Bee Gees

Thursday, 13 October 2011

Selamat Tinggal Jakarta

Bangun pagi sepertimana biasa.

Semua sudah tersiap untuk diusung keluar. Saya sudah memesan taksi, melalui pengemudi yang menghantar kami malam tadi dari Dufan tu.

Pesawat kami sekitar pukul 1130 pagi wib, kira pukul 1230 tengaharilah waktu kita.
Selesai daftar keluar, taksi sudah menunggu. Dia sampai sekitar 745 pagi. Awal tu.
Kami terus bergerak, kesemuanya ada 5 bagasi, terlebih satu , gara gara berbelanja di Tanah Abang.


Senyum dalam duka, dah nak balik dah.......

Perjalanan agak lancar, kami tiba di Sukarno-Hatta sekitar 50 minit, menghampiri jam 9 pagi, dan terus berlegar legar, kerana masih terlalu awal.

Sementara menantikan masanya , saya izinkan mereka bebas dengan acara masing masing, sedangkan saya mengisi perut untuk sarapan.

Kalau tak salah saya, kompleks ini terbina sekitar lewat 70an, dimana keluasan tanah digunakan sepenuhnya. Hanya di bilik pelepasan / ketibaan yang diasingkan dengan lantai 1 dan lantai bawah, selainnya adalah kompleks besar satu tingkat. Terlalu luas kalau nak dibandingkan dengan KLIA. Cuma rasanya satu pembaziran, sedangkan lebih beruntung jika semua disatukan didalam satu bumbung.

Sarapan pagi soto aje.

Itu pun rasa nak tambah lagi.

Saya sarapan berdua dengan Mokhtar, paling tepat brunch - breakfast and lunch.
Sementera si Zul sudah kehilangan mencari kami berdua, kami buat dek aje, tak kemananya....

Selesai makan, baru kami ikhtiarkan kemana Zul ni. dan tak sampai 10 minit , dia muncul, jadi dia sambung ' brunch' sendirian.

Sementara menanti masa yang masih panjang ini, saya biarkan mereka merakam apa saja yang menarik kedalam kamera ini.


Bandara Soekarno-Hatta , Jakarta.

Memasuki dewan pelepasan, sekitar sejam sebelum waktu berangkat. Tiada masaalah, memang dah biasa dengan Imigrasi Indonesia ni. banyak perubahan kalau nak dibandingkan 15 tahun dahulu....

Singgah beli apa yang patut kat kedai kosmetik ni, ya lah, harga jauh murah.


Seluas luas kompleks lapangan terbang ni.

Pesawat terlewat sekitar 15 minit dari waktu pelepasan, kami hanya memasuki sekitar 10 minit sebelum berangkat.

Cuma, sepanjang pengalaman saya menaiki AirAsia ni, paramugarinya kalau Malaysia, pada saya, mereka layan baik, tapi, kalau pesawat yang dari Indonesia, yang mana paramugarinya warga Indonesia, anda akan alami ketidakmesraan mereka.

Entah, mungkin saya yang rasa begitu.



Zul dapat berkenalan dengan Cikgu dari Kuala Kangsar ni,yang sama sama tiba di Jakarta pada hari yang sama dengan kami, cuma pagi Sabtunya pasangan 'bermadu' ini terus ke Bandung. Ya, mereka berbulan madu disana.

Melewati Palembang dan kepulauan Riau sekitar 45 minti kemudian, sekitar pukul 1 tengahari. Hmmm, saya bertembung dengan abang saya , Rahman Hariri diudara ini.

Rahman ke Jakarta untuk tugasan beliau.

Tiba tepat pada waktunya, dan kami melangkah masuk ke kompleks LCCT

Ini pesawatnya yang kami naik.

Ya, lagi satu tips. Sekiranya anda beratur untuk pemeriksaan Kastam, pastikan penumpang lain sudah keluar dahulu, atau tiada pertembungan dengan penumpang dari destinasi lain. Pengalaman saya bila terjadi begini, pehak Kastam akan tegas meminta dibuka semua bagasi yang kita bawa.

