Bee Gees

Tuesday, 3 May 2011

Hi-Tea Class 1981 Bermula

Ikut rencananya , bermula sekitar 340 petang, tetapi, dek karana hujan dan keadaan hinggar binggar dengan gelak ketawa, saya hanya biarkan kawan kawan dengan acara persendirian. Ya, begitulah jadinya disetiap kali majlis bertemu semula bekas pelajar ni. Kita kena biarkan mereka mengungkit kisah lama sesama mereka, tak perlu tergesa gesa.

Hanya sekitar jam 4 baru saya mulakan dengan kata kata aluan .





Sempat bersalaman dengan peminat dalam mendendangkan lagu D'lloyd...Eh eh eh.

Dalam mengalu alukan kehadiran semua ni , ada lagi yang baru mamasuki dewan ini.

Terus saya menjemput saudara Jamal Wahid untuk memohon restu dariNya.


Jamal Wahid rakan sekelas Tingkatan 4-5 , kami gang jahat, duk dibaris belakang.

Wan Akmar pulak masuk sebaik doa selesai diaminkan, disambut Badrul dan Din. Kharul dah tak sabar dibelakang tu.

Selamjutnya ucapan dari Wakil Bapak Presiden untuk memberi sepatah dua kata , yang saya kira teramat ringkas tapi padat. Presiden masih dalam perjalanan.

Wakil Presiden, Bapak Mohd Nazri Noor, juga rakan sekelas Tingkatan 4-5.

Selesai ucapan beliau, sekitar 5 minit, terus saya menjemput rakan rakan menjamah makanan yang telah terhidang. Tapi, mereka seolah olah tak endah dengan jemputan saya. Mengapa ek?

Rupa rupanya lauk sudah terhidang, sedangkan nasinya tiada.

Manalah saya nak perasan, maaf ya....

Hadirin bertanya , mengapa Wakil Presiden yang berucap, mana Presidennya

Dr Rosli Wahab disambut Badrul Hisham. Dr Rosli pun rakan sekelas saya.

Meja istimewa untuk mereka yang istimewa. Saya tak tahu pulak ada meja khas ini, jadi saya serahkan kepada Presiden yang baru tiba, Wakil Presiden, Zul Rahim, Din dan Khairul.

Badrul, Malek dan Jawaed

Dicelah celah rakan yang sibuk menjamu selera, saya pun menjemput Pak Lan , selaku Bendahari membari sepatah dua kata kepada kesemua rakan rakan yang hadir.

Saya nak tanya rakan rakan semua, ada tak yang tak kenal dengan Pak Lan?

Nor Kamal Azmi, Shaharuddin, Badrul Hisham, Wan Akma, Madzran dan Anuarrul Haq

Suzaili, Anuar Othman, Anwer dan Mustaffa Ahmad

Suzaili, Anuar Othman dan Wan Akma

Senior OE1979 Bro Aziz disambut Nazri

Makan makan sambil bercerita

Keadaan yang pada awalnya agak perlahan, mula menunjukkan kelajuan bila perut mula terisi

Anuar bertandang kemeja sebelah bersama Hashim, Khairul, Wizan, Zamri, Dollah, Azmi, Nazir dan Mohd

Syed Jamalullail, Kadir, Dr Rosli dan Hashim

Acara bebas ini berlangsung tanpa ada gangguan, semua bebas bergerak dan berbual sesama mereka. Hingga melepas asar, bila ada yang selesai bersolat, dan memastikan tiada lagi tetamu yang hadir baru saya mulakan acara suai kenal secara rasmi. Saya rasa ini perlu, kerana dari pengalaman lalu, ada rakan rakan yang bertanya setiap kali acara tamat, yang itu siapa, yang ini siapa? Kerana wajah dan fizikal yang berbeza selepas lebih 30 tahun tak bertemu.

Acara ini pada awalnya bermula dengan tertib, tetapi bila sampai ke tangan Madzran, Badrul Ragbi, Mustafa Ahmad, Anwer.....Wizan, Hashim dan bapak Presiden suasana menjadi gamat. Mereka ni memang joker.

Pecah perut bila ada yang mengaku sudah memasuki soalan Nujum Pak Berlalang, ia itu 'kad-dang, kad-dang'

Antara percaya dengan tidak aje ni!





