Bee Gees

Friday, 11 January 2013

Pra HKR Sg Layar 06012013

Kalau nama nama Super HeavyWeight ini datang Sungai Petani, tak sahlah jadi penduduk tetap Sungai Petani ni kalau tak pi sambut mereka.

 Ini sebagai pemanas untuk KL112

Dato' Saifuddin memulakan bicara sekitar 950 malam. Saya sedang minum secawan kopi o bersama gang Media SgLayar, terus meninggalkan cawan kopidan rakan rakan semua, haha, maaflah, rugi kalau tak duk depan.....

Dato'Saifuddin Nasution - YB yang bakal menendang Uztaz Zul Kulim, budak King Edward tu!!

Fakta dan gaya penyampaian membuat kami tidak sedar yang Dato' harus mengarah ke Gurun pulak

Memang gang umnu, kalau curi curi dengar ceramah Dato' Saifuddin harus 'kaleh'

Cukup! Cukup! Cukup! Penipuan umnu sejak zaman Tunku hingga Bijan

Nyawa umnu dah tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita bukan nak cantas terus umnu, kita perlukan mereka untuk menjadi pembangkang!!


Ini Puteri Sulong DSAI pulak menjejakkan kakinya untuk pertamakali ke tapak pasar Sg Layar.

Hmmmm, pertamakali mendengar celoteh anakanda puteri ini, oklah, boleh diperbaiki lagi. Sesuai untuk saorang ibu muda
Kejahatan dan kemungkaran mami Izat dikisahkan.

Cina yang jahat dalam MCA dan Gerakan, Cina yang baik ada dalam DAP.

Malam ini kehadiran sekitar 3000 orang atau lebih. Kami book tempat dihadap pentas bagi memudahkan rakaman.
Saya boleh nampak berpuluh puloh warga Tionghua dan India duduk bersila sesama orang Melayu PAS/Keadilan dan DAP, eh ada ke ahli DAP melayu di Sungai Layar, hehehe

Orang Melayu dah tak percayakan umnu lagi.



Antara 3000 lebih hadirin yang hadir

Budin duk sebelah Pakcik Tionghua nih...


Untuk rekod , ini SMS yang pengecut yang saya terima . Taliannya bernada bunyi tapi tak berani nak jawab bila saya buat panggilan. Gang umnu haprak, pesanannya begini.

"Pertahankan kalimah Allah, Rakyat Bersatu Bersama Tuanku. Jom esok (11 Jan) kita solat Jumaat bersama Tuanku di Masjid Negeri. Jom bersama, Tolong uar2kan.TQVM ." Sender 019-2179248 .


"http://malaysiakini.com/news/218169 - Mat Sabu setuju perkataan Allah diguna dalam Bible dan dakwah Kristian kepada Melayu " Sender 01115694432
ra Pengirim bacul tak berani jawab bila saya buat panggilan!!



Latiff Hariri
2048 10012013
Sungai Petani

Catatan terkini: 02300 petang 11012012, di Masjid Negeri Shah Alam, dilapurkan oleh IzzuddinJanaton, Hassan Jati anak Pak Ali mengadakan unjuk rasa yang dikelilingi oleh tidak lebih dari 100 penyokong. Tidak pasti samaada Tuanku turut memberi sokongan.

Dan khutbah Jumaat di Masjid Kubang Buaya , Butterowrth, Khatib 'menghasut' jemaah supaya hadir beramai ramai untuk HKR112 esok!!



Thursday, 10 January 2013

Perjumpaan Penghujung 2012

Pagi Jumaat , 28 haribulan ini, rakan setaman saya ini menalipon menanyakan samaada saya berkelapangan untuk bertemu janji pada malamnya nanti.

 Jawapan saya mudah, lagi pasti.

Dan seketika kemudiannya masuk satu pesanan ringkas dari jiran rumah yang berdekatan bertanyakan soalan yang sama. Saya tiada alasan lagi.

Jadi setepat masa yang dijanjikan, saya memasuki laman jiran saya ini. Sudah menanti kira kira 10 rakan jiran yang lain.

