Bee Gees

Monday, 22 August 2011

21 Ramadhan

Pagi Ahad ni, saya perhati semakin ramai yang beratur membeli daging dan ayam, padahal Hari Lebaran masih jauh seminggu. Mungkin ada yang mahu 'stock'kan seawal mungkin supaya tidak berebut di minggu akhir Ramadhan. Pada saya, masih terlalu awal untuk membeli .

Petangnya, buat pertama kali, saya berkunjung ke pasar Ramadhan Sri Tanjung, Sungai layar . Saya tidak berminat berebut dan mengikut nafsu membeli makanan untuk berbuka puasa .

Kali ini tujuannya, tak lebih daripada mengintip anak anak bujang ni berniaga. Selama ini saya hanya meminta tebu delivery dari mereka.

Jom kita mengendap.


4 anak teruna ni, sibuk mencari rezki dengan memerah tebu yang ditanam sendiri oleh ayah mereka , Pak Omar @ Ahmad.

Dengar ceritanya, pendapatan melebihi RM100.00 sehari, hmmmm, hebat tu!

Zul melayan pelanggan.

Disini rupanya tapak perniagaan mereka, bersebelahan dewan yang tak glamour tu! Hehehe.

Akhirnya , intipan saya mendapat perhatian, terpaksa saya membeli sebungkus air tebu sebagai mengambil hati , hahaha.


Memang air tebu bebudak ni antara yang terbaik, sebab di sisih kulitnya terlebih dahulu sebelum dimesin. Airnya Ory tanpa tambahan gula mahupun air putih.

Selesai membeli.

Bercerita seketika dengan anak anak bujang ni, tentang rancangan awal mereka September mendatang serta Mei 2012.

Selamat Berterawaikh dan berpuasa.

Latiff Hariri
2158 21082011
Sungai Petani

Thursday, 18 August 2011

17 Ramadhan 17 Ogos

Ramadhan ni berlalu dengan perlahan, dalam sedar, sudah melepasi hari ke 17.

Aktiviti luaran pun saya kurangkan, lebih tertumpu kepada kerjaya dan rumah.

Dah rancang dan janji lama dengan Badrul, rasanya seawal puasa. Tetapi . biasalah, sikap minit-terakhir (last minute) berperanan dalam menggerakkan minda dan diri ni, memang dari Tingkatan 5 lagi, dimalam peperiksaan baru nak telaah buku, hahaha.

Hmmm, saya sendiri adakala merasakan, segala rancangan saya , kalau berdua dengan Badrul ni, masing masing boleh baca isi hati rakan sendiri ni. Mungkin sebab tarikh lahir sama agaknya.

Pagi Selasa, 16 Ramadhan, selepas menyepi sepanjang setengah bulan ni, Badrul menanya , bila kita nak ziarah Azmi Abu Kasim ni? Hmmm, memang saya pun berencana begitu dengan Badrul.

Pagi rabu, 17 Ogos ni, (hari kemerdekaan Indonesia ni), seawal pukul 7 pagi, saya sudah berpakaian 'lekeh', mengisi air kedalam balang penyembur racun, yang akan saya galas mengelilingi persekitaran Taman perumahan saya.

Jiran belakang rumah, bang Rahman , yang duk perhati saya dari belakang rumah tanpa saya sedari.

"Wah, awal pagi ni Tip"

Saya menoleh kesisi, " Hahaha, nak raya bang Man". Balas saya.

Abang Rahman dan kak Faridah senyum meleret.

Habis satu balang racun saya semburkan keatas rumput rumpai yang tumbuh liar disisi jalanraya dan sekeliling rumah saya dan persekitaran luar rumah jiran tetangga.
Kemas ruang parkir hadapan rumah serta dalam rumah serba sedikit, sebelum saya ke bandar untuk menyemakkan pasaraya dan jalanraya yang sudah pasti sesak dengan orang ramai dan kenderaan.

Pukul 11 bersama Zul ke Kuala Ketil membeli rempeyek untuk hidangan hari Raya nanti. Dan bertembung dengan sekumpulan pemandu lori/ dan penunggang motosikal yang mengerumuni gerai makan yang aktiv berniaga tanpa segan silu, bila memasuki pekan Kuala Ketil ni.

