Bee Gees

Friday, 3 August 2012

Hari Pertama Pusingan Kedua 01082012

Memang saya kesal.


Adakalnya masa saya terkejar kejar, mahu penuhi setiap permintaan hati, untuk bertemu anak anak, untuk bertemu rakan, untuk kejar jadual yang agak padat. Jarak dan masa, menjadi benteng penghalang bagi diri saya.

Ramadhan ke 12 ni , semua berkumpul bersama emak di hospital.

Emak ada manalipon saya tengahari itu, mahukan saya berbuka puasa di Ampang sahaja, tetapi saya menolak beralasankan masa yang terkejar kejar.


Saya tidak menjangkakan untuk berbuka dimana mana, sekadar di atas Plus Hiway menuju ke LCCT.


Sebaik selesai acara berbelanja di Pasar Baru Bandung, saya dikejutkan dari kotak FB saya tentang berita yang emak dimasukkan untuk kali kedua ke Hospital.......


Terhenti seketika hati saya untuk betul betul berada didalam situasi emak......


"Maafkan Boy emak."


Kami bergerak sekitar jam 2 petang. Menapak dari sisi kiri Hotel mengarah ke Stasiunnya KA Bandung.


Disini mudah, selain ada taksi Blue Bird yang menanti, ianya menjadi nadi dimana banyaknya Angkutan Kota melalui  jalan ini.


Hiruk pikuk akan lebih ketara sebaik pejabat ditutup.

Perkataan baru yang kami pelajari hari ini, selain dari Air setan dan Ali setan itu.

Menaiki teksi menuju CibaDuyut, pusatnya penjualan kasut kulit buatan tempatan. Tambangnya sekitar Rp30,000 , sekitar RM11.00 .

Tiba di Toko Sepatu ini kira kira 30 minit, jalan agak macet, tapi pengemudi taksinya pandai mencari laluan singkat.


Ambik aje tiga tiga tas itu

Ini toko katalog, catit dan terus di ambil dari stor oleh pelayan.

Kasut lagi?!

Bayar aje, bonus setengah bulan belum luruh, kita perabih dulu, hehehe.

Jubah terkini, harganya.....hmmm

Baju baju begini yang saya minati.

Kami di Cibaduyut sehingga jam 430 petang, sedangkan waktu berbuka sekitar 550 petang, jadi kami tergesa gesa mencari teksi untuk pulang. Dan kami minta pengemudi melalui daera Braga, dimana dikatakan terdapat banyaknya Rumah Makan.


Pasar Ramadhan sepanjang jalan...

Dah nak berbuka ni pun, masih sempat berposing

Tiada restoran yang menarik minat kami, akhirnya kami bergerak pulang, dan lewat 5 minit memasuki kamar selepas azan maghrib.  Hanya saorang seteguk air mineral serta saorang dua potong kueh yang kami beli seawal tengahari tadi di Pasar Baru. Saya sempat membuat nescafe panas sebagai pelapik perut.


sebaik selesai mandi dan solat, kami membuat keputusan untuk terus ke Masjid Raya Bandung mengerjakan solat Tarawih.


Diprotes Izzuddin, tanda lapar.


Naik beca aje kesana, tambangnya Rp15,0000 satu beca, saya ambil dua becha.

Menara Masjid.

Didalam perkarangan Masjid, ada 'jualan ' disekitar Masjid

Tempat simpan selipar atau kasut, hanya sedekah sebagai bayarannya.

1920, sudah melepasi waktu Isyak, ini bukan ruang utama Masjid.

Saya sempat menemubual pekerja Masjid ini, yang mana, rata rata katanya, boleh dipenuhi 10,000 jemaah sekali solat.


Tazkirah sebelum Solat tarawih

Tarawih bermula sekitar 1930 malam, jam kita sekitar 830 malam lah.

Saya gemar bacaaan surahnya pendek dan laju....., ish ish ish.


Selesai 8 rakaat dalam 15 minit sahaja.


Terus bersiar siar didalam Ruamh Allah ini melihat kelainan yang ada. Terus keruang belakang, ternyata sudah disediakan kaunter bayaran fitrah. 


