Bee Gees

Sunday, 25 September 2011

Makan Malam Perpisahan

Letih tapi memuaskan, itu yang paling sesuai saya ucapkan dipagi Ahad ini.

Paginya sarapan apa aje yang masih ada didalam peti sejuk mahupun tudung saji.

Ahad ini, adalah penghujungnya. Kedah dah memulakan sesi persekolahannya. Anak anak saya pun tak ketinggalan, untuk bersiap, pulang ke hala-tuju pembelajaran mereka.

Sebagai tanda terima kasih dan perpisahan, kerana esoknya, kesemua anak anak ini akan ke destinasi asal mereka, saya menjamu selera mereka disini.


Chicken Chop kat Restoran Le Boss, Sungai Petani.

Hiasan Dalaman restoran

Ada majalah untuk dibaca sementara menanti hidangan








Saya tetap dengan kue teow gorengnya.



















Disini dari jam 830 malam, hingga ke pukul 945 malam.

Esoknya,5 haribulan, anak anak dah nak balik ke Utara dan Selatan.


Latiff Hariri
0836 25092011
Sungai Petani

Saturday, 24 September 2011

Rumah Terbuka 2011-(2)


Sebenarnya, saya dah hilang pengiraan. Saya tak pasti sudah berapa kehadiran tetamu yang hadir petang ini.

Dari pengiraan pinggan kertasnya, sudah memasuki bungkusan yang kedua, maknanya sudah menghampiri 200 kehadiran.

Foto2 disini, adalah wajah wajah biasa yang saya temui, tidak termasuk foto foto rakan anak anak saya. Serena Lee dan emaknya, Guru Piano anak anak.













Gerard dan Yovaraj, rakan senior sekolah Izzuddin.












Cikgu Mat dan isterinya, jiran setaman.












Ustad Ismail dan Puan Zuraida dan anak anak, rakan Se-UiTM














Abang Fauzi dan kak Norliya, dan anak anak serta menantu, jiran setaman.












Antara tetamu yang hadir melepasi pukul 4 petang. Zaki dan Fiza.















Lim Ah Seong dan anak dara suntinya, teman sepejabat.












Kawan kawan sekolah Izzuddin














Satu satunya adik bujang saya, yang menjadi perhatian dengan superbikenya.

Ini Sham, rakan seButterworth, yang sama sama ke Padang/Bukit Tinggi dulu.
Roziah bersama rakan pejabatnya.

Sekitar pukul 6 bila keadaan mula lega, saya sempat lari ke Taman Sri Tanjung bersebelahan, untuk meraikan majlis rumah terbuka rakan semeja pingpong, si Fitry.

Dan waktu ini, rakan sekampung, si Badrul datang bertandang bersama isterinya Ros.

Dua remaja berzodiak sama dan bertarikh yang sama, serta dilahirkan di Taiping. Sorang duk kat Kulim, sorang kat SP. OE 1981.

Rakan rakan Aqilah.

Kira kira pukul 830 malam baru rakan rakan Aqilah ini mengundur diri, sedangkan saya sambung melayan anak buah ini,Aziz namanya, yang datang dari Singkir(disebut Singkiak) , hingga ke pukul 945 malam.

Aziz yang tiba sekitar Isyak

Sempat makan malam lagi ke rumah Azlan, jiran setaman ni, dengan nasi tomatonya.

Lan biasalah, ada tak ada tetamu, dia tetap tak pakai baju raya.

Kira dah pukul 10 lebih ni, dan saya masih menerima pesanan ringkas, samaada rumah saya masih terbuka untuk dilawati. Sudah tentu saya kata - Ya, silakan.

Ini rakan ketat saya dari 1991 hingga kini, semasa sama sama bertugas dibawah satu bangunan di Kuala Lumpur.

Osman dan Zila, bersama anak anak daranya, merek tiba tepat 1150 malam dari Kuala Lumpur tu!! Dan beredar sekitar 1230 dinihari. Walaupun, kamar telah tersedia untuk mereka 5 beranak, tetapi Osman tetap mahu bermalam di Taiping, untuk menghantar anaknya pulang ke MRSM esoknya,dan terus ke MRSM Muar....tak adalah , saya nak buat kerja kerja macam ni. Letih tu!

Terima kasih kepada semua yang menjayakan Majlis Rumah terbuka Syawal 1432/2011 ni. Maafkan saya kiranya tiada foto rakan taulan yang tersiar disini.

Semua memberi kenangan manis kepada kami berlima.


Latiff Hariri
2005 23092011
Sungai Petani

Sunday, 18 September 2011

LEFTENAN KOLONEL (PURNAWIRAWAN) TNI-AD 26217 DRS ISKANDAR KAMEL AGASTYA (1911-1979)

Selesai daftar masuk ke Hotel Formule1 ini, hati saya sudah melonjak lonjak untuk mencarinya. Saya harus segerakan pencarian ini supaya tidak mengganggu rencana percutian, serta tidak mengecewakan separuh dari tujuan sebenar saya bertandang ke Jakarta ini, yang sudah saya kenali melebihi 10 tahun.

Pertama kali ke Jakarta bersama Rahman, sewaktu beliau bertugas sebagai tenaga Pengajar didalam kelas latihan pekerja Pertamina sekitar tahun 1995 .

Bila isu Mat Indera dibangkitkan oleh Mat Sabu, dan diputar belitkan oleh Utusan Malaysia, saya rasa sudah tiba masanya saya membuktikan kebenaran, walaupun melalui penulisan yang kecil didalam blog ini.

