Bee Gees

Tuesday, 16 November 2010

Kunjungan Kasih -Serikin, Sempadan Malaysia/Indonesia

24102010

Pagi ini, kami bertuah, kerana rakan SeMemerintah Zawawi, dari Kem Perissen dan isteri, bersetuju mengiring kami ke sempadan Indonesia, Serikin.

Bertuah kan kami? Dua Pegawai Memerintah tu! Semangat setiakawan Awi and the gang ni, harus dipuji, sanggup berkorban masa demi menggembirakan kawan kawan.

Saya yang tak sabar sabar untuk kesana, tapi Awi kata lebih baik lewatkan, kerana barangan lebih murah disaat akhir pernigaan.

Sepertimana biasa, kami bergerak rengan kenderaan masing masing menghampiri jam 840 pagi, dan tiba di Serikin menghampiri jam 945 pagi.


Pemandangan sekitar perjalanan dari Kuching ke Serikin.

Arah haluannya sama, ke Seri Aman, tetapi, sekitar 40km, kami membelok ke kanan, sedangkan ke Seri Aman mengarah ke kiri. Kira saya dah hafal jalan jalan ini sebab sering jugak kesini sebelum kehadiran Zawawi ke sini.

Bila membeli dan belah ini, kita tidak boleh mengekori sesaorang, kerana masing masing mahukan kepuasan tersendiri. Kami berpecah untuk mencari kemahuan diri masing masing.

Saya sudah 3-4 kali kesini, jadi agak tidak menarik untuk saya membeli belah, kerana sudah biasa.

Akhirnya, Zawawi , Hisham(Pegawai Memerintah Kuching) dan saya, pekena teh O beng de gerai lorong belakang. Peniaga peniaga ni udah kenal Bapak Zawawi dan Bapak Hisham rupanya, terutamanya isteri Hisham, Ibu Mia .

Kami melepak disini hingga jam 1230 tengahari, tanpa membeli apa apa barangan.


Mokhtar membelek jaket kulit , teruja dengan coraknya, tapi harga agak tidak kena.



Zul dan Yob, kenalan baru Zul.Dua dua bujang?

Cap Gajah Duduk. Jenama ini pilihan saya, ada bermacam kualiti dan harga, hanya sediakan uangnya Pak!


Zul dengan telekong, nak buat hantaran ke?

Beginilah keadaannya pasar minggu Serikin, 100% peniaga Indonesia. Seakan Wang Kelian Perlis?

Menghampiri jam 1 tengahari, saya mula mencari kesemua rombongan Kak Kiah. Di parkir ini saya terjumpa gang bujang sedang melepak . Cuaca disini memang berbahang, sebab terletak menghampiri garisan 0' Khatulistiwa.

Wan mendodoi Osman supaya lena seketika




Sekali pandang , saya sangkakan bapak ini peniaga gerai ukir nama, jowo ke, timur leste?

Pasangan yang tak boleh dipisahkan. Mungkin jugak kena dera dengan jamilah, gara gara ditinggalkan pada malam pertama, semata mata nak bermalam dengan Awi.

Purse dengan baju sama aje coraknya, dah ada purse dan handbag pun, nak beli lagi kat sini

Kalau nak ikutkan, kat sempadan Perak/Betong pun ada jual jeans, kat pasar atau kedai di Lenggong pun ada, tapi, disini berbeza. Saya penggemar Jeans Indonesia yang qualiti ekspot.
Saya tahu membezakan yang Indon, yang Siam dan yang Malaysia, quality tak sama.
Kalau mahu yang bagus, ke Bandung confirm akan beli.

3 Jejaka ini pernah dicuba untuk dilelong melalui FB oleh rakan rakan SMDA, tetapi tiada yang berani membida, kerana sahamnya terlalu tinggi.

Kami bergerak meninggalkan pekan Serikin melepasi jam 2 ptg. Kepanasan disini boleh disamakan seperti berada di Langkawi.

Ada rakan bujang saya yang masih tak puas makan Ayam Penyek malam tadi, jadi kami berpecah. Tapi, saya pasti restoran tu ,tak dibuka siang.

Kami beramai ramai makan di restoran pinggir kota Kuching, dan selesai makan, yang perempuannya, diketuai oleh Puan Nia, isteri Pegawai Memerintah Kem Perissen, menuju kekedai manik dan crystal untuk menambah collection gelang tangan Kak Dah.

Saya dan sebahagian yang lain pulang ke rumah tamu, sementara sebahagian ke Water Front.

Dah tak berdaya untuk berjalan lagi, nanti malam dah nak balik ke Pulau Pinang.




