Bee Gees

Wednesday, 21 November 2012

Minggu Kedua November 2012

Cantik macam lampu kat ICT Shah Alam tu.

Pagi Sabtu ni baru Roziah mahu temankan saya ke kebun. Selama ini saya sendirian , tak akan menang tangan untuk mengendali kebun sekitar 2 ekar ini. Yang paling senang untuk saya lakukan ialah mencantas, meracun dan membaja.

Berangan kedua dan ketiga

Emas yang pertama sudah berisi gemuk

Ini antara durian yang kulit dan isinya tebal , tapi, masih kedekut untuk luruh, purata sebiji sehari

Pagi dan petang Sabtu ini, dua kali kami ke kebun, puas bila berpeluh sakan, terasa sihatnya badan.

Pagi Ahad, 18112012 ni, saya sendirian ke kebun. Sekadar mencantas anak anak pisang yang tidak diperlukan. Kerja mudah, tapi menghayun parang ni pun membuat badan lenjun.

Pulang ke rumah, ada kad jemputan kahwin didalam kotak pos rumah ni. Hm, jarang nak terima kad jemputan melalui Pos Malaysia ni. Selalunya yang jauh, hanya guna talipon atau SMS, atau FB sahaja.

Yang ini pengirimnya dari Kuala Kangsar, Perak.



Setakat cuti sekolah ini, saya sudah bertandang ke 4 buah rumah. Yang Pertama , Osman di Cheras, kedua Shukor jugak di Vheras, ketiga Nassir Hanapi di JB tu, keempat Taman Teratai Indah, abang Halim Samoja, kelima MakSu Ramlah di Baling, keenam Haji Marwan di Alor Setar.

Dan bakal ketujuh, anak sepupu saya, Arwah Baharin Mahmud di Taiping pada 22112012 mendatang. Ini wajib hadir ni.

Kedelapan,  Noor Azmi Bahari di Kuala Kangsar, PADA 8 Disember 2012, ini pun wajib hadir ni.

Kesembilan , abang Azmee Abdullah, jiran sebelah kebun kami tu, ini memang 'liat', sebab paling dekat.

Kalau saya boleh penuhi kesemua jemputan ini, kira rekod terbaru lah ini , 9 rumah yang saya hadir tanpa ada 'skip'nya. Itu belum kira bakal bakal kadjemputan kawin yang saya belum terima lagi ni.

Dan petang ini jugak saya mengajak Tart dan Zul untuk petik sendiri durian di kebun. Dan dah menjadi rezeki si Fitri dan isteri, mengekori kami dari belakang.


Nikmat kutip sendiri ni lain dari durian yang kita hantar kat rumah orang.

Tart dapat 4 biji kutipan hari ini, dari 3 pokok berbeza.

Aik, cerita hindustan ke?! Fitri dan isterinya.

Ini kisah hujung minggu kedua November 2012. Dapatlah saya titipkan buah durian ini kepada jiran jiran setaman saya ni.

Latiff Hariri
1948 18112012
Sungai Petani

Monday, 19 November 2012

Akmal Hariri - Nasi lemak Kopi O TV9 16112012

Seawal malam Selasa 13112012, Izzuddin sudah mewarwarkan kepada saya akan Akmal Hariri, yang bakal muncul di TV9 minggu hadapan.

Saya buat selamba aje, nantilah saya pastikan dengan Rahman.

Khamis 15/11/2012, saya sempat bertandang ke BTHO , dan disahkan Rahman bahawa acara sudah ditukar ke 16/11/2012 , dan bukannya pada 23/11/2012.

Jadi , sempatlah saya warwarkan kepada Izzuddin akan penukaran jadual ini, serta lagu lagu yang bakal dimainkan oleh Akmal nanti. Saya dapatlah mendengar terlebih dahulu setiap lagu yang bakal didendangkan di rumah Rahman tengahari ini.

Dan yang sukanya, kawan kawan Izzuddin siap tanya, macamana hang tahu lagu lagu yang bakal didendangkan itu?

Sebahagian foto foto ini saya ambil dari pagefan Akmal Hariri

Arif Kashani, abang kepada Akmal, merupakan The Flying Musician , juga pemain piano dan biola.

Akmal dan Arif didalam studio menunggu giliran

Dah hensem dah.....



Ini rakaman yang diambil oleh Izzuddin, ditemubual Bienda

Lagu Skyfall lagu pembuka

Mimpi Sufi - ciptaan Akmal Hariri

Kemudian diikuti dengan lagu Terukir Di Bintang dan Ketulusan Hati

Seperti yang dikatakan Rahman, yang bertanya kabar berminat untuk kerjasama , selain Rabbani, UNIC pun sudah menunjukkan minat. 

Tapi Akmal Hariri harus/wajib selesaikan pelajaran hingga ketahap ijazah dahulu.

