Bee Gees

Sunday, 12 December 2010

Pagi Malam Berpisah

28112010

Saya terbabas pagi ni. Tergesa gesa hidupkan enjin, dan terdengar dek Izzuddin, dia pun mahu ikut.

Sempat bungkus 10 kpg roti canai, 10 nasi lemak dan 20 kuih muih untuk sarapan pagi.

Ke kem Lapangan Terbang. Awi sedang bersiap. Sedih dan sayu pulak tengok babak ini, saya kaleh pandangan kat tempat lain, kamera Izzuddin yang fokus.

Fareed Zahin Zawawi pun sayu jugak melihat detik perpisahan ini
Fatin Zafirah dipeluk erat Ayah
Dihantar pulang untuk menaiki pesawat dari Pulau Pinang-KL-Kuching

Saya terus pulang kerumah, bersiap untuk sarapan pagi.

Zaharah sekeluarga tiba seawal 810pagi, Kak Dah dan abang man terbabas lagi... hahaha.

Acara sarapan bermula 830 pagi, tak sangka sedap pulak nasi lemak bungkus ni.


Faridah jadi Tuan rumah la pulak, Roziah didapur
Haaa, dah bulih dah, ni ikut dialect Leggow ni, bulih, bukan boleh. Semua pekena nasi lemak dulu.
Bercerita sambil beersarapan, sekejap aje pun, seawal 900 pagi Zaharah dah minta diri.

Yalah, jauh tu, ke Kuantan memandu, nasib baik ada anak buah Zawawi yang turut serta dari kem Kuantan membantu pemanduan sekeluarga ini.
Ok, satu pos tanpa Zawawi di rumah kami 28112010
Selamat Tinggal dari Fatin Zafirah

Kami sambung perhabis kuih muih dimeja.

Abang Man dah mula menyuruh Kak Dah bersiap untuk pulang ke Ipoh, padahal kalau dia nak kelik Ipoh, boleh bersaing dengan Zaharah tadi, tapi Haikal dan Adam masih lena. Saya
cadangkan , berjalan jalan sekitar Sungai Petani sahaja, mereka membisu. Macam anak dara tu, tanda setuju.

Jadi, saya segerakan gerakan, seawal 1020 pagi kami dah bergerak ke destinasi pertama, Gurun. Gurun dalam 25 km dari Sungai Petani, ke arah utara.

Gurun - Gunung Jerai dalam 12 km aje.

Jam 12 kami disini.
Haikal malu malu depan kamera
Cek dan survey dahulu sebelum nak dapat lokasi cantik. Kabus tebal tengahari ni
Kelihatan bendang terbuka melalui tingkap kabus tu
Hutan simpan atas gunung
Cantikkan?
Macam kat mana ek? Oversea? Kashmir? atau Maxwell? Kami duduk di padang ni hingga ke jam 2 ptg, tak sedar, kerana udara dingin seolah baru jam 11 pagi.
Haaa, sambung makan kat tepi hentian ni, sedap pulak bila kedinginan ni
Keindahan hutan simpan berhampiran Muzium Hutan, Gunung Jerai

Menyusur menuruni Gunung Jerai, mula terasa lapar.

Kami terus ke utara, ke pekan Guar Chempedak, dan membelok ke barat mengarah ke Yan.

Fikir punya fikir, akhirnya saya ke Pekan Yan Besar, ada pantai yang dinamakan Pantai Murni. Di situ ada Food Court mengadap laut

Kami di sini pun dah melebihi jam 230 ptg.

Pesan makanan goreng gorengan sahaja, sebab mudah.

Bergerak ke arah pantai, palig tepat, ke Tg Dawai lagi, beli ikan masin pulak.
Malam tadi makan makan dah agak lewat, banyak gerai ikan masin yang dah tutup jam 1 pagi.



Patah balik ke Sungai Petani, dah melepasi jam 4 petang pun, kununnya nak rehat sekejap dan mandi mandi segarkan badan, tapi.....

Abang Man lena hingga jam 830malam.

Makan malam dahulu.
Hujan renyai renyai, berlari anak memasuki kenderaan
Keluarga Abang Man Faridah hanya bergerak melepasi jam 10malam, punya lah lama mereka berfikir bila nak pulang, sejak dari pagi tadi.