Latiff Hariri
2100 16112010
Malam Idul Adha
Sungai Petani

Friday, 12 November 2010

Kunjungan Kasih - Ayam Penyek di Tebing Sungai Sarawak

23112010

Selesai solat Maghrib, kami bersedia untuk bergerak lagi.

Tapi, sebelum tu, Awi dah menghantar Joe ke Lapangan Terbang, untuk pulang ke Ipoh, melalui Penang. Memang Awi siap nak beli tiket lain, supaya Joe ubah fikiran, dan saya memang dah berkali pujuk dia, tapi dia tetap nak balik awal.

Mungkin nak hadir Perhimpunan, hehehe.

Acara makan malam di luar. Tak adil asyik Zawawi dan Kem Pakit yang sediakan makanan untuk kami, mahu juga kami pulak berbelanja. Kami sepakat, " Ikut hang Latiff, kita tong-tong" , Asri memberi cadangan.

"Tip, nanti u kira semua, kita share ramai ramai", itu kata Abang Yamin .

Gang budak bujang, semua dah kena cucuk hidung dengan saya , tak perlu tanya.
Wan, Osman, Rod dan Fazrin sudah biasa mengekori saya ke Jakarta , Padang dan Semarang, cukup hari aje saya hantar bil, dan mereka bayar aje. Senang bila kawan kawan jenis ni ; - tak berkira dan saling membantu bila rm berkurangan.

Tapi di Kuching ni, bukan soal RM berkurangan, memang dah sedia pun bila 17 orang mengekori saya.

Kami bergerak, entah kemana tujuan kita malam ini, kira dalam 15 minit memandu kearah Bandaraya Kuching ni. Berdekatan Pasar Satok rupanya, sekali pandang gerai ni....., biasa aje.

Saya tanya Kapt Firdaus, "Kat mana ni? Apa menu malam ni?"

"Restoran Ayam Penyek, yang tersedap di Kuching ." Balas Kapt Firdaus.

Alah, ayam penyek, dah besa makan ni, di Bandung dan Medan, Restoran Wong Solo. Eleh, kita dah biasa makan, eksyen lah ek?

Hujan gerimis bila kami memasuki gerai cum restoran ni. Dah tersedia lebih 8 meja untuk kami yang melebihi 25 orang ni.


Tengok foto memang menarik, tapi tukang ambil pesanan kurang menarik....


Jadi, semua acuh tak acuh memesan makanan. Awi cadangkan semua makan makanan yang sama supaya cepat dan puas hati, semua memesan Nasi Ayam Penyek



Tukang ambil pesanan makanan, bercakap, tapi yang duduk buat acuh tak acuh aje


Saya kaleh kebelakang, haa, dah tukar orang lain pulak ambil pesanan


Rashi buat tak heran, tapi kakak kakak dia disebelah, terpesona tak berkedip mata, kenapa ek?




Sengaja ambil shot jauh pun supaya tak berapa jelas. Tengok ajelah Awi , Saiful, saya, Osman, Hisham dan lain lain, boleh terkehel tengkuk!



Osman tak habis habis dengan FB nya, upload foto segera. mungkin wife tanya ada kat mana, kenalah hantar bukti.




Ini anak anak buah Awi yang sedia dan setia melayan kami. Malam ni kami pulak jadi tuan rumah


Memang sedap Nasi Ayam Penyek ni. Kalau di Wong Solo, saya beri 10, disini 8.7, termasuk harganya. Tempe, tahu, ulam kobis dan........


Haa, dah dapat makanan baru aman, senyap sepi seketika



Siapa nak tambah nasi? Sedapnya hingga tak terkata

Saya agak, kami bergerak meninggalkan gerai ni melepasi jam 10 malam. Rakan PDRM abang Man dari Kuching pun datang bertandang sama disini, sepatutnya mereka datang awal supaya boleh makan bersama.

Hujan masih gerimis, kami bergerak ke arag WaterFront.

Pada awalnya berpecah sebab ada yang turun di bahagian hulu, ada yang di hilir berhadapn Hilton.


Hisham, Osman, Zulkifli dan Latiff berlatarkan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Dua kawan baik, mengenali Osman pada tahun 1989 , junior setahun dr saya, dan berbintang sama

Kami menapak perlahan lahan ke arah hilir , berhadapan Hilton. Sudah menanti Saiful Awi, Asri dan Jamilah.

Kira sambung gelak ketawa, baru saya tahu cerita sebenarnya disini.

