Sesi persekolahan penggal kedua baru 4 hari berlalu, yang pastinya guru guru pakat sibuk.
Sibuk.....?
Ada yang akan kata kerja cikgu ni sibuk sangat ka? Cuti dua minggu duk buat apa?
Makan gaji buta sahaja?
Tidak dinafikan, ramai warga di luar sana sudah memahami tugas guru, dan ada yang sedang dan cuba memahaminya. Walau apa pun situasinya, terima kasih diucapkan. Bukan guru meminta simpati, cuma sediakan sedikit perasaan untuk rasa belas kasihan kepada guru.
Tetapi ada sesuatu yang berlaku, yang terkadang membuatkan guru guru rasa terkilan.
Cuba bayangkan , ada Pengetua yang mengadakan mesyuarat pada 9hb Jun, yakni sehari sebelum permulaan sekolah bagi Negeri Kedah ini.
Kata kata aluan Tuan Pengetua ini pula lebih kurang begini bunyinya,
" Cikgu cikgu kena hadir bila bila pun , bila dipanggil bertugas, bukan selalu saya panggil untuk mesyuarat. Jika cikgu tak hadir, sila kemukana surat tunjuk sebab, itu semua untuk markah prestasi cikgu jugak."
Ini ucapan aluan atau ugutan Tuan Pengetua!!
Bukan cikgu tak mahu hadir, atau saja saja nak ingkar arahan, tapi faham faham ajelah. Walaupun cuti 2 minggu, kena jugak hadir ke sekolah untuk kelas tusyen paksarela......
Itu tak kira guru guru kanan yang kena mesyuarat pengurusan lagi. Ingat cuti sekolah tu boleh relax sangat ka? Kertas soalan yang perlu disemak dan kerja kerja lain yang perlu dibereskan.
Hari Sabtu sebelum buka sekolah tu!! Tolonglah faham situasi sikit, hari yang sibuk, ada yang nak hantar anak anak pulang ke asrama, ada yang nak buat persiapan untuk anak anak bersekolah keesokkan harinya.
Soal kemasyarakatan seperti kenduri memang dari awal awal dah tolak ketepi, sebab tak dapat dipenuhi. Tapi, cikgu berusaha paksadiri hadir jugak bermeeting atas jemputan aluan Pengetua.
Adakalanya, kena kata , tembok kesabaran kami terbolos jugak!!
Jadi forum sesama guru ini terpaksa dibuka, bagi sesi mengumpat Pengetua itu.
Sana sini dikempen , dicanang supaya Guru Guru menyayangi murid, tapi adakalanya guru guru boleh lupa , atau hilang kemahiran untuk menyayangi murid , sebabnya, guru guru sering dibelasah kiri kanan, dengan beban tugas yang tak masuk akal.
Umifathimah
2025 14062012
Kedah Darul Aman
I'LL DO WHAT IT TAKES TILL I TOUCH THE SKY TAKE RISKS, MAKE CHANGES,AND BREAKAWAY. (BIAR BUDI SETITIK, NAMUN DIDALAMNYA ADA LANGIT DAN BUMI.......)
Bee Gees
Monday, 25 June 2012
Sunday, 24 June 2012
Selamat Pulang Dari Bandung
Pukul 5 dipagi minggu ini kami dah bangun.
Bandaranya terlalu dekat, tapi, memang saya ni jenis yang suka awal, tak mahu beratur panjang untuk lapur masuk ke lobi menunggu itu.
Sekitar 645pagi kami sudah turun ke lobi hotel, tak sempat dah nak bersarapan, hanya sempat berfoto sahaja.

Hotel Serena ratingnya, sekitar 3 star.

Taksinya sudah menunggu .
Tak sampai 15 minit pun kami dah berada di Lapangan Terbang Internasionala Husein Sastranegara bandung. Kami yang kedua mengikut urutan beratur. Untungnya , sebaik kami turun taksi itu, tiba satu bas yang 27 seater itu, bersama pelancung dari Malaysia. kalau tidak, sah lama antrinya.

