Bee Gees

Sunday, 4 September 2011

Kunjungan Hatta-Roslinah

Bila Syawal tanpa kehadiran tetamu ni, yang paling senang untuk saya lakukan ialah baring baring dihadapan TV. Mata tak menonton, tetapi terpejam cuba lena. Dan selalunya saya gagal.Saya bukan jenis yang suka lena siang.

Rancangannya mahu ke kuburan di Assam Kumbang, tetapi suka bermain dengan sikap 'ah nantilah, ah nantilah' akhirnya tak kemana. Alasan diberi , kerana ada tetamu nak datang pulak. Tetamu jauh, yang seringnya bertemu setiap Syawal, dan setiap kali jika saya bertandang ke Sepang.

Hatta dan Roslinah.



Mereke berdua tiba tanpa anak anak sekitar pukul 540 petang. Tunggu ajelah Hatta dan Roslinah, Cik Bie sedang memasak didapur.

Puas hati jika ada tersedia makanan panas untuk Hari Hari Raya ni, kuih raya hanya sebagai selingan.

Emak saya mengenali Hatta sekitar 1979. waktu tu, kami berdua sering pulang dari asrama ke Padang Rengas dan Kuala Kangsar, bersaingan, adakalanya saya singgah dahulu ke rumah Hatta, atau Hatta menyusul kemudian ke Kuala Kangsar.

Dan terus mesra dua keluarga ini hingga kini.

Hatta dan Roslinah bersama kami hingga ke pukul 7, untuk beliau bergerak pulang ke Padang Rengas. Pakcik beliau menetap di blok yang sama dengan rumah emak saya ni, jarang jarang dah saya jumpa sejak mejak ni.

Sambung berbual hingga ke kereta, sebenarnya banyak benda yang nak dikongsikan terutamanya tentang perkembangan anak anak.

Tahun ini saya tidak bertandang ke rumah Hatta di Padang Rengas

1 Syawal, ada saya bersms dengan Zul Norman(Zul Hoki) untuk pertemuan, tetapi belun ditetapkan bila dan dimana. Bila sudah berhubung dengan Badrul, lalu diatur satu pertemuan di restoran Rahman Taiping sekitar pukul 9 malam.

Badrul yang pertama hadir , diikuti saya, dan Zul.

Malangnya, saya terlepas pandang , yang foto Zul tidak terakam didalam kamera digital ini, ruginya!!


Badrul dan Jawaed(terlindung) sementara Fairuz berbual dengan rakan dari St George.

Khairul Azhar(Ja'a) dan Badli.

Malam tu hanya kami bertujuh, berbual kosong dan diselang seli dengan politik.

Selalunya beginilah, bila puak yang disana berkata kata, puak disini membisu, sebagai tanda pandangan politik rakan rakan hanya selingan sebenarnya, yang utamanya persahabatan berkekalan dan tiada perbahasan demi sebuah Syawal yang indah.

Hmmm, saya boleh tahu siapa 'siapa' didalam lingkungan sahabat sahabat saya ini.


Latiff Hariri
1150 04092011
Sungai Petani

Saturday, 3 September 2011

Satu Kunjungan 34 kehadiran - The Mahmuds

02092011/2 Syawal 1432H

Ini yang sebenarnya!!

Tradisi yang terpelihara dari keluarga Allahyarham Pak Ngah Mahmud dan Mak Ngah Kalsom ni. Keluarga kakak kepada emak saya ni, yang tradisinya dimulakan oleh Pak Ngah yang akan bersama anak menantu beliau setiap Syawal menjelma sekitar tahun 70an , hingga kini diteruskan oleh anak anaknya, yang juga sepupu sepapat saya. Selalunya diterajui oleh abang Net, dan diselia bersama Kak Aya dan abann Nai. Kak Rohaya anak yang sulong, diikuti abang Zulkarnain anak kedua. Dan jumlah kehadiran mereka tidak pernah bersusut setiap tahun.

Saya dan keluarga Hariri, gagal dalam budaya ini, kerana kami lebih 'sendirian' bila laksanakan budaya berziarah Syawal ini.