Kisahnya Mat Indera ini sudah lama, dan abang ipar saya, sekitar selesainya PR12 yang lalu, saorang anggota Polis, pernah membangkitkan persoalan samaada Mat Indera saorang Pahlawan Melayu atau Petualang. Saya secara keras menafikannya. Waktu itu beliau sebagai anggota PDRM terlalu marah dengan Pulau Pinang yang ditadbir Lim Guan Eng. Perdebatan beretika antara adik dan abang ini berlanjutan hingga keminggu kedua, bila akhirnya, abang ipar saya akui yang Mat Indera saorang Pahlawan Melayu, dan ternyata , diakui beliau , bahawa Lim Guan Eng lebih telus mentadbir Pulau Pinang. Tak tahulah saya , kalau abang ipar saya 'malas' untuk memanjangkan topik yang beliau ungkitkan ini, atau benar benar akui 'kebenaran' kisahnya Mat Indera dan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Dari Menteng, ke Kalibata , perjalanan sekitar 30 minit, agak sesak lalulintasnya, walaupun agak dekat. Saya kesini hanya berpandukan ingatan , tanpa membuat apa apa catatan untuk saya rujuk. Ini satu kelemahan saya, tiada persiapan yang sempurna, sekadar apa yang ada.


Makam Pahlawan , Kalibata, Jakarta.

Kami tiba disini menghampiri pukul 1030 pagi wib. Kalau waktu Malaysia sekitar pukul 1130.
Pengemudi teksi menunggu kami, bagi memudahkan perjalanan dan pengurusan masa kami.
Waktu ini , semangat saya berkobar kobar, makam pahlawan ini, yang merupakan anak Melayu pertama yang melaungkan Merdeka kepada bangsa Melayu di Tanah Melayu.

Terus saya disapa Pak Satpam. (Satuan Pengamanan), kalau kita, kita panggil Pak Guard lah.
Budaya kerja Pak Satpam dan Pak Guard , amat jauh bezanya jika mahu dinilai.

Terus saya menceritakan hal sebenar, tanpa banyak soal-jawabnya, terus mengiringi saya ke pondok rasmi untuk dilapurkan tentang lawatan ini.

Pak Satpam yang betul betul melaksanakan tugasnya.

Di Balai Kawalan,saya diminta menandatangani Buku Pelawat, dan mencatitkan siapa yang saya cari.

Dsinilah bermulanya, 'pembuangan masa dan tenaga' jika kerja dibuat berpandukan 'simpanan memori' warga yang hampir mencecah usianya setengah abad ni.

Mana nak jumpa kalau dikepala hanya menyatakan tahun kembalinya kerahmatullah sekitar 1997(?) dan berpandukan nama asalnya di Malaysia.

Merayau sendirian disekitar perkuburan ini, walaupun ada pekerja am, yang sudi membantu setiap kali saya bertanya dimana letaknya pusara ditahun 1997 itu. Tapi gagal.

Saya cuba hubungi abang saya, dan ternyata beliau sibuk bertugas, dan tidak menjawab panggilan saya. Sekitar 20 minit mencari bersama rakan rakan bujang ini, saya membuat keputusan, untuk menanya ke kantor pengtadbiran Makam Pahlawan ini. Saya tiada masaalah berurusan dengan kakitangan dinas ini. Sepanjang pengalaman saya berurusan rasmi atau tidak, mereka amat hormati setiap tamu yang hadir untuk memohon bantuan.

Sama sama saya duduk dihadapan komputer dibilik pejabatnya, mencari nama itu, habis digeledah dari athun 1991-1999, tiada tercatat nama itu pun! Dicari pula menerusi arkib Alphabet yang bermula dengan I bermula sekitar 1945 sebelum merdekanya Indonesia!!
Ish, ini kerja bodoh saya ni, akui diri saya.

Waktu untuk bersolat Jumaat semakin menghampiri, kami harus bergerak untuk acara selanjutnya.

Gagal!? Tidak, saya pasti selesaikan isu ini pada keesokkan harinya pulak.

Ternyata abang saya Rahman, memberikan reaksi posotif membantu, terpapar data yang lengkap tentang Pahlawan yang saya cari ini, melalui pesanan ringkas . Uh, leganya!
Saya solat Jum'at dengan kusyuk bila data lengkap ini dikirimkan.

Masjid Istiqlal Jakarta. Zuhur sekitar 1200 wib, sekitar pukul 1 di Malaysia.

Selesai solat, sepatutnya ,acara ketiga untuk Jumaat ini ialah ke Monas (monumen Nasianal), tatapi kami kalehkan ke acara lain. Itu yang istimewanya bila pergi sendirian tanpa Tour package ni, boleh isa - ikut suka aku.

Tapi, pagi Sabtu ni, seawal pukul 530 wib, saya sudah bangun, awalnya!! Sebenarnya kami terbabas, masuknya waktu Subuh sekitar 445 wib disini ya. Pukul 530 tu, kalau di Malaysia, suasananya sudah sekitar pukul 730 pagi da......ruginya!

Kami terus bergerak ke Kalibata untuk kedua kalinya. Dan dipermudahkan segala urusan kami, bila segala butiran peribadi Pahlawan ini sudah diterima dari 'memory-bank' abang saya ini.