Izzuddin, sekadar penonton dan tukang rakam, pun terasa gembira dengan kejayaan kecil Akmal ini, inikan pulak tuan punya badan.


Tahniah dari kami sekeluarga untuk Rahman-Sarah, Akmal Hariri dan Arif Kashani.


Latiff Hariri
1428 18112012
Sungai Petani

Sunday, 18 November 2012

Perkahwinan Juwairah Hj Marwan

Kenduri kawin yang ini, pada awalnya, saya sangkakan di Seksyen 4 Shah Alam, tetapi 3 minggu sebelum tarikhnya, baru terima kad jemputan.

Rupanya bukan di SA, tapi di AS, bertukar, terbalikkan abjadnya sahaja.

Kami tiba sekitar 1245 tengahari, guna laluan Yan-Kuala Kedah .

Berhampiran Stadium Alor Setar

Mengapa bertukar tempat ni Haji Marwan?

Bersalaman dengan Tuan Haji Marwan ni, sememang dia tak akan lepaskan tangan begitu sahaja, sambil menyambut saya sekeluarga, dan berbual dengan tetamu yang lain, tangan saya tak mahu dilepaskan.

Sampaikan Izzuddin boleh mengambil masa untuk memfokuskan lensa kepada tangan kami berdua nih, haha.

Hj Marwan tarik tangan saya masuk keBalai Rong Seri......

Tapi, begitulah sikap dan perngainya Tuan Haji kita ini. Seingatan saya semasa berjiran dengan beliau suatu ketika dahulu, memang merendah diri dan tawadduk orangnya. Terlalu mudah dan cepat mesra. Tiada yang mewah mewah dari dirinya, sekadar Tshirt Pagoda dan kain pelekat menjadi pakaian rasmi harian beliau dirumah.


Dalam mengarah kami memasuki kedalam, masih sempat mengusik dan menyakat kami anak beranak

Makanannya teramat mewah, layan diri tanpa ada sekatan


Selesai makan sekitar 120 tengahari, Aqilah tergerak untuk bertemu rakan sejirannya, yang merupaka senior setahun beliau, Kak Lida, anak sulong Haji Marwan.

Sama sama sekolah di SRK Raja Muda Musa Sek 4 suatu ketika dahulu.

Pelaminan

Isteri Haji Marwan

Ipar Haji marwan yang merupakan warga Sungai Petani juga

Anak anak dara Tuan Haji Marwan, yang ingat ingat lupa kami sekeluarga, sebab usia mereka ketika itu kira bawah 4-5 tahun

Pengantin perempuan, anak Haji Marwan, Ju...itu aje yang saya ingat, anak nombor dua

Masih ada iras iras anak semasa kecil di Seksyen 4, Shah Alam.

Sama sepadan

Pengantin memasuki ruang sekitar 150 tengahari, kami tidak memasuki ruang pelamin, sebab dah puas melihat di ruang legar tadi.

Saya sekeluarga memohon diri untuk pulang, sudah menghampiri jam 2 petang

Salaman perpisah......


Tengok, dah bersalaman nak balik tu, tapi dia duk tarik tangan saya kehulu kehilir, tak bagi balik


Tuan Haji Marwan Abu Bakar merupakan Ketua Jabatan Kewangan UITM Shah Alam , suatu ketika dahulu, dan merupakan bos kepada Roziah, dan jiran 3 pintu dari rumah kami di Seksyen 4, Shah Alam.

Ayah beliau adalah saorang pemain politik yang terkenal suatu ketika dahulu.....

Kini sudah bersara, dan menunggu kelahiran cucu pertama beliau tidak lama lagi.

Terima kasih Haji Marwan atas ingatan jemputan ini

Latiff Hariri
1328 18112012
Sungai Petani

Saturday, 17 November 2012

Sekolahnya Najwa Latif

Berpandukan google, saya arahkan anak saya memasuki bandar Batu Pahat. Ini permintaan anak anak, untuk melihat sendiri sekolahnya penyanyi remaja ini. 

Saya ikut aje permintaan mereka, sebab memang setahun sekali nak masuk Johor ni pun payah bagi kami sekeluarga ni.


Teruja tengok pintu gerbangnya.

Najwa Latif. Ada rakan OE yang tanya saya, Najwa tu anak u ke Latiff?

Hahaha. Saya duk di s P, Najwa di b P, mana nak sama.


Yalah, gang penyanyi remaja ni

Tertunai sudah....SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat

Bergerak pulang mencari gerai/restoran yang berniagakan masakan Asam Pedas, tiada yang beroperasi, akhirnya kami bergerak laju menuju ke Pagoh dan terus memasuki Lebuhraya.