Kali ini juga saya dapat bertemu mereka, sebab selalunya, saya sudah 'keluar rumah' lebih awal untuk berziarah, dan rezkinya tahun ini dapat bertemu.

Kehadiran mereka memang dinanti emak dengan seperiuk besar nasi dan gulai untuk makan tengahari , lebih mengenyangkan dari berkuih raya.



The Mahmuds menenggelamkan The Hariris.

Kak Rohaya Mahmud

Sepupu duai yang seangkatan dengan saya, lebih tepat 'senior' saya melebihi 4 tahun keatas. Semuanya pangkat abang abang. Abang Nai, Abang Omar, Abang Net, Ibrahim dan RahmanHariri.

Jamuan makan tengahari bergulaikan lauk asam ayam, hati berlada hitam dan sayur rebus plus sambal belacan.

Abang Nai melayan anak bongsunya.

Mereka berada di rumah emak sekitar 1 jam lebih, siap solat Zuhur bila mereka harus beregerak seterusnya ke rumah keluarga terdekat.

Bersalam salaman dan bermaafan.

Suka dengan acara bersalaman ini, tertamanya bila anak anak menghulur tangan dan disambut dengan sampul duit raya dari saya dan Rahman.

Abang Net siap announce tu, salam dengan YB YB dulu....hehehe.

Yes, anak anak gembira bila bersalam dengan tangan berisi.

Ini yang saya suka setiap kali Syawal ni. Budaya kunjung mengunjung dan saling mengenali anak cucu yang baru lahir serta menantu menantu baru yang sertai keluarga besar ini.

Sepi seketika bila mereka pulang, dan saya cuba untuk lena seketika di ruang hadapan, tapi gagal, bukan mudah untuk tidur siang ni buat diri saya.

Tunggu siapa yang datang lagi selepas ini.


Latiff Hariri
1051 02092011
Sungai Petani

Friday, 2 September 2011

1 syawal 1432H - YANG DIKUNJUNG



Awal Subuh ni, bersiap awal. Kami tidak menziarahi kubur disetiap pagi Syawal, kerana kuburan ayah dan ibu mertua saya ni terletak lebih kurang 10km dari rumah.

Selesai bersarapan sekitar 730 pagi, saya dan Izzuddin bergerak ke Masjid Al-Amin, yang jaraknya sekitar 500m dari rumah. Teramatlah dekat, tapi saya yang jauh selalunya.



Masjid Al-Amin dan Tahfiz Al-Amin bersebelah. Kelihatannya, kerangka dewan kuliah sedang dalam pembinaan di hadapan Masjid.

Masjid dibawah pentadibiran Ustad Ibrahim , yang merupakan Imam melebihi 11 tahun serta usianya 6 tahun muda dari saya. Dibawah naungan beliau, terbinanya bangunan Tahfiz 3 tingkat bernilai Rm900,0000.00 ini, pembinaan dewan kuliah yang bernilai RM180,000.00, serta pembelian tanah perkuburan yang bernilai RM387,698.13 . Jumlah harga tanah masih kekurang RM144,000.00 dan dewan kuliah pun masih kekurangan RM140,000.00 , setakat 1 Syawal 1432H ini.

Saya pasti dibawah seliaan Ustad Ibrahim, sesuatu yang mustahil pasti berlaku.

Bilal yang bersaorang baru memulakan Takbir sekitar 820pagi.

Saya duduk menjauh dari bilal, tak reti....ish ish ish.

Bermulanya solat Idul Fitri sekitar 910 pagi berImamkan Ustad Ibrahim, khutbah dan tahlil pun dipimpin beliau. Secara rasminya selasai bersalaman dengan Imam ini sekitar 1010 pagi. Dan saya melangkah pulang ke rumah.

Sedang bersiap , itu yang bang Rahman datang bertandang, jadi rumah pertama yang saya sekeluarga bertandang adalah di Taman Seri Tanjung, kejiranan sebelah taman kami
Dirumah pertama kunjungan kami, rumah Bang Mat, jiran Seri Tanjung.