Seperti semalam, daftar buku lawatan wajib dilakukan, dan kami ditemani Pak Satpam yang bertugas mencari lokasi pusara. Tahunnya 1979.....aduh, jauh tu, patutlah semalam tak jumpa. Tapi, saya pun tak tahu yang Allahyarham mempunyai nama yang lain di Indonesia ni. Bukan salah saya pun, salah malas membaca sejarah, dan sejarah yang cuba dipadam 'mereka-mereka;, tali barut British!! Hehehe, saya jugak yang betul, deme tu salah sokmo!!

Mencarinya Iskandar Kamel ini, dimulakan oleh Zul dan Pak Satpam, sedangkan saya masih menandatangani Buku Lawatan. Walau pun nama sudah terpampang di dinding, tetapi mereka berdua gagal mencarinya!!!


Ini dia - tahun 1979 Namanya Drs Iskandar Kamel . Pahlawan Tanah Melayu yang dimakamkan di Tanah Jawa! Apalah takut nak kisahkan yang benar kepada jenerasi anak bangsa ni!

Nama Ayahanda Drs Kamel Iskandar tercatit disini sebagai pejuang kemerdekaan Indonesia, walau pun tak diiktiraf sewajarnya oleh .....oleh UMNO!!

Kira untung tu Latiff, di Indonesia Ayahanda disanjung, kerana setiap malam 17 Augustus, Bapak Presiden SBY akan berkunjung disini untuk acara APRS -Apel Kehormatan Renungan Suci.

Kalaulah Ayahanda di Malaysia, sah dilabel Guru........., Guru Kominis!!

Pencarian saya berakhir disini. Sekadar Alfatihah dan doa moga diRahmati disisiNya, walaupun tidak mendapat sanjungan di dunia, saya pasti disana, sudah tersedia Mahligai Firdausi untuk Ayahanda....Amin

Di batu nisan ini tercatit -Drs Iskandar Kamel (IBHY) LETKOL.INF.MRP 26217 PURN.TNI-AD
Lahir : 27.11.1911 Wafat 8.3.1979

Bermakna, genap 100 tahun kelahiran Ayahanda Dr Iskandar Kamel , ditakdirkan saya menziarahi pusara beliau. Allah Maha Besar. Saya masih boleh bertemu dengan saorang pejuang Melayu Moden, yang lahirnya di Temerloh, Pahang , ini!!

Makam Pahlawan terjaga rapi dengan percikan air setiap pagi. Disini tersimpannya 10000 jasad pejuang Kemerdekaan Indonesia...., dan Malaysia.....tapi, dinafikan 'mereka-mereka'.

Bila saya mengangkat topi besi Pahlawan ini, ternyata ada talian elektrik dibawahnya serta satu lampu kecil.

Pak Satpam yang setia, memberi penerangan.

Katanya setiap kali menjelangnya malam 17 Augustus, setiap 10 ribu lampu di pusara akan dinyalakan, dan secara simbolik, bila Bapak Presiden SBY memasuki persekitaran, lampu akam dipadamkan...., suasana menjadi hening seketika.

Saya boleh hayati suasana malam itu di pusara ini, didalam bayangan hati saya....

Bersama Pak Satpam yang mengiringi kami sepanjang pencarian hari kedua ini.

Saya terus mengirim pesanan ringkas kepada Rahman tentang selesainya ekspidisi ini.

Tetapi, bagi beliau, tidak. Di arahnya saya mencari dimana keluarga Ayahanda menetap, dan lakukan ziarah dan temu-bual. Hm.....

Saya memang berminat, tetapi lebih senang jika tujuan ke Jakarta saya tumpukan pada satu tugas yang ini sahaja, tanpa ada aksi sampingan, acara membeli belah dan melepak disisihkan terus. Ok, itu janji saya untuk lawatan kedua nanti. Akan saya sempurnakan.

Ayahanda adalah anak kelahiran Temerloh , Pahang. Berketurunan Bugis. Oit, awas kamu ya. Ini Bugis sejati, pejuang sebenar, bukannya 'Bugis' yang itu, bapak PM tu!!

Berkelulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, dan merupakan saorang guru. Mula menubuhkan Kesatuan Melayu Muda pada tahun 1938, dan merupakan orang pertama yang melaungkan Merdeka, dan menjadi buruan British dan Mata Mata tali barut. Beliau melarikan diri ke Indonesia, dengan bantuan Pak Sukarno.

Untuk kisah selanjutnya, anda boleh membaca di sini, juga disini, Ibrahim Yaakub

Ya, Ayahanda Ibrahim Yaakub, guru lulusan MPSI merupakan Pahlawan Kemerdekaan sebenar Malaya, dan bukannya Bapa Kemerdekaan itu yang diratib siang malam oleh mereka mereka yang menjadi tali barut barut British, dulu, kini dan selamanya.


Latiff Hariri
1155wib 18092011
Formule1, Menteng, Jakarta.

Friday, 16 September 2011

Aziz Ishak Yang Saya Kenali

Kisah ini saya ambil dari Rahmanhariri.blogspot.com

Sempena Hari Malaysia 16 September ni, saya persembahkan kenangan abadi kami, dari kacamata kami sebagai anak Hariri dan cucu kepada datuk datuk pejuang kemerdekaan tanahair Malaysia ni.

Latiff Hariri


Sekapur Sirih

Saya benar-benar kekurangan masa untuk berblog, dan saya pasti, saya harus memindahkan kesemua penulisan saya dari Blog360 lama saya ini . Sudah tiba masanya saya pindahkan pojok ini yang saya siarkan sempena Merdeka 50 - tersiar pada 27 Ogos, 2007.

