMDA November mendatang ni.
















Hanya berbual sekitar 30 minit, sebelum kami bergerak menuju ke Shah Alam.

Kami memasuki tol Guthrie tepat jam 2200 malam, dan tiba di tol SP Selatan 1255 pagi.

Untung dan seronok dapat tidur di katil rumah sendiri.

Terima kasih Rosmah!


Latiff Hariri
2015 041010
Sungai Petani

Saturday, 2 October 2010

Sesudah 28 Tahun














Salah, kalau saya katakan tidak merancang perjalanan ini.

Cuma hanya saya wartakan pada Khamis malam. Jumaat 011010 saya memang bercuti.

Tepat berita jam 8pagi di radio Klasik, kami bergerak . Saya hubungi emak di Taping, dan berjanji untuk singgah, bersarapan.

Jam 925 pagi kami tiba, rupanya emak dan Zali baru sahaje keluar dari kereta menapak ke Restoran Bismillah ni. Jadi kami berlima lah.










Pekena saorang 2 keping roti, kira melepas rindulah ni


Kami bergerak jam 10 pagi terus ke Sungai Buloh, ke rumah Pakcik Rosli untuk berjumaat di sini.

Mendengar Imamnya berkhutbah, memang panas telinga puak sebelah sana. Disentuh tentang kes pembunuhan Datuk Sosilawati, Ratu Monggolia yang dibom dengan C4 tu, kes dadah bernilai R280juta yang ada unsur unsur rasuah puak PDRM. Ditegur Kastam DiRaja, Jabatan Imigresen dan JPJ.Bukan semua , tetapi segelintir wargakerja.
Panas dan tidak melenakan.

Tahniah Masjid Kubu Gajah!

Bergerak ke Shah Alam, dan terus ke Kuala Lumpur untuk beriadah pada malamnya.

Kira cuci mata dan tabur RM.

Saya tidak beritahu rakan rakan tentang perjalanan ini. Hanya mahu bersama anak anak. Tapi, ada juga yang saya bersms, cuma tidak mendapat balasan, jadi saya diamkan sahaja.

Kira dah menghampiri Maghrib, baru saya warwarkan kepada rakan yang saorang ini.

Tidak menghampakan, beliau setuju. Jadi saya aturkan semua ini tanpa pengatahuan Roziah.

Kami menapak ke KLCC yang terletak kira kira 400m dari pansapuri ini.

Memang santai malam ini, siap berposing sambil menapak.

Ini foto terbaik yang Muhammad Izzuddin lakukan.



































Kami memasuki KLCC dan mundar mandir. Saya dalam diam masih bersms dengan beliau, rupanya beliau hanya menaiki Putra train dr PJ-KLCC. Beliau terlebih dahulu sampai dan kami berjanji bertemu di tingkat atas KLCC .

Ternyata , untuk menjamu selera, harus beratur hampir di kesemua restoran disini.

Akhirnya , beliau memilih restoran masakan Thai, Chakri Palace. Dari jauh saya sudah melihat kelibat beliau, lalu mengarah Izzuddin supaya menyusul dahulu.

Izzuddin terus ke dalam Rastoran, sedangkan saya , Roziah dan Aqilah masih mundar mandir di tingkat yang sama.Hingga bila mereka menyedari kehilangan Izzuddin, baru saya mengarah ke tempat yang dituju, berpura pura mencari sama.

Kira risaulah jugak emaknya bila anak dah hilang ni.


















Ini foto pertama yang dicuri rakam Izzuddin.


Kami masih di luar mencari cari, kununnyalah.

Setelah memperkenalkan diri kepada Auntie Ka Gee, Izzuddin teruskan aktiviti merakam foto kandid ni.

Saya terus masuk ke restoran, ternyata Ka Gee sibuk membuat pesanan makanan. Saya senyum aje, akhirnya, baru Roziah menghidu ada sesaorang yang menanti di meja makan, terlindung oleh pelayan restoran.

Yes, heboh dan kecuh lepas tu!!