Pernah suatu ketika dahulu, saya dan anak anak menanti sekitar 1 jam, kami lakukan 'window shoping' dahulu sebelum ke kaunter Kastam. Ternyata, tiada soal jawab bila saya katakan kami 10 hari di Jakarta dan membawa bersama lebih dari 8 bagasi.

Tiada pemeriksaan langsung!!

Tunggu adik saya Zali, datang menjemput.

Singgah bertemu dengan anak saya , sebelum meneruskan perjalanan. Pemanduan seperti biasa, dilakukan oleh bebudak berdua ni.

Kami tiba Sungai Petani sekitar Isyak.

Letih, tapi penuh kenangan menarik untuk mereka berdua.




Esoknya kerja. Saya biasa aje, walaupun keletihan sebenarnya!!

-Tamat-

Latiff Hariri
1954 13102010
Sungai Petani

Wednesday, 12 October 2011

Makan/Santai Malam Terakhir

Kami minta taksi hantar kami terus ke daerah Sabang untuk acara makan malam.

Memang teramat lapar. Paginya hanya berbekal mee dan karipap segera, tengaharinya berbekalkan air teh botol, dan bermain seperti anak anak kecil di Dufan tu, hingga terlupa makannya! Bila sudah meninggalkan Dufan, baru teringat yang kami terlupa makan tengahari. Mahu tak mahu, harus diisi segera kekosongan ini.

Perjalanan dari Ancol mengambil masa 40 minit. Kami berada semula didaerah 'berselerak' ini. Yes, disini pusatnya bagi saya, sepertimana di Jln Tunku Abd Rahman tu, agaknya.

Terus memasuki RM Natrabu.

Mejanya untuk lapan orang, tetapi diisi 3 orang, jadi boleh berpesta makanan lah. Nak 'cover' lunch siang tadi.



Bukan hujan diluar, tapi air yang mengalir dicermin.

Boleh habis ni, ini belum penuh meja lagi ni.

Menu kegemaran kami malam ini, masak lomak pucuk ubi yang dihiris halus, ikan goreng nipis seperti keropok, tumit sapi masak lomak, ikan merah masak lomak, sambel hijo, otak, kerang dan hati bersambal kentang, sambal tumis udang dan banyak lagi lah.

Macam piranha jumpa daging!!

Bila bill sampai, jumlahnya Rp340,000. Mencecah RM130.00 .

Eh, mahal ke, kira saorang kena bayar RM35.00 , dan dibahagi dua sebab siang tak makan tengahari, baru RM17.50 sekali makan, eh sekali 'melantak' yang paling tepat! Hahaha.

Pada saya, harganya patut. Kalau makan nasi beriayani kat Restoran Insaf di Jalan Tunku Abdul Rahman tu pun, lauk kambing dan sayur yang ciput, serta air jusnya, dah mencecah RM17.00 jugak, tapi tak boleh tambah lauk dan nasinya.

Yang ini kami tambah 3 pinggan saorang, lauk yang habis ditambah lagi, memang sedap masakan minang ni.

Balik ke hotel, bebudak berdua ni masih tak mahu memerap dikamar, diajaknya saya berjalan mencari 'Uptown'. Uptown?

Saya akui saya kurang pasti, walaupun Rahman ada mencadangkan saya ke Roxy untuk sambung acara makan makan malam bersup kepala kambing disana. Tapi, saya agak keberatan bila taksi yang ditahan mengatakan tambangnya sekitar Rp60,000 dan perjalanan melebihi sejam kalau macetnya teruk.

Jadi malam tu saya memerap dikamar, sementara Zul dan Mokhtar sudah ke bawah untuk merayau sendirian.

Saya dan Major Firman Joni gagal bertemu jua akhirnya, semuanya kerana kami masih berada di Dufan, semasa Firman bertandang ke Menteng untuk bertemu kami. Dan kerana kesuntukan masa dimana Major Firman harus pulang ke Bogor, kalau tak silap, jadi begitu sajalah jadinya. Kecewa jugak, sudah berkali ke Jakarta, tapi masih gagal menemukan kami.