Saya percaya, rakan rakan jurutera kimia sepertimana saya akan terhutang budi dengan saorang lelaki ini, yang dengan ilham dan pandangan jauh beliau, menjadikan kita saorang jurutera yang berjaya . Tanpa pandangan jauh beliau ni, tidak mungkin industri ini menjadi begitu dinamik dan Malaysia berjaya mencapai kemajuan dihari ini.




Aziz Ishak yang saya kenali

Beliau kekal sebagai enigma walaupun hanya kepada diri saya.

Pertama kali saya bertemu beliau, saya hanya seorang budak kecil.Dia telah memandu sepanjang jalan dari KL untuk melawat kami di Lenggong pada hari itu, di mana tiadanya lebuhraya Utara-Selatan (atau mungkin dia singgah sebentar dalam peralanan ke KL dari Pulau Pinang, siapa tahu). Sudah tentu ianya amat mudah bagi beliau yang mempunyai saorang pemandu.Bagi kami kanak-kanak dalam era 60an-70an, dengan bapak yang mempunyai hanya Morris Minor yang lama, kami melihat dia dengan penuh kekaguman (terutama bagi yang mempunyai pemandu) dan pada hakikatnya, emak memberitahu kami bahawa beliau adalah saorang bekas menteri.

Saya tidak ingat banyak tentang pertemuan itu, selain bapak yang bertanya kepada pemandu beliau samaada dia ingin makan tengah hari bersama-sama dengan kami di atas meja utama dan jawapan sopannya adalah tidak . Oh, dan saya ingat dia memuji masakan emak semasa makan tengah hari dengan bergulaikan gulai tempoyak. Gulai
tempoyak emak adalah berbeza daripada hidangan tempoyak biasa kerana emak mengguna santan didalam masakan itu.


The Hariris berfoto diberanda banglo Tok Jed di Batu Maung pada tahun 1967.
Terdapat foto yang sama pada minit yang berbeza dimana kapal dilatar sudah bergerak ke arah kanan foto.

Sudah tentu sebelum pertemuan itu kami telah banyak kali ke rumahnya. Kami pernah hadiri majlis perkahwinan anak perempuannya di banglo tepi laut di Batu Maung Pulau Pinang. Ia terletak di atas bukit dan dari beranda, anda boleh melihat laut terbuka, dengan kapal-kapal yang melalui di kaki langit (Batu Maung berada di pintu masuk selatan ke Pelabuhan Pulau Pinang).

Kami kanak-kanak, berbaju koboi kami dan kolam ikan di Tok rumah Jed di Pulau Pinang
Kami sebagai kanak kanak tahu menghayati keindahan kolam ikan di dalam rumah Tok Jed.Dan apabila kami keletihan dengan kolam ikan, kami boleh berjalan kaki menuruni bukit dari rumah dan dalam masa 5 minit kami akan di pantai Batu Maung yang indah itu.
Apabila kami terasa lapar, terdapat banyak gerai-gerai menjual laksa Pulau Pinang yang terdapat sepanjang pantai, dan harganya entah beberapa sen sahaja waktu itu.


Makan laksa selepas berenang di laut Batu Maung. Sudah tentu sedap dan pedas bagi adik kami,Hasnah manakala kami bertiga menikmati makanan kami dek kerana kelaparan dan kesejukan..

Perkahwinan yang kami hadiri.

Ya, saya ingat butiran majlis ini, kerana Bapak mendokumentasikan foto foto ini mengikut susunan yang terperinci di hari percutian keluarga di Pulau Pinang pada tahun itu.

Malangnya, gambar-gambar itu telah dicuri dari rumah keluarga kami di Taiping. (Nasib baik pencuri telah kembalikan semula beberapa foto, dan dengan itu saya mampu mengemaskini pojok ini pada Ogos 2011.)

Majlis perkahwinan itu mungkin pada tahun 1967, beberapa tahun selepas beliau ditahan di bawah ISA (ditahan pada bulan Ramadhan 1965, dibebaskan lebih daripada satu tahun kemudian pada tahun 1966).
Beliau berada didalam sekatan rumah sehingga tahun 1971.

Maju kehadapan tahun 1986.

Waktu itu saya baru sahaja pulang dari Melbourne dan bersenjatakan ijazah kejuruteraan kimia dan masih mencari pekerjaan, kakak saya dan saya melakukan kunjungan hormat kerumah Tok Jed di Taman TAR Ampang Jaya. Kami telah berbual seketika dengan beliau dan isterinya Tok Chah tentang beberapa kisah kini dan silam.

"Jadi, Rahman baharu pulang dari Australia? Universiti mana yang Rahman pergi? "Dia bertanya kepada saya.

"Monash," saya menjawab dengan bangganya. Dia tidak menunjukan reaksi pun dengan jawapan saya.

"Jurusan apa disana?" Dia bertanya kembali.

"Kejuruteraan Kimia, Tok Jed," jawab saya, dengan harapan kali ini akan mendapat perhatian Tok Jed, sekurangnya perkataan berteknologi ini disebut.

"Oh begitukah?!" Dia kelihatan agak terkejut. Sekarang saya rasa , saya mula mendapat perhatian beliau.

Semua secara tiba-tiba, dia bangun dan meninggalkan meja. Kami kehairanan, tetapi meneruskan perbualan kami dengan Tok Chah.

Dia datang beberapa minit kemudian bersama bukunya. Sambil membelek helain mukasurat buku tersebut,mencari muka surat yang betul, dan mengatakan sesuatu yang menggores fikiran saya.

