Bee Gees

Tuesday, 4 October 2011

Taman Mini Indonesia(II)

Emangnya aku capek, ngak bisa berjalan lagi deh.

Tapi, tak kan nak biarkan bebudak berdua ni terkontang kanting sendirian memasuki Taman Mini ini, akhirnya saya cadangkan mereka menyewa speda sahaja bagi merehatkan warga veteran ini.

Tapi, bebudak ni cukup penyegan nak bertanya. Bukannya kita berada di Siam atau di Filipina. Semuanya boleh berbahasa Melayu, kau tanya ajelah.


Zul akhirnya mengalah bertanya harganya sebuah speda untuk 3 bapak bapak ini. Harganya bRp60,000

Kan senang..... Bapak Latif duduk ditengah tengah, anak anak bujang yang mengemudi.

Si Pitung dari Gua Belitung

Senang, ada raga didepan untuk bawa baby

Kena bali satu basikal ni untuk kayuhan santai di SP
Saya tak pasti mamat ni dari kelurahan dan kecamatan yang mana....

Dia ni dari benua Afrika agaknya

Saya sudah sampai Sulawesi Selatan , tetapi tidak di Kampong Maria Menado ni.

Jangan tanya saya , ini rumahnya daerah mana, saya lupa nak catit
Kepulauan Flores? Yang banyak biawak gergasi tu?.

Rasanya yang mamat ini dari Sulawesi Tengah.

Jogja...., satu lagi kota yang menarik untuk dikunjungi.

Selain dari ukiran peraknya yang asli dari Jogja. Muzik dan kumpulan Bandnya, banyak terlahir disini. Selain dari candi candi itu...... . Dari Bandung kita boleh naik kereta (keretapi) ke Jogja .

Kami keluar dari Taman Mini ni menghampiri pukul 630 petang, dah menghampiri maghrib.


Penyanyi jalanan....sekali imbas, saya agak budak perempuan ni usianya sekitar 12-14 tahun.....meminta minta di persimpangan jalan, sambil mendendangkan lagu bersama gitar yang entah apa alunannya....


Kat Malaysia, agak kurang patung patung begini, tapi yang beraksi begini ....ada sorang mamat tu, kununnya nak jadi Pahlawan.......hehehe, cium keris tanpa sarung .....

Kami mengarah ke Pondok Gede, mencari Kompleks membeli belah yang ada pasaraya Matahari. Saya suka membeli pakaian berjenama disini, kerana kualiti dan harganya.


Mokhtar membeli 'bantal guling' untuk cewek ceweknya diSP.


Malam minggu ni kami sangkut di kesesakan lalulintas, siksa yang tidak menyiksakan sebab naik taksi, cuma tak seronok tengok argonya laju je. Argo? Ya , meter teksi tu.

Sampai di Hotel sekitar 730 malam, suasana masih awal untuk tidur ni, kena merayau lagi supaya terisi masa dengan aktiviti yang menarik.


Latiff Hariri
2150 03102011
Sungai Petani

Monday, 3 October 2011

Taman Mini Indonesia(1)

Bila ke Indonesia , tak kiralah daerah mana pun. Saya sering menerima pesanan dari rakan rakan untuk membeli ole ole. Samaada ada kiriman ongkosnya, ataupun hanya kiriman 'air liur' sahaja. Hahaha . Yang mudah saya ingat, beli rokok keretek untuk rakan lelaki yang merokok, tak payah kirim RM pun, akan saya ole olekan.

Yang minta saya belikan pakaian, ikut nasib, adakalanya sudah dikirim RM sebelum berangkatpun, jika tidak ketemu barang yang mereka mahukan, tetap tangan kosong yang saya berikan kepada rakan rakan ni. Tiada masaalah bagi saya, kerana, saya pastikan beg pakaian saya hanya berbekalkan 1-2 t-shirt atau pagoda, kain solat dan seluar track. Yang lain lain beli sahaja nanti.