Sambil baring baring dikatil ini, terfikir jugak bebudak dua orang tu.Tak sampai hati pulak, sekitar pukul 9 lebih saya pun menyusul mencari mereka.

Sate padang. Ini lagi satu produk yang bagi saya 'jelek' rasanya bilapertamakali mencubanya, tapi lama lama jatuh cinta. Tak sehebat satay kajang tu, tapi, ok lah, ada kelainan. Kuah kacangnya membuat saya terbayang kuih custard kacang bikinan emak, mahupun isteri.

Latar belakangnya, Masjid Menteng. Senang untuk beribadat jika terasa hotel penginapan terlalu sempit, turun aje kedepan. Masjid ni siap berhawa dingin.

Pak Juragan dah turun sama berlepak, baru bebudak berdua ni berani panggil penyanyi jalanan menghibur hati gundah gulana, kerana.....esok dah nak balik.

Pemain gitar dan ceweknya ceria, boleh bernyanyi dan ada suara. Dua lagu saya beri Rp10,000 ditambah pemberian Zul dan Mokhtar, kira oklah pendapatan mereka dari kami bertiga malam ini.

Kami naik lena sekitar pukul 11 malam, kalau kat Malaysia dah pukul 00.00 malam ni.

Jadi kerja saya malam ni!!


Latiff Hariri
2001 08102011
Sungai Petani

Tuesday, 11 October 2011

Dunia Fantasi Ancol

Siksa juga naik pengangkutan awam ni. Tapi , kalau tak mencuba , tiada gunanya kita berjalan ditempat orang. Bagi saya, saya dah biasa naik bas dari Sp ke pejabat di Butterworth tu, bila keadaan tidak mengizinkan saya memandu. Ok naik bas, semua berhawa dingin, tapi masa terbuang . Perjalanan ke pejabat sekitar 50 min dengan menggunakan jalan biasa, dengan menaiki bas, saya perlukan 1 jam 40 min untuk sampai ke pejabat. Jadi, tiada masaalah bagi diri saya bila menaiki busway Jakarta. Bahkan menaiki bas ekspres bersama keluarga dan emak dari Bandung pun sudah menjadi kenangan kami sekeluarga.

Ya, anak anak gembira, pengalaman menaiki bas Ekspres di Jakarta berbeza, kerana disetiap stesen/terminal, bas diwajibkan masuk untuk mengambil/menurunkan penumpang, dan waktu ini akan adanya penjual jajan jalanan menjual keropok ubi, jagung,bahkan kopi 3in1 yang panas pun ada. Tersedia sebuah jag air panas untuk bancuhan kopi.

Pastinya penyanyi jalanan secara solo mahupun berkumpulan akan mendendangkan sebuah dua lagu untuk hiburan penumpang, dan dihulurnya topi mohon sumbangan sebelum mereka turun di persimpangan berhampiran. Dan yang paling tersentuh hati saya bila anak anak gadis pesantren , memberi ceramah agama sambil memohon sumbangan bantuan untuk pesantren tajaan mereka. Unik dan amat menarik ceramah anak anak gadis bertudung litup ini.


Seorang sebotol teh Sosro, sebagai ganti makan tengahari.

Di depan pintu utama Dufan - Dunia Fantasi

Mereka tak menjangkakan yang saya akan membawa mereka kesini

Tiket masuk berharga RP180,000 saorang, lebih kurang RM65.00 .

Dibuka dari pukul 10 pagi hingga 8 malam.

Dah melepasi umur ini pun masih nak ber'funfair'.


Amekaw. Kecut perut. Kira ini baru permulaan

Masih boleh gelak gelak dan perli orang lain masa ni.

Amekaw!! Terkejut beruk agaknya , tanpa diduga, meluncur laju seperti roket keatas!!

Mokhtar cover jiwa dengan mengangkat tangan tanda berjaya. Sebenar, masa memula meluncur keatas tu, dia dah tak rasa apa apa dari paras kepala kebawah. yang dia ingat hanya tinggal nyawa dikepala dia sahaja!!

Ini lagi satu acara yang'taubat' saya nak naik.

Acara perarakan baru bermula.
Setiap hari begini aturcaranya di Dufan.... hiburan hiburan hiburan.