"Tok adalah orang pertama yang membela dan menaja Universiti Malaya untuk penubuhan Jabatan Kejuruteraan Kimia, dan kini Tok berbangga mempunyai 'cucu' yang merupakan seorang jurutera kimia yang berkelayakan!" Beliau mengumumkan seperti suatu pengistiharan..

Dia menunjukkan kepada saya kandungan dalam buku ini dan memberi penekanan kepada isi kandungan buku tersebut untuk perhatian saya.

Saya teramat kagum dengan hakikatnya, selepas bertahun-tahun beliau berjuang untuk memperbaiki tahap pendidikan anak anak Melayu untuk mengambil alih semua aspek pentadbiran British, dan sanggup disingkir dalam menegak perjuangan beliau... kini telah membuahkan hasil. Saya antara buahnya, yang walaupun kecil, merupakan hasil perjuangan beliau untuk negara. Pasti, sejak zamannya, Jabatan Kejuruteraan Kimia telah ditubuhkan di Universiti Malaya, saya rasa ramai graduan yang berkaliber lahir dari pintu Jabatan ini, sebelum saya keluar dari Monash pada tahun 1985.

Dia merupakan Menteri Pertanian negara pertama di bawah kabinet Tunku pada tahun 1955. Dia menyukainya, dan menolak perpindahan ke Kementerian Kesihatan.Dia tahu dia boleh menyumbang banyak dalam portfolio yang rendah ini tetapi kritikal - tidak seperti hari ini ramai yang akan berfikir bahawa Kementerian Pertanian adalah bermakna mentera kematian kepada ahli ahli politik yang bercita-cita tinggi, tatkala ramai orang Melayu adalah petani dan pesawah. Beliau mahu anak anak watan mengambil alih pemilikan dan pentadbiran kilang baja, loji yang begitu penting kepada ekonomi negara.

Buku eksklusif ini diberi kepada saya dan kakak saya siap bertandatangan beliau sebagai tanda ingatan dari saorang datuk kepada cucu cucunya, pada malam pertemuan itu. Sudah tentu saya membacanya dari luar hingga kedalam, dan tahu apa yang beliau lalui dalam perjuangan untuk kebaikan negara ini. (Walau bagaimanapun, saya telah kehilangan buku tersebut, yang mana menurut The Star buku itu masih diharamkan di negara ini.)

Walaupun kita menyambut Hai kemerdekaan ke 50 negara, dengan begitu banyak ratib puji-pujian mereka terhadap - Onn dan Tunku, dan terlalu ramai pahlawan kita yang terkorban demi sebuah kemerdekaan, terlalu banyak nama-nama yang tidak disebut dalam ratib ini oleh penerbitan arus media utama yang mana nama nama mereka ini lebih hebat sumbangannya dari nama nama yang sering dipropagandakan oleh media mereka.

Aziz Ishak, atau lebih dikenali sebagai Tok Jed kepada kami, adalah salah seorang daripada mereka. Pemikiran beliau terlalu jauh lebih maju daripada zaman seangkatannya. Walaupun saya terlalu muda waktu itu untuk benar-benar mengetahui apa yang beliau lalui, namun saya gembira bahawa beliau telah meninggalkan satu memori bagi kami teruskan perjuangan ini. Kenangan saorang patriot dan nasionalis yang jati, yang dalam perjuangannya, bukan untuk merompak kekayaan negara untuk diri dan keluarga sendiri, malah berjuang untuk kesejahteraan rakyat terutamanya bangsa Melayu.Beliau enggan menerima sebarang anugerah atau gelaran negara dari kerajaan persekutuan selepas itu, dan tidak langsung menggunakan gelaran "Haji" pada awal nama beliau. Inikan pula gelaran yang diberi oleh kerajaan.

Beliau meninggal dunia pada bulan Jun 1999, dan saya gembira dapat memberi penghormatan terakhir kepada beliau pada hari tersebut.

Alfatihah untuk Tok Jed.

EPILOG





Buku ini bertajuk Tetamu Istimewa - Tahanan dalam Negara terhadap Bekas Menteri Kabinet oleh Aziz Ishak. Dalam bukunya, dia menerangkan secara terperinci perbezaan yang ketara antara beliau dengan Tunku dan peristiwa yang membawa kepada perletakan jawatan beliau, dan seterusnya penahanan ISA dan pembebasan selepas itu. Menurut artikel baru-baru ini tentang dirinya dalam The Star , buku ini masih diharamkan dan hanya dibenarkan akses yang terhad di perpustakaan universiti.


Saya mengambil sebahagian petikan penulisan Tok Jed atas cadangan beliau untuk penubuhan Jabatan Kejuruteraan Kimia di Universiti Malaya, pada halaman 40 ,

Katanya Tok Jed

Pada awal tahun 1962, saya menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman, sebagai Kanselor baru Universiti Malaya, selepas perbincangan dengan beliau mengenai keperluan untuk memberi lebih penekanan terhadap pendidikan teknikal bukan sahaja di peringkat Sekolah Menengah dan Sekolah Teknikal, malah lebih dari itu diperingkat Politeknik dan U
niversiti tertinggi.

Apa yang bermain difikiran saya, tidak lain tidak bukan, juruteknik dan jurutera anak Melayu untuk perkhidmatan industri tinggi, seperti kilang baja, kilang kertas dan rakyat yang bekerja sendiri membangunkan khazanah kekayaan negara.