Sempat menebual Bapak petugas ini, yang menyatakan fitrah tahun ini ialah sekitar Rp20,000. atau RM7.35 . Sama aje dengan harganya ditanah airku.


Lafaz fitrah

Memang kami sedikit lapar, terus pulang dengan menaiki beca lagi, dan terus menapak ke gerai berhampiran, yang saya agak jaraknya sekitar 800 meter untuk acara berbuka puasa secara rasmi.

Masakan minang aje........

Habis 4-5 pinggan lauk, tapi, murah aje, rata rata RM10.00 saorang

Bila saya cadangkan membungkus satay kambing di gerai bersebelahan, Izzuddin dan Bie tidak menunjukkan mereka berminat untuk mencuba, tambahan bila melihat kaki dan peha kambing tergantung disisi gerai.

Saya hanya membeli 15 cucuk sate, tapi.....akhirnya tak cukup!!

Memang saya rekomen anda mencuba sate kambing ini disepanjang jalan Stasiun Keratapi Bandung. Kuahnya lain dari Kajang dan Padang.

Lena sekitar 11 malam, melayan TVRI yang banyak merapu dengan lawak jenaka murahan tapi menghiburkan.....Malam Ramadhan ni!

Latiff Hariri
1638 03082012
Bandung , Jawa Barat

Thursday, 2 August 2012

Serentak di Nusantara Selatan

Sedang kami bersahur subuh pertama di Bandung ini, kedua dua anak anak saya ini sedang sibuk bersiap di Kompleks Rakan Muda di Puchong, untuk mewakili delegasi Malaysia ke perhimpunan Belia Asia di Bali, Indonesia.

Sekitar pukul 8 pagi mereka sudah berada di LCCT (010182012)

Saya hanya sempat berkomunikasi melalui FB, kerana diawal pagi ini, toko toko hpnya masih belum dibuka di Kota Bandung. Tujuannya untuk membeli simkad sebagai komunikasi murah setiap kali saya ke Indonesia.

Rombongan Malaysia berangkat sekitar 915 pagi, dan dijangka tiba sekitar 1130 pagi.


Pertama kali mendarat di Bali. Pertama kali saya izinkan anak anak saya keluar negara tanpa ditemani ibu dan abah.

Risau tu, tentu ada.

Bandara Denpasar.

Mereka berdua mendahului abah mereka menjejakkan kaki ke Bali

Sedangkan kami bertiga bergelut di Pasar Baru, untuk menepis dugaan bulan Ramadhan ini.

Bersama pemilik Toko Kerudung


Memang murah harganya berbanding di Malaysia

Langsir yang rata rata harganya di Malaysia dua atau 3 kali ganda mahalnya

Seluar Raya siap 24 jam, dihantar terus ke kamar hotel

Nak 'cover' mata dari silauan renungan mata cewek Sunda yang cun melecun itu.

Sekadar berhenti rehat, tapi....ramai warga Islam Bandung yang setengah abad usianya makan dan minum disini selamba, tanpa segan dan silu.

Berada disini dari 945 pagi hingga 1245 tengahari.

Pulang ke Hotel yang jaraknya sekitar 800m dari kompleks Pasar Baru.

Ketinggiannya sekadar 4 tingkat. Kalau Ringgit Malaysia sekitar RM180 'per nite' .

Acara berhenti seketika untuk solat zuhur, sebelum keputusan dibuat sama ada mahu ke Rumah Mode atau ke CibaDuyut.

Latiff Hariri
0558wib 02082012
Bandung, Jawa Barat

Wednesday, 1 August 2012

Lari ke Bandung Bila Tak Dapat ke Bali

2 minggu sebelum bermulanya Ramadhan ini, anak anak saya yang masih menuntut di IPTA/IPTS itu sudah kecuh dirumah, kononnya mereka mendapat tajaan untuk bersama sama belia dan beliawanis dari IPTA/IPTS berrombongan ke perhimpunan Belia Asia di Bali pada awal Ogas mendatang( Hari ini 01082012)


 Saya mula mengorek sisa sisa tabung simpanan yang ada.....


