Bee Gees

Tuesday, 7 December 2010

Majlis BBQ d'Kem Lapangan Terbang

26112010

Ingatkan di Kem Pakit yang pertama dan terakhir, rupanya ada pula peluang berkenalan dengan Pegawai Memerintah Kem Lapangan Terbang, di sungai Petani ni.
Ada juga sesekali saya memasuki Kem ini atas tujuan kerja, tetapi , tak tahu dan tak mengenali siapa bos nombor satu disini.

Awi jugak yang memungkinkan semua ini.....


Tu diaaaa, tergolek kambing tu

Janjinya harus berada di Kem Lapangan Terbang jam 830 malam, kami terlewat 5 minit. Di rumah menanti kunjung kak Ainal , yang juga kenalan kepada Zawawi dan warga Lenggow sejati. Dia kecek Leggow sebijik.

Tiada masaalah memasuki Kem ini, sebelum ini, waktu saya berurusan kerja disini, kena tinggalkan kad pengenalan di pops kawalan.

Saya kira , kami yang terakhir sampai, dam majlis dimulakan 10 mint kemudian.

Dah suruh dia duduk dengan rakan seangkatan dia, dia tak mahu, nak duduk dengan saya jugak

Makan , sembang, tambah makan, sembang, dengar anak anak muda ber'karoeke, befoto, itu aje acara malam ini. Lebih kepada rakan rakan ATM Zawawi yang sama sama memulakan karier awal mereka di Kem Lapangan Terbang. Mungkin juga seawal Leftenan Muda mahu pun Leftenan. Kira Zawawi dan Dr zaharah mulakan rumahtangga mereka disinilah jugak!


Dah Kenyang kami beralih meja dengan isteri isterilah pulak

Tuan Pegawai Memrintah Kem Lapangan Terbang pastikan kami puas menjamu selera

Disajikan nyanyian oleh Fatin Zafirah Zawawi

Kenangan bersama di Kem Sungai Petani, hampir 20 tahun kemudiannya....



Orang Orang Kuat ATM yang pernah mewarnai Kem lapangan Terbang di awal remaja mereka.

Izzuddin bersama Pegawai No 1 Kem Lapangan Terbang







Yang Memerintah di dapur
Adik yang junior 11 tahun, kini sama sama Memerintah RAMD 19 dan RAMD 13. Tahniah anak bangsa!!!!!

Akhir majlis jam 1140 malam. Saya sekeluarga bergerak ke hentian bas Sungai Petani, menghantar Kak Ainal yang mahu ke Kuala Lumpur , ziarahi anak beliau di sana.

Esok dah janji dengan Awi, minum petang dirumah serta jamuan makan malam di Tanjung Dawai.


Latiff Hariri
1000pg 07122010
Rumah Rehat Lenggong

Monday, 6 December 2010

LOME GORENG PENGHALANG RUMAH REHAT

21112010

Entah kenapa, saya keberatan untuk bermakan malam bersama rakan rakan SMDA ni.

Mungkin juga tak cukup tidur, keletihan, dan juga, misi saya hanya kepada Reunion, bukan untuk acara malamnya.

Di rumah Asri, ayahanda sudah bersiap untuk ke surau bermaghrib. Kami baru masuk rumah, melepak diruang tamu, sambung cerita.(Bagus sangat waktu maghrib bergebang!!)

Soarang saorang beratur masuk ke kamar mandi. Asri dah excited, dia kata makan sini aje. Saya sokong, minta Asri goreng kesemua ikan lome yang sekilo tu, serta dua ekor talapia. Saya dah tahu sebab seawal pagi, Asri dah berjanji nak belikan saya untuk ole ole balik ke Sungai Petani.

Menggigil jugak mandi airkolah rumah Asri ni.



Selesai semua, kami berlawak jenaka dengan ayah Asri ni. Pakcik ni memang kaki melawak, kena pulak dengan Abang Man dan Faridah yang suka menyakat. Saya kontrol ketawa dengan hanya tersenyum. Lebih berminat nak ber on-line dengan Zawawi.

Dapat sepatah dua berbicara dalam FB, bila makan malam mula terhidang di ruang tamu ni. Terhenti seketika dari berFB dengan Awi, tak tahan....




Ulam ulaman, sambal belacan, ikan goreng lome dan talapia, ikan pekasam....
Daging masak hitam pulak kiriman sesaorang kepada Faridah, semua jadi rezeki kami malam ini.

Tak sedar dah, 2-3 kali Manan menalipon. saya bertambah 2 kali, Izzuddin 3, dan seakan akan Abang man dan Pakcik Mohamad tak mahu berhenti, walaupun berlaukkan sambal belacan dan ulaman sahaja.

Beri makan hantu agaknya, hingga Faridah meminta kain hitam, untuk dirimbas mereka berdua ni, ketawa besar pakcik Mokhtar!!





Selesai makan, duduk menyandar, mula lah malas untuk bergerak, tetapi dipujuk Asri dan Abang Man, akhirnya, jam 915mlm kami bergerak.

Puas makan malam ni, kira 'cover' tak makan nasi siang tadi.