Dah 28 tahun tak berjumpa ni! saya sengih aje kat belakang

Suami Ka Gee , Lai Keong masih dalam perjalanan dari pejabat beliau di Jalan Ampang, kira dekatlah. Kami teruskan perbualan.

Ya, saya setuju, saya lambat untuk 'mesra' dengan setiap kenalan yang pertama kali berjumpa.

Ka Gee tanya, mengapa saya serius sangat, sedangkan dalam SMS bukan main lagi gebangnya.

Memang begitu. Saya selalunya tunggu dan kaji suasana rakan sekeliling sebelum mencelah. Kiranya topik kena, dan sudah tahu rentak perbualan dari rakan, saya akan masuk jarumlah!













Kan saya dah sengih tu



Sementara menanti Lay Keong hadir, kami berceritalah. Baru saya tahu Ka Gee dulu di Hua Lian Taiping, dan sambung Tingkatan 6 di King Edward. Saya pernah bertemu Ka Gee masa Tingkatan 4 rasanya, tapi beliau agak 'blur' waktu itu dengan menyatakan adakah saya sesaorang, yang juga rakan SMDA beliau.

Bagaimana saya 'maintain' badan dan bertenaga dengan kayuhan saya, serta mangatur jadual harian saya dengan kerjaya dan aktiviti luar?

Paling senang , kalau anda sudah lebih 10 tahun bekerja di Kuala Lumpur, keluar rumah seawal subuh, dan pulang kerja selewat Maghrib. Menetap di daerah kecil atau bagi saya, kampung ni. tiada menjadi masaalah lagi.

Saya ambil mudah, tiada tekanan sehebat waktu menetap di Kuala Lumpur, yang sekarang ini saya ambil lewa sahaja. Mengapa harus susahkan diri, kerana kita hanya ada 9 tahun sahaja untuk jadi warga tua.

Akhirnya , lebih 15 minit, 'the other half' of Ka Gee sampai.

Ok, memang pasangan ideal.


















Sepadan kan!?

Kami mulakan acara makan makan ni. Pertama kali duduk semeja bersama Ka Gee dan Lay Keong ni. Mungkin Roziah dah biasa makan bersama waktu SRJK dahulu.

Ka Gee kata saya nakal dahulu waktu darjah 1-2 dan suka 'membuli'

Ya, saya setuju, dan saya selalu terlepas dari tindakan Guru sebab saya Monitor kelas.

Baru Ka Gee tahu mengapa saya mulakan karier seawal tamat SPM dan mengapa kami berkahwin seawal usia 21 plus plus tu.














Hm , masakan disini sedap, saya pernah juga mamasuki restoran ini. Saya gemarkan masakan isi ketam yang di letakkan didalam kulit ketam tu.

Sambil makan, sambil berkisah kisah lama, serta isu menarik politik.

Now Ka Gee dah tahu , siapa 'siapa' di dalam jabatan 'itu', yang ternyata merupakan rakan Tingkatan 6 beliau waktu di King Edward dahulu.

Hebat dan 'dot dot dot' kan rakan rakan SM King Edward tu kan?

Saya belajar dengan rakan baik saya di Sungai Petani, Zaki, bagaimana cara menyelesaikan isu
nak belanja kawan kawan makan ni.

Pastikan selesai memesan makanan, 'excuse'kan diri anda sebentar, seakan akan mahu ke kamar kecil, settlekan bil telebih dahulu.

Selepas itu, rakan anda tiada hak persoalkan tindakan anda! Betul tak Ka Gee?















Satu pos istimewa dari 2 gadis sunti Lenggong 1976











Sambung lagi berborak di baranda KLCC sepanjang berjalan ke arah parkir kereta.


Rasanya tak puas berbicara disini dalam masa singkat ini. Saolah olah Ka Gee dan Roziah tak mahu berhenti bersembang. Terbawa bawa di luar restoran, saya kira 3 kali saya bersalamanan dgn suami Ka Gee diluar, selepas bersalaman semasa bangun dari meja makan.