Acara ini kena lakukan sebaik mungkin, sebab ini ole ole untuk adik-adik dan emak /ayah kepada bebudak berdua ni. Saya biarkan aje mereka bebas sendirian di Tanah Abang ini. Walaupun saya ada rencana untuk ke Mangga Dua untuk bertukar angin, tapi, kalau dah ubah pusat membeli-belahnya, nanti bertambah kalut, sebab mata semakin rambang, dan mula mencongak dan berkira, nak beli di Mangga Dua , atau di Tanah Abang, walaupun harganya berbeza banyak!




Zul dah pandai memilih baju Pak Lurah ni. Selama ni dia duk admire aje setiap kali saya berpakaian begini ke Masjid.

Kami disini hanya seketika, membeli apa yang tak sempat dibeli petang semalam, sekitar satu jam sahaja. Terus naik taksi pulang ke hotel, untuk disimpan pakaian yang telah dibeli. Menapak semula kebawah untuk makan tengahari di RM Natrabu dan berZuhur di Masjid bersebelahan.

Selesai semua, kami ke Gedung Keris, kira Kompleks membeli belah lah. Harganya, mak oi, mencekik darah. Tak berani membeli.

Dihadapan Mall Keris. Kami perhatikan hanya Mak Datin Mak Datin yang memasukinya, tersedia Jockey , senang Datin Datin, main masuk aje, kereta diatur pihak pengurusan.

Tunggu taksi tengahari lepas Zuhur ni siksa juga. Kira Sabtu ni, hari cuti.

Kami bergerak ke Taman Mini Indonesia, tambang taksinya sekitar Rp60,000 je.

Kalau dapat selesaikan jelajah ini, kira 'katam'lah jelajah satu Indonesia.


Dihadapan Taman Mini Indonesia

Berlegar legar di sekitar pintu utama ini, saya biarkan mereka membeli belah di gerai berdekatan. Banyak ole ole yang boleh dibeli disini, cuma harnya agak 'ter'mahal sedikit. Tapi, yang penting ada T/Shirt yang berlambangkan Jakarta dan Taman Mini Indonesia untuk di'tayang' kat Sungai Petani nanti.

Saya lebih menyandar kekerusi yang tersedia selepas selesai membeli tiket 'kereta gantung'.

Haaa, kereta Gantung? Apa tu?


Cable Car lah, itu yang bagusnya bila bahasa ibunda diutamakan, tak seperti kita yang berbangga menyebut Cable Car, mengapa tidak Kereta Kebal aje, hahaha.


Dah berkali kali dah saya jadi Pemandu Pelancung kepada rakan rakan yang sering mengikuti sama setiap kali saya ke Jakarta.

Ada Taman Tema lagi didalamnya. Harus koyak poket kalau bawa anak anak kecil kesini!


Rumah yang banyak kita temui di Danau Toba.....

Danau Taman Mini

Rumah Gadang Minangkabau.

Perjalanan berakhir sekitar 12 minit, dekat sahaja, dan kami berpatah balik ke tempat permulaan. Harga tiket adalah Rp25,000 saorang, kira dlm Rm8.50 sahaja.

Nak kemana pulak lepas naik Kereta Gantung ni?


Latiff Hariri
2131 02102011
Sungai Petani

Sunday, 2 October 2011

Ke Bekasi - Mencari salasilah Sariah

Sebenarnya, senja Jumaat tu, selesai makan satay kambing, kami bertiga dah ke kaunter tiket bas untuk ke Bandung , pagi Sabtunya. Harga tiketnya Rp50,000 , sekitar Rm18.00 saorang. Kami daftar nama kami sebagai penumpang, tidak perlu membayar, sekadar diambil nama dan nombor hape saya. Hape tu Hp lah, hehehe. Bas pertama bergerak sekitar 530 pagi, dijangka tiba sekitar pukul 830 pagi, jika tiada kesesakan.

Hati saya berbelah bagi sebenarnya untuk membuang masa 3-4jam diatas jalanraya, kerana masa agak suntuk. Saya tahu, Mokhtar dan Zul teruja untuk ke Bandung membeli belah, dan ke TransStudio.