Kami kedua beratur(antri). Memula tu saya risau jugak, sebab bagasi kami melebihi had yang telah kami tempah. Saya dah 'standby' lebig Rp700,000 serta kad kredit sekiranya tambahan caj dikenakan sekiranya berat bagasi kami melebihi had .
Rupanya , kami hanya dikenakan Rp180,000 sahaja, sekitar RM65.00 . Ok lah.
Lega.... Terus berlegar dilobi, kerana kaunter Imigresen belum dibuka. belum pukul 8 pun.
Tapi....petugas VVIP Lounge ini pandai menggoda kami. Kami dijemput masuk untuk bersarapan pada harga Rp75,000 saorang, dan paspot kami akan dilayan oleh mereka tanpa kami perlu beratur di kaunter.
Fikir fikir, kami pun belum bersarapan, dan harganya oklah, janji selesai sisa duit rupiah kami yang masih berbaki ini, hahaha.
Mihun, kuih muih, nescafe, biskut, fanta merah kegemaran kami, serta teh botol!!
Dan siap ada wifi gratis lagi.
Dan kami hanya memasuki ke lobi menuggu bila kaunter dibuka, dan ternyata paspot kami sudah siap dicop, hanya perlu cek badan sahaja.
Tak ramai rupanya , saya anggar sekitar 100 penumpang.
Pesawat berlepas seperti yang dijanjikan

Baju tu dah macam flight attendant dah......

Banyak yang kosong.
Bila pesawat bergerak dan berlepas, hati masih teruja. Sekitar 15 minit, mata kami mula lalok.
Korang tahu tak, lalok tu perkataan minang untuk tidur/mengantuk.

Kalau saya, saya naikkan lapik tangan disisi, dan saya akan lalok lunjur kaki.
Perjalanan satu setengah jam ini terasa lama, bila mata mengantuk dan hati dah tak sabar nak balik ke kampung halaman.
Mendarat sekitar 1030 pagi, dan adik saya si Zali tidak dapat menanti kami. Kami menaiki teksi ke rumah beliau untuk mengambil Proton Saga saya itu.

Taksinya mana?
Kami teruskan perjalanan pulang. Tiada halangan langsung, kecuali ditahan di Kuala Kangsar.

Tengok, siapa yang tahan kami di KK itu.
Dan kami teruskan perjalanan untuk pulang ke Sungai Petani.
Eh, tak lah, kami singgah ke Taiping lagi, untuk ole olekan buah tangan Bandung kepada emak saya.
Dan sebaik kami tiba di rumah, perkara pertama yang kami lakukan adalah memunggah kotak yang dimasukkan kedalam bagasi itu, untuk dibedak bedak harta masing masing.
Puas hati, sebab tiada yang rosak atau hilang.

Ini hak aku.

.........dan si Budin pun hadir
........untuk claim sepatu mulut buayanya.

Ingatkan dia nak simpan naik pelamin, rupanya tidak.......
Letih , tapi esoknya Isnin, saya masih ada sehari lagi untuk berehat...lega.
Selalunya macam tu, saya pastikan sehari untuk rehat sebelum memulakan tugas rasmi saya itu.
Latiff Hariri
1108 24062012
Sungai Petani