Melepasi pukul 2 saya sudah bersiap untuk temujanji dengan Badrul di Caltex Taman Sejati , untuk bertandang ke rumah Azmi.

Saya pasti beliau ada dirumah, dan boleh 'baca' apa aktiviti Azmi sepanjang bulan Ramadhan ni - buat kueh raya untuk jualan!

Azmi kelihatan ceria walaupun kandungan gula agak tinggi didalam badan beliau.

Azmi asyik bertanya perkembangan terkini rakan rakan sekolah kita. Dia bertanya, betul ke reunion kita pada 1 Mei lalu, tersiar di akhbar? Dari pertanyaan ini, saya simpulkan , Azmi memang sudah mula terasa rindu dan terkenang saat saat ceria bila bersama rakan rakan sekolah ini.

Saya sampaikan salam rakan rakan OE1981 kepada beliau, dan saya kisahkan tentang aktiviti kita memasang penghawa dingin di surau asrama, kepada beliau. Kesihatan Kadir pun saya panjangkan kepada Azmi.

Tahun lalu, pertama kali menjejakkan kaki ke rumah ini, saya dihidangkan dengan kuih Raya Haji. Ok, memang ada kualiti untuk makan makan dirumah, bukan kualiti jualan.
Er, maksud saya, kuihnya berkualiti, bukan seperti sesetengah kuih raya yang dikomersialkan tu.

Dari main main 2-3 tahun yang lalu, kini jadi kerjaya. Tersiar di Harian Sinar edisi utara 17 Ogos 2011. Kak Norhayati , masa itu dibantu oleh Azmi, sekarang ni, menggajikan lebih 10 orang!

Adalah lebih setengah jam kami disini, sebelum saya bergerak pulang, dan Badrul mengarah ke Taman Peruda, untuk menziarahi rakan sepejabat beliau yang sedang sakit.




Foto in menunjukkan yang Azmi sihat, insyaallah. Rakan rakan tak perlu risau.

Tahun ni tak ke Kuala Lumpur sempena cuti Nuzul Quran ni, sebab anak2 sedang sibuk belajar dan mungkin juga cuti jatuh pada hari Rabu.

Selamat berpuasa!!


Latiff hariri
0633 18082011
Sungai Petani

Saturday, 13 August 2011

27 Tahun Sudah

Ini kali kedua saya menjejakkan kaki ke Masjid Pantai Johor di Alor Setar Kedah ni.
Yang pertama ketika meraikan kejayaan PAS menerajui negeri Kedah selepas PRU 12 dahulu. Bermaghrib disini selepas berbuka puasa dibandar Alor Setar.

Saya sempat mengingatkan abang dan adik adik lelaki saya tentang hari kedukaan ini, kira kira 27 tahun yang lalu(saya pasti sebenarnya abang dan adik adik saya pun ingat), tapi adakalanya kita pun teringat ingat lupa jugak. Sebaiknya sebelum saya lupa, saya beri peringatan melalui SMS. Dan ternyata ada yang terlupa, dan lebih menyentuh hati saya, bila emak sendiri mengucapkan terima kasih, dan berkata " emak pun terlupa.... sedih pulak emak." Hmmmm, saya cuma mengingati, tak sangka emak pulak yang sebak.

Kisah 27 tahun lalu, selepas azan Subuh tetap menjadi ingatan duka saya, bila emak mengetuk ngetuk kuat bilik tidur saya meminta saya segera bantu arwah Bapak saya yang sedang bergelut dengan nyawanya. Tiada apa yang mampu saya lakukan selain menalipon ambulan dan memicit mimicit hujung jari kaki Bapak.

Tujuh hari beliau merasai nikmat duduk dirumah sendiri, sebelum dijemput pulang untuk bersamaNya di rumah kekal abadi.

Sempena genapnya 27 tahun ini , saya dan Izzuddin bersama sama berYassin di Masjid Pantai Johor ni.



Nyaman masjid ini, berhawa dingin sepenuhnya.

Anak kecil yang terlepas keluar.