Sporting pulak burung hantu ni.


Kereta Halilintar - Rollercoaster.












Masa ni, korang boleh beri lambaian 'peace' lagi lah Zul oi, kau tunggu sat.






Secara perlahan keretapi ni menaiki puncaknya, tunggulah sat, sayuuuup.......


















Nampak Mokhtar sayup dihujung, ketawa nak 'cover' kecut perut tu..


Begitulah serba sedikit kisah bebudak bujang ni, yang mana, masa kanak kanaknya , ayah mereka tak benarkan mereka berfunfair kat SP tu. Nasib baik ada abang tiri ni.

Jom balik, wei, dah maghrib ni.

Sebenarnya tak sempat main kesemua hiburan disini, kerana terlalu lama beratur, sebaiknya datang hari bersekolah , dan bukan hari minggu.

Saya kira mereka berdua hanya main 20% daripada apa yang tersedia, rugi ni, kita kena TransStudio Bandung pulak tahun depan, sambung kat sana.

Tahan taksi dipintu keluar Dufan, rupanya tak boleh, kena beratur dihadapan.

Untung, pengemudi taksi ini menipu , dia 'sound; kayt counter depan, yang dia memang di talipon oleh saya untuk menggunakan khidmat dia. Hehehe, bengkak aje yg lain lain beratur panjang disitu. Rezki kami




Latiff Hariri
1837 11102011
Sungai Petani

Monday, 10 October 2011

Minggu di Jakarta

Pagi minggu.

Pagi hari yang terakhir di Jakarta ni. Hmmm, 4 hari 3 malam macam tu lah. Tak sempat nak kemana mana lagi. Esoknya, pagi Isnin, dah nak balik ke Malaysia dah. Jadi, pagi Ahad ni, seawal pukul 8 kami bergerak dengan teksi, ke Tanah Abang lagi!!

Eh, jalan 'clear' lah hari ni, siap lorong laju ditawan oleh pengayuh speda!!! Menarik ni.

Jalan raya lengang......

Jalur laju khas untuk speda kayuh.

Kira ini acara terakhir untuk membeli apa yang ter'cicir' dihari semalamnya. Sekejap aje,sekitar satu jam acara 'terjunam' bebas di Tanah Abang.

Naik bajai untuk kali terakhirnya. Malam tadi naik malam, tak nampak debu, sekarang baru tahu debu debu dijalanan.

Sebenarnya, saya sengaja melewatkan acara untuk hari ini, kerana saya sudah berjanji untuk bertemu Major Firman Joni dari TNI - Tentera Laut. Mula mengenali beliau sekitar berjawatan Leftenan Muda secara tidak langsung. Berkenalan dan bersua muka dihari prnikahan beliau, ketika itu sudah brpangkat Leftenan, dan sekarang sudah beranak dua, berpangkat Major. Anak muda ini saya kira bakal menjawat pangkat lagi dihari hari mendatang.

Tunggu punya tunggu, beliau meminta maaf lewat pesanan ringkas, kerana acara beliau di Bekasi belum selesai, jadi saya teruskan rencana untuk kami dahulu.

Sarapan di kedai serbanika di lantai bawah Hotel.

Selesai , sarap sekitar pukul 11 ni, kami bergerak ke Simpang Sarinah tu, naik teksi, tapi tujuan sebenar nak guna BusWay Jakarta ni. Seronok jugak, lama tak naik bas loncat loncat ni.

Pukul 10 baru jalur laju dibuka untuk mobil mobilnya.

Menapak ke stesen basway.

Macam sardin, 'air-con'nya, hanya udara kosong yang suam kuku, berpeluh sakan kami.

Centralnya di Harmoni. Tiketnya sekali bayar untuk 3 orang Rp10,500 .

Di Harmoni, tukar bas kearah destinasi pilihan kita, tak perlu bayar lagi. Bila sampai ke destinasi, kita turun . Jimat Rp50,000 naik bas ni, tapi....sia sia masa terbuang.

Kami 'airborne' betul betul didepan pintu yang ter'nganga'. Kira airconnya udara dari luarlah!