Thursday, 21 June 2012
Keluarga Besar Kita
Hakikat kita berkeluarga ni, pada saya, bermula pada awal perkahwinan saya.
Jangan salah anggap pulak, sebelum ini pun berkeluarga jugak, tetapi lebih kepada ekoran mata emak dan bapak, yang sentiasa mengikuti perkembangan anak bujang mereka ini.
Saya pada awal remaja sebaik tamat SPM, sudah memulakan karier mengisi masa lapang menunggu keputusan SPM. Waktu itu tiada yang pelik tentang kehidupan separuh kerja, separuh hati teruja untuk sambung belajar.
Tapi, bila saya membuat keputusan untuk bekerja sahaja, dan menolak tawaran untuk sambung belajar dari satu institusi milik MARA dan sebuah Jabatan Kerajaan itu , saya mula merasakan kelainannya.
Kelainan ini dari segi pemerhatian keluarga, samaada dari emak dan bapak, mahupun dari kakak, abang dan adik adik, serta sepupu duai serta makcik pakcik yang sering saya berhubung setiap kali percutian mahupun bertemu setiap hujung minggu.
Ada dua perbezaan, yang positif dan yang negatif. Semuanya dari persepsi mata hati sayalah. Bukan mahu mengkritik tetapi lebih kepada mahu berkongsi pengalaman bersama keluarga saya yang besar ini. Bukan sahaja adik beradik saya yang berjumlah tiga belas itu, tetapi dari keluarga emak dan bapak, yang begitu besar dan rapat hubungannya ketika itu.
Emak mempunyai lebih 10 adik beradik, begitu juga dengan Bapak. Ini pengalaman yang saya mahu kongsikan untuk renungan anak anak , serta anak anak buah saya, supaya dijadikan iktibar.
Bila kita tidak berpelajaran tinggi, tiada kelayakan yang sepatutnya, kita sendiri akan merasa betapa rendahnya diri kita. Padahal, emak bapak waktu itu memang mahukan saya menyambung pelajaran, tetapi tidak untuk diri saya. Jadi, secara semulajadi saya merasa akan rendahnya diri ini dari mata mereka.
Saya tak mahu sentuh tentang pandangan rakan serta orang luar. Biar dari sudut mata saya tentang perhatian dari keluarga saya sahaja. Saya bersyukur walaupun saya gagal memenuhi impian Bapak terutamanya, tetapi setiap kali ke tempat kerja, pasti Bapak menasihatkan saya supaya bekerja dengan penuh jujur dan ikhlas, tak dilupakan jua diberitahu beberapa ayat ayat AlQuran yang sesuai untuk diamalkan setiap kali dalam perjalanan ketempat kerja mahupun, bila berada didalam tugasan.
Bapak tidak menunjukkan kekecewaan beliau walaupun saya tahu diawalnya beliau agak 'marah' dengan kegagalan saya itu. Tapi itulah, emak banyak memberi motivasi kepada Bapak, betapa setiap anak itu berbeda cara tegurannya, dan tidak semua anak akan menjadi apa yang ibu bapa inginkan. Ini yang positifnya.
Ada pakcik makcik yang sama sama bekerja sebaik tamat SPM seperti saya itu, memberi galakan serta perangsang untuk saya terus maju walaupun pelajaran tidak sehebat mana. Saya tak akan lupa akan kata kata perangsang pakcik makcik ini. Tetapi, tidak dinafikan , ada yang memandang rendah akan keupayaan saya ketika itu. Bukan mereka yang pandang rendah, tapi saya yang fikir begitu.
Mereka yang rapat dengan saya ini ada jugak yang dari lirikian matanya menyatakan ketidakselesaan dengan saya dek kerana mereka berjawatan, ataupun sedang berada di IPTA . Saya faham sangat .
Ada suatu ketika itu, sesaorang itu pernah memerli sinis,
" Alah, dari setandan kelapa, ada yang tak elok juga" .
Memang sinis, tetapi saya telan aje. Saya tiada apa pun nak dibanggakan.
Tetapi ada suatu ketika itu bila saya pulang dan bertemu dengan sesaorang itu bersama kereta jenama Jepun pertama saya itu, sesaorang itu bertanya yang soalannya dapat saya dengar,