Bersama orang kuat Seri Tanjung, Bang Latiff TNB, Bang Omar (bapa bebudak bujang tu) pekena sorang sedikit lemang dan rendang.Ini rumah kedua melepasi pukul 1240 tengahari.

Terus ke rumah Yazid, jiran setaman.

Ini rumah Yazid, jiran didalam Taman Teratai Indah. Kelihatan isteri Cikgu Mat bersebelahan Aqilah, guru kepada Izzuddin di SMKSL.

Cadangnya mahu membalas kunjungan Abang Rahman, tapi beliau dah keluar berziarah. Jadi ke empat adalah rumah Cikgu Hashim, ayah kepada Nasir, rakan/jiran bebudak bujang ni. Menu di rumah Nasir - Nasi Daging. Malangnya foto tidak dirakam dek teruja menerkam Nasi Daging, dah lama tak makan tenghari ni.

Terus ke rumah seberang jalan, rumah Pak Tam Det.


Bersama Pak Tam dan Mak Tam, Guru Quran anak anak saya, dan mekanik terdekat bila kereta saya perlu dpelihara dan dirawat.

Selesai berkisah dengan Pak Tam, kami kerumah keenam ini.

Ini Imam Masjid Al-Amin, Ustad Ibrahim, beliau boleh bertutur lebih dari 8 bahasa....termasuk BM dan BI. Sekali pandang iras Ustad Badrul Amin tu.

Bergerak ke kampung , menziarahi pusara tok dan nenek anak anak ni. Kuburnya bersebelahan, walau jarak berpisah antara arwah berdua kira kira 5 tahun. Senang perkuburan ini, sebab terjaga bersih. Disini juga tersemadi, abang sulong Roziah.


Kubur emak dan bapa mertua saya.

Dari perkuburan Permatang Berangan ini, kami ke rumah abang Majid, sepupu Roziah. Disini kami dihidangkan laksa.

Terus ke Permatang Kedundung, berhampiran hutan simpanan kami tu, kerumah Kak Ara, rumah arwah abang Roziah ni. Disini menunya nasi minyak, wow!! Power tu

Kerumah Pak Lang Ak, yang menyelia hutan simpanan kami tu. Sekadar beraya dan pekena sorang segelas air sirap. Perut dah penuh.


Di rumah Pak lang Ak

Dan rumah terakhir , rumah si Jan, yang mengerjakan bendang kami tu.

Ini cucu buah kedua kami.


Kira punya kira , lebih 9 rumah yang saya ziarahi dihari pertama Syawal. Dicampur Rumah ALLAH dipagi Raya, genaplah 10 Rumah!!

Yang leganya, malam tiada tetamu yang datang betandang. Sekitar pukul 10 saya dah 'hilang'.

Eh, silap ek, bukan tak suka tetamu hadir disebelah malam,cuma lega dapat lena panjang. Rumah saya terbuka sepanjang Syawal ni kecuali waktu bekerja. Lagi pun tidur awal ni, sebab esoknya nak balik awal ke Taiping.

Latiff Hariri
0822 02092011/4 Syawal 1432
Sungai Petani

Wednesday, 31 August 2011

1 SYAWAL 1432H - YANG BERKUNJUNG

SALAM IDUL FITRI

Sebaik selesai solat pagi Raya ni, seperti biasa salam salam Raya bersama anak isteri. Berfoto adalah kemestian. Bersiap siap untuk bertandang ke rumah pertama sekitar kejiranan ini. Dalam duk bersiap 'gang' assalamulaikum pun ramai yang datang.
Tanpa makanan dan minuman , duit raya dihulur, dan panggilan pertama datangnya dari jiran belakang rumah, Bang Rahman dan Kak Faridah.

Kami selalunya begini, samaada saya yang pertama menjadi tetamu bang Rahman, atau bang Rahman yang menjadi tetamu pertama saya.

Kali ni mereka biru sedondon - isteri, anak anak , menantu menantu dan cucu cucu.

Anak menantu dan cucu Bang Rahman.

Saya dan bang Rahman, biasanya bila 1 Syawal ni, ungkit kisah silamlah, samaada kenangan di SP, Taping , maupun Langkawi. Abang Man orang sana.