Tiket ke Bali untuk 3 orang adalah RM2,400.00 . Makan sekitar RM100 sehari untuk 4 hari. Hotel sekitar RM200.00 sehari untuk 4 hari. Belanja hangus lagi..... harus mencacah RM5,000.00 sekali jalan ni.


Raya pun nak dekat, dan berjalan bulan puasa ni banyak cabarannya.


Fikir fikir fikir, congak congak congak.....tak jadilah.

Aqilah bertolak sendirian ke KL pada petang 30 Julai. Aqilah akan ambil adiknya di Nilai untuk bersama sama berkhemah di Kompleks Rakan Muda , di Puchong.

Saya cuba mencari mereka dengan menggunakan laluan Damansara Puchong, tetapi dek kesesakan lalulintas, kami susur keluar semula, jam pun dah menunjukkan pukul 810 malam, buatnya sangkut dikesesakkan lebuhraya.......


Terus meluncur ke Taman Enstek , berhampiran LCCT tu. Cari kawan ketat saya masa di King Edward dahulu.


Sejenak bersama Hatta Ghazali dan Roslinah.

Pekena saorang secawan kopi panas dan nescafe dingin, serta masalodeh dan mihun goreng.

Bersama Hatta sehingga 945 malam, dan kami dihantar ke kompleks LCCT. Seawal jam 10 sudah terpacak disini, sempatlah juga kami mencuci muka dan menggosok gigi untuk memasuki pesawat.


Betul betul makan  pengganti berbuka puasa ini, diatas AirAsia sahaja.


Tiba di Bandara Husein Sasteranegara sekitar pukul 1207 malam WIB, tapi waktu kita 107 tengah tengah malam lah. Tiada masaalah di kaunter Imigerasi, langsung ke parkir taksi, untuk diminta ngantar ke Hotel penginapan. Harga tambah hanya rp40,000 , sekitar RM17.50 .


Oklah, saya kira hotel ini 5 melati.

Kamarnya memang luas dan sesuai untuk keluarga

Pukul 3 pagi kami dikejutkn untuk bersahur, dan sambung lena selepas itu. Esok nak ukur kota Bandung 

Latiff Hariri
1458 01082012
Bandung, Jawa Barat

Seminggu Ramadhan

1 Ramadhan ini, Sabttu petang, saya meluangkan masa di kebun barang sejam dua.


Bulan puasa ni, kalau manjakan diri , memang tak boleh buat apa. Saya paksakan diri untuk habiskan 20 rumpun serai ini dengan merumput disekelilingnya.

Merumput dan mencantas daun pisang kering. Berada disini selama sejam, lenjun...tapi, memang terasa sihat.

Petangnya sempena Ramadhan ni, kami bergerak ke Kepala Batas , ke rumah Roslan, kawan sepejabat saya. Sebaik selesai terus pulang melewati Pinang Tunggal.

Kebetulan keretapi bersaing dengan kami.

Kami tidak pulang kerumah, tapi terus ke Taman Sri Wang untuk perkenalan pertama bersama Faridah Jo serta suami dan anak anaknya. Faridah Jo ni angkatan SMDA1981 lah. Kami tak pernah bersekolah bersama ketika di Lenggong, baru bak berkenalan.


Kami hanya bersekolah rendah di Lenggong, tapi akhirnya berkenalan juga dan, kami bersama menjadi warga Sungai Petani

Maruku yang saya pesan dari Faridah, dan di ole olekan kuih sebagai pencuci mulut sempena Ramadha pertama ini.

Ahad, Ramadhan kedua. Saya habiskan 2 jam disini bermula dari jam 8-10pagi. Hanya mencantas daun daun kering pokok pisang ini, adalah sekitar 120 batang yang saya kerjakan, masih ada berbaki 80 pokok yang saya tidak berkesempatan.

3 Ramadhan. Berzuhur di Surau Perwaja Gurun. Teruja melihat aktifnya warga Perwaja, yang dahulunya menjadi lombong Dr mamak, kini........ Pembangkang kuat di Perwaja ni!!