" Eh, itu si Latiff ke? "
Sah ! mata duitan!! Kejayaan bukan dipandang dari harta benda, tetapi dari isi Agamanya, itu yang UAI selalu celotehkan.
- Latiff Hariri -
1738 05062012
Sungai Petani
Dalam keluarga saya anak kedua.
Bapak selalu kata saya ni keras kepala, suka melawan dan berani.
Dari kecil, saya tak suka belajar... Saya suka meranjau sekitar kampung, masuk hutan, main dan bersembang. Kelebihannya, orang orang kampung kenal saya sorang saja anak bapak berbanding adik beradik yang lain.
Bila time Raya pulak saya yang akan dapat duit raya lebih sebab saya akan sukat kampung sampai habis 3 hari raya.
Kakak saya? Memang saya tabik kat dia. Anak kesayangan bapak dan mak. Hobi dia, baca buku kot, sebab saya selalu tengok dia baca buku.
Kakak, saya rasa boleh baca ketika usianya 5 tahun sebab masa tu bapak dah bawak dia pi sekolah. Anak anak cikgu dulu dulu memang ada kelebihan, dapat pi sek awai dan boleh masuk kelas ikut suka tak payah ikut umur. Tapi bila time exam sek atau exam awam baru ikut umur dan kelas sepatutnya. Jadi kakak akan baca buku sepanjang hari dan sebelah malam dia akan belajar dgn bapak... Itu yang saya ingat.
Bila kakak cerita balik pada bapak cerita dari buku yang dia baca, saya akan jadi tukang dengar, sebab saya tak suka baca, pastu saya akan komen cerita itu dan buat tambahan sendiri ikut suka saya. Bahan2 yang saya dengar ini menjadi topik yang akan saya gebangkan bersama2 kawan esoknya.
Hehe... Kawan kawan akan anggap macam saya yang baca cerita tu. Dipendekkan cerita, kakak menjadi pelajar pintar di sekolah. Dari darjah 1 - 6 dia akan dapat no 1, penilaian darjah 5 sudah tentulah 5 A.
Kemudian dia mendapat tawaran ke sek berasrama penuh Seri Puteri Kuala Lumpur. Waktu tu saya baru darjah 4. Kejayaan kakak bukan sahaja membanggakan mak dan bapak tapi cikgu kat sek dan orang kampung pun dok sebut2 pasai kakak. Bila orangg tengok saya, depa senyum ja.. Masa tu saya tak tau apa makna... La ni baru saya faham...
Hehe. Adik tak sebijak kakak. Duduk di rumah saya selalu bertengkaq dgn bapak... Ada sahaja topik yang bercanggah pendapat sure kami bertikam lidah menegakkan hujah masing masing.
Bapak cepat panas, bila saya sentuh bab bab keagamaan, dia selalu melenting (walaupun tak sebijak kakak, saya dapat jugak melanjutkan pelajaran ke SMK Agama Kedah). Arwah mak selalu tegur saya sebab saya selalu lawan cakap bapak. Bab ni saya kalah, bila mak masuk campur, saya akan berundur dan minta maaf pada bapak. Tapi saya ni jenis ada ego jgk la... Tak mau minta maaf 'direct' pd bapak... Selalunya saya akan tulis surat minta maaf dan letak dalam diarinya. Tapi yg bestnya bapak saya berhati lembut, bila dia baca surat saya, dia akan jadi baik dgn saya esoknya.
Hehe... Antara kata2 bapak yg masih saya ingat ialah,
" hang bukan tak pandai, tapi hang penyegan"
" Hang ni kalau dapat jadi kerani pun dah kira oklah dan dapat kawin dgn org reja kilang."
Kata2 bapak tu tak berbekas pun dihati saya.
Tapi bila saya nak kawin, bapak tanya, "laki hang kerja apa?"
Saya kata la, " Kan bapak suruh kawin dgn orangg reja kilang, dia ni kerja kilang la."
Lazer!!
Bapak diam ja... Tapi bila saya bagi tau kata saya sambung buat master, bapak mula bangga dengan saya. Dan skrg bapak dok tanya bila nak sambung phD... Hehe, dia ingat senang ka?
-Umifathimah-
11:11 14062012