Agak lama juga bersembang, sebab hidangan lambat dihidang, hehehe.

Hanya dapat bergerak sekitar pukul 11 lebih menuju kerumah pertama kami.

Semuanya selesai sekitar pukul 615 petang, dan terus pulang ke rumah

dah ada tetamu kedua menunggu!



Zul, Nasir, dan Tart, berkunjung sekitar 640 petang hingga ke Maghrib.



Latiff Hariri
0857 31082011
Sungai Petani

Tuesday, 30 August 2011

Akhir Akhir Ramadhan

Selalunya, hari hari akhir kedua atau ketiga Ramadhan ini, pastinya adik adik terdekat saya secara sepontan akan datang bertandang untuk berbuka bersama sama. Saya memang dah sedia menanti adik adik ni.

Rakan baik saya si Hadi ni pun sudah tahu tahu kegemaran saya setiap kali menjelang Syawal. Dibelinya untuk saya 2 kg udang dari Kuala Kedah. Jadi penuh sakan petisejuk ni.

Tahun ini si Fadhil datang bertandang, sedangkan tahun lalu si Rashi. Jadi , menu malam tu, sambal tumis udang dan gulai lemak labu. Satu kombinasi yang mantap.

Perjalanan dari Pulau Pinang yang selalunya tidak melabihi satu jam, dek kerana Syawal kian menjelang, masa yang diambil melebihi 1 jam 30 minit. Fadhil sekeluarga tiba sekitar 655 petang.

Malam ni meriah, sebab kesemua anak anak saya pulang pada hari ini dicampur dengan Fadhil sekeluarga, malam ni kami bersembilan berbuka puasa.

Puas sebab barakahnya bila makan beramai ramai ni.

Dan tersandar bila kekenyangan.

Rupanya , Fadhil kesini berserampang dua mata. Selain berbuka bersama, beliau nak berbelanja persiapan Hari Raya di Sungai Petani. Di sini ada 2 Tesco, 1 Giant, 2 The Store, 2 Econsave, 1 Parkson - kau pilih aje lah Fadhil.


Fatimah dan Amin melambai tangan perpisahan.

Dekat aje tu, sari dua ni, kita jumpa lagi di Taiping untuk berSyawal.

Selamat Hari Raya Idul Fitri!!! Maaf Zahir Bathin.

Latiff Hariri
0001 1 Syawal 1432/30 Ogos 2011
Sungai Petani

Monday, 29 August 2011

Malam 27 Likur

Malam ke 27 ni, bebudak bujang ni ajak supper ke daerah Merbok. Tak lah jauh, boleh diterima undangan mereka ni. Jadi sekitar pukul 10 malam kami bergerak didalam hujan mengarah ke utara Sungai Petani ni.

Patutlah sehari dua ni saya duk tringat kat mihun sup. Sepanjang pengalaman melepasi 13tahun menetap di Kedah ni, ( 1986-1989, 2001 hingga kini) sememangnya Kedah ni terkenal dengan mihun sup mereka. Ini tempat baru yang katanya, hanya dibuka pada bulan Ramashan. Kampungnya bernama Pengakalan Kakap, Merbok, Sungai Petani.

Jalannya mengarah ke Tanjung Dawai/Yan.



Mihun sup campur nescafe panas.
Semangkuk hargnya RM2.50 .

Pada saya, mangkuknya terlalu kecil dan kena pada harganya. Sebaiknya harga dinaikkan ke RM3.50 , dibanyakkan mihundan isinya, baru puas makan.
Pulang sekitar pukul 12 malam. Nasib baik bebudak bujang ni yang datang menjemput, kalau nak tunggu saya yang bawa, kena tunggu lepas Ramadhanlah.

Latiff Hariri
0633 29082011
Sungai Petani

Tuesday, 23 August 2011

KENANG KENANGAN HIDUP -Rahman Hariri

Penulis - Rahman Hariri dipangkuan emak.