Latiff Hariri
1925 03052011
Sungai Petani

Depa Dah Datang - OE Class 1981

Dalam hujan kami berlari lari anak memasuki pintu utama Resort ini. Saya dah mula rasa bersalah. Dah jam 3, masih belum bersiap apa apa untuk acara ini. Terus ke Dewan Kiambang untuk melihat persiapan dewan. Laaa, dewan pun masih dalam persiapan, terus aja saya berkemas untuk acara pertunjukkan slide. Mujur , juru eleketrinya pun ada sama, senang kerja saya.

Hujan yang menyelamatkan saya, agak perlahan kehadiran. Yang saya pasti, yang pertama hadir Jamal Wahid, diikuti Roslan Wahab, Azmi dan saya yang ketiga dan keempat. Yang kelima keenamnya Badrul Hisham ,Khairul Azlin dan Anwer. Diikuti Madzran dan Shaharuddin.

Jamal Wahid dan Roslan Wahab, rakan sekelas saya dari Tingkatan 4-5 .

Shaharuddin dan Madzran memasuki ruang disambut Badrul.

Lepas tu saya dah tak kira dah, kerana saya dah mula keluar masuk dewan. Pekerja Resort baru mula meletakkan hidangan, jam sudah menunjukkan sekitar 320 petang, sedangkan kehadiran belum melepasi 20 orang

Yang berbaju biru ini menjadi tandatanya saya, siapakah gerangan orangnya?

Terus saya kehadapan menanya beliau.

Astaghfirullahhilazim!! Kadir. Rakan seasrama kami dan juga pemain bolasepak yang diimpot khas dari sekolah Hilir Perak untuk mewakili King Edward tu!! Kenapa jadi begini!

Hehehe. Kadir ni hanya sekitar setahun di King Edward. Teramat kelakar dan sporting orangnya, tapi 'mengelat' ditengah padang cukup 'terror'. Saya tak jangka kehadiran beliau.

Badrul Hisham Ragbi dan Roslan berpelukan diperhatikan Mohd Shamsuddin

Eh, Myra pun turut serta?

Khairul Azlin, Shaharuddin, Anuar, Nor Kamal Azmi dan Badrul Ragbi

Shaharuddin, Nazir, Syed jamalullail dan Nor kamal Azmi. Memebelakangkan kamera Din Selamat.

Syed Jamalullail pun menjadi 'target' saya untuk diterpa dan disoal siapa anda? Memang dah lupa, cuma ingat namanya sahaja. saya perlu 'berguru' dengan Syed lepas ni!!

Nor Kamal Azmi, Din , Madzran dan J
amal Wahid

Zul Rahim dan Zamri , rakan sekelas, bersalaman selepas lebih 30 tahun.

Suzaili bertanya sesuatu kepada Azmi sambil diperhati Kadir dan Khairul Anuar

Semua dengan wajah ceria

Saya rasa mereka di luar melebihi 30 minit. Akhirnya saya meminta Pak lan dan Badrul menjemput semua memasuki dewan sekitar pukul 340 petang. Makannan masih dalam persiapan untuk dihidang, jadi mereka boleh mengambil tempat untuk sambung perbualan .

Kira kira secara rambang, sudah melebihi 25 kehadiran. Oklah, kerugian akan diminimakan.
Presidennya si Raja Anuar berSMS dengan saya sekitar 215 petang yang lalu, yang beliau baru bergerak dari Sri Manjung, dan meminta saya memulakan majlis dahulu tanpa beliau.

Dr Rosli pun sudah menghampiri Resort, Hariri Kassim masih dalam perjalanan.

Dalam duk berdalih dalih tu, acara pun saya mulakan sekitar 4 petang. Lewat 20 minit dari rancangan asal.

Latiff hariri
1715 02052011
Sungai Petani

Monday, 2 May 2011

Jalan Menuju OE Class 1981

Hati saya bercampur baur.

Nak kata teruja, ada jugak. Nak kata cuak, ada jugak.