Taman perumahan kami ini, jumlah rumahnya tidaklah banyak, sekadar 41 buah sahaja. Itupun ditolak 3 rumah yang bertuankan saorang tuan rumah, maknanya, penduduk tetap sekitar 38 buah rumah sahajalah.

Haji Ghani , Pengerusi Taman Teratai Indah yang baru

Jadi , sepatutnya, kejiranan ini mudah untuk disatukan. Yang hadir malam ini sekitar 20 orang, termasuk 2-3 rakan dari kejiranan bersebelalahn, iaitu Taman Sri Tanjung.


 
Antara yang hadir untuk mangaktifkan semula kesatuan penduduk Taman Teratai Indah

Adik jiran didepan saya ini, rupanya bertugas di ATM, Kem kamunting, Taiping

Abang Yazid kita, Naib Pengerusi Taman Teratai Indah

Saya suka begini. Semua saling mengenali . Walaupun ramai yang sibuk(saya lah tu), bila ada yang ditimpa kesusahan, yang lain akan saling membantu. Lagipun dari 41 rumah ini, hanya 4-5 rumah milik bangsa Tionghua dan India, sedangkan yang lain orang orang kita. 

Diharap selepas ini keadaan akan kembali normal dan tiada gangguan lagi.

Latiff Hariri
2008 05012013
Sungai Petani

Tuesday, 8 January 2013

Ubi Kayu Pertama - 28 Disember 2012

Ini dipagi 25 Disember. Secara perlahan saya memujuk kesemua untuk temankan saya ke kebun. 

Saya tahu mereka kurang minat.

Tapi bila saya mengajak mereka menjengok barisan pisang berangan ini, mereka terkejut melihat kebersihan persekitarannya. Baru mereka tahu yang selama ini, setiap pagi minggu, tanpa culas saya ke ke kebun ,  begini hasilnya.

Ya, anak isteri terkejut melihat barisan pisang berangan yang melebihi 240 batang ini, terjaga rapi.

Saya tahu, semngat mereka mula meninggi bila melihat 'diam tak diam' saya, ini hasilnya.

Petang Jumaat 28  ini, sebaik saja saya kembali dari tempat kerja, saya paksakan kesemua anak anak saya supaya mengikuti saya ke kebun. Itu pun memandangkan tiada hujan sejak musim tengkujuh melanda Pantai Timur itu. Kalau hujan memang saya tak galakkan mereka mengekori saya.

Selain itu, adik bujang ni harus diajak bersama. Kederat beliau diperlukan.

Operasi Ubi kayu yang pertama

Pada mulanya saya cadangkan 2 batang pokok ubi  dicantas dan dikorek ubinya. tetapi sebaik sahaja ubi pertma dinaikkan ke permukaan, ternyata hasilnya lumayan sungguh untuk 3 keluarga.  Tak perlu lagi mengorek ubi dari pohonan kedua.

Saya anggarkan dari sebatang pohonan ini , sekitar 3-4 kilogram.

Serumpun serai ditumbangkan untuk ditanam semula diperbatasan yang kosong

Saya menanam lebih dari 100 rumpun serai sekitar May/Jun 2012 yang lalu.

Hasilnya sekitar 70 rumpun yang segar, dan kini saya kalihkan rumpunan serai induk ini untuk ditunaskan dibatas yang baru. sehari sekitar 30 rumpun yang mampu saya tanamkan.


Lubang telah saya sediakan bagi memudahkan anak anak menanam anak serai ini. 

Setiap kali pulang kerja, sekitar 630 petang, saya akan masuk ke kebun untuk mengorek lubang bagi menanam semula serai serai ini.

Bila ramai membantu, kerja yang susah menjadi senang. Tak sampai 20 minit sudah tertanam 30 anak anak serai ini

Ini habuannnya. Pisang awak setandan, jantung pisang 5 biji, ubi kayu melebihi 4 kg

Malam Sabtu ini jugak, Roziah sediakan 2 talam bengkang ubi kayu untuk habuan sarapan pagi 29 haribulan. Rasanya lain, bila makanan dari titik peluh ini yang kita jamah. kalau ikutkan yang tersedia dijual lebih mudah, tetapi, tak akan sama dengan yang kita tanam sendiri dan masak sendiri.