Destinasi terakhir kami - Ancol.

Masa perjalanan menghampiri 2 jam. Naik teksi 45 minit sahaja.

Mokhtar dan Zul pun akui, ini pertamakali mereka naik bas, yang dah bertahun tahun mereka tinggalkan sejak dah ada spedamotor dan mobil dirumah.

Di Ancol, kami tiba sekitar menghampiri pukul 130 petang, tergesa gesa kami berlari masuk untuk menunggu giliran kami yang kesuntukan masa ni.

Latiff Hariri
2057 07102011
Sungai Petani

Friday, 7 October 2011

Sanggah Khutbah Khatib!!



INI MASJIDNYA SITI NORHALIZA DI PERMATANG PASIAK(PASIR) TIKAM BATU, SUNGAI PETANI.

TIADA KENA MENGENA DENGAN KISAH TULISAN INI.







Sudah lama saya tidak berkisah tentang Jumaat saya ni. Sebaiknya begitu, memandangkan tiada isu pun. Agaknya sudah letih memberi kritikan kepada khatib khatib disebelah sini, yang begitu lurus menegakkan hukum Allah.

Petang ini , saya memasuki masjid Kubang Buaya ini sekitar pukul 1 petang. Masih ada 10 minit untuk bertahyatulMasjid dan berYassin, fikir saya.

Hmmm, tak sempat pun, separuh jalan BerYassin, azan keudara.....

Selesai Khatib memulakan mukaddimahnya untuk khutbah petang ini, bermulalah topik sebenar Jumaat. Soal isu terkini, siapa pahlawan, siapa petualang. Lebih kepada isu isu tentang zaman sebelum kemerdekaan. Katanya khatib, bertelagah tentang isu ini ada baiknya, supaya keilmuan diperkasa dan dibahas, dan Akidah pasti tidak terpesong. Kita bebas menilai siapa 'siapa' , dalang diwaktu itu.

Tetapi, bila kita sentuh soal hukum Allah, dikhuatiri tergelincir Akidah kita...itu kata kata khatib menyambung isu sebebar yang beliau ingin ingatkankan kepada makmum. Dan sebaik sahaja perkataan HUDUD terkeluar dari mulut khatib, secara tiba tiba , menerpa saorang makmum dari arah kanan cuba menyelit betul betul dikiri 'jiran' sebelah kiri saya, dengan duduk mendongak memberi perhatian kepada Khatib. Kehadiran beliau ini saya rasa begitu mendadak, seperti ada yang menolak atau menarik beliau ketengah betul betul dihadapan mimbar.

"Hm, bagus ni, ada yang berminat mendengar khutbah Khatib hari ini", detik hati saya. Dan sekoyong koyongnya, ada lagi saorang makmum yang menerpa ke saf ketiga secara serentak, bagai telah berjanji. Saya seperti biasa, saf kedua menjadi pilihan solat saya.

Berkisar tentang penolakan HUDUD yang dibuat oleh bangsa Tionghua yang tidak faham isinya, tetapi tidak akan merosakkan akidah kaum Tionghua itu, kerana sememang orang kafir akan menolak mentah mentah hukum Allah. Dikisahkan tentang pandangan dari kaum mushrikin yang mula memahami HUDUD, dan memberi pandangan positif - pun sama, tidak menjadikan mereka Islam sebab terima HUDUD.

Tetapi yang Khatib ingatkan makmum ialah, bila kita sebagai orang yang mengaku Islam, tetapi terang terangan menentang HUDUD . Kita akui kita Islam, sembahyang lima waktu, Zakat, Fitrah, Puasa..... tapi bila sampai ke hukum HUDUD, kita tolak, apakah kita ISLAM?

Diperdengarakan ayat ayat ALQURAN untuk menguatkan hujjah Khatib tentang hukumnya bila kita menolak hukum ALLAH.....memang panas mendengarnya.
Ramai jemaah yang memberi wajah positif mengakui kebenaran kata Khatib, tapi makmum yang saorang ni, masih mendongak mendengar setiap hujjah Khatib. Yang pasti, mukanya kemerahan!