Bukan apa, hanya mereka berdua yang tahu mengapa susah nak tinggalkan rumah ini, hehehe.

Tapat satu episod panjang diantara Kem Pakit/Ipoh/Georgetown/Sungai Petani ni.

Tunggu ajelah episod selanjutnya dalam siri lain

Latiff Hariri
1751 12122010
Sungai Petani

Thursday, 9 December 2010

IKAN JENAHAK BAKAR, SIAKAP 3RASA D' TG DAWAI

27112010

Nak atur meja , oleh pelayan pelayan adik Mat, Tuan punya gerai Mak Anjang ni, senang aje,tapi, nak aturkan pukul berapa kawan kawan boleh sampai, ini yang kena susun supaya, makanan tersedia masih panas, dan tiada yang terlepas kepanasan hidangan.

Wan yang mengepalai Gang Bujang, seawal jam 8 mlm sudah di Gerai, sedangkan Abang Man Faridah baru melepasi Bukit Tambun. Jenuh menunggu, nama pun gang bujang, tentu dah lapar tu!! Haahaa

Kami yang di SP pulak yang terlewat, sedangkan Abg Man Faridah dan Asri Jamilah sudah menunggu di simpang pekan Semeling. Kami bergerak jam 900mlm, dengan diekori Awi sekeluarga.


Zul & Nasir di belakang.











Abang Man dan Asri pekena sebatang rokok dulu sementara menanti kahadiran kami.


















Bersalaman di tepi jalan raya aje, sebagai tanda bertemu kembali.










Zaharah bertemu semula dengan Kak Dah di Semeling.

Sedangkan Wan, fazrin dan Hisham jadi Tuan Rumah menyambut kami di Tg Dawai.
























Asri dan zawawi baru sempat nak bersalaman dan berpelukan di Gerai Mak Anjang,kat simpang Semeling tadi tak sempat .













Zaharah dan Roziah bertukar lapuran.





Majlis makan malam hanya bermula menghampiri jam 10 malam.

Dimulakan doa oleh Rodz......

Semuanya 6 meja untuk 23 orang.




Anak anak duduk semeja, supaya mudah mak bapak nak bergebang.



Kira Haikal sapu tangan dengan
lengan ni, teramat powerlah
makanan malam ini














Wan dan gang bujang di meja hujung hadapan. Hisham beri isyarat bagus, sedap sangat lah tu kan?
Haaa, dah mula nak gelak dah, asal duduk semeja aje, mesti ada kisah nak diceritakan.

Kan , bila dah kenyang, macam macam nak cerita, budak budak pun dah pandai nak bergebang jugak.


Saya perhati seakan tiada hentinya topik yang kami perbualkan, lalu saya arahkan anak sulong, Noor Aqilah, supaya membawa adik adik semua ke pekan Tg Dawai dan persekitaran, supaya mereka tidak kebosanan menunggu orang orang tua nak bersembang.

Mereka hanya melepak di jeti Tanjung Dawai, melihat orang awam memancing dan dari kejauhan Pantai Merdeka

Dua anak teruna Latiff dan Zawawi, dan terjenguk di belakang Adam










Tepat jam 12mlm, gang bujang minta diri dulu. Pelik?! Kami yang berkelamin ni sambung lagi macam biasa......

Akhirnya jam 1230 , Asri angkat tangan mengaku kalah, katanya harus pulang kerana esoknya Jamilah kerja dan beliau mahu ke Baling disebelah pagi.

Saya setuju aje, sebab mengenangkan Zawawi pun akan terbang ke KL jam 9 pagi melalui Pulau Pinang.
Kenangan Malam di Tanjung dawai, Keluarga Zawawi Zaharah, Yamin Faridah, Asri Jamilah dan Roziah latiff, dinihari 28112010


Haaa, anak anak pun dah tahu cara bersalaman emak mereka

Kami meninggalkan Pekan Tg Dawai melepasi jam 1245 dan hanya sampai kerumah selepas jam 1 pagi. Faridah, abang Man dan saya sambung bersembang sambil menonton slide reunion hingga ke jam 3 pagi!

Esok dah nak ucap selamat jalan kepada Zawawi sekeluarga


Saya tetap katakan , majlis makan malam ini, masih belum dapat menandingi Majlis Makan Makan di Kem Pakit tu!