Kak Dah baru tiba, kami berpecah masa di Restoran Ayam Penyek gara gara rakan rakan PDRM abang Man berkunjung bila tahu abang Man turun ke Kuching.


Foto tanpa tripod, agak bergoyang, kena belajar lagi ni

Saiful sedang menalipon sesaorang sedangkan Kak Dah cari suami dia hilang




Gang PDRM Kuching datang memberi kunjungan hormat kepada sifu mereka abang Man.

Memang kecoh malam ni. Saya tumpang gelak besar dengan perangai Saiful dan Awi ni.

Kami melepak disini melepasi jam 12 mlm, bila saya mula menalipon Wan supaya mereka bergerak dengan aktiviti bebas mereka, tak mahu mereka menunggu kami yang baru nak belajar berlepak ni.

Wan dan rakan rakan ATM bergerak , tinggalkan kami.

Ini lah rakan , teman, sahabat, staff yang setia menunggu kami di Sungai Sarawak ni




Kami tinggalkan Sungai Sarawak dengan penuh seribu kenangan.

Malam ni, pulang agak awal dari biasanya, tak melebihi jam 1 pagi.

Osman bermalam diruang tamu rumah tamu kami.

Esok pagi dah nak ke Serikin pulak, tabur RM kat sempadan Indonesia.


Latiff Hariri
1600 12112010
Sungai Petani

Saturday, 6 November 2010

Perkahwinan Yang Reunion - Dewan Jalan Jelatek, Datuk Keramat 06112010

'PERKAHWINAN YANG MEREUNIONKAN' DI MAJLIS KAK ROSMAH DENGAN MENANTU SULONGNYA. 06112010

Saya tak nak bercerita panjang, biar sebahagian komen komen kawan kawan SMDA ini yang bercakap serta sedikit foto ini yang menggambarkan suasana majlis Perkahwinan anak Rosmah ni.

Saya terlalu teruja hingga tertinggal konvoi Faridah Yamin dan Aswana, hati dah tak sabar sabar nak tengok wajah wajah yang hanya saya tatapi lewat FB selama ini.






Duduk:-Dr Ro, Hasnah,XX,Rosmah,Bee,Nora,Norma,Roziah

Zahari,Ismail,Ramli, Latiff,Khairul,Zawawi,Zulrahim,Yon,Ghaffar
Tagged:Norma Amin, Nora Norarfa Ramli, Bee Z'oul, Rosmah Pandak, Hasnah Hadi, Zawawi Adam, Zulrahim Abdulrahim, Abdul Ghafar Abdullah, Yon Rosli Daud, Mohd Zahari Ariffin
15 hours ago Friends Only · Comment · LikeUnlike · View Feedback (22)Hide Feedback (22) · Share