Sekapur Sirih

Jadi, kedua dua adik bongsu saya meminta saya menulis tentang Bapak. Saya tidak mempersoalkan mereka. Mereka tidak berpeluang untuk mengenali Bapak mereka sepertimana kami yang tua tua ini. Kami menghabiskan masa hampir 20 tahun bersama Bapak, manakala adik bongsu perempuan saya, hanya untuk satu, atau paling tepat menghampiri 8 bulan untuk bersama Bapak.

Tidak mudah untuk menulis tentang Bapak yang telah lama meninggalkan kami . Saya pasti Bapak tidak dapat mempertahankan dirinya dalam penulisan ini - bukanlah kerana Bapak perlu membela diri beliau pun. Sebaliknya, saya tidak mahu menganggap Bapak seolah olah saorang yang bertaraf wali yang akhirnya kisah ini akan menjadi tidak benar, walaupun pada hakikatnya dia saorang yang warak. Tetapi cara beliau bertugas dan melaksanakan tugas yang diamanahkan, akan membuat kisah Bapak hampir benar benar begitu, terutamanya dalam keadaan kerendahan moral hari ini dikalangan penjawat awam.

Adik lelaki yang saorang lagi ni pula, inginkan saya menulis lanjut mengenai Taiping, satu lagi kisah yang terlalu menyentuh hati saya. Saya mempunyai cerita di Lapangan Terbang Tekah aka Taiping Aerodrome (di Assam Kumbang Taiping), di mana Sukarno & Hatta pernah mendarat di tahun 40an dahulu ; selain yang ditulis oleh seorang pegawai kolonial di Taiping di awal tahun 1900, menggambarkan keindahan Taiping selepas hujan ,yang mana telah mebuat saya menjerit-jerit "Itu Taiping saya! Itu Taiping yang saya tahu!!" Ya, saya telah mula mahu menulis tentang kedua-dua topik - ia adalah di dalam fikiran saya sepanjang masa.


Tetapi di mana dan bagaimana harus saya mulakan?

Saya tak tahu di mana nak bermula sepertimana Pak Lah yang kebingungan diawal pemerintahan beliau tentang pengurusan negara ini. Bukannya nak melawak ni. Hanya bergantung pada ingatan saya dan tanpa merujuk kepada Mak Cak, kakak Bapak atau saudara lelaki Bapak, Pak Lang dan Pakcik Ya, saya dapati sukar untuk mengenang kembali kenangan lalu bersama Bapak. Mungkin juga saya tak mahu kenangkan lagi, saya pun tidak pasti.

Liku liku hidup Hariri Bab

Bapak dilahirkan di Kuala Kangsar pada bulan April tahun 1936 dan bersekolah di Sekolah Clifford . Rumah yang mereka tinggal di deretan rumah-rumah kerajaan betul-betul di tengah-tengah KK, yang didepannnya sekolah. Rumah adalah lebih seperti satu berek rumah . Dua bilik dan ruang tamu dan anda pergi ke bawah (dan keluar) ke dapur dan sebuah bilik dibawah, dengan ruang terbuka untuk jemuran pakaian anda. Sudah tentu pada tahun 2007, rumah deretan itu masih berdiri kukuh namun kini, ia adalah perhentian bas dan perbandaran baru untuk KK.

Kami mempunyai peluang kami pada tahun 1979-1980 (?) untuk menetap dirumah tersebut dan melalui semula kenangan Bapak bersama adik beradik beliau di berek itu . Saya masih ingat ,sekembalinya saya selepas SPM ,dan malam itu selepas ketibaan saya, saya tidur dari selepas Maghrib hingga ke pagi berikutnya dan merasa seperti yang saya telah bangun dari kematian saya. Aman dan puas tidur dibawah rumah yang beruang untuk simpanan barangan.

Ia adalah tidur yang paling nyaman yang pernah saya lalui.

Maaf, saya menyimpang.