Khatib mamberi ingatan , tergelincir Akidah bila orang ISLAM sendiri yang mempersoalkan hukum Allah, sepertimana petikan dari surat khabar itu, tentang
kenyataan pemimpin Islam kerajaan Pusat tentang 'kuno'dan tidak perlunya hukum HUDUD itu. Khatib tidak menyebut nama pemimpin tersebut, hanya dipetik dari keratan akhbar yang beliau bawa. Tidak semena mena pun, makmum yang saorang ni terus mengangkat tangan .

"Karpal Singh kata apa?!!" sambil mengangkat tangan kanan beliau.

Khatib tidak memberi reaksi apa apa pun. Terus dengan khutbahnya, walaupun saya pasti Khatib mendengarnya.

"KARPAL SINGH KATA APA?!! ".

Secara sepontan, tanpa bersuara, tangan kiri saya bergerak menepuk tapak kaki kanan makmun tersebut yang bersimpuh.

Terkejut agaknya, beliau menoleh. Saya tahu beliau marah, kerana wajahnya kemerahan seperti udang dibakar. Saya menundukkan muka dan mata ke sejadah tidak membalas. Saya tahu beliau terkejut dan marah dengan 'usikan' peringatan dari saya supaya 'behave' didalam Rumah Allah.

Mungkin memndangkan saya menundukkan muka tidak mahu menentang mata beliau yang diselubungi "syaitan" (mungkinkan?) Beliau tersedar yang ada mata mata dari setiap penjuru sedang memerhati beliau, dan sepontan saya terasa dia 'tersedar' dari amarahnya, lalu mengarah pandangan semula kearah Khatib.

Apakah yang bermain dikepala beliau waktu ini? Malu? Marah? Menyesal?

Tiada makmum yang memberi reaksi apa yang berlaku.

Sebaik tamat Khutbah, makmum yang saorang ini, bangun lalu kekanan , kearah saya, mengambil tempat dikanan saya, sedangkan beliau berada dikiri 'jiran ' sebelah kiri saya ni. Hm... menarik. Berjalan dihadapan saya selangkah dua untuk mengambil tempat disisi kanan saya, sambil memberi jelingan 'dendam maut' kepada saya....

Saya bersedia untuk apa jua kejadian selanjutnya..... tetapi, bila Imam memulakan takbir fardu Jumaat tu, saya serahkan kepadaNya tentang apa jua bakal berlaku selepas ini. Saya berada diRumah Allah. Saya adalah tetamunya, saya tidak layak membuat onar yang boleh mencemarkan kemulian RumahNya.

Sebaik selesai solat dan doa diamimkan makmun, saya terus menanti salaman dari jemaah sebelah kanan saya ini. Ya, saya selalu mulakan salaman dengan yang sebelah kanan jemaah. Ternyata beliau memulakan salaman permulaan dengan jemaah dikanan beliau, dan mengalih tangan kearah kiri beliau untuk bersalaman dengan saya, kami berjabat tangan. Tetapi matanya masih merenung dengan pandangan yang tajam dan tidak mahu melepaskan tangan saya. Saya hanya senyum dan menundukkan mata kebawah. (tak perlu saya renungi mata yang sedang terbakar itu!!) . Dan saya lanjutkan bersalaman dengan 'jiran' disebalah kiri saya. Ada 'mata-mata' yang mengekori makmun tersebut , ada yang memerhati saya. Saya berundur kebelakang, dan kelihatan makmun tersebut memulakan solat sunatnya, kalau tak pun Solat Zuhurnya , sebagai pengganti, terbatalnya Solat Jumaat beliau hari ini!





MASJID AL-KHALIDIAH










Musuh yang sentiasa ada didalam selimut kita ini, yang harus kita beri perhatian khusus, selain dari musuh yang terang terangan itu.

Ya Allah, ampuni segala dosa dosa hamba hamba mu ini. Amin

Saya pun tidak sempurna.......Maafkan saya. Tapi, hukum Allah bukan permainan kita .


Latiff Hariri
2213 07102011/ 8 Zulkaedah 1432H
Sungai Petani