Saya masih ingat dalam surat itu, saya tekankan kepada Tunku tentang kemajuan sesuatu negara itu tiada maknanya jika anak bangsa masih gagal menguasai bidang teknologi dan sains. Saya tegaskan , tiada kemudahan asas langsung untuk Jabatan Kejuruteraan Industri dan Kimia di Universiti Malaya. Penafian berterusan untuk mendapatkan kemudahan latihan yang berterusan dalam bidang ini bermakna negara ini terpaksa mengimport jurutera berkelayakan tinggi untuk industri kita yang semakin berkembang, yang selama bertahun-tahun mendatang, akan terpaksa mengimport teknologi dan pekerja asing. Saya juga ingat didalam surat itu saya menyebut tentang pertemuan saya dengan Sir Alexander Oppenheim, Naib Kanselor Universiti Malaya waktu itu, tetang penekanan awal terhadap isu penubuhan Jabatan Kejuruteraan Kimia.

Dalam surat itu, saya kemudiannya menekankan hakikat bahawa ia bukan dasar kuasa penjajah untuk memperkenalkan mata pelajaran itu bagi sebab-sebab mudah bahawa bekas negara jajahan dan negara-negara baru muncul sebaiknya dibiar menjadi pembekal bahan mentah dan tidak layak mengambil bahagian dalam industri pembangunan. Dalam kes ini, saya memetik kes universiti-universiti di India, Sri Lanka, Singapura dan Afrika Selatan, tetapi berbeza dengan universiti-universiti Komanwel yang lain, dimana kursus-kursus dalam bidang kimia telah disediakan.

Untuk membuktikan pandangan saya ini benar, saya persoalkan mengapa hanya Pegawai Pegawai British yang menjadi Pentadbir di Universiti Malaya dan dikawal oleh pegawai-pegawai tersebut, bagi memastikana negara kita akan terus menjadi pembekal bahan mentah semata mata.Surat saya kepada Tunku ditutup dengan cadangan bahawa "memandangkan kita telah ketinggalan jauh dibelakang sedangkan kemajuan telah jauh meninggalkan kita didalam bidang teknologi industri, maka satu rancangan padu harus dilakukan supaya kita mampu menjadi pamain utamanya, antaranya kursus dan jurusan berasakan industri teknologi dan kejuruteraan kimia, tindakan tindakan ini perlu diambil :

oTerdapat banyaknya biasiswa Colombo dalam mata pelajaran Industri Kimia , Teknologi Kimia akan diminta dari negara-negara yang sudi membantu seperti Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Itali dan Belgium. Permintaan harus dibuat dari negara negara ini untuk melatih anak watan.

o Menyegerakan arahan kepada Universiti Malaya supaya menyegerakan kajian dan penubuhan kursus dalam bidang Kimia Industri, Teknologi Kimia dan Kejuruteraan Kimia pada tarikh yang terawal

o Menyediakan kursus dan menubuhkan Politeknik untuk kursus-kursus tersebut tanpa berlengah lengah lagi.

Tunku hanya sekadar menyerahkan surat saya kepada Naib Canselor, tanpa apa apa tindakan, dan jawapan maaf dari Naib Kanselor kepada saya, kerana sengaja melengah lengahkan. Tetapi selepas itu, masih tiada tindakan pro-aktof dari beliau, yang mana surat kedua saya layang kepada Tunku, menyuarakan ketidakpuasan hati saya sebagai Menteri Pertanian waktu itu atas kegagalan Sir Alexander bertindak.

Ingatan saya , sehingga ke hari ini (1976) tiada tertubuh pun satu Jabatan Teknologi Kimia dan Kimia Kejuruteraan!

Tamat teks kata kata Tok Jed

KIsah serba ringkas tentang Allahyarham Tok Jed boleh juga didapati di sini.


Sesaorang juga memberitahu saya bahawa Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman memecat Menteri Pertanian lewat, Aziz Ishak, kerana dia mahu kerajaan mengambil-alih monopoli kilang baja yang dipegang oleh perbadanan negara British yang besar. Aziz Ishak bertanya mengapa negara perlu memberikan kekayaan negara kepada warga asing yang mengawal komoditi yang dihasilkan di negara ini yang merupakan nadi utama kaum petani Melayu. Beliau telah dipecat dan dicemarkan nama baiknya(dibaca - difitnah).

Aziz Ishak meninggal dunia pada tahun 1999. Generasi muda kini tidak diberitahu niat murni beliau sehingga kehari beliau menghembuskan nafas terakhir beliau. Tidak tercatat, walaupun nota kecil dibawah kaki akhbar untuk mengiktiraf sumbangan beliau ke arah kesejahteraan orang Melayu yang melarat ketika era Tunku.

'X-Files' memang wujud di mana-mana negara, termasuk negara kita.Iya! Di luar sana, tetapi anda harus mencarinya. X-Files memang wujud di mana-mana negara, termasuk kita!!


Terima kasih Rahman Hariri atas tulisan ini.

Untuk kepuasan maksima bagi yang mengahayati bahasa Inggeris, sila klik disini.

Komen saya tentang penulisan RahmanHariri ini , adalah seperti berikut.