*
*
Juriah Mat Isa, Rosli Yusuf Said and Othman A Bakar like this.
*
o
Norma Amin kenduri kawen yg bertukar menjadi reudion...bagai dlm minpi dpt jumpa kekawan lama. macam semalam ye baru abis sekolah...huhuhu
13 hours ago · LikeUnlike · 1 personJuriah Mat Isa likes this.
o
Hasnah Hadi mcm ambil gambar masa Form 5 dulu-dulu ye....
12 hours ago · LikeUnlike · 1 personLoading...
o
Zawawi Adam Berbaloi aku balik jauh jauh........
12 hours ago · LikeUnlike · 1 personJuriah Mat Isa likes this.
o
Norzaila Muhammad Yusof aku pon berbaloi ponteng camping kat skolah ari ni...hihihihiiii.....
12 hours ago · LikeUnlike · 1 personJuriah Mat Isa likes this.
o
Zawawi Adam Lerrr hang ponteng ke Zila. tahniah.....terima kasih kerana masih kenal sedara Zila....
12 hours ago · LikeUnlike · 1 personJuriah Mat Isa likes this.
o
Hasnah Hadi ooooo....berbaloi-baloi belaka rupanya....
12 hours ago · LikeUnlike · 1 personLoading...
o
Nora Norarfa Ramli kengkawan.....fazinatun haniza baru je joint kita tadi.....bertambah sorang lagi kwn kita.....
12 hours ago · LikeUnlike · 1 personJuriah Mat Isa likes this.
o
Norzaila Muhammad Yusof Awie hang kata aku sombong..tu la aku cari jln nak pegi jugak...
sungguh berbaloi..
12 hours ago · LikeUnlike · 1 personJuriah Mat Isa likes this.
o
Zawawi Adam Tq zila. kita tetap bersedara.
11 hours ago · LikeUnlike · 1 personJuriah Mat Isa likes this.
o
Yon Rosli Daud Masa terasa begitu singkat..kenduri dan reunion yang berjaya
10 hours ago · LikeUnlike · 1 personJuriah Mat Isa likes this.
o
Yon Rosli Daud Ada yang hampir 30 tahun tak jumpa. Rasa macam semalam habis tingkatan 5.
10 hours ago · LikeUnlike · 1 personLoading...
o
Hasnah Hadi Lepas F5 langsung tak pernah jumpa....syukur ke hadrat Illahi dipanjangkan usia & rezeki kita dapat bersua kembali walaupun tidak semua kawan2 yang hadir pada majlis ini.
10 hours ago · LikeUnlike · 1 personJuriah Mat Isa likes this.
o
Nora Norarfa Ramli insyaallah lepas ni kita try arrange agar lebih ramai yang datang......nanti kita pilih tempat n hari yang sesuai untuk reunion....
10 hours ago · LikeUnlike · 1 personJuriah Mat Isa likes this.
o
Yon Rosli Daud sorry le..yang kat lenggong akan datang ni aku tak dapat balik..
10 hours ago · LikeUnlike · 1 personLoading...
o
Zawawi Adam dah agak dah.hehehehehehe.jangan marah prof gurau je ya.....
9 hours ago · LikeUnlike · 1 personLoading...
o
Asri Mohamad x pa ...sapa bolih balik mai la......sila sila lah kedaerah usang ni..
8 hours ago · LikeUnlike · 1 personLoading...
o
Yamin Faridah ape2 pun aku minta maaf kat suami terlupa sebentar keujudannya.happy sgt junpa kawan.
7 hours ago · LikeUnlike · 1 personLoading...
o
Abdul Latiff Janaton Hariri memang best dan happy tengok muka2 ceria bila bersalaman buat pertamakali selepas 30 tahun tak jumpa. Dapat bersua ptama kali dgn juriah, Norma, Dr Ro Bee, Khairul, Aswana,Yon dan ramai lagi yang tak pernah saya berkenalan. Saya masih inginkan ramai kenalan lama di SRJK dan kenalan baru di SMDA. Tahniah kpd kita semua yang hadir serta Kak Mah dan suami
2 hours ago · LikeUnlike · 1 personLoading...
o
Juriah Mat Isa semalam rasa happy sangat....dapat jumpa semula sahabat satu sekolah, satu daerah..walau pun pertemuan itu sekejap cuma , namun ianya mat bermakna... terima kasih ros .....wilmah mu telah menyatukan kami semua semula..
about an hour ago · Like


Kak Rosmah bersama cucu? Hm , anak ke ni? Baju sedondon


Cara tu macam nak bertepuk bertampar, hingga terhenti suapan Ramli dan ZulRahim.Ni kira makan semeja pertamakali selepas dikantin SMDA agaknya!!

Bila Fatin, jurukamera rasmi Zawawi panjat kerusi untuk mendapat sudut terbaik, Izzuddin jurukamera rasmi Latiff pun melawanlah. Latihan anak tentera ni lain banyak.....hehehe

Senyum dan ketawa menjadi bukti kisah kisah lama masih terpahat dihati

Hanya Hasnah dan ZulRahim yang agak bersedia, yang lain dah mangli nak berfoto


"Apalah korang ni, tak reti reti....." Agaknya itu lah kandidnya kata kata ucapan Kak Dah kepada Kerol dan Mail, Abang Man hanya memantau disebelah Kak Dah



ZulRahim, Roziah, Hasnah, Bee dan Zawawi, Zaharah memantau Awi dari belakang


Kandid - Aswana nak bersebang pun ia jugak, nak berfoto pun ia jugak, sedangkan Dr Zaharah bertemu Dr Ro, pun belum bersedia














Khairul, Isteri Yon, Aswana, Yon Rosli dan Dr Ro



Dr zaharah bersama Izzuddin. Berfoto dengan Doktor pulak, dulu dulu dengan Leftenan Kolonel














Zahari, Ramli,Khairul,Latiff,Ghafar,Zawawi,ZulRahim, Suami Kak Mah, Pengantin,Abg Yamin,Yun dan isteri, Isteri kpd Zahari

Faridah,Zaharah,XX,Nora,Norma, Juriah,Rosmah,BeeNash,Hasnah, Roziah danxx


Maaf,yang XX akan saya kemaskini nama anda, memang terlupa yang tak disengajakan.

Banyak foto lain, akan saya FBkan nanti saat saat anda berpelukan dan bersalaman.....

Menuju kerumah Ismail pulak!!