Saya dah warwarkan kepada rakan rakan pejabat yang teringinkan ubikayu , jantung dan pisang, supaya datang sendiri ke kebun saya untuk petikan sendiri.

Latiff Hariri
1958 05012013
Sungai Petani

Sunday, 6 January 2013

06 Januari 1939 - 2013 Sejenak Kenangan bersama Emak

Ini catitan emak, perjalanan yang ditempuhi emak sepanjang hayatnya, selain 4 kali ke Makkah berHaji dan Umrah.

Adik Imam Masjid Sungai Layar, Ustaz Ibrahim Ahmad, Izzuddin, saya, Faiqah, Roziah, Aqilah dan Emak

Lapanganan Terbang Doha, Qatar.

Makan tengahari di Restoran Yaman, Arab Saudi. Pertamakali makan nasi mande.

Ustaz Ramlan Porigi, baru berkenalan dengan beliau di KLIA, rupanya dugaan untuk beliau cukup besar sebaik kembali dari Makkah

Masjid Nabawi bersama adik saya, Ustaz Ibrahim. Ustaz boleh berbicara enam bahasa. berkelulusan Agama dari Pakistan. Beliau mendapat 6A dalam peperiksaan SPM dan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran keluar negara, tetapi menolak, dan terus menyambung ke sekolah SAR di Terengganu. 

Beliau tahfiz


Bersama emak di Bukit Uhud

Didalam Muzium bersama emak
Kami berlima punya kenangan pahit manis bersama emak di Makkah.......

Ustaz Ramlan Porigi , adik Ustaz Ibrahim dan saya , pekena saorang secawan teh.

Ustaz Ramlan merupakan ketua kami, dan merupakan anak murid Ustaz Ibrahim jugak. kata Ustaz Ibrahim kepada saya, Ustaz Ramlan merupakan orang Sandakan, dan diantara pelajar terbaik lulusan SAR. Sebab itu beliau layak menjadi Imam 3 Masjid Wilayah, sebelum di iniaya oleh rejim Barisan Nasional dengan sumpah Saifool itu.......

Seribu satu kenangan bersama emak.......2008 .

1998.

Emak pada usia 59 sudah ke Texas melewati Narita bersama cucu sulong,Aqilah yang berusia 12 tahun ketika itu. Kami tawakkal aje melepaskan Aqilah dengan emak. Saya tahu emak saya bukan Nenek yang sembarangan kepada Aqilah .

Di Bandara Narita, Jepun, emak yang fasih berspeaking itu terkial kial juga berbicara dengan kakitangan Airport, kerana sememangnya warga Jepun tidak boleh bertutur bahasa Inggeris. Dengar ceritanya jenuh jugak emak berlari kehulur kehilir untuk mendapatkan penerbangan transit Delta Air ke Amerika. Emak ada cerita betapa panicnya beliau bila gagal mencari pintu untuk ke tangga kapalterbang itu.

Tapi bila abang saya menalipon saya ditalian rumah saya di Shah Alam, mengatakan Emak dan Aqilah sudah selamat sampai, saya yang terasa lega teramat. Dan selama sebulan mereka disana, tanpa ada perhubungan talipon yang kerap dari kami di Shah Alam.


Emak bersama Sarah, Arif, Akmal dan Aqilah di NASA

Aman bersama Emak , Arif, Akmal dan Aqilah di Bandaraya Houstan, Texas. 1998

Saya kalah setakat usia 48 ni. Selain itu, emak sudah 4 kali, kalau betullah pengiraan saya, ke Tanah Suci Makkah. Tiga kali sendirian, sekali bersama saya sekeluarga. Kenangan yang menarik, penuh ujian dan dugaan, tapi masih manis untuk saya bawa kemati. Ini yang saya dambakan selalu, sejauh mana anak anak emak dapat membawa emak makan angin bersama, saya rasa yang teristimewa bila dapat memimpin emak dan menolak kerusi roda emak ketika di Baitullah.......Amiinnnnn.