Apa yang saya pasti ingat ialah, Tok Jed ketika itu banyak bertukar pendapat dengan Bapak tentang Agama, serta bertukar tukar pendapat tentang perkembangan politik orang orang Melayu terutamanya Umno. Eh, jangan tersalah tafsir tau, Bapak bukan ahli Umno, begitu jugak dengan Tok Jed. Setahu saya, bapak lebih berminat dalam menjiwai agama, sedangkan Tok Jed pergi sebagai Ahli PAS seumur hidup, selepas di ISA kan oleh Tunku. Ya, ada persamaan dengan kisahnya DSAI tu. Ya lah, saya tidak nafikan pada awalnya, Tok Jed pun ahli Umno.

Tapi dek kerana idea dan pandangan jauh beliau tentang umat Melayu, membuat Tunku terasa kedudukan beliau tergugat,(sepertimana DRM yang tergugat dek kekuatan DSAI tu). Lalu direka cipta(dibaca - difitnah) yang Tok Jed merupakan talibarut Sukarno/Indonesia yang diwaktu itu masih hangat dengan isu Ganyang Malaysia. Memandangkan Tok Jed memang berhubung rapat dengan Ranah Minang dan akrab dengan pemimpin Indonesia waktu itu.

Tok Jed merupakan Menteri Pertanian yang pertama Malaysia. Oleh kerana itu , kaum tani, penoreh dan pesawah, nelayan sungai dsbnya, amat rapat dengan beliau dan mendapat sokongan padu dari orang Melayu bawahan. Bila idea beliau yang terlalu berwawasan itu diketengahkan:- salah satunya, pembinaan Kilang baja Urea untuk kegunaan pekebun, idea beliau mendirikan fakulti yang berkaitan kejuruteraan di Universiti, telah meperlihatkan betapa Tunku waktu itu terlalu dangkal akalnya. Dan mungkin juga 'dendam' kesumat dikalangan Ahli Umno waktu itu(mahupun kini dan selamnya, selamnya kapal selam Najib.....selamanyalah.) yang membuat beliau di ISA kan di Kem Tahanan Kamunting.

Beliau merupakan Fitnah pertama Umno terhadap ahlinya yang berjawatan Menteri. Saya ada mendengar bualan Bapak ketika itu yang menceritakan betapa keluarga Tok Jed tertekan dan malu dek fitnah itu. Walau pun waktu itu usia saya sekitar 8-9 tahun, dan saya pun mula mengenali beliau pada tahun 1971 sewaktu kehadiran beliau dirumah banglo kerajaan kami di Lenggong itu. Tetapi hubungan bapak dan Tok Jed berpanjangan bila kami berpindah ke Taiping, pasti Tok Jed datang dengan Mercedes hitam/merah bersama pemandunya, dirumah kami di Aulong itu. Disetiap pertemuan itu, kami mendisplinkan diri dengan berdiam didalam kamar bersama adik adik, kerana beranggapan Tok Jed adalah tetamu istimewa bapak, dan mereka berbincang tentang agama, politik dan hubungkait keluarga di Malaysia/Indonesia.

Bila usia dan kesihatan Tok Jed/Bapak semakin bertambah dan berkurangan, pertemuan mereka semakin terjurang. Tetapi , setiap kali cuti penggal persekolahan, saya pasti akan ke Ampang Jaya kerumah Makcak, dan sesekali akan kerumah Tok Jed/Tok Chah. Kalau tak pun kerumah Tok Tam, Tok M, tak pun kerumah Tok Pin yang kesemuanya merupakan ipar kepada Tok Jed dan rumah mereka berdekatan. Mungkin agak kekok bila berada dirumah datuk datuk ini, tetapi, bagi saya , mereka mesra dengan cucu cucu saudara mereka.

Tok Jed pergi tanpa mendapat pengiktirafan sewajarnya dari pemerintahan DrM mahupun Umno. Dan DrM meneruskan tradisi memfitnah terhadap keluarga Janaton dengan mengkambing-hitamkan Tan Sri Wan Sulaiman Pa' Wan Teh , salah saorang Hakim Tinggi Malaya yang menentang campur-tangan Eksekutif didalam Perundangan Negara. Akhirnya, Pak Lah memutihkan arwah Tok Geng (Tan Sri Wan Sulaiman) dengan membayar kesemua faedah dan ganjaran selayaknya kepada balu Allahyarham. Allahyarham , kalau tak silap saya, dikebumikan di Medan,Sumatera.

Hmmm, mungkin adik adik saya tidak tahu kisah ini, tapi, ini semua kisah yang saya dengar dan baca , samaada dari perbualan datuk datuk ini semasa hayat mereka bersama pakcik dan anak anak buahnya, mahupun melalui pakcik pakcik saya yang merupakan anak anak datuk datuk ini atau anak anak saudara mereka. Saya sebagai cucu saudara, hanya mendengar dan tersimpan dihati saya.

Apa pun, saya bangga mempunyai salasilah keluarga yang merupakan pejuang - walaupun tanpa senjata, yang pasti, senjata mereka adalah dengan penulisan mereka melalui Utusan Melayu , yang dahulunya dimiliki sepenuhnya oleh Tok Jed dan Tok Yusof( Presiden Singapura yang pertama), serta dibidang perundangan yang mereka pegang dengan tegas, tetapi akhirnya dirobek oleh DRM dan Umno. Moyang, Pa' Wan Teh merupakan hakim Melayu pertama Malaya .(kini Utusan saya haramkandari pembacaan anak anak saya)

"Oh, sebab itu abah anti Umno ya, sebab datuk datuk dahulu semuanya adalah pemimpin yang dikhianiati Umno dan akhirnya abah pun anti Umno sama", ini kata kata Izzuddin kepada saya.