(foto dibawah perjelaskan ruang bawah tangga yang nyaman untuk tidur lena)

Bersama Opah mereka selepas kematian emak. Pengenalan dari belakang kiri:- Pak Long(Zainuddin Bahari Bab) Makcak(Maznah Bab). Berlutut kiri: - Bapak(Hariri Bab), dipangkuan opah, Pakcik Kadir(Abdul Kadir Bab), Pak Lang(Aziz Bokhari Bab)
Duduk: - Pakcik Yut(Kamarul Zaman Bab), Pakcik Ya(Zakaria Bab) dan Pakcik Wan(Redzuan Bab)

(Kami pernah menginap dirumah seperti foto ini di Kuala Kangsar sekitar 1979-1980, berhadapan sekolah Clifford)


Banyak yang saya tidak tahu tentang kehidupan Bapak di Kuala Kangsar. Yang pasti, hidupnya sukar bersama 8 adik beradik, tanpa saorang ibu , yang pergi sekitar tahun 1947. Bersama saorang ayah yang berkahwin semula selepas pemergian ibu(Tok Bab berkahwin semula selepas 3 bulan ), suasana yang agak sukar untuk menempa kejayaan.
Tok Bab adalah saorang Juruketnik Jabatan Telekom Malaysia, dan saya pasti gaji beliau waktu itu tidak seberapa.

Bapak menghabiskan masa remaja beliau dengan bermain kriket di padang berhampiran.
(Tidak jauh dari Pasar Kuala Kangsar) Pernah berliau menceritakan tentang kehebatan beliau bermain waktu itu dan mewakili Sekolah Clifford, tetapi tidak mendapat perhatian sepatutnya dari saya. Mungkin bagi saya, permainan kriket ini sesuai dengan era penjajahan dulu.
Bapak bersama pakcik Wan di Bukit Bendera sekitar tahun 50an
(kalau tak silap saya, bapak mencuba kali kedua peperiksaan SC di Pulau Pinang)

Dan beliau lulus peperikasaan Senior Cambridge beliau waktu itu. Dari apa yang saya faham , lulusan Senior Cambridge adalah lebih kurang setaraf dengan 'O Level'. Memandangkan hanya segelintir, atau paling tepat, boleh dikira yang berjaya melepasi ujian ini, membuat saolah olah satu kejayaan mendapat ijazah waktu itu. Dan saya tak pasti mengapa Bapak tidak melanjutkan pelajaran beliau ketahap yang lebih tinggi. Adakah disebabkan isu kewangan, isu kelayakan, yang membantutkan pembelajaran Bapak? Saya tak tahu mengapa.

Sebaik lulus SC, abang sulong Bapak, Zainuddin Bahari Bab(Pak Long), yang waktu itu bekerja di Utusan Melayu(waktu itu Utusan dimiliki oleh Keluarga Ishak- Yusof dan Aziz , waktu itu Aziz Ishak dikenali Bapak dengan panggilan Pak Jed), bertanyakan kawan kawan beliau , untuk membantu mencarikan pekerjaan untuk Bapak, supaya boleh diambil bekerja di Jabatan Kerajaan. Kisah ini dicerita sendiri oleh Pak Long kepada saya suatu ketika dahulu.

"Tetapi , dia terlalu 'overqualified' untuk jawatan itu". Itu yang diberitahu kepada Pak Long . "Saya tak pasti yang beliau akan bertahan lama disitu."

"Percayalah..." Pak Long memberi keyakinan. "Dia adik saya, saya kenal dan tahu dia, dia tak akan kemana mana lagi".

Bapak sedang bertugas diluar tahun 60an - (Apa yang pasti, Bapak cukup cekap dengan pengiraan dan ukuran - sebab tu anak anak dia cekap Matematik.)

Berhenti kerja? Tiada dalam kamus Bapak, dan Bapak meninggal dunia, berjawatankan Pegawai Penempatan. Saya ingat, Bapak berjawatan Pegawai Penempatan dihampir setiap daerah negeri Perak.( Taiping pada awal 60an, Batu Gajah sehingga 1968, Lenggong 1969-1972, Taiping 1973-1978, Kuala Kangsar 1978-1984, Taiping 1984 hingga beliau menghembuskan nafas terakhir beliau.)



Bapak sebagai Pegawai Penempatan di pejabat beliau.