Tak tahu berapa ramai yang akan datang. Memang tempat telah ditempah untuk seramai 35 orang. Maknanya bilnya nanti berjumlah RM1,050.00 lah. Deposit dah bayar. Buatnya yang datang hanya 20 orang? Sedangkan Roslan @ Pak Lan sudah hilang pengiraan tentang jumlah sebenar, kerana ada yang belum mengirim wang.

Memang saya dah kira, kalau rugi pun, adalah dalam RM400. Tak mengapalah, kita kongsi saorang sedikit.

Petang Sabtu terus saya ke rumah Azmi Abu Kassim bertanya khabar. Ternyata anggapan saya meleset. Azmi sihat walafiat!! Hm, kalau selalunya beliau kelihatan 40% sahaja, kini 85% kekuatan beliau.


Azmi mengambil angin petang bersama anak buah kesayangan beliau. Petang Sabtu 30042011.

Syukur Alhamdullillah. Berkat doa semua ni.

Pagi Ahad , kami bergerak sekitar 845 pagi menuju je Tol Selatan Sungai Petani. Zulkifli Rahim ubah rencana, beliau akan memandu sendirian ke Taiping, bermakna kami akan segera sampai tanpa perlu bertandang ke rumah Zul di Bukit Mertajam.

Kami tiba di Kamunting pun dah disekitar 1030 pagi. Jalan agak sederhana sibuknya. Memasuki pekan Kamunting pun teramat lancar.

Saya terus berhubung dengan balu kepada Allahyarham Marzuki Latiff untuk temujanji.


Susur keluar Kamunting 1030 pagi.

Anak anak arwah Marzuki yang menyambut kami di hadapan simpang Sekolah Teknik Kamunting. Melihat wajah anak sulong beliau, akan terbayang iras wajah Marzuki.

Minum pagi disini. Foto dan data dirakam.

Maknanya pertunjukan slide akan dikemaskini supaya foto foto arwah dapat diselitkan .

Sekitar 11 pagi kemi bergerak ke Bukit Jana Resort untuk kepastian lokasi dan mengintai persiapan pehak Resort.

Arah tuju acara sudah tersiap. Ini untungnya bila pehak pentadbiran Resort pun OE jugak!!


Saat yang menyeronokkan pasti akan berlaku. 20 orang pun, 20 oranglah.

Disini saya disambut adik Nizam. Beliau menunjukkan saya persekitaran Kelab Golf, dan secara rasminya kami bersarapan pagi disini ehsan dari pehak Resort.

Saya? Saya, set golf ada, tapi simpan bawah katil aje. Jawapan ringkas saya kepada Nizam.

Dalam menghayati keindahan Resort ini. Pak Lan menalipon meminta saya menunggu beliau selesai acara 'pukul bola, kejar bola'. Katanya, mahu mengambil-alih Azmi dari saya. Saya rela sahaja....

Tunggu punya tunggu, dah melepasi pukul 1230. mahu sahaja saya bergerak, tapi, mujur Pak Lan dah tiba. Yang saya pasti Pak Lan dengan Anuar Othman dan lagi dua orang saya tak pasti siapa pasangan mereka.

Anuar Othman buat pertamakalinya bertemu Azmi Kassim selepas 30 tahun

Pak Lan, saya, Azmi dan Anuar.1245 tenghari 1 Mei 2011 Bukit Jana Resort.

Anak kpd Fuad(OE 81 jugak?), Azmi, Latiff, Anuar , Mustafa Ahmad dan Pak Lan

Kami bertiga bergerak ke Taiping untuk solat Zuhur di Taman Sri Kota , dan bercita cita untuk makan tengahari di rumah emak saya.

Selesai solat dan berkisah lebih kurang dengan emak saya, kami bergerak ke bandar Taiping sekitar pukul 2 untuk makan tengahari. Saya berlangkah kiri, emak saya tak masak hari ini. emak sendirian, jadi mudah baginya untuk masak bila perlu sahaja.

Dalam duk makan tengahari di Bismillah restoran ni, Jamal Wahid dan Roslan sudah bertanya dimana kami, kerana mereka sudah menghampiri Kamunting.

Kami bergerak ke Kamunting sekitar 240 petang. Sudah agak lewat, saya sendiri sudah rasa bersalah, kerana sebagai Tuan Rumah, saya tidak dapat menyambut rakan rakan di Resort.