Tuesday, 19 June 2012
Cempedaknya Tiada Lagi
Buah cempedak diluar pagar kami tiada lagi.
Saya tiada jawapan tepat mengapa pokok ini mati.
Apa yang pasti, sepanjang lorong memasuki Taman Teratai Inn-dah ini, apa saja poko yang ditanam, tidak akan kekal hidupnya. Secara sendirian, tanpa kami racuni atau tanpa penyebabnya, kebanyakan pokok pokok ini akan mati begitu sahaja.
Sekitar musim ribut sebaik pokok durian kami di kebun itu berbunga, pokok ini tetiba je, dedaunnya kekeringan dan berguguran.

Tart membawa gergaji dari rumahnya, untuk 'selesai'kan pokok cempedak ini.

Disambung pula oleh si Zul dibahagian atas.

Zul hingga ke bumbung rumah
Tiada ucapan yang dapat saya lafazkan selain dari terima kasih tidak terhingga kepada Zul, Tart, Najib dan Budin. Tanpa mereka berempat, tiadalah kederat saya untuk menyelesaikan pokok cempedak ini.

Keropok, durian dan air es jadi 'upah'nya untuk petang ini

Selesai sekitar maghrib
Tak nak tanam penggantinya, sebab tak terlayan daun daun kuning dan cokelat yang berguguran.
Latiff Hariri
1858 19062012

Sunday, 17 June 2012
Sejarah Perjuangan Guru Melayu Kedah 5
Di Alor Setar, akhbar Utusan Melayu melaporkan guru-guru
Melayu Kedah menunggu arahan dan tindakan selanjutnya daripada PGMK jika
isu-isu berkaitan bahasa Melayu dan pelaksanaan sekolah menengah aliran Melayu
melalui jalan buntu dan tiada penyelesaian.[1] Hal ini
bermakna ahli-ahli PGMK akan menuruti langkah guru-guru Melayu negeri lain
terutama sekali guru-guru Melayu Pulau Pinang yang diketuai oleh Cikgu Mohd Nor
Ahmad dan guru-guru Melayu dari Melaka dan Johor yang telah mengambil keputusan
nekad akan keluar dari ahli UMNO. Misalnya, guru-guru Melayu Johor telah
melaporkan kepada akhbar Utusan Zaman bahawa tujuan mereka keluar daripada
menganggotai Parti UMNO adalah kerana;
“tindakan kami ialah untuk kepentingan nasional. Kami telah
mengambil keputusan akan memerintahkan ahli-ahli kami keluar dari UMNO kalau
tuntutan kami gagal.”[2]
Sementara itu, akhbar-akhbar tempatan membuat liputan meluas
tentang pengisytiharan guru-guru Melayu di seluruh tanah air keluar dari UMNO
semasa Mesyuarat Agung Khas di Sekolah Umum Prince Road itu yang turut dihadiri
oleh Syed Nasir Ismail dan Aminuddin Baki untuk memberi sokongan. Laporan dalam
akhbar Utusan Melayu menyatakan;
“Perintah KPGMS:
Keluar beramai-ramai daripada UMNO hari ini, tindakan akan
diambil terhadap anggota-anggota yang engkar. Syed Nasir mencurahkan air mata
di persidangan KPGMS.”[3]
Dengan nada yang tegas dan lantang Mohd Khir Johari telah
memberi reaksi pertamanya;
“saya tidak akan menerima perintah dari guru-guru.”[4]
Lebih memburukkan lagi keadaan, apabila Mohd Khir Johari
dengan sewenang-wenangnya menuduh guru-guru Melayu mementingkan diri sendiri
tanpa memikirkan usaha untuk memajukan pendidikan negara. Mereka berharap
bahawa dengan membina sekolah menengah aliran bahasa Melayu, mereka akan
ditempatkan ke sekolah menengah dan seterusnya dapat menikmati skim gaji yang
setara dengan guru-guru dari sekolah Inggeris.[5] Tuduhan yang
tidak berasas itu telah membuatkan golongan guru Melayu merasa terkilan dan
kecewa. Situasi yang tegang itu menambahkan lagi kemarahan guru-guru Melayu
apabila Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman menyindir Cikgu Mohd Nor Ahmad;
“Saya nak tengok sekolah bangsa Melayu macam mana, dan saya
nak tengok juga berapa orang nak mengaji jenis sekolah yang cikgu mahu itu!”[6]
Pada mulanya, guru-guru Melayu Kedah tidak mengambil apa-apa
langkah kerana menunggu keputusan pemimpin tertinggi PGMK berkenaan tindakan
keluar dari UMNO. Apabila perintah keluar dari menganggotai UMNO disahkan oleh
pejabat PGMK di Jalan Raja, Alor Setar, stu mesyuarat diadakan di Sekolah
Melayu Sungai Korok Lama pada 6 Februari 1958.[7] Dalam mesyuarat
itu, guru-guru Melayu Kedah mengambil keputusan akhir menyokong apa yang telah
dilakukan oleh guru-guru Melayu di Pulau Pinang, Johor dan Melaka serta
keputusan yang telah ditetapkan oleh KPGMS. Pada masa yang sama juga, satu
laporan tentang keputusan dan arahan daripada Cikgu Nor Ahmad supaya keluar
dari menganggotai UMNO serta merta pada 31 Januari 1958 telah dibentangkan pada
mesyuarat itu.[8]
[1] Utusan
Melayu, 11 Januari 1958.
[2] Petikan
dari, Utusan Zaman, 19 Januari 1958.
[3] Utusan
Melayu, 1 Februari 1958.
[4] Ibid.
[5] Margaret
Roff, The Politics of Language in Malaya, dlm. Asian Survey (Institute of International
Studies at University
of California ), May 1967,
Vol. VII no. 5, h. 321.
[6] Dipetik
daripada Ahmad Md Saman, Persatuan Guru-guru Melayu Kedah (PGMK) Pergerakan
Dan Perjuangannya 1946-1958, Latihan Ilmiah Ijazah Sarjana Muda Sastera,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1977/78, (tidak diterbitkan), h. 364
[7] Ibid.
[8] The
Straits Echo, 13 Januari 1958. Akhbar ini turut melaporkan perletakan
jawatan Cikgu Ahmad Nor dari UMNO.
-bersambung-
UmiFathimah
Kedah Darul Aman
-bersambung-
UmiFathimah
Kedah Darul Aman
Friday, 15 June 2012
Sepanjang May
Tak dapat saya nafikan, sebaik pulang dari bercuti di Bandung bulan lalu, jadual harian saya agak tercelaru.
Saya tak dapat kemaskini penulisan didalam blog ini secara lancar, kerana terlalu banyak kisah di Bandung yang mahu saya kongsikan, dan pada waktu yang sama, terlalu banyak aktiviti yang harus saya lalui setiap hari dan minggu.
Dan yang agak mengecewakan saya, banyak aktiviti ceramah Pakatan Rakyat, gagal saya hadiri.
Fikir fikir, bukan alasan yang kukuh. Sebanarnya , saya agak kelamkabut bila buah durian mula luruh di kebun saya itu!!