Latiff Hariri
1005 07112010
UITM Shah Alam

Friday, 5 November 2010

Kunjungan Kasih - Selamat Tinggal Sarawak

24102010

Saat mahu bertemu memang mendebarkan , tetapi saat berpisah memang memilukan.

Setiap yang bermula , pasti ada akhirnya.

Seawal jam 1700 kami sudah bersedia segalanya, menunggu Tuan Awi kita menjemput kami , untuk dihantar ke LTAK.

Tapi , adik adik tentera ni pulak sibuk didapur menyediakan jamuan, ish ish ish, tadi kata nak makan ramai ramai laksa Sarawak di LTAK.


Makan tengahari bersama 2 Pegawai Memerintah Kem Pakit dan Perissen, Zawawi dan Hisham.
Disebelah Tuan Hisham, Mia, isteri beliau.

Mokhtar dan Izzuddin merayau ke Kota Kuching,selepas makan tengahari

Kami bersembang petang, sambil pekena teh O dan Nescafe sorang secawan, mencerita semula kenangan manis sepanjang 3 malam 3 hari di Sarawak.

Sedangkan Puan Mia, membawa isteri-isteri kami mencari perhiasan lengan dan leher. Ternyata mereka kesal kerana terlewat mengenali Puan Mia ini

Zawawi dan Shaiful tiba menghampiri jam 7 ptg, kami diminta makan dahulu kerana mahu mengejar masa. Kira mereka berdua hanya lewat 10 minit, dapat jugak duduk semeja.




Makan tetap kena makan, tapi , kami tak boleh berhenti ketawa.


Kami meninggalkan Kem Perissen menghampiri jam 710 malam. Perjalanan tak melebihi 20 minit. Setelah selesai mengeluarkan beg dari kenderaan, yang sediaada, berfoto ramai ramai sebelum masuk kedalam LTAK.


Osman sempat menyakat yang berbaju hitam ni,"Ni bukan kumpulan Black Maria ni, tapi kumpulan Black Paria", hahaha, memang Osman kurang asam.


Asri pun dah pandai letak tangan dalam kantung seluar.






Yang terharunya,Puan Mia, suami dan anak anak turut menghantar kami ke LTAK termasuk Kapten Norehan.

Foto beramai ramai ni, kira gempak jugalah satu LTAK, siap 4-5 jurukamera mengalahkan VVIP

Bermula dari sini, Zawawi, Saiful , Tuan Hisham serta anak anak buah Awi, terus menjadi tumpuan kami untuk berfoto peribadi dengan mereka.Glamour gitu, macam artis yang direbut rebut .



Rakan seSRJK/SMDA 1971-1981 , berpisah lagi pada 24102010 (kira lebih 39 tahun persahabatan ini)

Kami memasuki boarding room menghampiri jam 820 malam.

Abang Man/Faridah, Nurul Ain, Rashi dan Osman, bergerak ke kanan ke pintu 'cek-out' untuk ke Kuala Lumpur.

Kami yang ke Penang mengarah ke kiri.

Tak perasan mereke sedang menanti kami diatas Lobi , melambai kami.....




Kami memasuki pesawat jam 850 malam, dan saya jangka penerbangan ke Kuala Lumpur sudah bermula, sedangkan kami dijangka terbang pada jam 905 malam.

Perasaan bercampur baur, sedih ada, gembira nak balik pun ada.

Kami berlepas melebihi jam 915 malam, terlewat lagi.

Penerbangan malam ini, kesemua kami disajikan makan malam dalam pesawat.

Dan kami tiba di LTABL jam 1140 malam, lebih awal dari yang ke Kuala Lumpur.

Tak mahu berpisah, kami terus ke Gerai Car Koey Teow untuk sambung kenangan manis di Pulau Pinang pulak.






Saya dan Asri dan berjanji untuk jumpa lagi Selasa petang pulak nanti.

Talipon si Zawawi, dia tengah supper bersama Saiful dan staff Kem Pakit, katanya ' post-mortem' sepanjang lawatan kami....

Kami berpisah melepasi jam 1 pagi.

"Dan saya katakan disini, Zawawi memang menghargai persahabatan. Dia tetap 'budak kampung' yang merendah diri dan tahu asal usul dia. Walaupun saya mengenali beliau tak sampai 10 tahun, tapi, kemesraaan beliau melebihi 39 tahun, seakannya, saya pernah se SRK Gelok bersamanya"

Rugi teramat sangat kepada yang gagal menyertai rombongan kami ini!!

Latiff Hariri
0810 18112010
Sungai Petani