Selain itu, faktor tak cukup tidur pun adalah penyebab keduanya. Nak bangun pukul 415, subuhnya sekitar 445, dan terus bergerak ke terminal bas sebelum pukul 530 pagi, ugh....berat ni.

Jadi, terbatal begitu aje rencana kami ke Bandung.

Sengaja saya lewatkan keluar dari kamar ni. Acara utama sesi kedua ini saya akan mulakan sekitar pukul 740 pagi. Pagi Sabtu ni, kira hari kedualah, saya harus segerakan berjalan dan selesaikan misi utama dan misi kedua.

Mudah bertemu pusara jika lengkap data yang ada.


Ada 10,000 nama tercatit didinding ini!!

Ada 'bulb' lampu, yang akan dinyalakan setiap malamnya 17 Augustus. Simbolikkan?

Selesai acara mencari dan memberi penghormatan kepada Ayahanda Ibrahim Haji Yaacob ini, kami , dengan menggunakan taksi yang sama, mula bergerak.

Berbekalkan alamat yang tersimpan didalam talipon bimbit ini, kami bergerak ke Bekasi

Bekasi mengarah ke arah timur, guna laluan lebuhraya yang sama ke Bandung.

Bekasi ni dalam Jakarta juga, soalah olahya kita dari Kuala Lumpur ke Ampang, tapi Ampang dah kira Selangor. Begitulah lebih kurang.

Saya tahu, kiranya saya rajin mencari, ramai yang boleh saya ketemu. Keluarga dari saudara seibu dengan moyang Sariah ni ramai yang berselerakkan di Nusantara.

Tapi, sekadar mengenali, apa salahnya. Kalau nak cari keluarga Janaton, lagi lah ramai, seawal 1730an! Tak tercari dah!

Mencari rumah yang seakan akan anda berada di dalam Kampung Baru di Kuala Lumpur tu, masuk dari satu lorongn ke lorong yang lain. Yang selalu saya ingatkan kepada rakan bujang saya ini, pengemudi taksi di Jakarta, tidak samanya pemandu teksi di Kuala Lumpur. Berbekalkan alamat, mereka akan mencari, berhenti menanya disetiap simpang yang ada orang ramai, manalipon rakan sekitar pengemudi2 yang lain untuk meminta bantuan arah tuju - saya kata " tobat teksi kita nak buat kerja kerja tambahan ni"


Bersama Kak Yen di Bekasi Jalan Patuha Selatan No 107, RTt 02/015, Kayuringin Jaya, Bekasi Selatan.

Kak Yen adalah kakak kepada Abang Syafirman (Ketua adat Caniago/Imam/Pengerusi Masjid Haraban), pupu ketiga saya.

Hmmm, perhati lama lama pengantin perempuan ini, ada iras iras muka Mak Su? Betul tak?

Kak Yen mencerita serba sedikit tentang anak anak beliau yang rata rata semuanya sudah berumahtangga.

Kak Yen berniaga makanan didepan rumah.

Eh, Masjid Shah Alam!!?

Hanya Tg Periok yang saya tahu, dan pernah menghampirinya - Pelabuhan besar untuk warga pulang ke Sumatera, Sulawesi, Kalimantan, bahkan ke Malaysia. Naik kapal/fery, kena congak sendiri berapa lama nak sampai Butterworth, tak pun Tanjung Dawai , Kedah.

Selesai 'hutang' saya dalam soal mencari sekurang kurang satu keluarga setiap kali jika saya berkesempatan bertandang ke mana mana daerah Indonesia ini.

Pagi Sabtu ni, ternyata jalannya sesak, tetapi lebih ramai yang mahu ke Bandung.

Kami terus memasuki Kota Jakarta untuk acara selanjutnya....menabur Rupiah.


Latiff Hariri
0750 01102011
Sungai Petani


Thursday, 29 September 2011

Teh Botol / Satay Kambing

Berhenti seketika di gerai yang terletaknya betul betul di simpangnya Sarinah/Sabang ini.

Ini merupakan gerai yang mesti saya singgah setiap kali bertandang ke Jakarta.