Kenduri tahlil dan kesyukuran di rumah Roslan Abdullah, rakan sepejabat saya pada 27 haribulan, sempena pemergian Pak Lan sekeluarga ke Mekah, berumrah.

Dan ini sambutan tertunda hari lahir Izzuddin.
Sempat jugak dalam menghantar anak pulak ke Arau untuk sambungan praktikalnya, saya terus hubungi rakan seLenggong ini untuk minum senja.

Tuan rumah yang beria ria menanti kehadiran kami.

Keluar dari rumah Amran sekitar 830 malam.

Untung ada anak bujang ni yang sedia menjadi pemandu saya malam ini.

Kalau Amran tak berkisah tentang Masjid ini, saya tak minat pun utuk memasuki Kuala Perlis.
Dan pagi Ahad minggu terakhir Mei ini, saya berkunjung ke kebun rakan sepejabat saya ni.
Memang geram tengok kerajinan beliau ini!!

Pada saya, kalau dapat RM50.00 seminggu dengan hasil serai serai ini, pasti sudah cukup menggembirakan dapur rumah saya. Janji belanja pasar percuma dari hasil kebun.

Badrul begitu tekun berkebun, dalam sibuk bertugas di pejabat tu
Dapatlah saya anak anak serai ini melebihi 100 batang secara percuma!