Akhirnya kami berpisah jam 10mlm.

Kami berempat menapak ke MARC Apt#, kira kira 400meter dari KLCC.














Menara Kuala Lumpur waktu senja




















Berlatar belakangkan, Menara Public Bank
















Dari beranda tingkat 26 MARC Apt#.

Malam ni, tidur tak lena, sebab berubah tempat. Dan ada permainan mercun di samping Pangsapuri ini, mungkin ada sambutan pesta agaknya.

Terima Kasih Ka Gee & Lay Keong!

Ada yang nak jumpa kami lagi?


Latiff Hariri
1850 021010
MARC APT#, Jln Pinang, Kuala Lumpur

Tuesday, 28 September 2010

Berziarah diSyawal

Dah menjadi budaya agaknya, majlis 'rumah terbuka' ni. Walaupun Syawal tetap syawal, semua rumah sepatutnya menerima tetamu. Dan tak semestinya dibulan Syawal sahaja kita berziarah sesama kita.


Bagi saya, 'rumah terbuka' ni , lebih kepada acara menjamu rakan rakan Islam terutamanya, yang 'kunun'nya 'letih kurang makan' selama sebulan. Jadi sesuai diadakan majlis ini, dan dihidangkan dengan perlabagai masakan panas/sejuk dari tengahari hingga ke malam.


Dan pastinya, kiranya kita tidak merancang dengan baik, pembaziran akan berlaku.


Rumah terbuka saya sudah selesai, sebab itu saya pandai memberi komen, hehehe.


Sabtu minggu pertama Syawal lalu, sekurang kurangnya ada 6 rumah terbuka yang harus saya lawati. Ada yang dekat, ada yang jauh. Yang jauh tu kira 'kirim salam' aje lah. Sepertimana yang saya alami bila menjemput rakan rakan yang agak jauh rumahnya dari bandar Sungai Petani.


Rumah pertama yang saya lawati pada hari ini ialah saudara Hadi Mohamad, rakan bujang saya di Kulim dahulu. Kami yang pertama tiba sebelum jam 12, walaupun acaranya bermula jam 12.
















Ini untungnya bertandang awal, makanan masih segar dari periuk.

Arison melayan kami 5 beranak.
















Berita gembira dari Harian Sinar, bekas pelajar TI Alor Setar adakan mini reuinion di RadixFC Sungai Petani. Wajah Hadi pun ada di akhbar hari ini



Ya lah, nak kejar masa menyusun rumah rumah ni, bukannya mudah.


Minima 30 minit setiap rumah, masa perjalanan yang dilebihkan.

Kami berada di rumah Hadi Arison ni, sekadar 30 minit, menjamah serba sedikit.

Mereka tinggal berdua aje, anak anak dah tebang masuk ke kolej semula.


Kami bergerak ke arah Bertam , Kepala Batas. Menuju kerumah Zaidi. Janjinya jam 2 ptg, tapi kami tiba jam 145 ptg, gara gara mahu mengatur semaksima rumah yang boleh.















Kan, belum siap, grill pintu pun masih berkunci. Saya bersoal jawab dengan Zaidi sebab awal sangat, tapi saya persoal, kenapa dah tahu jam 200 bermula, jam 150 pun belum hidang.

Makanan sedang dihidangkan, dan kami dijemput makan jam 155ptg. Masakan bapa mertua Zaidi, yang juga pemilik gerai makanan di Kepala Batas. Kira masakan pakar lah ni.

Jam 235 kami bergerak ke rumah Fazrin pulak, yang terleltak di lorong belakang dari rumah Zaidi.















Fazrin dan Zahirah, bersama putera bongsu.

Pun sama, sekadar sementara , dan kami bergerak ke arah utara pada jam 1500ptg, ke arah Sungai Lalang.

Ke rumah anak arwah Imam Hasan Baling ni, Zaki. Zaki kawan rapat terawal yang saya dapat, pada awal berhijrah ke Sungai Petani.