Hari ini hari ke 8 Ramadhan, Ustaz Azizan hadir untuk berbuka puasa bersama ketua ketua kampung di daerah Sungai Petani ini, di Masjid Sultan Muzaffar, Sungai Petani.


Sabtu 28072012 - 8 Ramadhan . Merumput Serai selama sejam. Sekitar 220 petang saya bergerak bersama baldi biru dan sebaldi racun untuk saya semburkan dipangkal kaki pokok pokok pisang itu. Hari ini seakan akan panas, tapi berjerebu, jadi bolehlah saya kira, untuk menghabiskan masa saya barang sejam dua sementara menanti waktu Asar.


Merumput sekitar 30 rumpun serai dari sebaris batas ini pun mengambil masa sejam, selain dari menyembur racun. Badan memang lenjun dengan peluh, tapi kepuasan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit, bila melihat penat lelah ini, sudah mula menunjukkan hasil.

Batas terakhir yang dituai.....

Bermakna sebaik tamat Ramadhan ini, akan bermula musim menanam padi ke 2 sesi 2012, hahahaha.


Sewa bendang pun saya dah terima dari pemajaknya, kira bolehlah beli kasut raya kat Bandung lagi barang 4 pasang gitu...


Simpan untuk Raya tahun 2013 lah..


Tinggalkan kebun sekitar 345 petang Sabtu 28072012

Latiff Hariri
0200 01082012
Bandoeng, Jawa Barat

Saturday, 28 July 2012

HADIAH CEMERLANG 2012

Ini acara terakhir sebelum bermulanya Ramadhan AlMubarrak.


Sekitar pukul 9 pagi, Dato' Tajul Urus hadir untuk acara ini. Kali ini bersama Pengurus Tabung Haji yang dijemput untuk penyerahan buku simpanan kepada anak anak sekolah.


Saya , acara sebegini diwajibkan hadir.


Perarakan bunga manggar oleh pelajar perempuan

Cikgu Zulkifli dan abang Atan

Ibubapa bersama pelajar cemerlang yang bakal menerima sijil

Kata kata aluan dari GPK Cikgu Anizat

Dato' Tajul berucap

Soutul Jihad SMKSL - Naib Juara Negeri

Pelajar Pendidikan Khas - Masaalah Pendengaran. Naib Juara 2011 Kebangsaan


Sebaik selesai selingan, acara pemberian hadiah pelajar cemerlang pun bermula. Dimulakan oleh Tuan Haji Shahabudin, dan diikuti oleh Dato Tajul Urus untuk pelajar dan Guru Cemerlang 2012 ini. Acara berlangsung hingga ke jam 11 pagi.


Acara biasa bila tamat sesi ini ialah.......

Jamuan ringan di bilik tetamu

Tak ramai AJK yang hadir.......


Team kesayangan Ustaz Nazman. 

Selesai episod ini sekitar 1130 pagi. 


Tajul Urus tidak lagi menagih undi dimajlis ini, beliau akan bergerak ke Sekolah Ibrahim pula, sebelum berangkat ke Kuala Lumpur untuk acara Ceramah Perdana anjuran RTM disebelah malamnya nanti, dan langsung berangkat mengerjakan Umrah keesokkan paginya.


Saya tidak mahu menyentuh hal hal politik disini, kerana Tajul Urus pun tak sentuh langsung, hahaha.


Latiff Hariri
0538 25072012
Sungai Petani

Tuesday, 24 July 2012

TERBANG BURUNG TERBANG

Kebun saya ni, letaknya ditengah bendang , besertakan tali air dan tasik buatan yang agak besar. Jadi, anda boleh bayangkan , bermacam aktiviti yang saya boleh cadangkan untuk anda , sekiranya anda berminat dengan aktiviti air .


Semuanya dalam perancangan saya untuk hari tua saya nanti. Masa itu bukan atkitiviti lasak, lebih kepada yang sesuai dengan kederat umur waktu itu lah.

Anak merbok yang termasuk jaring

Bebudak kat Kg Kedundung ni, memang begini aktiviti setiap kali musim padi. 