Istimewanya - Satay kambing dan gulai kambing.

Nak bagi mereka berdua ni merasa.


Teh Botol.

Satay kambing.

Selesai berkongsi 20 cucuk satay ini, kami bergerak pulang ke hotel.
Sudah melepasi Maghrib.

Di tepi Taman Menteng, sebelah sisi kanan Hotel Formule1.

Perkemas diri sebelum acara selanjutnya, berjalan malam.

Saya berhubung dengan dua kenalan rapat saya, iaitu Elys dan Major Firman Joni.

Elys adalah saorang kaktangan NGO di Jakarta yang lebih memberi tumpuan kepada keperluan makanan untuk anak anak miskin, sementara Major Firman dari Tentera Negara Indonesia - Tentera Laut.

Terlupa langsung untuk berhubung dengan Pak Tjipto dan Ayuningsih. Mungkin terlalu padat acara saya hingga terlupa terus.

Kami mundar mandir di Taman Menteng ini, pusat reakreasi dan riadah. Kelihatannya penuh dengan remaja yang berkumpulan, samaada bernyanyi , bersantai dan berdua-duaan.

Tak beranilah nak rakam aksi anak anak muda ni.

Taman Menteng pukul 7 malam.

Akhirnya, temujanji saya aturkan bersama Elys untuk makan malam. Sedangkan Major Firman saya cadangkan Sabtu petang atau Ahad pagi

Elys tiba di perkarangan hotel sekitar pukul 830 malam, dan kami berempat ke RM Garuda berhampiran Harmoni untuk acara makan makan ni. Elys adalah kenalan saya melebihi 15 tahun, beliau saya kenali sewaktu bercuti di Medan, Sumatera.

Memang kami teramat kenyang, tetapi entah apalah yang istimewanya masakan Padang ni? 2 pinggan setiap saorang!!

Berjalan kaki malam di sekitar Jalan ini, seolah olah berjalan dari Chow Kit menghala ke Jalan Sultan Ismail. Banyak yang 'pelik-pelik' atau yang 'tut-tut' boleh dilihat disini. Sama suananya di lorong lorong Haji Taib tu!!

Kepenatan? Kami tahan taksi dan terus pulang ke kamar. Dah pukul 10 malam pun, kat Malaysia pukul 11 ni. Selalunya waktu ini saya dah 'terbang'.

Latiff Hariri
2105 26092011
Sungai Petani

Wednesday, 28 September 2011

Sore di Tanah Abang

Hiruk pikuknya Tanah Abang ini sepertimana hiruk pikuknya persekitaran Chow Kit berhampiran pasar ikan tu. Disini baru terasa yang kami berada di kawasan yang menjadi tumpuan warga Jakarta.

Mereke berdua mengekori saya dari belakang selepas turun dari teksi.



Seksa kalau dah tersangkut didalam kesesakan ini.

Pasar Tanah Abang - Blok A

Blok A ini ada 13 tingkat, sebesar besar Kompleks Pertama, mungkin lebih lagi, tapi ada 13 tingkat, sanggup kalau nak perabih rupiah ni!!

Baju yang menjadi koleksi saya setiap kali ke Indonesia. Baju Pak Lurah.

Siapa kata saya tak pandai beli kain ela?

Kerudung. Ini yang jarang saya beli sebab tak kena dengan selera anak isteri.

Tamat sesi pertama berbelanja ini sekitar 530 petang. Nama aje 530 petang, tapi suasana sudah seperti 7 petang di Semenanjung. Jadi, saya mulakan acara berjalan kaki ini, supaya mereka berdua dapat merasai suasana berjalan kaki ditengah kota Jakarta.

Bagi saya yang sudah biasa berkayuh dan berjalan ni, tak jadi masaalah. Kami berjalan dari pusatnnya Tanah Abang ni, ke simpang Sarinah, jaraknya sekitar 1km.

Berpeluh jugak, sebabnya duk usung laptop dibelakang seharian.