Dia talipon saya waktu di rumah zaidi, dan saya terus kata ok, dalam jam 3 keatas saya akan sampai, dan minta dia hidangkan mihun goreng panas untuk kami.



Kami tiba jam 320 ptg, dan ternyata, isterinya, Fiza, sedang menggoreng di dapur. Saya hanya melawak, dia buat sungguh!
















Semua perabut jati, kami berdua beli sendiri di Jepara. Masa tu, Wizan dan Raja Anuar pun turut serta. Wizan yang paling hebat, beli rangka pintu untuk banglo beliau.
















Melihat hasil kretif lantai anjung yang direka sendiri Zaki serta rakan beliau. Kosnya murah,tapi, kualiti seakan 'pro'.

Dah rumah keempat ni, dah dah melepasi waktu Asar, kami mula merasa mual untuk meneruskan acara makan makan raya ni. Akhirnya, saya buat keputusan untuk melencong ke Tanjung Dawai sahaja. Aqilah pun ada assignment yang perlu dibuat sebelum pulang ke UiTM















Ini jetinya Tanjung Dawai. Bot persiaran ke seberang, Pantai Merdeka, atau beriadah sekitar pulau pulau disini.














Pusat gerai hasil laut yang dikeringkan. Serta gerai makan dibahagian bawanya. Keadaan didalam tidak mengizinkan saya untuk bergambar, amat menyedihkan


















Gerai Mak Anjang, disini tempat biasa saya membawa tamu tamu menjamu selera

Kami tinggalkan Tanjung Dawai sekitar jam 1800 petang, menghala ke daerah Yan.

Saya suka kesini jika mahukan ikan ikan yang baru dinaikkan dari laut. Harganya agak mahal, sesekali membeli bolehlah. Lebih patut harganya di pasar tani Sungai Petani.

















Keadaan pasar yang peniaganya 100% bumiputera















Anak TKU. TKU tu apa? Tukun Kurang Upaya. Cacat.

Kami tinggalkan daerah Yan sebelum menjelangnya maghrib. Tamatnya berziarah pada Sabtu ini. Ahad, tak mahu kemana. Faiqah pulang ke Nilai jam 1245 tengahari dengan bas sewaan mereka, sedang Aqilah mengekori ke Shah Alam. Kembali kepada keadaan asal.

Malamnya ribut, yang merosakkan 50 rumah di Sungai Petani. Tetapi tidak bagi kawasan rumah saya disekitar Sungai Layar ni.

Hari Isnin, sekembalinya dari tempat kerja, kira kira jam 1900 senja, keadaan menjadi kelam sepertimana semalam. Izzuddin sudah bersedia dengan lensnya untuk merakam. Memang menakutkan dengan bunyi deruan angin serta awan hitam berarak laju seoalah olah langit akan runtuh pada bila bila masa. Hari ini tiada kejadian atap rumah berterbangan.
















Baru jam 7ptg, tatapi keadaan seperti jam 745 mlm.

Rasanya acara rumah terbuka ni, tamat disini sahaja. Saya sudah keletihan untuk bertandang lagi.


Latiff Hariri
0903 021010
MARC APT#, Jalan Pinang, Kuala Lumpur

Sunday, 26 September 2010

IJAZAHNYA DIHATI - Renungkan

Pagi itu memang membuat aku terdiam dan banyak memikirkan tentang perjalanan hidup aku dan rakan rakan persekolahan aku dulu. Ya lah, sudah jauh rasanya perjalanan hidup ini. Kami mula berpisah sebaik sahaja tamat kertas terakhir ujian SPM tahun 1981 dulu. Ada yang sempat bersalaman, ada yang hilang terus. Ada yang berhubung menerusi surat atau talipon, tapi tak ramai. Sekadar mengetahui perkembangan rakan rakan, melalui rakan rakan yang lain, itu adalah kebiasaannya.