Latiff hariri
1034 pg 06122010
Sungai Petani

Kayuhan Pertama selepas Ramadhan

Petang Sabtu 4hb ni, saya jadi tak senang duduk, dah terasa badan tak sedap dek kerana kurangnya berdiadah yang berat.

Akhirnya , setelah berehat sepanjang hampir 3 bulan lebih, saya mulakan semula aktiviti kegemaran saya ni. Awalnya mahu ke Pantai Merdeka, naik bot seberang ke Tg Dawai, dan minta Aqilah datang 'pick-up' kami di Tg dawai sahaja. Maknanya separuh jalan balik naik keretalah. Tapi, fikir fikir, teringat pada kawan ni, terus ke Kepala Batas, untuk minum petang bersama.


Baru 14km, dah pancit, sebab lama tak berkayuh, tak kan ikut 90km/jam tu!


Yang saya suka Kedah ni, Sawah luas saujana mata memandang

Kehijauan sawah bendang, memang menyihatkan mata dan minda

Dulu, mungkin waktu Jepun, satu satu permatang mungkin di jual dengan harga RM3.00

Melapasi Jambatan Merdeka pada minit ke 70 , terus barkayuh hingga memasuki Pekan Kepala Batas.

Wan dah menanti disini.

Pekena sorang sepinggan Cucur udang, dan dua gelas teh o panas dan limau suam

Rehat dgn Wan dalam 20 minit sahaja, dan kami berpatah balik ke Sungai Petani.

Sungai Muda yang sedang dilebarkan, bagi membasmi banjir.

Saya di Jambatam Merdeka 1957 arah Utara, sedangkan yang dibelakang Jambatam Merdeka 2010 arau Selatan.

Izzuddin di Jambatan Merdeka 1957 arah Utara.








Ini kayuhan pertama selepas dari Ramadhan yang lalu, hahaha. 40km tu!

Ya, saya tak berkayuh sejak mejak ni, memamg stamina dah kurang, tapi saya dan Izzuddin gagahi jugak, tapi yang seronoknya, ramai yang beri kata kata perangsang supaya teruskan aktiviti sihat ini.

Sampai rumah tepat Azan Maghrib

Latiff Hariri
0744mlm 09122010
Sungai Petani

Wednesday, 8 December 2010

Di Sungai Petani sesudah 11Tahun 364Hari

27112010

Zawawi dan Zaharah tiba dirumah kami seawal jam 610 petang, kira secara rasmi sekeluarga datang bertandang.

Menu kami hanya laksa yang dibeli dibandar Sungai Petani sahaja.

Zaharah terus kedapur mencari Roziah, biasalah orang perempuan.

Bila semua sudah terhidang, minum petang pun bermula. Masing masing menghayati laksa sambil menonton slide di TV, tanpa mereka sedari, yang sebiji kek berlilin dibawa masuk ke ruang tamu dihadapan. Terkejut besar si Fatin Zarifah!

Roziah diiringi Aqilah mamasuki ruang tamu dengan kek birthday girl Fatin Zarifah

Kakak FatinZafirah yang tergigit jari melihat kek adik









Lalu saya mulakan nyanyi lagu Happy birhtday to you......

Foto Keluarga Zawawi Zaharah
Dah buat 'permintaan', sebelum potong kek tu? Moga dimakbulkanNya

Lahir di Sungai Petani, 28 November 1998 , pada 27 November 2010 pun dibandar kelahiran

Selesai acara potong ke , kami sambung makan sambil menonton slide.

Zul , rakan gang bujang pun datang bertandang, sambut kehadiran Zawawi sekeluarga.

Terpaksa mendongak bila di restoran mamak menonton TV ni, terhenti suapan Zaharah....

Menonton majlis Kenduri kahwin Rosmah yang lalu.

Minum minum petang ni berakhir hingga ke Maghrib.

Saya bersms dengan abang Man dan Asri, abang Man masih diatas hi-way plus dari Ipoh, sedangkan asri masih menanti di Georgetown, mahu bersaing dengan abang Man nanti.

Wan and the gang, bergerak jam 730 dari Kepala batas. Semua gang bujang dah teruja nak menyambut Tuan awi kita.



Latiff Hariri
0708maghrib 08122010
Sungai Petani