Agak ganas pemanduan saya.


Latiff Hariri
1644 02052011
Sungai Petani

Bersama Anak Anak Yatim OE1981

Adakalanya saya akui, keaktifan saya bergerak seiringan dengan usia saya.

Kalau saya kenangkan diawal pertemuan "SESUDAH 23 TAHUN" dahulu, dengan awal pertemuan "SESUDAH 30 TAHUN " ini, saya rasa keaktifan saya mula menurun. Tapi mungkin jugak, kisahnya ditahun 2004 itu lebih menarik, kerana itu titik permulaan untuk pertemuan seterusnya, sedangkan ditahun 2011 adalah untuk kali kedua. Walaupun dikira kali kedua, tetapi, saya terasa kekuatan fizikal saya mula menurun.....




1) Ini aktiviti saya pada hari hari Sabtu 23 April 2011, bersama" kembar sepusat sepusing saya, mak pak lain lain" , saudara Badrul Hisham Hasanuddin. Ya, kami kembar kelahiran Taiping pada 4 Julai 1964 .

Dirumah Arwah Azhar Aziz, bersama balu dan anak anak arwah. Anak sulong kini berusia 18 tahun dan sedang berencana untuk memasuki institusi pengajian tinggi. Anak Arwah kesemuanya 6 orang, 4 lelaki 2 perempuan. Yang bongsu kini berusia 8 tahun. Sudah 7 tahun pemergian Azhar Aziz.















Ini foto terkini bersama ibu tanpa ayah, sedangkan yang kanan 7 tahun yang lalu.

Ada yang peduli?


2) Sedangkan ini yang terdekat dengan saya. Dekat..., tapi jauh. Saya hanya berkesempatan bertemu dengan adik Yuslinda , yang juga menetap di Sungai Petani. Untuk bertemu balu dan anak anak sudah agak kesuntukan masa. Ya lah, hari ini dah 25 April 2011.

Foto terakhir Ayahanda Yusuff dan anakanda Yusree, di IdulFitri 2003. Sayangnya Arwah Yusree terhadap Ayah, hingga menyusuli Ayahanda selang beberapa bulan sahaja.

Anak anak Allahyarham berjumlah 3 orang. Yang sulong perempuan , kini berusia 17 tahun, dan yang bongsu berusia 7 tahun.

Ada yang mahu membantu?

Yuslinda, satu satunya waris Ayahanda Yusuf yang ada. Kini bersama suami. Bonda berada di Kajang mengasuh anak anak arwah kakak. Bonda ada menanya, "mana kawan kawan Arwah Yusree seangkatan Hoki yang sering berkunjung setiap IdulFitri tu? Yang sering berziarah cuma Azmi Azuar...."

3)Ini kisahnya Isyak 28 April 2011 di Taman Seruling bersama balu dan anak bongsu Arwah Radzi yang perginya belum melapasi 40 hari yang lalu.




Hidangan keropok... belian terakhir Arwah Radzi, menjadi rezki kami malam ini.


Arwah Radzi pun meninggalkan 6 orang cahayamata , 4 perempuan 2 lelaki. Yang sulong sedang belajar di Institut Pengajian Tinggi, berusia 21 tahun, sedangkan yang bongsu berusia 11 tahun.

Ada yang sudi membantu?
4) Ini tengahari 1 May 2011 bersama Azmi Abu Kassim , dirumah balu dan anak anak Marzuki Abdul Latiff, di Kamunting Taiping.

Kenangan saya bersama Marzuki diawal darjah 3 hingga Tingkatan 5. Walaupun berlainan kelas, saya dan Marzuki boleh bergebang bila bertemu,sebab dah masak dengan hati budi dia.

Arwah meninggalkan 3 anak, 2 perempuan seorang lelaki. Yang sulong perempuan berusia 17tahun, dan yang bongsu berusia 8 tahun





Ini foto bersama terakhir di IdulFitri 2008.

Perginya Jumaat dibulan Ramadhan 2010.
Saya boleh tahu mengapa perginya hari Jumaat dan dibulan yang mulia.

Saya?




Ada yang perihatin?


Soalan yang sering saya lontarkan kepada rakan rakan 1964 .