Bila saya 'pulang untuk kebaikan' di daerah utara ini, saya mula merasa, masa dan ringgit yang sering saya kesempitan semasa di ibukota dahulu, mula beransur hilang. Baru saya tahu bagaimana rakan rakan muda di pejabat saya ini boleh berkeretakan Waja baru dan keatas, sedangkan saya hanya Wira yang sudah berusia mencecah 4 tahun itu.


Ini kisahnya.

Pagi itu seawal jam 8, aku sudah mulakan tugas membelek dan memeriksa setiap permohonan pinjaman yang aku dan rakan rakanku terima dari bakal bakal pelanggan kami. Ada yang saya talipon untuk kali kedua atau ketiga , ke pejabat majikan pelanggan , bagi memastikan kesasihan pekerja dan jawatan yang disandang. Satu persatu melepasi saringan aku.




Pelanggan yang keenam ini menarik perhatian aku, wajah kad pengenalannya saolah olah aku sudah mengenalinya. Ditambah pula, nombor negeri dan tahun kelahirannya sama seperti didalam kad pengenalan aku. Aku terus menalipon pejabat pemohon tersebut dan mencari jabatan yang boleh mengesahkan jawatannya.



Satu kerja yang mudah, kerana hanya pengesahan kali kedua, kerana kebanyakan permohonan telah disaring oleh rakan rakan yang lain, sebelum aku membawa masuk ke bilik Ketua, untuk kelulusan beliau.



Selesai urusan kelulusan, aku terus menalipon kesemua pemohon yang berjaya untuk temujanji selanjutnya.



Seawal jam 9 keesokan harinya, aku sudah berada di hadapan kilang pelanggan ini. Mengikut jawatan yang diberi, Penyelia Keselamatan. Sudah melebihi 18 tahun bekerja di kilang tersebut.

Bila aku melapurkan diri di pos pengawal, ternyata mudah, kerana beliau adalah Penyelia mereka. Aku menanti di ruang tamu . Datang sesaorang, yang iras wajahnya sama sepertimana foto didalam kad pengenalannya. Berkemeja putih, celana hitam serta berkupiah, dan sedikit berjanggut.



Kami bersalaman dan duduk mengadap. Sambil meminta beliau menandatangani borang perjanjian, aku selitkan beberapa soalan tambahan untuk kepastian. Nama isteri, kerja dimana, berapa orang cahaya mata :- ini semua membantu.



Ternyata beliau senang dengan kehadiran dan keramahan yang aku tunjukkan. Selesai sesi tersebut, terus diajaknya aku ke kantin untuk sarapan bersama. Aku tak pernah menolak bahagian menjamu selera ini.



Waktu minum dikantin , baru aku bertanyakan asal usul beliau. Sebenarnya, aku dah yakin seawal tadi lagi bila beliau memasuki keruang tamu. Cuma, tak mahu mengubah suasana antara pelanggan dan pihak yang memberi pinjaman.



" Saya dulu asal Taiping....." itu sebahagian yang awal keluar dari mulut beliau, bila saya memotong.



" Anak Pak Mat, Polis kat .......... itu kan?"



Beliau tergamam. Bagaimana aku boleh mengenali ayah beliau.



Yang lain tu, tak perlu di ceritakan lagilah. Dah bersalaman diawal tadi, ditambah dengan pelukan mesra dikantin pulak. Wajah ceria serta hampir ada manik manik halus dibebola mata beliau. Sudah melebihi 18 tahun kami tak berjumpa!



Saya tak lah rapat sangat dengan beliau kerana kami berada didalam kelas yang berbeza. Tapi, setiap kali aktiviti Persatuan Bahasa Malaysia , kami pasti duduk sekelompok. Orangnya pendiam tapi mesra. Tak meninggi diri langsung.



Aku ceritakan tentang rencana aku dan rakan rakan lain yang mahu ber'reunion' tidak lama lagi, dan mengajak beliau turut serta aktif didalam .

Ya , dengan senang hati beliau menerima perlawaan aku, cuma katanya, beliau agak payah untuk bermesyuarat sesama nanti, kerana tidak dapat meninggalkan daerah tempat kerja tergesa gesa tanpa memberi notis seminggu kepada majikan.