1) Untuk rekod kebanggaan saya, selain dari ke Makkah dan Madinah, saya juga berpeluang bersama emak dan kakak kakak pupu emak,kira kira 7 hari di Medan-Kg Haraban-Bukit Tinggi-Padang-Medan.

Entah macamana, mungki sebab saya 'cucuk' emak dan makcik makcik yang lain dengan foto foto menarik pencarian kami menyusuri Kampung Haraban itu, membuatkan semua makcik makcik saya ini termasuk emak, tertarik untuk melihat sendiri tanah kelahiran moyang moyang kami itu.

Yang saya ini, bila berjalan kaki memasuki pesawat MAS itu, kakitangan luaran yang melihat emak dan makcik makcik saya itu berjalan berkumpulan memasuki pesawat, sempat bersuara sinis kepada emak emak saya ini,

"Hmm, dah senja senja semuanya....." , songel saorang kakitangan Airport Bhd, tak pun kakitangan MAS yang beruniform kuning itu.

Saya yang terasa ketika itu, terus membalas, ini yang 'tengahari' ni menemani yang 'senja'....., senja pun boleh naik kepalterbang jugak!" Saya merenung tajam kepada yang bersuara.

Saya memang tak takut langsung masa usia 30an itu, pantang kena perli, saya pasti menjawab. Yang seronoknya, mereka bertiga -berempat kakitangan penerbangan itu, tak berani angkat muka langsung pada tembakkan saya itu. Semua tunduk terkedu.

Danau Singkarak.

Lembah Anai....Makcik Midah duduk dibelakang emak. Mak Tuo Sariaman.

2) Kali kedua bersama emak dan anak anak saya sekeluarga, 10 hari ke Medan-Parapat-Kg      
Haraban-Bukit Tinggi-Padang-Medan. Dan adik bongsu saya mengekori.

Perjalanan ini pada tahun1999, saya ingat akan tahunnya, kerana ketika itu berlakunya krisis moniter, dan setiap RM1000.00 yang saya bawa, nilai tukarannya adalah RM9juta!!

Tapi , yang letihnya, kami harus ke Medan. Sewa kereta dan ini merupakan pertamakalinya saya mengenali Pak Suparmin. Saya tidak memberi muka pada Pak Suparmin pada awalnya, sebab sudah tertipu dengan pemandu teksi sebaik tiba di Bandara Polonia itu.

Bila tiba waktu makan, emak saya menegur saya kerana tidak mengajak supirnya makan sekali.

Akhirnya....saya 'klik' dengan Pak Suparmin hingga kini!!

Kami bermalam di Parapat, Danau Toba. Keesokkannya sekitar pukul 8 pagi kami bergerak ke Bukit Tinggi dan hanya tiba lewat malam ke Desa Haraban. Emak buat kali keduanya menjejakkan kakinya ke kampung halaman nenek beliau, Nenek Sariah. Memang saya tahu, emak sayu mengenangkan suasana nenek beliau suatu ketika dahulu....



Kali kedua untuk saya bermalam di Hotel Ambun Suri .

Istana Pagarruyung . Ini jua merupakan sebahagian dari salasilah keluarga Janaton.


3) Ketiga -10 hari Jakarta-Bandung bersama saya sekluarga dan adik bongsu.

Kalau ingatan saya masih jelas, kami bertujuh bergerak seawal pagi ke Kuala Lumpur, dengan mengambil emak dan Aisyah di Taiping.

Tiba Jakarta petang dan terus menginap di Hotel Fromule1  Menteng, Jakarta untuk satu malam. Saya senang bercuti dengan jadual sendiri tanpa menggunakan khidmat agen pelancungan.


Ini Hotel rasmi kami sejak tahun 2000  


Pagi hari keduanya, seawal pukul 4 pagi saya sudah menggerakkan semua supaya bersiap. Disini subuhnya sekitar 445 pagi, jadi tidaklah pelik untuk bangun seawal itu.