Kami bertiga sepakat, tak perlu bergaya, memadai berkain pelikat sahaja, rilex sikit, aircon boleh masuk.

Sampai di Rumah Rehat, bebudak melepak perhati aje pakcik pakcik ni berkain pelekat masuk. Ketawa gang SMDA 1981 melihat kami bertiga. Bermacam macam telahan dan usikan yang kami terima, riuh rendah, hingga anak anak muda disekitar meja kami tertoleh toleh, melihat gelagat orang tua bergebang .

Semua dah tahu yang kami makan malam di rumah Asri, sebab itu jual mahal, tak mahu datang.



Mereka sambung reunion petang tadi.


















Boleh habis ke tu, Joe?!



Seronoknya bila melihat Dr Ro dikelilingi kumbang kumbang SMDA ni!


Regavan rakan SRJK saya, sayang dia tak mengingati saya mahupun Roziah

Gebang punya gebang hingga ke jam 1045 mlm, ada saja nak disakatkan, yalah, 30 tahun punya kisah

Latiff, Asri, Regavan dan Abang Man, gang kain sarung

Menjelang jam 1050 kami memohon berundur, pukul berapa nak sampai SP ni? Walaupun ramai yang mencadangkan kami bermalam di rumah rehat ni, tapi saya lebih puas nak berbantalkan tilam sendiri dirumah.

Bergerak tepas jam 11 malam, saya 'target'kan jam 1 harus sampai SP.

Dan ternyata, tepat jam 1 pagi saya sudah berada dalam rumah saya.

Macam mimpi, punyalah kalut nak hadiri majlis ini, dalam sekelip mata, sudah jadi kenangan.

Terima kasih kesemua Mantan Guru SMDA, Pengetua terkini , dan rakan rakan SMDA yang baru saya kenali, mahupun lewat FB, serta tidak dilupakan mereka yang tidak hadir , tetapi tetap hadirkan dana untuk majlis ini.

Latiff Hariri
1104mlm 06122010
Rumah Rehat Lenggong

Sunday, 5 December 2010

BBQ Rumah anak Pak Mutalib

07112010

Kalau saya berada 'dalam kasut' Ismail, saya pun akan lakukan seperti ini, tetapi, bezanya, saya buat kat tanjung Dawai lah!!

Ya, hati siapa tidak tersentuh melihat ramai kawan kawan yang bertandang ke Majlis Rosmah tu. Begitulah agaknya yang dialami Ismail, lalu dijemputnya semua kawan kawan ke rumah beliau untuk bersarapan pagi, bagi saya lebih kepada Brunch(Bfast plus Lunch)





Ruang tamu rumah Ismail Talib yang luas.....




Berpeluk tubuh mengalahkan Bodyguard.... sejuk sabit dik ujan, kambing pun belum siap BBQnya

Haaa, dah masuk dalam umah dah, makan dah nak boleh dah..
Latiff dan Abang Man, control perut, sebab ladies first kat ruang makan
Hasnah memulakannya....
Diikuti anak anak ............













Zulrahim dan abang Hadi bersilat dgn kambing














Hm, semua bersila dan bersilat. Eh, abang Hadi masih menyelongkar.....














Dah kenyang, berceritalah pulak














Dua rakan SRJK Lenggong 1972


Berkisah sambil menghayati Kambing BBQ, memang enak....




.. ditambah pulak hujan di luar







Kami akhiri acara makan makan ini sekitar jam 130tengahari.

Saya bergerak memasuki tol ke Utara, Abang Man Faridah ke Kuala Selangor, sedangkan yang lain ke arah Kuala Lumpur semula.

Letih tapi menyeronokkan.


Latiff Hariri
1245 05122010
Sungai Petani

Friday, 3 December 2010

Satu untuk Maya SMDA 1981(21112010)

Hasil kerja Muhammad Izzuddin, Noor Aqilah, Noor Faiqah, Roziah Abd Kadir dan Abdul Latiff Janaton Hariri untuk pertunjukkan slide di Dewan kantin Sekolah Menengah Dato' Ahmad, Lenggong, Perak pada 21112010






Terima Kasih kepada semua yang ada didalam slide ini, tidak dilupa Cikgu Cikgu SRJK(I) terutamanya Cikgu Ainun (Darjah 1A 1971), Cikgu Lily (Darjah 2A 1972) , Cikgu Hizam & Cikgu Faridah, Cikgu Aziz dan Cikgu Arifuddin.

Anda semua dalam ingatan kami sekeluarga!!

Roziah, Latiff, Izzuddin, Aqilah dan Faiqah
0900mlm 03122010
Sungai Petani

Wednesday, 1 December 2010

Bertemu MAYA selepas 29 tahun, di Kantin SMDA

KELUARGA BESAR SMDA 1981, 21112010
21112010


Saya tak mahu ceritakan tentang perjumpaan semula ini secara khusus. Lebih kepada saat saat awal titik permulaan ini, dari mata pandangan saya, dan gerak hati saya.

Segalanya bermula di hari Menyusuri Jalan Kenangan Batch SRJK(I) 1975 , September 2009.