Di awal bulan pertama tertubuhnya jawatankuasa , Bendahari kami masih boleh memberi penyata akaun dengan baik, nama nama penderma serta perbelanjaan yang harus dikeluarkan, tetapi, sejak dari pertemuan dengan anak Pak Mat Polis tu, si Bendahari sering bertanya, dari mana datangnya RM100 - RM200 hampir setiap bulan. Dari risikan beliau wang tersebut dikreditkan menerusi perbankan internet.

Saya yang 'pakar' dalam mengorek rahsia ini, meneruskan siasatan membantu si Bendahari ini, mencari puncanya wang tersebut. Alah, perkara mudah bagi mereka yang sudah biasa dengan urusan perbankan ini.

Puncanya, sudah saya temui. Di bulan ketiga, dimana akan berlangsungnya acara pertemuan semula itu, saya terus menalipon anak Pat Mat Polis tu, untuk minum minum petang. Terus beliau mengudang aku ke rumah beliau yang terletak di persempadanan negeri Kedah dan Pulau Pinang.

Rumahnya rumah kampung jenis kayu dan berdapurkan simen dibawah. Aman dan nyaman dipersekitaran. Ternyata sifat merendah diri beliau terbawa bawa oleh anak lelaki teruna beliau yang baru sahaja menamatkan alam persekolahan itu.

Selesai acara minum petang dan setelah mendapat kepastian dari beliau, yang beliau akan hadir di majlis itu nanti, saya pun memulakan persoalan saya tentang wang kiriman misteri yang di kreditkan ke akaun Urusetia itu. Ternyata beliau indak menunjukkan apa apa reaksi terhadap pertanyaan saya. Saya musykil. Siapa yang tahu nombor akaun tersebut, selain dari rakan rakan sekolah saya?

Saya tidak mengalah, pulang dengan misi terakhir, iaitu berhubung terus dengan pemilik akaun yang mengirim wang melalui perbankan internet itu. Miliknya orang Tionghua, yang tarikh kelahiran pada nombor kad pengenalannya, ternyata, tua lebih dari 15 tahun dari saya.

Ya, sah! Majikan anak Pak Mat Polis ni. Beliau akan memberi RM100 setiap bulan kepada towkay beliau untuk dikreditkan ke akaun Urusetia, dan jumlah penuh kiriman dari beliau sehingga hari itu ialah RM500.00 !!

Aku mula malu pada diri sendiri. Aku rahsiakan kisah ini bersama Pengerusi Urusetia aku sahaja. Aku yang awalnya memberi RM200 kepada Urusetia, ternyata tiada nilainya jika dibandingkan dengan rakan aku yang saorang ini.

Pengerusi dan aku bersyukur dengan kenikamatan berkawankan beliau. Tak disangka, sesaorang yang hanya berkelulusan SPM dan bekerja di sabuah kilang kecil didaerah terpencil, boleh memberi sebanyak itu, sedangkan aku, yang berkelulusan Ijazah Kewangan ini......?

Malu , malu , malu. Ijazah beliau yang lebih besar dan hanya terletak dihati beliau!

Terima kasih ZZZA.


(Kisah ini diceritakan oleh rakan seangkatan saya. Bermakna hanya kami bertiga yang tahu siapa pengirim RM500 itu. Saya amat kagum dengan beliau dan pernah berziarah kerumah beliau di sebuah perkampungan. Tanah kebun 10 ekar milik isteri di menafaat menjadi kebun buah buahan, dan pendapatan beliau dan isteri melebihi RM10k setiap kali musim buah menjelma. Tertanya juga pada diri sendiri, dengan jawatan dan kewangan yang kununnya kukuh ini, dengan hanya memberi RM100 untuk majlis Re-union yang lalu, apakah sudah hebat berbanding dengan rakan saya ini? Ijazah saya terletak di dinding rumah agaknya?! Hehehe.)


Latiff Hariri
1740 26 September 2010
Sungai Petani