Sudah diambang sore ini, apakah sumbangan kita terhadap rakan rakan seangkatan, yang kecil jumlahnya ini. Tak perlu saya tanya pun , sebaiknya saya tanya pada diri sendiri? Apakah memadai saya sendirian menjenguk mereka? Atau saya ramaikan bersama rakan rakan semua? Kata kata semangat dari rakan saya, Jamal Wahid bila saya dalam keadaaan 'murung' bila gagal menghadapi rintangan..

" Latif, biar kita sedikit atau sendirian...., kita jadi lebah....kalau ramai pun jadi lalat, tak ada gunanya" .
Dalam maksudnya tu Jamal! Tapi, ia menjadi kata kata semangat untuk saya teruskan aktiviti begini walaupun adakalanya sendirian, adakalanya dikelilingi 'lebah lebah' yang faham apa ertinya sebuah persahabatan dan enaknya kemanisan madu yang dibekal dari seekor lebah......

Alfatihah untuk:

1) Aziz Basher
2) Zainal Azmi (McHelm)
3) Sanusi Jaafar
4) Azhar Aziz
5) Yusree Yusuff
6) Zulkifli Bahrain
7) Marzuki Latiff
8) Mohd Radzi


Hanya ini yang termampu saya sedekahkan.....


Latiff Hariri
1129 02052011
Sungai Petani

Sunday, 1 May 2011

Selamat Tinggal Polonia

SELAMAT BAHAGIA ATAS PERNIKAHAN
NAZLA THAHURA LUBIS, SE & SRI SULAIMAN SITORUS


Kami keluar hotel sekitar 430 petang menuju ke Medan Plaza mencari Bapak Raja Anuar, tapi adatlah, dia terlalu cekap di kota ini, jenuh mencarinya.

Hanya bergerak meninggalkan Medan Plaza sekitar 515 petang. Tergesa gesa Pak Suparmin memandu, ya lah, jalan dah mula agak macet. Kami tiba di Bandara Polonia sekitar 545 dan terus ke kaunter pengesahan. Ternyata lengang kaunter hari ini, tak ada langsung yang beratur kecuali kami bertiga. Wah, menarik ni, mesti bebas duduk didalam kapalterbang nanti.

Sempat kami berempat pekena saorang sepinggan mi sanggol goreng buat lapik perut, dan sudah tentu teh botolnya.


Kami bergerak semula ke kaunter berlepas, sebab jam sudah menunjukkan pukul 6 petang

Berlatar belakangkan stesen Petronas dihadapan Bandara Polonia. Dah ada dua Petronas di Medan

Bila kami memasuki balai berlepas, ternyata sangkaan kami meleset, sudah panjang yang beratur untuk menuruni ke kapalterbang. Maknanya kami yang terakhir lapur diri!

Boarding roomnya kecil, tak lama lagi , Bandara ini akan berpindah ke hujung kota, dan pasti kos pengangkutan akan naik lagi.

Raja Anuar melayan mata

Sedangkan Wan cuba mengayat awek didepan

Kami tiba di Pulau Pinang sekitar 840 malam. Tiada apa yang hendak kami nyatakan kepada kastam, walaupun begitu kastam sudah mula bertegas untuk mengimbas setiap bagasi . Maknanya mereka sudah mula bekerja sejak akhir akhir ini. hehehe

Tu, tu... Kapalterbang yang kami naik tadi. Saja nak tunjuk kat Fazrin.

Kami bergerak mengarah ke pusat bandar untuk pekena saorang sepinggan Nasi kandar. Hm, baru 3 hari ke Medan, dah rindu kat nasi mamak lagi.

Selesai menghantar Raja Anuar ke rumah persinggahan beliau, saya terus dihantar pulang oleh Fazrin dan wan ke Sungai Petani. Saya hanya memasuki rumah sekitar 1030 malam.

Lega teramat sangat bila dah berada di rumah sendiri

Latiff Hariri
1533 30042011
Sungai Petani

Sengaja disiarkan pada pukul 3 ptg 1 Mei 2011. Hi Tea OE Class 1981 di Bukit Jana Resort, Kamunting , Taiping. Bertemu selepas 30 tahun.