Hmmm, tidak juga, kesedaran tak semestinya harus diwarisi dari asal usul kita, setiap kita akan lalui zaman yang berbeza, kita mungkin sedar tentang kezaliman yang kita alami pada era kita, anak anak mungkin akan terasa kezaliman itu perkara biasa, janji kita duduk didalam keamanan dengan nikmat kemewahan yang melimpah ruah.

Tetapi, tuntutan yang Hak terhadap Allah, bagaimana? Saya pun bukan sempurna, tetapi, sesuatu harus saya lakukan untuk kesempurnaan diri dan waris waris saya dengan berlandaskan hukum yang telah ditetapkanNya. Bukan hukum Lord Reid tu!!.

Jadi, pendirian saya lebih kepada kerana gagalnya Umno melaksanakan hukum Allah walaupun sudah 54 tahun memerintah. Kegiatan judi, arak dan yang seangkatan masih diteruskan, itu belum lagi kekayaan negara yang diwarisi oleh anak cucu mereka sahaja itu.

Dan kita bukannya penderhaka , kita adalah pejuang, mereka didalam Umno merupakan penderhaka sebenar yang menjual Malaysia sesuka hati mereka kepada bangsa dan negara luar. Dam mereka didalam UMNO yang mengagih agihkan kekayaan bumi kepada anak cucu kroni mereka!!

Kalau kita sedar, ramai pemimpin ulung nusantara ni , lahir dan asalnya dari Bukit Tinggi/Padang. Orang orang Minang ini adalah perantau, dan mereka membawa bersama mereka satu perjuangan yang mewarnai nusantara. Antaranya, selain dari Shamsiah Fakeh, Aishah Ghani, Bung HAMKA dan keluarga Janatton sendiri, walaupun tiada penghargaan dek kerana berhaluan kiri.

Kilang Baja Petronas Fertilizer terhasil dibawah DRM. Idea yang dilahirkan oleh Tok Jed seawal tahun 50-60an dan menjadi kenyataan sekitar 80an, 20 tahun ketinggalan.

Umno akan terus memadam sejarah dengan melakar diri sendiri sebagai pejuang yang sebenar.

Alfatihah untuk Tok Jed.

Latiff Hariri
0700 16092011
Hari Malaysia
LCCT Sepang.

(Bila tersiarnya artikel ini, saya sudah berada di tanah seberang mencari sesuatu untuk mengisi erti sebuah kemerdekaan sebenar, yang cuba dipadam dari sejarah oleh 'mereke-mereka' yang menjadi tali barut British!!)

Wednesday, 14 September 2011

Rumah Terbuka 2011-(1)

Syawal ke-5 memang ditunggu tunggu kami sekeluarga.

Seawal pukul 730 , saya telah mulakan berkemas persekitaran ruang luar rumah. Menyapu daun kering, tak sampai 10 minit, Zul dan Tart sampai, tak payah menagih kederat mereka berdua ni, mereka datang sendiri. Diikuti Najib dan Bang Art jiran setaman.

Tak ada apa yang nak dibuat pun pagi ini, sekadar menanti makanan yang sudah ditempah.

Zul dan Tart pulang sekitar 1030 pagi, katanya mahu memesin tebu.....nak taja 2 baldi!!

Kecil tapak baldi, tempayan saya sediakan!!

Air tebu sebaldi ini tajaan anak anak Bang Omar, memang piau (pure) gile!!

Semua tamu yang mencuba air tebu ni, semua kata manisssssnya!!

Ustad Ibrahim dan kami setaman merasmikan makan makan rumah terbuka ni

Menunya, nasi beriayani, nasi putih,kari daging, acar, ayam goreng, ulam ulaman.

Makanan sampingan, mee kari, tapai, kek, kuih raya, dsbnya.

Mee Kari dan sebagainya

Ternyata, tetamu mula menyerbu sebaik sahaja kami memulakannya. Saya rasa keadaan menjadi celaru sekitar pukul 1250 hingga ke pukul 2 petang. Kena fahamlah, waktu makan tenghari ni. Dalam sekelip mata 10 meja diisi sepenuhnya oleh tetamu yang hadir. Saya dan Roziah terpaksa 'mengarah' tetamu yang terkemudian beralih ke dalam rumah , samaada duduk bersila , atau sekadar makan makan diruang tamu.


Antara jiran jiran terawal yang datang membantu di dapur.




Azlan dan Sabrina bersama anak anak teruna suntinya. Jiran setaman.

Keluarga abang Omar datang 3 keluarga.

Diawal kehadiran Bang Latiff TNB dan menantu, serta Abang Roslan PBB.


Semuanya jiran saya, Stephen, bang Rahman, Bang Latiff TNB dan Art.

Keluarga Bang Omar duk didalam rumah.

Pak Man dan isteri, bersama staff UiTM Sunga Petani

Roslan Abdullah bersama 2 dari 5 anak teruna beliau


Azlan Sabrina bersama 4 anak teruna sunti mereka




Satu pos dari dua Latiff serta anaknya si Malik. Dua dua Veteran dan Pemuda Sungai Layar.

Ini baru sekitar pukul 3 lebih, saya kira sudah melebihi 100 tetamu yang hadir.

Letih? Rasanya tidak, lebih kepada teruja, tak tahu nak bersembanng dengan kelompok yang mana, semuanya kenalan rakan taulan yang terdekat. Keliru juga dibuatnya, sebab mereka yang datang in ben ar meraikan majlis kami hari ini!!

Bersambung.........


Latiff Hariri
2045 12092011