Alfatihah untuk Bapak, Hariri bin Bab( 1936 - 1984)


Latiff Hariri
0615 13082011
Sungai Petani

Wednesday, 10 August 2011

Menu 7 Ramadhan 1432/07082011

Seminngu dah berpuasa ni, cabaran biasa aje, sebab cuaca ada masanya panas, ada masanya redup. Jadi tak berapa mencabarlah.

Dapat bertahan selama 5 hari dengan minuman teh o panas setiap kali berbuka dan bersahur. Gagal dihari ke enam, bila Tebu delivery yang disediakan oleh Mokhtar yang berniaga air tebu di pasar Ramadhan. Sebelum beliau pulang, pasti tersedia dua bungkus air tebu untuk saya. Tak sah kalau tak dicampur ais batu.



Adalah satu malam tu, hujan, jadi nyamanlah tidur malam tu.

Pagi Ahad ketujuh puasa ni, seperti biasa 'dating' dengan peniaga pasar tani, beli 'stock' seminggu makanan basah, dan mundar mandir di bandar SP sebelum pulang sekitar pukul 9.

Sekitar pukul 12 tengahari saya sudah menjenguk kedapur untuk masakan kemestian dari saya setiap kali Ramadhan ni.

Bubur lambuk dan sambal ikan bilis berkacang, menu kegemaran anak anak saya khas dari ari tangan bapa mereka. Memang bahagian ini, saya pakar dari isteri saya, hehehe.



Siap saya buahtangankan bubur lambuk ini kepada dua rumah jiran saya. Mungkin juga Ramadhan ke 14 ini akan saya titipkan lagi kepada jiran jiran persekitaran di Taman ini.

Sempat saya ke Alor Setar sekitar pukul 4 petang, dan berada kembali di rumah sekitar pukul 630ptg. Pandu kereta macam ribut, gara gara menghantar anak pulang ke asrama .


Latiff Hariri
1745 10082011
Sungai Petani

Sunday, 7 August 2011

Masa Untuk Membayar

Saya berpeluang menetap di asrama King Edward seketika, sekitar tingkatan 3 hingga 4. Dapat mengenali lebih dekat rakan rakan Rancangan Khas serta rakan rakan yg dari 'luar' RK sekejap. Kesimpulannya, saya tak dapat sesuaikan diri dan hingga kini saya masih tidak mahu anak anak saya berasrama sehingga mereka tamat pengajian Menengah mereka.

Saya berterus terang disini, tiada yang menarik sepanjang saya bersama rakan rakan asrama, kecuali dua tiga atau sepuloh rakan rakan yang boleh 'klik' dengan kepala saya. Paling saya tak gemar pada yang 'kaki' membuli terutamanya dari abang abang senior .

Bila dah berusia begini, memang terbayang kenangan pahit manis di asrama. Dan sememangnya saya ada berniat untuk membayar balik jasa yang telah diberi oleh asrama kepada saya secara sendirian dan kecil kecilan. Itupun bila ada kelebihan rezeki dariNya.

Saya dan rakan rakan OE 1981 sudah berniat untuk menghulurkan sekitar ratusan ringgit untuk asrama, tidak lebih dari itu kerana wang simpanan kami pun ala ala kadar sahaja. Yang membuat kami nekad untuk tunaikan yang melebihi dari perbelanjaan sebenar ini, adalah atas niat yang telah disuarakan oleh salah saorang rakan asrama kami ni, si Kadir.


Saya bersyukur, kalau tak kerana niat beliau, saya dan rakan rakan yang lain pasti mengambil sambil lewa sahaja atas apa yang perlu kami lakukan.

Bila sesaorang mencetuskan akal beliau, dan terus mendapat sokongan dari kesemua rakan rakan yang lain, sasuatu perkara yang 'tak pasti' , akan menjadi kenyataan dengan ketentuanNya.

Secara tiba tiba, wang kutipan masuk seperti air sungai yang mengalir, tak henti henti akaun OE Class 81 bertambah tambah, hingga akhirnya saya mula memikirkan , dari beli satu , baik saya beli dua penghawa dingin. Bezanya pun tak jauh, hanya sekitar ratusan ringgit sahaja.