Walaupun saya kurang berkenan dengan kerja kerja ini, tapi, saya biarkan ajelah. Dah menjadi tradisi, mereka akan pasang jaring di kebun saya untuk menangkap burung burung. Saya beranggapan burung seperti ruak ruak(wak wak, atau puyuh) yang akan tersangkut ke jaring. Tetapi setiap kali memasuki kebun, yang banyak masuk jaring adalah kelawar!!


Bila dua ekor merbok ini terkena jaring, saya pun lepaskan lah. Yang seekor itu , lebih besar, terbang sebnaik genggaman tangan saya , saya lebarkan. Mencanak dia terbang, sedangkan yang anak ini, jadi lesu dan tak bermaya. Tak mahu dia terbang


Jadi, raga inilah menjadi rumah sementara beliau didalam rumah kami ni

Bermacam macam makanan berikan, tetapi dia kelihatan murung dan mendiamkan diri

Tidak melawan bila dipegang, dan mendiamkan diri bila diangkat dan dilelakkan diatas bahu saya.


Selama seminggu duduk didalam rumah saya ni, akhirnya, saya membuat keputusan untuk melepaskan dia bebas semula.


Lokasi yang sama saya lepaskan.

Diletakkan diatas dahan durian, saya sempat keliling kebun se'round', tapi dia masih tidak mahu terbang, dan tidak melarikan diri bila saya sentuh.

Dahan durian digoyang pun, beliau tidak mahu terbang.


Akhirnya, saya genggam dan lepaskan keatas supaya dia terbang, dan terus meluncur sekitar 10m dari dahan durian ini.


Ok! Maknanya dia dah ok.


Menginap di dahan jambu susu ini pulak, menyorok dicelah celah daun.

Saya kira kali ini dahannya lenbih selamat untuk dia menyorok dari serangan helang dan sebagainya.


Saya biarkan aje, dan terus berlalu.....


Harap dah terbang dah si anak burung ini.

Latiff Hariri
0608 24072012
Sungai Petani

Thursday, 19 July 2012

Santai Setiap Petang

Setiap petang, sekiranya berpeluang, saya akan membersihkan minda saya dengan berkebun. Dapatlah sekitar 40 minit bersama pokok pokok buah ini.


Semuanya tertakluk kepada cuaca dan 'mood' saya, tapi selalunya hujan menjadi punca saya gagal menjengok kebun.


Petang itu, tak semena mena terpandang 2 biji cempedak ini tergolek diatas tanah.

Jadilah, rezeki hari ini. Tapi, tahun ini memang buah tak berapa menjadi.


Hari Selasa 10 hb ni saya berpeluang mengerjakan Solat Jumaat di Masjid Tinggi, Bagan Serai.


Masa sekolah rendah dahulu saya sering lewati Masjid unik ini, setiap kali saya menaiki bas ekoba ke Pulau Pinang atas arahan emak, untuk urusan keluarga. Masa tu tak boleh berhenti, hanya tengok dari jauh sahaja.


Kini pun masih gagal memasukinya.......



Salah satu Masjid tertua dengan senibina tersendiri.... yang pasti, disinilah tapak kuat PAS, hehehe. jangan jeles ek.

Kami lepasi Kuala Kurau.......

Ini anak anak berangan yang sudah membesar....saya tak kesempatan untuk jenguk jenguk selalu.

Cuaca pun masih lebat dengan hujannya setiap petang.


Kalau ada kesempatan, saya akan hayun penyabit untuk menebas semak samun yang semakin rancak tumbuh setiap kali musim hujan.


Jarang jarang buah durian ni luruh.....

Masih ada 7 biji durian yang kedekut untuk luruh. Spesis buah besar seakan akan durian Siam, bila luruh kena simpan 2 hari dahulu, baru senang dikopek untuk menjamah isinya.


Yang bestnya , isi bukan 'kucing tidur' tetapi, 'badak tidur' , hahaha.

Rata rata berat sebiji buah durian ni melebihi 5 kg!!

Bila petang begini, semangat saya kuat untuk berkebun, sebab dapat habuan durian.

Latiff Hariri
2018 19072012
Sungai Petani