Tetapi langkah seterusnya kerjaya bapak, kenaikan pangkat tidak menyebelahi beliau. Saya masih ingat bahawa dalam tahun 70-an, beliau pergi ke Ipoh dan menduduki peperiksaan untuk kenaikan pangkat, tetapi dia tidak mendapat kenaikan pangkat menjadi ADO(Penolong Pegawai Daerah). Saya tidak tahu mengapa, saya percaya mungkin ia mempunyai sesuatu kaitan dengan kesihatannya; mungkin dia tidak lulus temuduga, mungkin dia tidak memainkan politik pejabat dengan,baik, siapa tahu. Bapak berpenyakit batu karang didalam buah pinggang dan tekanan darah tinggi, dan agak kritikial diakhir tahun 70 hingga ke80an. Dalam apa jua takdirnya, saya gembira yang Bapak tidak mendapat kenaikan pangkat menjadi ADO mahupun DO.

Semasa beliau bertugas sebagai kakitangan kerajaan, Bapak tidak pernah menggalakkan kami,anak-anaknya untuk mencari nafkah dengan kerajaan. "Cukuplah dengan Bapak "katanya. "Bapak mengharapkan kamu adik beradik bekerja di sektor swasta ". Saya fikir dia boleh melihat pada masa akan datang, mungkin sektor swasta akan menjadi lebih besar dan mulia. Kecuali bagi dua adik saya - seorang pensyarah dan seorang guru, kami pada dasarnya telah dikemudikan untuk menjauhi sektor awam ( dua daripada tiga belas anak Bapak)
.
Dia meletakkan penekanan yang tinggi kepada pendidikan untuk anak-anaknya. "Saya tidak mempunyai apa-apa untuk diberi kepada kamu , kecuali pelajaran."Paling tepat menteranya. Itu yang selalu diperbualkan Bapak kepada saya setiap kali saya pulang bercuti dari sekolah berasrama penuh di Kota Bharu. Paling tepat, Bapak tahu dia tidak mempunyai banyak harta untuk diberikan kepada ke duabelas anak anaknya (tidak termasuk satu anak angkat) dari segi harta dunia. Dan dia tahu bahawa satu-satunya cara bagi keluarga untuk maju ialah melalui pendidikan

.
Sebab itu dia lakukan sepenuhnya dan yang terbaik untuk kita semua mencapai matlamatnya Adakalanya bergolok bergadai semata mata mahu memastikan kejayaan anak anak - dan seringnya begitu.

Walaupun saya tidak suka bercakap tentang gaji orang lain, termasuk Bapak saya sendiri, saya tahu apa yang beliau dapati adalah tidak sebanyak mana. Dan membela dan membesarkan 13anak adalah satu beban yang amat berat tetapi dia laksanakan dengan semangat waja."Mereka bukan bebanan saya, mereka adalah keluarga dan anak anak saya." Dia tidak pernah merasai kemewahan hidup. Tiada kereta baru untuk dia sepanjang hidupnya - Morris Minor (AD 8479) adalah terpakai.



Rahman dan saya di Sekolah Kebangsaan Sentul, Kuala Lumpur berlatar-belakangkan kereta Morris Minor - AD8479

Apabila dia membawa pulang kereta 'baru' kerumah kami di Batu Gajah, kami bertanya kepadanya semasa beliau memnawa kami untuk bersiar siar, "kalau kereta baru,
kenapa dia burok?" Saya tidak ingat jawapan Bapak, mungkin dia mengambil strategi dalam usaha memberi jawapan, yang akhirnya saya anggap sama seperti iklan Burung Murai - ayah dan anak itu. Dia memandu kereta itu selama hampir 20 tahun sehingga dijual pada awal tahun 80-an dan membeli Opel Kadett terpakai (AW2002).

Kereta Morris Minor itu pernah mengalami kerosakan ditengah malam gelita sekitar tahun 70 di jalan Kuala Kangsar-Lenggong. Bapak mengarahkan kami menutup kesemua cermin tingkap kereta sementara beliau memeriksa keadaan enjin di tengah hutan yang gelap gelita itu. Sekurangnya beliau pastikan kami selamat sekiranya beliau dibaham harimau .