Bapak ini beniaga gas dengan basikal roda-tiganya. Beliau sedar yang foto dirakam, lalu beliau berhenti untuk memberi post terbaik.

Kompleks membeli dan belah, Sarinah. Gedung pakaian yang agak mahal harga jualannya. Dahulu dihadapannya Hard Rock Cafe. Kini Cafe MU .

Hotel 6 bintang ni pernah saya inapi sekitar tahun 1995, masa tu kadar biliknya sekitar RM400.00 semalam, kini, RM1,200.00 ! Lain kali aje lah.

Kiranya kita menyusur kearah belakang Hotel/Kompleks Sarinah ini, terletaknya Jalan Sabang. Disini terdapat Back-packers, hotel 1 bintang dan 3 bintang. Ya, disini ada aktiviti malamnya. Senang nak cari makan dan lepak2. Kadar sewa bilik bermula dari RM50.00 hg ke RM500.00 atau lebih.

Kami terus merayap perlahan. Dari sini ke Hotel Formule1, jarak kilometernya sekitar 4 km sahaja. Naik taksi tambangnya sekitar Rp10,000., kira dalam RM4.00 lah.

Saya tahu maghrib sudah menghampiri, tapi, kena berhenti seketika, nak pekena teh botol dingin serta sataynya kambing.


Latiff Hariri
0800 24092011
Sungai Petani

Tuesday, 27 September 2011

Pagi di Jakarta 16 SEPTEMBER 2011

Selesai daftar masuk dan titipkan begnya, kami terus bergerak.


Ini hotelnya yang sering saya sekeluarga menginap . Booking online pun boleh. Kamar 2 orang harganya rp398000, 3 orang Rp438000, tanpa sarapan.

Bergerak ke Makam Pahlawan, Kalibata, Jakarta.

Jelajah Utama kali ini adalah ke Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.

Gagal dihari pertama, 'lemas'di lautan pusara yang berjumlah 10,000 ini!!

Bajai. Sengaja saya biarkan mereka berdua perhati dari jauh tanpa mencadangkan untuk menaikinya. Bagi mereka 'tertekan'.

Selesai solat Jumaat, kami pulang ke hotel dahulu. Rehat sekejap.

Masjid Istiqlal.

Gendang/kentum/beduk gergasi Masjid Istiqlal, satu Jakarta boleh dengar ni, hehe.

Selesai solat Jumaat.

Ini pertama kali saya bersolat disini, walaupun dah lebih dari 10 kali ke Jakarta....alasan musafir?

Teksi yang sama kami naiki ke Makam Pahlawan, menghantar kami pulang ke Formule1.
Masuk kamar untuk cuci mukan dan segarkan badan, sebelum kami turun ke bawah untuk makan tengahari di Rumah Makan(RM) Natrabu. Lokasinya dihadapan hotel, bersebelahan masjid Menteng.

Makan lepas solat Jum'at ni, kira lauk dah semakin 'pupus' lah, hehehe.

Acara ke Monumen Nasional saya batalkan, saya lebih teruja untuk ke Tanah Abang taburkan Rp kat sini

Menuggu teksi ke Tanah Abang, jaraknya sekitar 6-7 km, naik teksi dalam Rp12,000 , atau RM4.80 je, teramat dekat.

Saya dan anak anak, serta rakan rakan Oe1981 dahulu, kami menapak aje ke Tanah Abang dari sini, walaupun anak anak protes...hehehe. Naik bajai, udaranya tak nyaman, naik teksi jalannya macet.

Latiff Hariri
2203 25092011
Sungai Petani

Monday, 26 September 2011

Bergerak Malam Harinya Malaysia

Saya sudah merancang perjalanan ini seawal tersiarnya rencana di RahmanHariri.blogspot.com berkenaan kisahnya Lapangan Terbang Taiping itu, dimana mendaratnya Sukarno-Hatta sekitar tahun 1945.

Hati saya teruja membacanya, dan tercatit nama pejuang yang mula mula melaungkan - "Merdeka" keatas Tanah Melayu , sekitar tahun 1938 . Sedangkan Tungku dan Umno melaungkan 'hidup melayu' pada tahun 1946 .