Disusuli dengan Majlis Perkahwinan adik Asri, Majlis Perkahwinan Anak Faridah, Bertandang ke Kem pakit, Majlis Perkahwinan Anak Rosmah, BBQ Kambing di rumah Ismail.

Kini yang ter'grand' di kantin SMDA lenggong.

Terus terang, saya tidak dapat bersama Manan, Bg Man, faridah, Yasin dan Hasan untuk mulakan kerja pecah tanah di Kantin pada petang Sabtu tu, gara gara menghantar anak pulang ke Kangar, dan terpaksa bermalam disana.

Tapi itu tidak menghalang saya untuk tiba seawal jam 10pagi, 21112010

Taklimat disaat saat akhir untuk majlis , Yasin, latiff, bang Man dan Roziah

Manan, Faridah, Roziah, Hasan, Latiff dan Yasin , terlindung


Saya tak pasti, guru mana yang masuk dahulu, tetapi kehadiran cikgu Hamid dan Pak Dino menggamatkan suasana.

Ramai rakan rakan yang mahu berkumpul didepan meja pendaftaran, dan terpaksa saya jemput mereka ke meja makan dewan kantin, hehehe.

Dan istimewanya, setiap rakan yang hadir diwajibkan berfoto keluarga, walaupun ramai yang datang solo.

Untuk dimasa hadapan, pastikan urusetia ada jurukamera rasmi seramai 2 orang.

Bagus! semua beratur, berdisiplin, menyambut kehadiran mantan Pengetua, Dato' Ahmad Zainuddin, jam 310 petang.

Acara dimulakan dengan doa oleh saudara Amran Desa . Amin.......

Kata kata aluan dari Manan Hj Mohamed, pengerusi majlis.


Pengacara majlis, saudara Yasin


Sepatah dua kata dari Mantan Pengetua, Datuk Ahmad Zainuddin

Dan, diikuti cara perasmian.

Ini juga satu keistimewaan yang dibawa oleh Abang Man, yang tak terfikir oleh Urusetia Majlis.

Terima Kasih Abang Man dan Faridah!!

Ya!! pada awalnya, semua ditaja Abang Man dan Faridah, gara gara kekurangan dana.

Susah nak dapat sahabat yang macam ni, tak lokek tenaga dan RM




Perasmian Majlis


Letupan mercun diiringi kertas warna warni berguguran
(Gambar diambil oleh M.Izzuddin Janaton)


Cenderahati untuk yang disanjungi Datuk Mantan Pengetua SMDA 1981

Sambil makan, mereka sempat berfoto


SMDA Class of 1981

Amnah sempat hadir dipertengahan Majlis

Sumbangan kepada yang dikenang, Ishak Latfi

Pak Dino aka Sheriff Lobo , mengenang kisah lalu

Ismail Mutalib tak lepaskan peluan untuk berucap

Sambil menjamu selera, saya selitkan 5 pertunjukkan slide. Dimulai dengan

1) Kisah duka Ishak Latfi berlatar berlatarbelakangkan lagu A Ramlie - Tak kusangka
2) SRJK(I) 1971-76 - Memories Barbera Streisend
3) SMDA 1981 - Lagu Azlina Aziz - Wajahmu Dimana mana - for the boys
4) Reunion 2009-2010 - Lagu Sudirman - Maya, for the girls
5) Sisipan video lawatan ke Kem pakit

Ini yang tak sepatutnya berlaku, walaupun saya sudah mengidu awal.

Yang sepatutnya terima, Asri, Faridah dan Bang Man





Barisan 13 dara sunti SMDA 1981




22 teruna nakal SMDA 1981
Barisan anak teruna yang suatu ketika dulu, mewarnai kehidupan SMDA Lenggong




Saya sempat berbual dgn Ayah Haniza ni, mood dia ceria sungguh.

Habis diceritakan sejarah keluarga beliau dari datuk beliau hingga ke moyang moyang beliau, apa yang menghairankan saya, betul jugak telahan saya ni, kebanyakan orang Lenggong ni asalnya dari satu rumpun yang sama.

Saya dah tahu serba sedikit sejarah keluarga Cikgu Mat ni. Bukannya Cikgu Mat kenal saya sangat, atau sering membaca blog ini, tetapi, ada kepentingan bersama yang saya tidak jangka akan tercerita dari Cikgu.

Hajjah Haniza nak kongsi cerita dengan saya?

Pada awal perencana, majlis sepatutnya tamat jam 640 petang, tetapi terpaksa saya cepatkan , tetapi tak semua yang mahu meninggalkan dewan kantin seawal mungkin.

Kami berpisah selepas mengemas serba sedikit , itupun menghampiri waktu Maghrib.

Saya buat keputusan segera, bertandang kerumah Asri, dan disetujui Abang Man.

Saya dah teramat letih untuk sambung acara malam bersama rakan rakan SMDA, dikepala hanya mahu segarkan badan, makan apa yang ada di rumah Asri, dan pulang ke SP.


Latiff Hariri
1030mlm 01122010
Sungai Petani