Kami bergerak dengan menaiki 2 teksi ke Stesen Kereta Gambir, Jakarta Pusat. Stesen Gambir ni kira macam KL Sentral lah.


Kereta pertama bergerak ke Bandung adalah pada pukul 6 pagi. Tiada masaalah, kerana keretapinya banyak untuk kami buat pilihan. Semuanya milik swasta.

Izzuddin yang teruja mengenakan topi pegawai pemeriksa tiket.

Sarapan saorang sepinggan IndoMie, memang santai habis dalam keretapi ini. Perjalanannya 4 jam.

Emak duduk berdua dengan Aisyah, sementara saya sendirian

Di Bandung, saya hanya memandai sendiri sendiri aje. Bertanyakan kereta sewa, tawar menawar, begitu juga dengan Hotelnya, ikut dan yang mana ada, tak perlu risau, kerana setahu saya, Hotelnya teramat banyak.


Tangkuban Perahu

Hotel di lereng gunung Tangkuban Perahu


Adalah dimaklumkan, bahawa sekitar tahun 2000 ini, Bandung bukanlah destinasi membeli belah. Kami pun tak reti membeli belah ketika itu, sekadar shopping di Pasaraya sahaja.


Dalam pesawat Airasia bertujuh

Bandara Sukarno-Hatta

4) Ke Sabah seminggu, Sandakan-Semporna-KK- Gunung Kinabalu.


Masa ini AirAsia baru beroperasi, jadi pelepasannya di KLIA

Persekitaran Pasar Pekan Semporna.

Perjalanan kami teruskan ke Sandakan untuk satu malam, sebelum kami sekeluarga bergerak ke Semporna.
Ya, di sandakan kami menginap di rumah Abang Bacho.

Hotel atas laut - Hotel Dragon - 02122005

Senja di pantai Semporna dengan emak

Kami hanya satu malam disini, dan dengan menggunakan perkhidmatan bas, kami berpatah balik ke Sandakan pada keesokkan harinya. Dan pada hari itu jugak, kebetulan mak Ros serta emak kepada Abang Bacho turut berada di Sandakan. Akhirnya, selain dari anak anak sudah mengenali sesama mereka, emak emak kami pun saling mengenali, kecuali Mak Ros yang sama sama di Aulong, Taiping, suatu ketika dahulu.

Kini hanya kenangan.....

Saya rasa, kami hanya sekitar 2 malam di Sandakan. Bergerak pulang dengan bas express ke Kota Kinabalu untuk satu malam. Bergerak semula ke timur, menghala Sandakan, tetapi sekerat jalanlah, bermalam di kaki Gunung Kinabalu pulak

Kenangan abadi bersama emak dan cucu cucunya

Saya puas hati. Walaupun saya jarang jarang dapat bersama emak sejak berumahtangga ni, disaat saat usia emak memuncak, emak sering mahu mengekori saya . dan saya kira selepas itu, emak sering mengekori abang/kakak/adik adik saya untuk bercuti.

Osman, rakan sepejabat saya yang turut serta walaupun seketika untuk bersama keluarga saya di kaki Gunung Kinabalu.

Ini sebahagian kenangan percutian saya dengan emak , yang saya kira agak jauh dari kebiasaan saya bercuti disekitar semenanjung itu. Emak pada usia 60an, sememang kuat, dan pantang diberitahu akan percutian saya, pasti beliau mengesyorkan diri beliau untuk saya bawa bersama....

Pada hari ini 06 januari 2013, sepatutnya usia emak mencecah 74 tahun, tapi ternyata emak pergi sebelum hari lahirnya yang ke 74 ini. Ingatan saya , usia emak sebaris dengan arwah Tok Bab, datuk saya, bapa mertua emak.

Terima Kasih Allah, Terima Kasih Emak, atas kenangan sesingkat ini. 

Alfatihah untuk Emak, Bapak dan Nazahuddin.

Latiff Hariri
00:01 06012012
Sungai Petani