Dari sini, saya membuat keputusan, selain bersantai di kota Jakarta, saya mahu mencari pusaranya.

Bermakna , isu Mat Indera tiada kena mengena dengan jelajah ini, secara kebetulan sahaja.

Saya dah biasa sendirian ke Indonesia, khususnya Jawa. Dari Surabaya, Semarang, Solo, Jogja, Pekalongan, Bandung dan Jakarta, semuanya telah saya terokai, mahupun sendirian, bersama keluarga dan emak, bersama Rahman, mahupun bersama rakan rakan OE1981.

Jadi , malam 15 September, dimana esoknya cuti Hari Malaysia, saya bergerak dari Sungai Petani.





Zul dan Mokhtar, yang berjaya saya pujuk dan 'goda' supaya ikut serta merayau ke Jakrta. Ini fotonya 5 minit sebelum ke Kuala Lumpur. Berjalan malam, tak perlu kemas dan bergaya.

Sepanjang perjalanan dipandu oleh Mokhtar. Ini alasannya mengapa saya mengajak mereka, hehehe.

Tapi, upah makan malamnya berbaloi - Nasi Mande di Al-Rawsha pukul 1230 malam.

Selesai di bulatan Kg Pandan ni, kami bergerak ke KLIA, mengambil kunci rumah adik bujang saya, dan kami bermalam seketika di Salak Tinggi. Tidur tidur ayam je.

Sekitar 445 subuh, kami bergerak semula ke KLIA, untuk meminta bantuan si Zali menghantar kami ke LCCT tu. Kereta saya tinggalkan kepada dia. Dan kami berada di LCCT sekitar 520 subuh, terus dafter-masuk.



Mokhtar bawa satu beg, dan beg kamera.

Tiada masaalah daftar masuk. Tapi, bermula 1 November, daftar masuk yang dibuat melalui kaunter AirAsia akan dikenakan RM10.00 setiap penumpang. Maknanya, kena daftar masuk 'on-line' dari rumahlah dimasa hadapan.

BerSolat Subuh sekitar 555 pagi di surau LCCT, dan terus masuk ke Dewan Pelepasan.

Kami memasuki pesawat sekitar 635 pagi.


Zul dah atas awan, kami duduk didapur sahaja.

Memang mengantuk, saya tidur tidur ayam , selepas bersarapn nasi lemak yang tersedia didalam pesawat.

Cuaca agak jerebu, jadi agak kelam pemandangan dibawah.

Kami mendarat di Sukarno-Hatta sekitar 840 pagi, dan berlari lari anak, keluar ke Bandara tepat pukul 855 pagi. Kira tepat waktunya.

Pintu masuk Imigrasi sudah diubah dari posisi asal. Kami tersilap beratur bersama rombongan pelancung dari Malaysia, jadi jenuh menunggu.

Pertama kali Mokhtar dan Zulkifly menjejak kaki ke Jakarta.

Menuju ke kaunter teksi bandara. Saya jelaskan kepada mereka berdua, supaya menggunakan teksi jenama SilverBird/BlueBird sahaja, kerana terjamin kualiti dan harganya. Saya mengambil keputusan untuk sewa Innova sahaja.


Sewanya ke kota Jakarta Rp190,000.00 , kira RM70.00 lah.

Perjalanan mengambil masa sekitar 50 minit, jalannya tak berapa sesak, kecuali di pusat kota.


Jakarta Utara, agak jerebu.

Saya kemaskinikan kepada mereka berdua ni, di Malaysia, keseluruhan warganegara yang berjumlah 28juta tu, sama jumlahnya penduduk Jakarta.

Jadi, fikir sendirilah betapa sesaknya kota ini, dan berapa kali ganda keluasannya dari Kuala Lumpur.

Kami daftar masuk hotel sekitar 1010 pagi, kamarnya belum tersedia, hanya kami titipkan beg pakaian kami sahaja.

Saya dah ada rencana seawal pagi ini.


Latiff Hariri
2013 25092011
Sungai Petani