Hm, fikir fikir, Ramadhan kian hampir, baik saya segerakan pembelian ini.

Maka terpasanglah penghawa dingin ini di Surau Asrama King Edward.

Jenama York 1.5hp dari bekas pelajar tahun 1981.



Permaidani yang hanya sebahagian terisi, ,masih ada ruang untuk penderma budiman.

Mengikut congakan saya, kalau ada rezeki lagi, sesuai ditambah lagi 2 unit penghawa dingin 3.0hp untuk mendapat kenyamanan maksima.

Sepanjang pengajian saya hingga ke tingkatan 5, saya pernah terfikir waktu itu, bila saya dewasa dan berkerjaya nanti, saya pasti akan bersedekah kepada asrama ini sebagai membalas jasa.

Tapi tak pernah terfikir yang saya dan kesemua rakan rakan OE 1981 akan bersatu, menyumbang secara bersama kepada asrama. Masa itu saya hanya fikir pada diri sendiri sahaja, tapi pada usia 47 ini rupanya, saya masih bersama dengan rakan rakan bersatu memberi sumbangan.

Zohor Sabtu 30hb Julai, saya berimamkan Badrul bersama buat pertamakali menjejakkan kaki di Surau ini.

Dan harus saya katakan, sumbangan kecil ini benar benar membuat hati saya BESAR terhadap kesemua yang bersedekah menjayakan kerja baik pulih surau.

Tahniah kepada Sekolah, Pelajar, Bekas Pelajar Asrama dan Guru Guru yang berusaha gigih menjayakan kecemerlangan anak anak penyabung jenerasi di King Edward VII.

TAHNIAH!!


Latiff Hariri
1930 04082011
Sungai Petani

Thursday, 4 August 2011

Bersama Waris OE 1981

Saya dan Badrul hanya bergerak meninggalkan Perai sekitar pukul 1045 pagi. Meluncur laju mengarah ke selatan. Keluar pintu tol Nibong Tebal, mengarah ke Tanjung Piandang, semata mata mahu membeli ikan masin: anak anak sepat ronggeng untuk juadah puasa ni. Meluncur laju ke arah Simpang Empat, Semanggol terus ke pekan Batu Kurau untuk kerumah Bonda Samsudiar .

Di Batu Kurau sekitar 0110 tengahari. Kami berlangkah kiri. Bonda Samsudiar berada di Ipoh dirumah abang Zaini. Di sana juga, sudah menanti abang Zainul yang akan membawa Bonda ke Kuala Lumpur untuk berpuasa selama sebulan dirumah beliau. Ini ucapan dari abang Zainul bila diberitakan kehadiran kami untuk rakan rakan OE 1981.

"Salam. Terima kasih kerana hantar cek untuk emak. Saya di rumah Zaini di Ipoh ambil emak untuk tinggal dengan saya sepanjang Ramadhan. Salam dari kami untuk saudara sekeluarga dan kawan kawan arwah" 0124 , 30 July 2011

Hanya bertemu dengan adik kepada abang Zainul dan penyerahan cek. Kami berpatah balik ke bandar Taiping. Ini pertamakali buat Badrul melalui laluan Taiping - Batu Kurau, kerana jalan sudah besar dan diluruskan, tak sampai 20 minit kami seddah berada di Kamunting.

Terus ke Desa Jana menuju ke rumah anak anak Allahyarham Marzuki Latiff.



Puan Khatijah bersama ketiga tiga anak beliau. Anank tunggal lelaki tu.... ada iras arwah?


Sekadar seorang segelas air , kami bergerak ke bandar Taiping, terus ke Asrama King Edward.

Puan Khatijah mengesahkan peneriman cek dari OE Class 81.

Kami berhenti rehat dan solat di asrama.

Di asrama, kami dijemput oleh Jawaid untuk bertandang ke rumah bonda kepada Allahyarham Aziz Bashir.

Mengarah ke Cathay Evenue, Assam Kumbang melepasi pukul 220 petang.

Bonda Bibi, ibu kepada Arwah Aziz. Usianya sudah melepasi 70 tahun.