Satu hari Satu malam di Johor

Latiff Hariri
1008 11112012
Sungai Petani

Thursday, 15 November 2012

Pulang dari JB ke BP

Niat tu nak makan tengahari di Restoran yang bersesuaian, saya mencadangkan kepada abang Zul dimaa mana restoran yang menarik. Ternyata abang Zul pun kurang pasti.

Jadi cara mudah untuk menenangkan perut yang lapar ini, berhenti aje di mana mana restoran makannan segera.

Walaupun Burger King bukan menjadi pilihan, dek kerana tak nak taha perut, saya arahkan kesemua makan dahulu apa yang ada di hentian stesen minyak ini.

Walaupun tak popular, saya pasti budak budak akan gembira kalau berhenti makan di restoran makanan segera ni

Beratur panjang jugak untuk makan tengahari ni


Harap kenyanglah tengahari ini

Abang Zul sekeluarga

Kami di Sri Medan sekitar Asar.

Bergerak meninggalkan Sri Medan sekitar pukul 5 . Memasuki bandar Batu Pahat untuk mencari , sekiranya ada Restoran masakan Asam Pedas yang beroperasi. 

Entah pukul berapa boleh sampai ke Nilai untuk mengambil sesuatu dari adik bujang saya itu, seterusnya ke Bandar Tun Hussein Onn, untuk mengambil barang barang dapur kami dir rumah Rahman.

Bila ditanya Rahman, pukul berapa boleh sampai, saya congak sendiri dengan agakkan melepasi pukul 9 malam.

Petang ini pun Aqilah yang memandu.

Latiff Hariri
1108 11112012
Sungai Petani

Nasi Lemak Kopi'o tv9 -Cucu Hariri-Akmal Hariri

Ya Akmal Hariri akan ke udara di tv9 pada 16/11/2012 Jumaat jam 8am-9am..jgn lupa tonton rancangan ini..akmal dijangka memainkan empat buah lagu..

Tuesday, 13 November 2012

Pertamakali Berangan....

Sepanjang minggu 3 November hingga 12 November ini, boleh dikatakan selang sehari sahaja saya ke kebun. Sekadar memeriksa samaada duriannya sudah gugur, dan mencantas daun daun kering pokok pisang ini.

Kalau penasihat/pengkiritik saya melihat akan foto ini, pasti perkataan ini akan terkeluar dari mulut beliau, "tahap gaban kebun ni!!"

Nak buat macam mana, kerja pagi ke petang, tak sempat nak jenguk kebun ni. Adakalanya , Sabtu kerja sekerat hari, petang dah hujan, mana nak sempat cerahkan kebun ini.

.
Petang Khamis 8 habribulan, berangan nak kemaskan sedkit kebun ini, tapi awan hitam berarak garang dari timur.

Tak sempat pun, sekadar 15 minit sahaja, hujan mula melanda.

Pisang Berangan sudah berputik. ini yang pertama.

Bila melihat kehijauan dan putik putik awal pohonan pisang ini, hati saya tersa lapang dan tenang. Tak susah membela anak anak pokok ini, sekadar meracun , mencantas daun, membaja sesekali, sudah memberikan hasil. 

Memamg ada berbual dengan penasihat/pengkiritik saya ini, " Tak perlu buat sifir yang besar, sekadar setandan RM10.00, berapa pokok pisang yang abang Latiff tanam? Itu soalan sifir mudah.

"Adalah dalam 200 pokok", saya membalas pantas.

"Kalau kitaran hayat serumpun pisang tu boleh pusing 3 kali, abang Latiff kira lah....", kata kata semangat dibakar untuk saya tiupkan apinya.

Huh!! Aku kaya ! Aku Kaya!!   Hahaha.

Dan pada petang jumaat ini juga, serentak 3 biji durian ini gugur dari dua pokok yang berbeza.


Malam minggunya pula, selain dari rumah saya dipenuhi ketiga tiga anak saya ini, hadir jug adik saya dari Pulau Pinang ni. Sesuai sangat dengan hidangan instimewa hari ini yang menjadi rezeki ramai, termasuk si Zul yang datang berbuah tangan untuk kami.

Amin dan Fatimah menjamah Nasi Beriani Kambing, berlaukkan dalca daging dan kurma daging, berbuahkan durian , untuk makan malam dimalam minggu ini.

Ikan Kertang - hasil jalaan si Zul bersama rakan rakannya. Saya tak pernah membeli ikan ini, hanya sekadar melihat sahaja di pasar tani itu. Tapi malam ini , saya diberitahu Zul yang ikan Kertang ini enak digoreng atau dibakar begitu sahaya.

Sekadar melahirkan keseronokan dihati, walaupun dihati masih tersayat kesedihan kisah kisah duka yang dilalui bersama Emak. Banyak kesilapan yang ada pada diri ini.

Latiff Hariri
0958 11112012
Sungai Petani