Memang aktiviti saya terlalu padat untuk bulan Mei ini. Saya pun tidak dapat hadir banyak ceramah politik kerana keletihan berkebun pagi dan petang, samaada sebelum ke pejabat mahupun waktu pulang pejabat.
Paginya duk kutip buah durian, petangnya duk menebas hutan yang berlengkar menutupi anak anak pisang yang saya tanam itu..
Awal Jun pun ada banyak aktiviti, tak tahulah yang mana harus saya dahulukan.
Latiff Hariri
2038 12062012
Sungai Petani
Saya tak dapat kemaskini penulisan didalam blog ini secara lancar, kerana terlalu banyak kisah di Bandung yang mahu saya kongsikan, dan pada waktu yang sama, terlalu banyak aktiviti yang harus saya lalui setiap hari dan minggu.
Dan yang agak mengecewakan saya, banyak aktiviti ceramah Pakatan Rakyat, gagal saya hadiri.
Fikir fikir, bukan alasan yang kukuh. Sebanarnya , saya agak kelamkabut bila buah durian mula luruh di kebun saya itu!!
Kenduri tahlil dan kesyukuran di rumah Roslan Abdullah, rakan sepejabat saya pada 27 haribulan, sempena pemergian Pak Lan sekeluarga ke Mekah, berumrah.
Dan ini sambutan tertunda hari lahir Izzuddin.
Sempat jugak dalam menghantar anak pulak ke Arau untuk sambungan praktikalnya, saya terus hubungi rakan seLenggong ini untuk minum senja.
Tuan rumah yang beria ria menanti kehadiran kami.
Menunya laksa Kuala Perlis untuk sepuloh orang makan!!!
Keluar dari rumah Amran sekitar 830 malam.
Untung ada anak bujang ni yang sedia menjadi pemandu saya malam ini.
Masjid terapung di Kuala Perlis, tapi air surut.....
Dan pagi Ahad minggu terakhir Mei ini, saya berkunjung ke kebun rakan sepejabat saya ni.
Memang geram tengok kerajinan beliau ini!!
Pada saya, kalau dapat RM50.00 seminggu dengan hasil serai serai ini, pasti sudah cukup menggembirakan dapur rumah saya. Janji belanja pasar percuma dari hasil kebun.
Badrul begitu tekun berkebun, dalam sibuk bertugas di pejabat tu
Dapatlah saya anak anak serai ini melebihi 100 batang secara percuma!
Nyamankan suasana di Jetty Ferry Kuala Perlis
Paginya duk kutip buah durian, petangnya duk menebas hutan yang berlengkar menutupi anak anak pisang yang saya tanam itu..
Awal Jun pun ada banyak aktiviti, tak tahulah yang mana harus saya dahulukan.
Latiff Hariri
2038 12062012
Sungai Petani
Tuesday, 12 June 2012
Terakhir Belanja
Sarapan yang begitu sempurna
Sebab mereka 'slow' dalam mencari rezeki, kami main FB dulu di lantai 6 Pasar Baru
Saya beli lagi 2 pasang kasut jenis ini, kira last kopeklah. Tersenyum lebar cewek pembantu toko sepatu ini.
Tengok, siapa yang berbundut bundut itu? Baru pukul 9 pagi.
Ini yang saya tak gemar jika ada yang mahu saya titipkan untuk dijadikan ole ole.
Keratapi pagi ke Jogja
Tunggu angkutan kota lagi, sebaik barangan belian kami titipkan ke kamar hotel
Sendat angkut ini, tapi cewek depan ni manis sebab ada tahi lalat dipipi, hehehe.
Cibaduyut untuk hari ketiga berturut turut(?), teh botol jugak menjadi penghilang dahaga.
Kalaulah boleh diseludup naik AirAsia.....tapi, kat Siam pun boleh beli apa?
Kerepek dan tempe goreng.
La, saya baru balik aje minggu lepas.
Yang ini jenis tengok katalog, order, dan bayar. Saya memang geram dengan baju baju busana Muslim.
Sepatu Spedamotor ini harganya sikatar Rm150.00 keatas.
Beg ni saya beli jugaklah.
Saya tak pandai 'part' barangan wanita, tapi anak anak tak pernah kata tak cantik pada setiap pilihan abah mereka, mungkin mereka berprinsip, asalkan gratis, bisa aja!
Ini untuk anak anak gadis.
Kami lapar ni, terus tahan teksi , minta dihantar kami ke rumah makan Wong Solo. Sudah lah jalannnya sesak,sebaik sampai, ternyata rumah makan Wong Solo sudah tidak beroperasi, tetapi digantikan dengan rumah makan Sushi Jepun. Hilang lapar kami!
Menapak aje dipersekitaran, ternyata banyak rumah makan, tetapi bukan selera kami.
Dalam kami menapak ini, terperasan , seakan akan ada pesta di padang berhampiran lereng lereng bukit kecil ini. Ingin tahu jugak, kami memasuki kawasan, sambil menanya orang awam ada pesta apa di bawah lereng bukit ini.
"Adu domba", jawab mereka ringkas.
Adu domba?
Oh , merek menjual kambing, kira pasar kambinglah ya?
Eh, bukan lah, pertandingan laga kambing!!
Warga Bandung yang terhibur dengan aktiviti ini
Akhirnya , kami manaiki angkut untuk pulang. kami lewati Ciampelas dan terus ke Stasiun Kereta. Dek terlalu lapar, kami makan aje di gerai berhampiran hotel kami ini.
Masakan Padang.
Eh, sedaplah pulak. Ambik lauk sendiri dan harganya teramat murah.
Berehat sambil mula membungkus belian kami serta pakaian 'kotor' kedalam satu kotak. Sementara belian yang berharga kami masukkan kiedalam beg kami.
Petang sabtu ini saya masih tertanya, bukankah saya bercuti hingga Isnin atau Selasa?
Bukankah penerbangan pulang hari Isnin? Mengapa cepat sangat ni? Sepatutnya balik Isnin pagi!
Cek tiket, ceh.....memang esok pagi balik la.
Latiff Hariri
2018 12062012
Sungai Petani
Subscribe to:
Posts (Atom)