Kenangan bersama Bonda dari 3 rakan OE Class 81. Aziz dan Badrul satu team Hoki King Edward.

Pun sekadar saorang segelas air, kami bergerak ke arah Tekah berhampiran Aerodrome, yaaa, lapangan Terbang Taiping yang sering dilupakan.

Aziz Bashir , 1964-1993 . Penjaga Gol Hoki OE Class 81.

Disini jua bersemadinya pusara datuk saya, Tok Adam(Bapa emak saya), emak saudara saya Kalsom(kakak emak saya), Pcik Zainal(abang sulong emak) dan juga Bapak saya, Allahyarham Hariri Bab.

Sekadar Alfatihah untuk kesemua yang telah pergi.

Latiff Hariri
0554 04082011
Sungai Petani

Monday, 1 August 2011

Ceramah Pertama PRU13

Bunga Api sempena penyerahan borang Ahli Baru Pas kawasan Sungai Lalang

Dia datang ke Negeri Kedah atas lawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, tapi dia disambut oleh Ketua Umno Negeri , bukan Menteri Besar dan barisan Exco kerajaan Negeri. Guna lawatan atas duit Kerajaan (duit rakyat) , tapi untuk kepentingan peribadi politik mereka.

Dia masuk masjid Mergong berpolitik dan serahkan RM1 juta untuk menaikkan taraf masjid, dia beri atas nama Kerajaan , tapi menyatakan seolah olah duit itu datang dari parti politik mereka. Hanya mereka sahaja yang dibernarkan mempolitikkan masjid, puak yang menentang mereka diharamkan.

Dia tabur duit kat Persatuan Cina dan India atas nama pembangunan dari kerajaan pusat, dan, dia kata ini semua adalah tanggungjawab dia memberi bantuan kepada semua kaum, pada waktu yang sama, dia minta kaum kaum itu turut menyokong dia!!

Peh , politik rasuah mereka.

Sekarang ini dah mula hangat di Kedah dengan ceramah ceramah politik dari Pakatan Rakyat dek gara gara PM menghoyan turun padang kununnya perihatin dengan kenaikan kos sara hidup yang ditanggung rakyat. Maknanya , pilihanraya akan bermula dalam tempoh 6-8 bulan dari sekarang. Kalau tidak, PM sibuk mengahwinkan anak di Oversea, tak pun wisuda anak di Amerika. Kesemua perbelanjaan dia kesana digunakan wang rakyat sepenuhnya, bukan dari wang dia sendiri.

Jadi, dengan rendah dirinya, saya akan memulakan acara 5 tahun sekali ini. Sepertimana janji saya yang saya akan bergerak aktif hingga tamat PRU13 ini. Kalah menang bukan menjadi hirauan saya, yang penting,: LAWAN TETAP LAWAN!!!

Jumaat malam ni yang pertama saya hadiri ceramah Pakatan di Sungai Lalang, Sungai Petani. Kami berenam jiran setaman kesana. Kehadiran rakyat melebihi 10,000 . Bukan 6000 sepertimana yang tersiar di Utusan Meloya ketika BERSIH 2.0 dulu ek.

Ucapan dari Exco Kerajaan Negeri dan tetamu utama, Tuan Guru Haji Hadi Awang. Kagum dengan kehadiran pelbagai kaum , bangsa dan agama, duduk makan semeja dan mahukan perubahan dilakukan pada PRU13 mendatang. Bukan tukar kerajaan Negeri Kedah ek, Kerajaan Persekutuan tau!!




Dr Hamdan bersama Tuan Guru

Kalau korang kata 1000 kehadiran, siap korang, aku saman, hahaha
Simbolik perasmian cawangan cawangan baru disekitar Sungai Lalang




Ceramah tamat sekitar pukul 12 malam.

Ini merupakan ceramah pertama yang saya hadir untuk tahun 2011. Memang dah banyak ceramah berlangsung, boleh dikatakan selang dua tiga malam, pasti ada. Yang paling besar minggu lalu, Kehadiran DSAI dan Mat Sabu di bandar Sungai Petani. Kehadiran melebihi 10,000 , tapi Polis kata 1000 je.


Latiff Hariri
0545 01082011
Sungai Petani