Oh, anda tahu tak apa kereta kegemaran Bapak? Puegeot.!! Saya masih ingat masa di Aulong,dan entah berapa kali jurujual kereta berulang alik kerumah Aulong itu bagi memastikan Bapak memilikinya.Tetapi, dia tahu dia tidak mampu memiliki kereta itu, akhirnya..... dia terpaksa membeli Opel terpakai dengan bayaran tunai.

Tetapi masih lagi tanpa penghawa dingin berbanding dengan kereta lain waktu itu.

Dia tidak dapat merasai nikmat tinggal di rumah sendiri sehingga minggu terakhir kehidupannya.

Itulah dia Bapak kamu, Zali dan Aisyah.

Dia akan duduk dan membaca buku-buku dengan kami pada waktu malam dibanglo kerajaan kami di pinggir Lenggong. "Goodbye Aminah, goodbye Mei Ling, I will see u again tomorrow," said Ali - kami akan membaca bersama-sama (yang dari buku Std 1).Begitulah, bagaimana dia menanam 'kasih untuk buku-buku' dalam keluarganya. Dia akan meluangkan masa dengan kami, dan bukan hanya memberi arahan "pergi baca buku!" seperti yang dilakukan saya kepada anak anak masa kini saya.

akan bersambung

epilog
Kalau kamu ingin tahu dengan lebih mendalam tentang Bapak kamu, dengarlah kedua-dua buah lagu ini.Kami sering diperdengarkan lagu lagu rakyat ini oleh The Brothers Four & Theme from A Summer Place bersama Percy Faith di awal 70-an melalui alat pemainan piring hitam milik Bapak ni.Ya, masih tersimpan dengan baik dan selamat dalam koleksi saya. Ia menjadi penyebab setiap kali saya mendengar kedua-dua buah lagu ini, saya akan terkenang saat saat manis bersama Bapak.

Ini adalah pring hitam ori (EP) dari tahun60-an yang masih tersimpan dengan baik milik Bapak.Terdapat dua buah lagu di sebelah ini - Theme from A Summer Place dan Greenfields.
Lagu ini adalah lagu yang sangat popular di tahun 60an. Malah, Peter, rakan sekerja saya telah terhenti kerjanya seketika apabila beliau mendengar lagu ini suatu hari yang terpancar dari notebook saya. Beliau hanya beberapa tahun lebih muda daripada Bapak.

Liriknya begitu puitis. Saya boleh menghafal liriknya sejak dari awal sekolah rendah hingga kini. Bagi saya, Bapak adalah Greenfields & Summer Place kita.

Once there were green fields, kissed by the sun.
Once there were valleys, where rivers used to run.
Once there were blue skies, with white clouds high above.
Once they were part of an everlasting love.
We were the lovers who strolled through green fields.

Green fields are gone now, parched by the sun.
Gone from the valleys, where rivers used to run.
Gone with the cold wind, that swept into my heart.
Gone with the lovers, who let their dreams depart.
Where are the green fields, that we used to roam?

I'll never know what made you run away.
How can I keep searching when dark clouds hide the day
I only know there's nothing here for me.
Nothing in this wide world, left for me to see.

But I'll keep on waiting, ‘til you return.
I'll keep on waiting, until the day you learn.
You can't be happy, while your heart's on the roam,
You can't be happy until you bring it home.
Home to the green fields, and me once again

Dipetik dari Rahmanharir.blogspot.com . Untuk penghayatan yang lebih menarik dalam bahasa Inggeris, sila lawati di sini











Terima Kasih kepada Penulis atas atikel yang panjang tentang Bapak.

Lagu sering menjadi tanda ingatan dan kenangan masa silam saya. Saya dibesarkan tanpa TV hingga ke akhir tahun 1978. Bapak terlalu kuat pegangan Agamanya, TV adalah sesuatu yang melalaikan. Dirumah kami hanya dibekalkan dengan piring hitam sebagai hiburan malam serta sebuah radio lama sebagai peneman kami .

Bapak dan Emak memang sering pastikan pencapaian akademik kami pada tahap terbaik, walaupun dalam serba kekurangan dengan 13 anak dan pendapatan yang tak setimpal sebagai saorang penjawat awam.

Alfatihah untuk Bapak


Latiff Hariri
1323 21082011
Sungai Petani